Sunday, November 24

Habis ED



Assalamualaikum


Selepas beberapa kali hanya mampu buka dashboard, buka facebook dan terus tutup disebabkan kepenatan yang teramat sangat. Hari ni terasa rindu pulak. Rindu nak public kan semula blog ni. Rindu nak membaca cerita cerita dari blog kawan-kawan. Sebenarnya, suasana menulis blog 2 tahun lepas lagi seronok dari kali ini. Banyak kisah kehidupan. Sekarang nie... aishhh... banyak kisah penipuan politik yang tak kesudahan dan adegan follow menfollow back. erkk... plissss...


Back to realiti.

Disaat ini. wanblur sedang berpoya-poya merelazkan diri dan akal fikiran selepas tamat dua minggu mempostingkan diri di Emergency Medicine. Bermula dengan hari jumaat, habis sahaja sembahyang.Housemate terus ajak memlempar-lempar bola boling. Wanblur apa lagi.Pantang diajak keluar. Orang jakun katakan.. kurang kesedaran diri.


Dalam Emergency Medicine nie, jadual pengajaran dan pembejaran agak pelik dari posting yang lain. Tempoh dua minggu diisi dengan pelbagai konsep lectures emergency cases la... Setiap hari, selepas habis konsep lecture, kena masuk shif. Setiap hari ada 3 shif dan kena punch card. heee.... Dah macam makcik cleaner dah masuk kerja kena punch card. hukhukkk...

Yang bestnya posting ni, boleh ambik darah macam drakula. Eh, vampire. Boleh la asah bakat dan skills disini.  Pesakit terlalu banyak terutamanya bila bulan mengambang. Aku pun kurang pasti sama ada itu manusia atau hanya jelmaan. Yelah, hukm nie bukan boleh dibuat main2.. Keras tempatnya... zzooooo....


Yang paling aku tak reti ialah nak intrepret ECG, ECG, dan cardiac resus. Belajar macam nak mampos (hiperbola) masih kurang ilmu yang masuk. Oh, teruk betol hardware and software aku ni. Makin hari semakin menunjukkan tanda-tanda penuaan. Daripada sinus rhytmm ke Suprventricular tachycardia, Ventricular tachycardia, ventricular finrilation, asytole (flatline), Atrial flutter, atrial fibrillation, tasa corda, myocardial infarction yang sangat cerewet , cardiac axis yang pelik, dan macam2 lagi. Tapi, atleast pensyarah ajar, face to face. Dah macam melukut ditepi gantang, kawan menyiram air untuk mandi. ukhh...





Dari segi yang lain pulak, boleh revise semula tentang atrial blood gases macamana nak bezakan acidosis or alkalosis dan respiratory atau metabolic. Sebenarnya, wanblur baru tahu yang kita boleh tengok sama ada status condition tu acute or chronic. Pufff.... loser gila wanblur. terus terasa bagai budak tahun 2!!


Apa apa pun, emergency medicine sangat menarik untuk diterokai dan dipelajari. Pesakit kurang cerewet sikit dan kurang demand seperti di wad-wad. Ada variti pesakit dan penyakit. Bak kata atuk astro, "macam-macam adaaaaaaaa... (5harakat)". Yang penting, ikut jadual shif, dan pelajari apa yang didepan mata. Jangan malu bertanya, Kalau malu bertanya, takut terambil silap darah. haha...



ps: Excited sebab dah 5 pesakit aku cucuk ubat kat bontot. Damn... Excited sebab boleh buat prosedur, Damn sebab kenapa bontot??!!



Esok Internal Medicine. 7 Minggu.
posting kedua terakhir... alahaii....




Sunday, November 3

kehidupan







“Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian. Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling daripadamu, maka itu tidak penting. Jika Dia telah menerima amalanmu sedangkan seluruh makhluk menolak maka ia tidak memberi apa-apa kesan pun… Kerana itu lah sepatutnya hanya redha Allah semata-mata yang menjadi tujuan utama di dalam khidmat dakwah ini.”

-Allahyarham Ahmad Ammar-