Monday, January 13

Ya Rasullah,





Ya Rasullah,
Dikala ketika ini.
Aku masih merasakan, betapa jauhnya aku dari ajaran yang engkau bawakan.
Mulut dan percakapan semua boleh diselindung
namun, hati ini....
Semoga Allah meredhai Islam agamaku,
Mohon pertolongan dalam mencari cahayaMu Ya Allah.




A poem by Cranky Old Man




Cranky Old Man 
What do you see nurses? . . .. . .
What do you see?
 What are you thinking .. . 
when you're looking at me?

 A cranky old man,
 . . . . . .not very wise, 
Uncertain of habit .. . . . . . . .. with faraway eyes? 
Who dribbles his food .. . ... . . and makes no reply. 
When you say in a loud voice . .'I do wish you'd try!' 
Who seems not to notice . . .the things that you do. 
And forever is losing . . . . . .. . . A sock or shoe? 
Who, resisting or not . . . ... lets you do as you will, 
With bathing and feeding . . . .The long day to fill? 
Is that what you're thinking?. 
Is that what you see?
 Then open your eyes, nurse .
you're not looking at me. I'll tell you who I am . . . . .. 

As I sit here so still, 
As I do at your bidding,
 .. . . . as I eat at your will.
 I'm a small child of Ten . .with a father and mother, 
Brothers and sisters .. . . .. . who love one another 
A young boy of Sixteen . . . .. with wings on his feet
 Dreaming that soon now . . .. . . 

a lover he'll meet.
 A groom soon at Twenty . . . ..my heart gives a leap. 
Remembering, the vows .. .. .that I promised to keep.
 At Twenty-Five, now . . . . .I have young of my own. 
Who need me to guide . . . And a secure happy home.
 A man of Thirty . .. . . . . My young now grown fast, 
Bound to each other . . .. With ties that should last. 
At Forty, my young sons .. .have grown and are gone, 
But my woman is beside me . . to see I don't mourn. 
At Fifty, once more, .. ...Babies play 'round my knee, 
Again, 
we know children . . . . 

My loved one and me. 
Dark days are upon me . . . . 
My wife is now dead. 
I look at the future ... . . . . 
I shudder with dread.
 For my young are all rearing .. . . young of their own. 
And I think of the years . . . 
And the love that I've known.
 I'm now an old man . . . . . . .. and nature is cruel.
 It's jest to make old age . . . . . . . look like a fool. 
The body, 
it crumbles .. .. . grace and vigor, depart. 
There is now a stone . . . where I once had a heart.
But inside this old carcass . 
A young man still dwells, 
And now and again . . . . . my battered heart swells

 I remember the joys . . . . .. . 
I remember the pain. 
And I'm loving and living . . . . . . . 
life over again. 
I think of the years
all too few . . .. gone too fast. 
And accept the stark fact . . . that nothing can last. 
So open your eyes, people .. . . . .. . . open and see. 
Not a cranky old man . Look closer . . . . see .. .. . .. .... . ME!





ps : At my twenty. What will happen at my fifty? 







Sunday, January 12

Makan Free



Asalamualaikum


Hari sabtu yang lepas seperti telah dirancang. Kebetulan dengan fenomena Maniac selepas hari POstig Medical. Orang-orang berjawatan besar untuk program MUASRM aka program research dekat UKM buat makan malam untuk semua exco/ ajk bawahan termasuk dayang-dayang, hulubalang, kerabat diraja dan dif-dif kehormat. Lokasi kali ini adalah dekat Hotel Concorde, Kuala Lumpur Malaysia.


I Very excited bila makan free !!


Ni first time makan kat sini. So, dengan berkat GPS member. Berjaya sampai tepat pada masanya. Bila dah sampai, parking lot kat concorde dah full. Terpaksa park car dekat menara sebelah dia. ICMBBBB apa ntah... Parking fee quite mahal tapi murah dari concorde yang sebenar. Kitaorang kena bayar sepuloh ringgit untuk perentry. Kalau kat concorde, dalam duopoloh inggit. Nasib baik park oncorde penuh!! heee...


Overall konsep. Makan selagi boleh selama 3 jam. Bermula 730 hingga 1030. Sistem Buffet. Tak rugi aku pakai baju yang besar sikit malam tu. Boleh la makan banyak2 bagaikan tiada istilah Choking!! Overall, aku melantak ayam, meatball, grills, salmon grill, bebola ikan, fish ring, dan semua yang normal. Kalau makanan separuh masak, sushi atau sayur, memang takada den nak sentuhnya. very fussy okeyh!! cukuplah aku dirrhoea seharian sampai dehydrated masuk yellow zone sebab raw food. hahaaa... Kenangan dulu. 3 tahun yang lepas. 


Yang paling bestnya, ada satu band yang pergi dari satu ke satu meja untuk menyanyi lagu. Suara diorang memang gempak. Kuat, lantang, sedap sangat dan very ***** (tak tau nak cakap macamna.. best sagt). Aku rasa, kalau diorang masuk AF, confirm juara AF or finalist AF yg baru ni. Menangis atas kekurangan diri sendiri. Jauh bezanya (hiperbola berbola)


Tengah melantak. Budak2 ni riuh rendah nampak artis. Mula-mula Maya Matahari. Then, Azlee Jaafar / Azlee Senario. Hahaha... Habis dari satu meja ke satu meja kitaorang tangkap gambar dengan abg Azlee. Beliau sangat peramah dan layan jer. Kepala gila-gila jugak.. Very sporting. Walaupun dia tengah dinner dengan member-member dia. 

30 minit sebelum masa habis. Perut dah menegang bagai ada contraction nak beranak. Agaknya ini sakit nak meneran. Penuh sampai unable to tunduk. DIstended bowel. DIstended stomach. Saat-saat akhir dipenuhi dengan sesi bergambar bagai dah habis pro exam. RIuh sakan. Aku rasa, orang lain mesti tengok dengan penuh hairan. Kitaorang yang sangat kejakunan ini.. Anyway. Ini tahun akhir. Persetankan apa yang orang nak cakap. Just do anything yang tak langgar rules. 


Balik asrama dengan distended bowel. Kena guna dua pillow untuk tido. Saat tidur yang paling enak rasanya malam tadi... Tido tanpa mimpi. Tenang. Kekeyangan... Alhamdulillah. 


So, menulis dah tak da idea. Tengok gambar je lah erk. haha


Dari depan ke belakang : Abbas, Zhafir, Syahmi, Zulhilmi, Shawal shah, Imran, Nazrin, Qazreen, Kamarol, Azlee Senario, Muhaimin, Azrul dan aku.

Bersama penasihat program iaitu Prof Salam dan Prof Ruszymah








Alamak, Kenapa bulat sangat aku.??!!! Omaigod.... Nampak one Pack. 

The ladies : Liyana lily, Nadiah, aishah, aziyati, Prof Ruszymah, Tehah, Mah, fatin syahirah, syairah sulaiman, tehah datin, kema, syaza, alun, syuhada dan syeka rimau.


XOXO. - Lisa surihani @ladyyusri - Istanbul aku frust.


Masa untuk study dan study. Esok Isnin. New posting. Posting Finale.


Dear Kuda Biru.
Good luck Colorectal Team.

eh, Who want me to do Per Rectal ?? haha



Saturday, January 11

The last one




Assalamualaikum



Hari khamis yang lepas menandakan berakhirnya posting medikal yang banyak benda nak belajar. Dua minggu yang terakhir dalam posting yang berusia 8 minggu. Aku bertapa di wad perubatan Hospital Kuala Lumpur. Benarlah kata specialist-specialist, HKL adalah tempat yang paling sibuk dan paling banyak belajar. Dulu... kini, kena berebut nak buat prosedur sebab terlalu ramai houseman. ahakk.. naseb aku medical student. Menempek kesana, menempek kesini.. Dimana ada houseman dan MO yang baik dan suka ajar, disana aku cuba untuk berada. Okay, Its NOMAD !! 


Berbalik sesi terobek (throwback/ passing back / flash back). Secara umumnya,kita orang satu group ada dalam 15-16 orang. Dibahagikan kepada dua kumpulanu untuk dua wad medical; satu wad laki dan satu wad ladies. After each week, rotate to another wad (male to ladies and vice versa). 


Kerja kitaorang kat sini adalah belajar, ikut round, mendengar, sibuk join ward round, bersempit-sempit bila extension beds ada dan makan. Overall, banyak yang boleh dipelajari. Banyak  jugak yang boleh dipelajari. Banyak gilos chest xray yang kena tengok. Beraneka ECG yang ada... Sampai satu tahap. Lost... Konfius ada sebenarnya aku nak belajar hari tu. ye adik-adik, setiap hari pergi wad kena tetapkan matlamat dan misi yang diingin dicapai. Seperti hari isnin, tengok CXR sebanyak mungkin. SO, cari la CXR banyak2 sampai tengok apa komen doktor kat file patient. OK?


DIsebabkan tahun akhir adalah tahun untuk mengumpul sebanyak mungkin kenangan. SO, bercamwhore dihari terakhir adalah sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan. Ala, macam Iklan Zalora. Menjerit macam sakai... Tapi, kitaorang jerit dalam bilik rawatan ja. hahaha... 


Semoga apa yg dipelajari disini dan dikala ini. Dapat diingati sampai bila-bila untuk membantu orang dimasa tua. 



Colorectal Surgical Team. Wait for me haaa.... 



Will be attached to COlorectal Team. Three weeks HUKM dan remainig 3 weeks Teluk Intan. DIakhir posting ada exam. The last posting for Medical Degree. 


Hopefully, my brain get enough oxygen and nutrient to function maximally.


dear Kuda Biru. 


Beli kuda biru seekor penganti harimau. Sekarang nak bela harimau macam budak arab tu. Tapi, gak mampu lagi. SO, beli kuda la bela. Kucing terlalu mainstream. 



Wednesday, January 8

While...

Borang Peer assessment untuk diisi. 


Assalamualaikum


Malam nie upacara Study untuk exam agak tergendala. Semuanya bermula dengan hujan yang menjadikan atmosfera di kolej begitu dingin sekali. Dengan tidak semena memutasi bantal dakap menjadi seorang pengoda yang sejati. Damn... aku terlena dalam rangkulannya. Habis rosak plan menuju puncak AF76.


Bila mood tak ada. Ini masanya untuk mengisi borang-borang yang akan dihantar minggu depan. Belek satu persatu borang yang kena isi. Oh, Peer's assessment untuk PPD. Ada lima orang mangsa yang wanblur akan buat penilaian. Sebagai konlusinya, just evaluate dan bulat je tempat kosong dgn score yang berpatutan. Kebulatan markah amat amat directly proportionate dengan power spek 568 untuk kedua dua belah mata. Andai terdapat sikit, sorry lah yer. Mungkin sebab silau. Spek lama tak buat baru. Silau... Nak tanda 4 tertanda 3. ehehekkkk...


Dikerakusan menanda markah. Tertiba terfikir...


Bagaimanakah aku disisi mereka? DIsisi kawan-kawan ku? DIsisi Dia yang satu?

Jujurkah aku?
Self-directed learner kah aku?
Betolkan leadership aku ni? kesukahatiship?
Bolehkah aku keep confidentiality dengan sikap bergossip-boy aku ni?

erk.


Mungkin. Esok kena parktis berbuat baik dengan orang yang nak buat evaluasi. Tertiba jadi jujur tidak semena. Menggunakan bahasa baku yang difahami orang masyarakat tempatan. Tertiba enjadi rajin melebihi Prof Wan zack. Tertiba menjadi proactive melebihi DIlenK. Ohmy... Dear wanblur... Tak payah nak pretend. DIorang dah evaluate dah. hahaha.. Tak payah nak hipokrit sangat. Kuku dan taring ko dah dilihat... erk... 


ps: Tertiba nak jadi baik. Tertiba rasa macam belum cukup PPD level dalam diri. Tapi, bab makan. Rasanya dah cukup. Buktinya? Tengok Waist circumference. ahahaha






Sunday, January 5

Lima


Asalamualaikum


Hari ni genap 84 hari lagi sebelum peperiksaan ikhtisas atau kitaorang panggil Pro Exam. Selalunya kalau cuti hujung minggu je, confirm aku keluar pergi times square untuk main boling. Pernah satu saat, aku keluar pukul 4petang, dan balik kolej sekitar 7malam. Hanya pergi sana main boling. Release tension. atau. Buang duit. opsss... Hobi yang mahal nilainya selain photography.


Hari ni. Mula la selak-selak beberapa keping soalan ramalan yang dah berusia hampir 10 tahun. Berhabuk dalam kotak. DUlu masa masuk klinikal, semangat benor nak buat setiap kali posting.Tapi. Sayang seribu kali sayang. 84 hari sbeelum exam jugak baru nak buat. Pity me. 


Selai demi selai. Rasa soalan-soalan yang dijangka kuar (ada la dalam 5 soalan dari soalan sebenar nanti). Aku rasa macam kepala otak aku kosong. (najwa latif kena hack twitter ambang merdeka dirabai katanya). Rasanya. Aku belum layak untuk menjadi seorang houseman atau doktor. Banyak yang perlu dilakukan. Banyak gila yang perlu dipelajari. Muka stress kemain.. Tak caya? tengok gambar bawah..... (saja aku pakai rambut palsu)




Banyak benda yang ketinggalan pun masih sempat mengupdate blog. Hembattt sangat!! 

ok lah. Bini dah marah-marah tak study.


bubye.


Insyallah lulus Pro Exam bulan 4 ni. Cepat2 la boleh buat anak dan keluarga!!  (susun anak setiap setahun!!!)




Saturday, January 4

teroback




Assalamualaikum. 


Hari yang mendung di tahun 2014. Mungkin, pada saat ini. Terlalu ramai yang masih silap bila menulis tarikh. Kebiasaan 2013 itu masih terbawak-bawak tanpa sedar. Hidup sebagai seorang pelajar sangat-sangat lah tidak menarik. Trust me. Especially pada tahun akhir. Sibuk sepanjang lima hari seminggu. Hari sabtu dipenuhi dengan tido dan berfoya. Hari ahad insaf untuk bersedia minggu yang akan datang.


Jom terobekk ^____*


Aku ingat dia yang "itu".


Saat manis bersama si NAA selama hampir 4 bulan bersama. Tak pernah berjumpa. Terjumpa melalui blog dan facebook. Kuasa bercinta dihujung jari anda. Selama empat bulan aku cuba untuk jaga seorang saja dalam satu masa. Its work. Sorang dan seorang aku lepaskan. Btw, Its takdir. Call rindu saat si dia menyambut hari lahir adalah yang terakhir daripadanya. Now, berusaha untuk lepaskan. Berusaha untuk cakap kat diri sendiri bahawa ukur baju ikut saiz badan, dan bukannya ikut saiz leher. Still.. Keep remembering her. Limit myself. Only call or termiskol hanya pada 18 haribulan setiap bulan. 18 haribulan. Hari beliau dilahirkan.


Kem PPD terakhir sebagai Pelajar.

 Kem PPD yang sangat lain daripada yang lain. Boleh membaca tentang hal ini dalam diari sekitar bulan 7. Malas nak ulang apa yang dah dicakap. Yang paling penting, having funtime before entering final year. Dapat fasilitator yang banyak cerita tentang kehidupan dia semasa kat UK. fuhh... meleleh mendengar cerita orang hebat hebat nie.. Aku? aku hebat ke nanti?


Cuti Raya Melayu
Walaupun tak cukup semua ahli keluarga Dato' Azizan, kitaorang masih enjoy dan bergembira menyambut hari raya. Dengan cuti sehingga raya ke 3 sahaja. Raya keempat sudah kena hadap pesakit diwad. Saat yang digunakan sedaya upaya untuk memenuhkan setiap quadrant-quadrant kat abdomen, paha dan bontot untuk menyimpan lemak. Fuhh... alhamdulillah, strategi dan matlamat cuti raya melayu tercapai. Peningkatan tambahan sebanyak 3 kilo. Tahniah... I know you can do it babe.


Genting Highland makan icecream strawberry.

Kali pertama menjejakkan kaki di Cameron Highland. Pertama menahan nak muntah disebabkan liku-liku perjalanan. Hah, Macam liku-liku kehidupan. Best sangat. Cuaca yang sejuk. Bila bercakap kuar asap rokok. Makan ice cream strawberry yang sedap dan harga berpatutan. Beli sebijik kaktus untuk dijaga disaat sunyi. Layan blues dekat ladang teh yang sebesar besarnya... hahaha... hiperbola. Terfikir. Macamana pekerja ni kutip daun teh.. Confirm fitness tahap dewa 17.


Pulau Pangkor yang sangat didambakan.
Bercuti Krismas di Pulau Pangkor. Pertama kali pergi situ. Yang pasti, mabuk laut aku pergi Langkawi 15 tahun lepas kembali menghantui aku. Jenuh aku tenyeh minyak gamat bagi panas-panas sikit. Naseb i tak muntah sepanjang perjalanan. Laut kurang bergelora kot. KItaorang sampai sana tengahari, terus terjun laut. Dasar anak bangla. Mandi laut tengah-tengah panas. Nah akibatnya, kulit jadi udang bakar! nyammmm... sedap!! Mandi laut, minum air garam (like ORS), bananana Boat, dan buat DUyung Buatan. hahaha... Childishh sangat. time naik banana boat, aku rasa macam naik kapal angkasa. Sudahla yang depan sekali. Rasa macam pemandu pelancong. demnn... habis kepala aku kena pijak bila jatuh!!


Riang-ria di Teluk Intan
Saat yang menarik sepanjang aku pergi teluk intan. Mungkin kebetulan atau ketidakrancangan, semua driver yang bertugas sepanjang aku kat sana. Semuanya sempoi dan layan kepala. Dengan member-member yang sakai-sakai, hidup di teluk intan sangat happening dan heaven. Syurga dunia? erk... belom! Syurga dunia ialah bila kawen. FUllstop. haha....


Aku harap ini yang sebenarnya.

Yang kaki ni. Kali pertama kitaorang jumpa dan keluar sama-sama. Standard sakai masuk KL. Kemana saja aku pergi, pasti ditemani oleh Kasut SELIPAR. Pasti. Mutu unggul. hahaha... DIsaat aku menulis nie, dah masuk bulan ke 4 kami bersama... Semoga semuanya berjalan lancar. aku? Aku sedang belajar untuk menghargai dan memberi. (trauma selepas kes dengan atyn)



ok lah. Terobek dah macam menulis sepohon cerpen. Harap2 menang anugerah Nilam peringakat Sekolah Kebangsaan Langgar. hahaha



bye