Monday, December 1

Cerita konvokesyen degree








Assalamualaikum

Terlalu sibuk dengan hidup sebagai houseman di hospital taiping. Where people said the most best place to do many many hands on procedures. crossing finggers. haha

Untuk konvokesyen aku yang pertama dalam hidup. Misi utama aku bila dah tahu tarikh nak konvo. Aku plan betol2 aku punya OFF day dalam minggu nak konvo dengan ambik beberapa CR (Cuti rehat). Atleast dapat la 3 4 hari cuti berkonvo dan cuti berehat rehat

Menjadi tradisi medical faculty UKM, diorang akan buat kali majlis. 1 majlis kat depan HUKM (dewan bandaraya DBKL) untuk majlis mesra graduan dan 2nd konvo yang rasmi dekat ukm bangi. Baju konvo korang kena plan elok-elok Dah sibuk kerja, kalau tak dapat cuti. Pastikan bagi member yang rapat dengan kau pergi ambik. Jangan main suruh jer. Kang kau dapat baju konvo 3 minit sebelum majlis start. And, please keep your matric card until bila-bila. Kang susah nak ambik baju konvo.



Majlis Mesra Graduan
Dah beberapa lama tak jumpa member-member. Memang best sangat-sangat. Semua orang sibuk cakap tentang betapa disasternya hidup diorang kat hospital masing masing. Cerita itu. Cerita Nie. Gosiip tentang itu. Gossip tentang ini. And ofkoss.. korang akan layan je cerita masing-masing. sesi meluahkan perasaan kot. 5 tahun bersama. chewaahhh...  Majlis ni dalam 2 jam je. Kebanyakkan diorang nak bagi hadiah kat budak-budak yang dapat Pingat Emas dgn beberapa hadiah kecemerlangan lain. Aku? menonton je la.. Nanti ler ambik hadiah time master nanti. hakhak




Majlis KOnvokesyen UKM Bangi
 Majlis yang kitaorang dapat sesi Kedua. Ingat dapat salam dengan Cansellor. RUpanya NC sahaja. Sadiss... hahaa.. anyway. Suasana sangat serabut bila korang nak masuk pintu dewan. Sesak dengan orang yang dah habis nak kuar dan orang yang sama sesi dengan aku nak masuk. Yang paling penting, beradalah dalam kelompok yang sama. Kau main ikut jer. Selfie sana. Selfie sini. Janji bukan kau duduk sorang-sorang. At this time, korang dapat tengok sekor sekor muka happy member kau. Muka gembira yang kau dah lama tak tengok.

Waktu nak ambik scroll, sempat lagi aku posing kat mak aku yang duduk ambik gambar kat tepi tu. hahaha.. orang tengok pelik semacam je budak ni. ngenyih sorang sorang. anyway... just do your best to be happy and make your parent happy. :)


enjoy pic yang tak seberapa. Selamat konvo untuk korang yang akan datang. :)









jom bekerja semula