Monday, December 31

IKLAN : Adore Ava Scarf : Pilihan muslimah masa kini








Sebuah butik untuk muslimah kontemporari.


Shawls. 
Scarves. 
Instant Hijabs. 
Inners. 
Neck Covering.

For more informations, kindly visit : ADORE AVA SCARF


 JOM SUPPORT



Sunday, December 30

Wednesday, December 26

3 Jam di Seoul Garden One Utama





Assalamualaikum


Disebabkan kekangan masa malam nie,tak sempat nak update panjang-santai-berjela. Just entri laju-laju. Hari nie makan tiga jam dekat seoul garden selepas kafe kolej tutup sebab Hari Krismas. Tiga jam makan tanpa henti sampai sebu dan tepu otak. Boleh la. Banyak sayur.  So, ada kerugian jugak la disebabkan tak MAKAN SAYUQ!

kbai

p/s : Sudah 3 hari menjadi Night Demok. Moga berterusan.



Monday, December 24

Mood Naik


Assalamualaikum


Just nak share sedikit kegembiraan dengan korang semua. Kali ketiga dalam sejarah 6 tahun bermain boling. Dapat 193. Agi sikit nak spare pin yg last tue. aishhh...


k lah. Nak tulis pun tak boley

asyik senyum jer teringat petang tadi/


hehehe


kbai


Blog baru yg masih panas lagi : Therapeutic Masterpiece




mempromote blog member wanblur
blog yg masih panas lagi
wanblur follower ketiga!!

come and visit his first entry!!


kindly click the above picture. tq


SEGMEN: BLOGLIST MAMA KAYBEE 2013

23 Disember 2012 hingga 31 Disember 2012 (7.00 petang)



klik banner untuk join



kbai

Blogwalking dengan alya balqis studio




wanblur nak joined jugak!!!



Penganjur -->alya balqis studio



Pesanan Indah




Apabila bergaul sesama insan..
Bukalah hati untuk menyantuni mereka , insyaAllah, ianya akan tertutup dari tamak haloba. Tutuplah hati dari menagih dunia, insyaAllah ia akan terbuka untuk diisi dengan rahmatNya. 






Segmen - Jom tambah rakan blogger !



 
SyaRat-Syarat Penyertaan


1~Buat entry dan letakkan tajuk: Segmen - Jom tambah rakan blogger !
2~Letakkan Banner diatas dalam entry anda dan linkkan ke entry segmen ini..
3~Follow Blog Syira dan like page ni PaBiLa-DuA-bLoGgEr-BeRgAbUNg
4-Komen mana2 entry dalam blog Syira..
5-Dah siap ?? letakkan link entry anda di ruangan komen yer ..
SIMPLE  KANNN ?? :D

Tarikh tutup: 30 Disember 2012
GANJARAN :
  • Syira akan review 5 blog yang bertuah..
  • Syira akan follow 20 blog terawal yang join segmen ni :)


Pencarian Bloglist Januari 2013 by Nurfara Hani

 
SYARAT-SYARATNYA:
1) Buat title: Pencarian Bloglist Januari 2013 by Nurfara Hani
1) Follow blog ni dan LIKE fanpage saya.
2) Letak banner kat atas ni dalam entry korang.
3) Dah siap? Tinggalkan LINK anda di kotak komen di bawah ini. 
4) Tamat pada 26 DISEMBER 2012 (12.00p.m)
* Topup bernilai RM5 akan diberikan kepada dua orang peserta dengan menggunakan random.org
 
 
 
p/s : harap2 dpt join
 
 

Sunday, December 23

senyum senyum



Assalamualaikum

 Kasut yang baru dan lane Midvalley yg tak best. Benar-benar membuatkan aku terasa rugi dan miskin. puff~~



Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan



kbai


Friday, December 21

Soal Cepu Mas : Cranial Nerves




Assalamualaikum


Tadi ada kuliah tentang Vertigo oleh Prof Asma. Sejujurnya, nie satu-satunya lecture yang aku taj mengantuk sepanjang satu jam kuliah. Sebab apa? Sebab prof cukup rajin nak tanya soalan-soalan cepu mas untuk budak-budak nie. Pergh.... celik mata teruih.


Dan,

ada satu soalan tue, dia tanya tentang Cranial Nerves Examinations. Sejujurnya, nie merupakan PE yang paling aku lemah. Dan memang beralun-alunan larh kepala otak nak hafal pathways bagai.. Dan PE yang agak pening.. Sudah 2 tahun, aku masih belajar untuk cranial nerves. So, disebabkan kebodohan diri tentang Cranial nerves, ter'Rajin" pulak nak buat nota.


p/s : kalau ada yg silap, harap diperbetulkan. Aku juga sedang belajar.


terimakasih



Thursday, December 20

PMR : Gembira dalam sedih



Assalamualaikum

Pertama kali, wanblur ingin ucapkan Tahniah kepada adik-adik yang berjaya dalam PMR yang baru diumumkan semalam. Kepada yang kurang bernasib baik (keputusan tidak menepati sasaran), jangan sedih lama-lama dan teruskan berusaha untuk SPM nanti.

Tadi usha sekejap group facebook untuk sekolah menengah wanblur. Riuh-rendah dengan ucapan tahniah atas kejayaan junior-junior. Dengar cerita, sekolah dapat nombor 32 dalam ranking sekolah SBP PMR 2012 dibelakang seteru setempat iaitu SM Sains Kubang Pasu (31). Dan, no 3 dalam ranking SBPI PMR 2012. Alhamdulillah, syukur dengan kejayaan ini.

Dan tahun ini, TKC (Tun Kursiah COllege) masih kekal menjadi top sekolah dekat Malaysia. Sama lah semasa wanblur masih hingus-hidung dulu. Cara dan gaya diorang belajar memang mantop habis. Dulu ada dengar cerita yang diorang sangat-sangat titik beratkan study group nie, atau peer-teaching. Peer teaching yang berkesan dan serius. Hurm... korang nak tahu, ada pihak barat buat research tentang konsep peer teacing nie, keputusan kajian menunjukkan ia terbukti untuk meningkatkan pencapaian akademik dan kebolehan sosial seperti kemahiran berkomunikasi dan kepimpinan. Stail!


Dalam suka-suki nie, rasa sedih pulak ada beberapa orang adik blogger yang kurang mendapat apa yang dihajati. Tak pa la, anggap ia sebagai "hentukan" agar lebih berusaha dan berusaha untuk SMA dan SPM yang bakal mendatang nanti. Insyallah, setiap jerih-peluh akan mendapat balasannya.

Jangan sedih-sedih.


UPSR -> penentu sekolah menengah
PMR -> Penentu aliran / hentukan sebelum menengah atas
SPM -> penentu cabang aliran kehidupan
dunia -> penentu akhirat


kbai.



p/s: Alhamdulillah, sudah habis MINI CEX untuk ENT dua hari yang lepas. Case Write Up (CWU) dah jumpa case, cuma belum start buat lagi. Log book masih banyak lopongnya..  Akan berusaha untuk habis study ENT sebelum Masuk posting Opthalmology lagi dua minggu.






Tuesday, December 18

Ku titip rapi




Liku-liku dalam sepanjang kita bernyawa dan menyusuri litar kehidupan ini
kadang kala memenatkan dan memeningkan
kita akan terperangkap antara benar atau salah
senang.



p/s : Minggu MINI-CX ENT dan MInggu CWU


 

Monday, December 17

Doodle cantek !!





Doodle yang dibuat khas oleh seorang sahabat siber. Cantik dan tersendiri. 14 Tahun beliau bertarung dengan SLE tanpa kenal erti kalah dan mengalah. Semoga beliau terus cekal dan tabah. Semoga setiap penderitaan beliau diberikan setiap satu nya keampunan dan keredhaan oleh Allah. amin.


ingin jenguk blog beliau ??


DAYANG DENO di http://dayangdeno.blogspot.com


terima kasih


Sunday, December 16

sunathon



Assalamualaikum


Semalam (sabtu) adalah pengalaman pertama kali wanblur terlibat dalam sunathon budak-budak nie. Terasa sangat-sangat excited nak assist MO yang buat circumcision dekat budak-budak yang mengambil bahagian untuk tahun ini.


Kalau diimbau kembali, semasa zaman wanblur kecik-kecik dulu, kaedah berkhatan adalah sama ada guna batang pisang oleh tok mudim dan jahit tempat yg berkhatan tue. Then, beberapa tahun lepas tue, diorang ada guna sejenis "prop" untuk hold the incised part for a several days. Tapi, untuk kali ini, diorang mengunakan "Diathermy" untuk potong kulit yg lebih itu. Kurang darah dan kesan luka.



Ini merupakan alat diathermy tue. Kesan pemotongan yang terhasil lebih baik dan kurang berdarah. Sebab dia macam alat pemeteri. Bila potong kulit, dia terus "peteri" tempat tue dan kurang darah yang kuar. So, tak ada la tragis sangat...

"electrically induced heat" the use of high-frequency electromagnetic currents as a form of physical or occupational therapy and in surgical procedures and as either a cutting modality, or else to cauterize small blood vessels to stop bleeding. This technique induces localized tissue burning and damage, the zone of which is controlled by the frequency and power of the device "



program habis pukul 12tengahari. Ada la dekat 50orang budak kecik yang ambik bahagian. Ada yang riau (nangis), ada yang cool dan macho habes. Ada dekat 6 bilik prosedur yang digunakan dengan setiap itu ada seorang MO (registra surgery) dan di assist oleh medical students. Best. 


p/s : terima kasih kerana menjemput untuk assist doktor kali nie. First time assist one-to-one with the registra (surgeon you'all).. Ada jugak diajar untuk inject local anasethesia dan guna diathermy tue. Alhamdulillah untuk pengalaman itu. 


p/s 2 : First budak yang masuk, tangan wanblur yang assist dr, uncontrolled gigil... Naseb baik boleh cover. aish... gigil vs gegerl


Saturday, December 15

Fully ocupied


Weekend yang ditunggu-tunggu sejak kelas bermula, terpaksa ditinggalkan sebagai "weekend" pada nama sahaja. Terlalu banyak aktiviti yang perlu dilakukan. Menyibukkan diri untuk catch up ENT yg susahnie, dan beberapa aktiviti luar. Semoga setiap langkah diberkati dan diberi keampunan.


Wednesday, December 12

Skodeng malam




Hari kedua dalam posting ENT yang sangat padat dengan kelas kuliah (lectures). Masih banyak yang belum tahu. So, praktis-praktis kan tangan (kanan&kiri) untuk mengunakan otoscope.. sengal. Teropong gambar dalam buku Dingra ala-ala tgk tlinga betoi. haha


semoga tangan kri dan tangan kanan tidak kekok.


p/s : Kena pastikan kuat semangat.


Sunday, December 9

sayang rindu





Sayang lah diri anda sebelum menyesal

Rindu lah diri anda sekarang berbanding ketika anda tiada duit kerana rokok



ITS TRUE ok. Wanblur pernah nampak kesan ini depan mata sendiri.


sekian


laluan selepas PMR



Assalamualaikum,


Dalam sistem pendidikan di negara ini, Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) merupakan peperiksaan kedua yang besar akan dilalui oleh budak-budak sekolah. Selepas UPSR yang dijalankan semasa usia baru mencapai akil baligh dan kematangan pada usia 12 tahun, PMR pulak merupakan Transition Point yang menentukan aliran kehidupan yang bagaimana ingin dicorakkan oleh setiap pelajar itu sendiri.


Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang baru seusia jagung siam ini, Transition Point  yang terjadi adalah pelajar-pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kategori pelajar berdasarkan pencapaian akdemik dan minat. Antara aliran-aliran pendidikan di peringkat menengah atas adalah seperti Sains Tulen (biology, chemistry, physic), Sains Agama (biology, chemistry, physic, syariah, arab dan alquran sunnah), perakaunan, dan teknikal & vokasional.


sememangnya tak adil untuk wanblur menceritakan tentang aliran-aliran yang lain selain aliran Sains Tulen kerana setiap aliran itu ada kebaikan, kesusahan dan skop pekerjaan yang tersendiri. Oh ya, never judge the people based on their aliran! Pelajar sains tulen TIDAK MESTI lebih bahagia dan berjaya berbanding pelajar aliran yang lain. Ada jugak pelajar teknik & vokasional yang LEBIH BERJAYA berbanding pelajar di aliran "perdana" ini.


Tempoh dua tahun selepas PMR sebelum menempuhi SPM (Sijil Peperiksaan Malaysia) selalunya dibahagi secara suka-suka-hati-mak-bapak-sahaja kepada tahun honeymoon dan tahun SPM. Wanblur pernah teringat dan rasai sendiri, mood selepas dapat result PMR memang malas nak mampus. Rasa macam dah capai sesuatu yang besar selepas PMR. Diri memikirkan untuk berehat dan belajar relax-relax semasa Tingkatan 4. Memang relax. Tapi, bila wanblur masuk tingkatan 5 (lebih tepat lagi bila berada dalam bulan 5), kebanyakan silibus untuk SPM dah habis diajar. Masa untuk soalan-soalan tahun lepas dan kuiz yang sangat membebankan, dan boleh membawa kepada Intracranial Ischaemic!! 


Semakin dekat untuk ambil SPM, semakin stress. Di sekolah wanblur, satu persatu peperiksaan (test) yang dijalankan daripada Percubaan SPM, soalan negeri-negeri, soalan Mara, soalan ramalan pengubal soalan serta soalan  sekolah asrama penuh memang benar-benar menyesakkan hidup. Rasa menyesal sangat ber"honeymoon" semasa tingkatan 4. Walhal, SPM consists of both years, Tingkatan 4 dan 5.


Semasa Form 5, wanblur tengok beberapa member-member yang konsisten (istiqamah) belajar dari tingkatan 4 hingga lah menghadapi SPM. Lebih senang, selesa dan kurang stress jika dibandingkan dengan wanblur. Untunglah mereka tidak "berhoneymoon" semasa Form 4 sebab diorang boleh lalui kehidupan FORM 5 secara cool dan steady!


Nasihat wanblur, selepas PMR, laluan untuk kehidupan 10 tahun kehadapan berada dan siap sedia dicorakkan oleh diri setiap adik-adik. Tidak kisah korang dapat atau minta aliran yang mana satu, yang penting, SILA LAKUKAN SESUATU ITU BETOI-BETOI. Jadikan jiran-jiran sekeliling sebagai motivasi diri dan peransang diri untuk lebih berjaya. Walaupun sekadar berada di aliran teknik & Vokasional, anda boleh menjadi seorang ENGINEER yang berharga RM5000 sebulan. Berbanding pelajar aliran Sains Tulen yang mungkin tidak sebaik anda.


Setiap aliran itu ada masa depan yang tersendiri. Dan masa depan yang berjaya dan gemilang itu diukir dan di"polish" oleh diri sendiri. Orang cakap, " man jada wa jada". Semakin anda berusaha, semakin banyak kebaikan dan mutu diri anda. Walaupun kadang-kadang impian dan angan-angan hidup tidak tercapai, tapi si Dia telah menentukan yang lebih baik untuk diri ini.


Ingat, "Pelangi muncul selepas hujan" dan "setiap usaha dan kebaikan manusia akan dibalas samada sekaligus, sikit-sikit atau ditunda untuk masa yg akan datang oleh si Dia"


Jangan leka dengan kejayaan PMR yang sementara dan sekecil sijil.
Jangan leka diulik "honeymoon"
Biar susah sebelum SPM, Jangan susah selepas SPM.


Aliran yang tidak disukai
perasaan dan minat boleh dipupuk
pastikan korang ada plan masa panjang
"apa yang aku akan jadi 10 tahun lagi?"


kbai.


p/s : Sains tulen susah oit. Namun, sains agama lagi susah tapi diorang slamber jer. urghh...stress. haha








Saturday, December 8

[revision] Malaikat



Assalamualaikum


"Barangsiapa kafir kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan Hari Kemudian, maka orang itu telah sesat sejauh-jauhnya" 
(QS. An Nisaa' : 136) 


1. Jibrail : Menyampaikan wahyu

2. Mikail : menurunkan rezeki dan hujan

3. Israfil : Meniup sangkakala

Pertama : Membinasakan semua manusia sehingga mati kesemuanya
kedua : Meratakan dunia sehingga menjadi rata keseluruhannya
Ketiga : membangkitkan manusia untuk hidup kembali di Hari Kebangkitan

4. Izrail : mencabut nyawa

5. Munkar : soal dalam kubur

6. Nakir : soal dalam kubur

7. Raqib : catat amalan baik (kanan)

8. 'atid : catat amalan buruk (kiri)

9. Malik : penjaga neraka

10. Ridhuan : penjaga syurga



sumber rujukan :
ustazah azimah 
muslim diary
anwarsuran
 

Untuk diri



Assalamualaikum


Sitting here all alone in the middle of nowhere
Don't know which way to go
There ain't so much to say now between us
There ain't so much for you
There ain't so much for me anymore

(That's why you by Michael Learns to Rock)
 
 
 
 

Friday, December 7

Reflection : Psychiatric's Posting


Assalamualaikum,


Setelah hampir lapan minggu bermukim di wad psikiatrik. Pertama kali wanblur masuk dalam posting ini, memang cuak nak mampus. Macam-macam imaginasi dan stigma yang tentang "orang gila" ini datang. Aish... Minggu pertama memang tak pandang langsung patient. Masuk wad pun, atleast ada dua orang member yang temankan. Takot. Takot kena kacau dengan orang yang dikatakan "gila ini". Itu my first impression towards them.

Dari seminggu ke seminggu, masa berlalu silih-berganti... Ketakutan dan fobia aku tentang "orang gila" ini semakin kurang. Kadang-kadang tue, ada la jugak terasa macam weirdo sangat. "Tertiba ada orang jalan ke arah wanblur, salam tangan dan terus belah". Lagi, "Ada juga yang nampak wnablur, terus jalan kearah wanblur, dan berdiri macam tiang bendera sebelah wanblur. Sepatah haram pun tak caka"p. Seram... Muka senyum, tapi dalam hati.. aishhh... takut jugak kalau-kalau diapa-apakan. Makin lama, semakin boleh adapt. Mereka juga manusia.

Kadang-kadang, diorang bukan "orang gila"... diorang diuji dengan macam-macam masalah yg menjadikan diorang macam tue. Bila cakap-cakap ambik History (bajet rajin), rasa macam refleks kearah diri wanblur sendiri. Ada sebab kenapa diorang jadi depress, manic, or psychosis. Setiap manusia ada risiko untuk menjadi pesakit psychiatric, tapi hanya beberapa orang yang terpilih. Takut. Wanblur takot, andai wanblur menjadi seperti mereka... eh elo.. jangan ingat yg masuk wad psychiatric, semua tak sekolah. CEO syarikat swasta pun boleh tewas dengan masalah mental nie tau!!


kepada sesiapa yang sedang belajar dalam Posting Psychiatric nie, antara tips-tips yang wanblur boleh bagi adalah :
  • Baca schizophrenia, bipolar disorder, anxiety, adjustment disorder and MDD.
  • Buat perbezaan symptoms antara schizophrenia, bipolar dan MDD
  • Buat perbezaan antara disorder-disorder dalam theme Anxiety (acute stress, agrophobia, posttraumatic stress disorder, panic attack, OCD)
  • Tentang management, ingat approach Biological + Phycosocial managements
  • Tahu difference type of drugs used in psychiatric (anxiolytic, antidepressants, etc). Atleast ingat drugs yg commonly used dlm setiap difference drugs tue.. side effects. hmmm.. aha, EPS jangan lupa.
  • Selalu lah jumpa patient; clerk sendiri atau tengok cara kawan clerk patient. Elicit apa psycopathology untuk setiap yg dicakap oleh patient. MSE. Jangan lupa.

Beberapa kesalahan yang wanblur buat ketika posting nie :
  • clerk patient, tapi tak fully ambik. Tanya soalan ganti-ganti dengan member.
  • tak praktis MSE secukupnya
  • tak ingat drugs seawal yang mungkin
  • boleh cukup belajar 


Semoga cuti tiga hari sebelum masuk posting triad (ENT, Opthalmology dan Anaesthology) digunakan sebaik mungkin. Mungkin shopping baju?? hehe... baju dah kecik sebab selalu basuh. Kecut. (klise untuk cover perut yg semakin membesar)


Sekian.

p/s : Stress dengan SSM yang macam haram jadah. Mohon dipecepatkan. damn.



Hadiah ahli kumpulan kepada supervisor. Semoga pemberian tidak seberapa ini dapat menemani prof dikala bertemu dengan patient-patient. heee


bye






Thursday, December 6

Psy dah habis... horaaayyyy


Lapan minggu belajar Psychiatric
belajar tentang kehidupan
Suatu sudut kehidupan yg dihadapi oleh segelintir manusia
semoga dapat membantu 

minggu yg hectic!!



Monday, December 3

This Week



MInggu terakhir posting psychiatric.
Ada long case
ada log book
ada case write up

Ya Allah, permudahkan dan berikan kekuatan untuk aku


Saturday, December 1

Segmen Follow Dan Blogwalking Oleh Mialiana.com

KLIK BANNER UNTUK JOIN




Syarat-syaratnya :
  1. FOLLOW blog ini dan LIKE fanpage Mialiana.com
  1. Buat entri bertajuk "Segmen Follow Dan Blogwalking Oleh Mialiana.com" dan masukkan banner segmen di atas. Link URL gambar - https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEizp7pQjq0BNpPTvex6uTdYxIqZmxDVws7bbiM1LGuTSymSXG1T-zaDz39htiXviG9nBOkBPcd1dWT0YDJKtVqCmI3Sf9ObjfineR_vKufgMOm7oCoInkXx6AvbsPvPWJH6jmNetNrcR7Je/s1600/followblogwalkingmialiana.gif 
  1. Linkkan entri tadi ke entri segmen ini. Link URL segmen - http://www.mialiana.com/2012/11/segmenfollowblogwalking.html 
  1. Nyatakan jumlah follower sekarang. Terpulang sama ada nak printscreen atau tidak.
  1. Letak tagline Smile... Smile... Smile... mengikut kreativiti anda dan linkkan ke http://www.mialiana.com. Contohnya seperti ini : Smile... Smile... Smile... Boleh rujuk printscreen INI.
  1. Nyatakan apa yang paling anda suka di blog ini. Contohnya seperti ini : Saya suka tips-tips belajar yang ada dalam blog ini.
 
  1. Selepas siap, letakkan link entri anda tadi ke dalam ruangan komen entri ini.



 Nie yang wanblur dah buat :

 Jumlah Follower sekarang : 1385

Tagline :

smile... smile... smile


Saya suka baca entri yg santai kak mia. Sempoi dan coollll...



p/s : harap2 dapat review... heeee