Thursday, May 30

Mayat Dan Kek

Kek koko


Assalamualaikum,


Semalam hari yang agak mengembirakan hati sanubari encik wanblur. Setelah setahun berusaha untuk men"complete"kan tugasan forensik akhirnya tercapai semalam. Lepas nie, dah boleh jadi agen CSI untuk mengenalpasti faktor-faktor kematian. Insyallah, keadilan akan tertegak untuk si mati. cheewaaahhh... berangan!!   In reality, just berdiri kiri dan kanan untuk tengok ahli porensik yg potong-potong. Hanya untuk mendapatkan feeling like a CSI agent dan penuhkan log book. two cases to perform dan write de' reports.


Mungkin terkena padahnya semalam. Dugaan Case 10. Banyak pulak yang pensyarah forensik tanya semasa nak dapatkan sign report card forensik. Daripada cause of death, mummification process, decompose process, sehinggalah ulat "maggot". aiyakkk... kelu lidah untuk berbicara. Naseb ada member lagi sorang dalam bilik tu, dia yg banyak cakap. wanblur? cakap BI dalam hati jer.


inconclusion. Mati tidak mengenal usia, masa dan tempat. Kadang-kadang tidak dijangka, kadang-kadang yang dijangka tidak berlaku. Berdoa agar khusnul khatimah untuk diri sendiri, keluarga, cikgu2 dan yg lain.


#kek koko sangat sedap. Terima kasih kepada yang hantar untuk mengubat hati. lol.

# Terima kasih kepada mereka-mereka yang bersama dan sentiasa beri nasihat untuk situasi yg emncabar ini. Hanya Allah yg dapat membalasnya.



p/s : Berusaha untuk membaca Ecg Made Easy. Harap2 dapat habiskan sebelum hari ahad nie. chaiyok2x











Tuesday, May 28

new look ?



Assalamualaikum,


Mungkin ramai yang tak perasan, blog ditutup untuk beberapa hari untuk tugas mengedit blog yang lebih mudah. Sebenarnya, memang sangat "azab" kalau wanblur yg edit-edit benda grafik nie. Lepas test sana, test sini. Decide nak background warna putih. Bloglist yg berlambak kat bawah tue pun dah disummarizekan. And, new banner.. haha...


harap blog yg baru nie memberi nafas baru untuk berkongsi kisah duka dan ceria. bak orang putih cakap, "start of something new". harhar


terima kasih kerana singgah ke blog wanblur.


tq



Exchange banner yang baru. Lepas buat semua, baru sedar. Dah macam iklan ubat kuat dah... aiyakkk...

Bloglist simplified !!

New header.. erk, ada header ker??



Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahwa Rasulullah saw. apabila masuk bulan Rajab selalu berdoa,
Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna ramadan.”
Ertinya: Ya Allah, berkatkanlah kami (limpahkanlah kasih sayang kepada kami) dalam bulan Rajab dan Sya’ban; dan temukanlah kami dengan bulan Ramadan.
(HR. Ahmad dan Tabrani)
 - kredit : m-mathurat.com -







- xoxo -



Monday, May 27

Pejabat-lly


Assalamualaikum,

Disebabkan orang sebelah sana mengupdate blog. Wanblur pun nak update jugak larh.haha

#senget

#belemuih


Hari minggu yang lepas. Melepaskan gian jumpa dengan bff atau bgf. Dah lama rasanya tak jumpa balik. Kalau tak silap wanblur, pertama kali kitaorang jumpa masa pesta buku yang lepas. 1 Mei. So, nie kira "anniversary" kekdahnya. sorry geng. haha


The Mines.
Proses mencari parking kereta sangat susah. Ramai benornya yang datang. Nasib baik tak dak karnival buku yg worf-worf tue. Dari melantak pizza sampai develop shortness of breath, sejuk gedik tengok Furios 6 (kerusi wayang The mines sangat tak best, sakit tengkuk dan pinggang.fullstop), dan diakhiri dengan berlongkang di Mines Bowling. Fuhhh... penat melayan karenah mak datin nie.. anyway. Had some happiness after several mental problems.


Kembali ke dunia realiti. Sedang menunggu minit-minit terakhir untuk hantar abstrak dan manuscript. Semoga segalanya berjalan dengan lancar. Mungkin minggu nie juga perlu siapkan forensik yang sudah lama terbengkalai. Mungkin... mungkin itu suatu dugaan jiwa. ohyaa, dugaan hidung jugak!


p/s: Hidup perlu diteruskan dengan gagah




 







Sunday, May 26

Lagu Fast Furious 6



#copypaste

1. We Own It by 2 Chainz and Wiz Khalifa
2. Ball by T.I. ft. Lil Wayne
3. Con Locura by Sua ft. Jiggy Drama
4. HK Superstar by Jin ft. Daniel Wu
5. Failbait by Deadmau5 ft. Cypress Hill
6. Bada Bing by Benny Banks
7. Burst!/Bart B More Remix by Peaches
8. Mister Chicken by Deluxe
9. Roll It Up by The Crystal Method
10. Here We Go/Quasar,Hybrid Remix by Hard Rock Sofa & Swanky Tunes
11. Bandoleros by Don Omar ft. Tego Calderón
12. Rest Of My Life by Ludacris ft.Usher and David Guetta


jom layan lagu no 1 tue... heee

Saturday, May 25

Friday, May 24

Terlalu


Assalamualaikum

Sejak kebelakangan nie, terlalu banyak distractions untuk menulis blog. Dari kekangan masa untuk bertungkus lumus buat hal-hal research, shinggalah kesedapan tidur itu sendiri. Aisshh... Adakah ini titik tolak untuk mengundurkan diri dari dunia blogger? Hurm... sama la macam beberapa orang yg sudah lama mengundurkan diri, seperti Izamir. erk!!??!!!


Research.Journal.
ALhamdulillah, kesemuanya sudah habis. Semangat untuk berfoya-foya telah memotivasikan diri dan ahli kumpulan. Hanya menunggu untuk hantar abstrak untuk organisasi MUASRM dan supervisor hantar ke Malaysia Medical Journal. Insyallah, diterima publicationnya. Sebelum nie, bila kawan-kawan dari course yang lain sibuk dan stress menyiapkan thesis bagai. Dalam hati aku, "eleh, thesis je kot". Sekarang nie, bila diri sendiri yang kena buat.Baru terasa bahang "keelehannya".. Insaf untuk mengecil-ngecilkan orang lain. sobsob... tobat.


Sedang menghiburkan diri untuk dua bulan yang terakhir ini... huhu


p/s: Tidur petang. Termimpi kawen.. Adakah ini "clue" nya?? aish..





Thursday, May 23

Wednesday, May 15

Senarai Kabinet 2013 - Malaysia

Senarai Penuh Kabinet baru bagi penggal 2013-2018:

PERDANA MENTERI:
DATUK SERI MOHD. NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK (UMNO)

TIMBALAN PERDANA MENTERI:
TAN SRI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)

JABATAN PERDANA MENTERI:
MENTERI:
(1) DATUK SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM (UMNO)
(2) DATUK SERI ABDUL WAHID BIN OMAR (SENATOR -BERKUAT KUASA 5 JUN 2013)
(3) SENATOR DATUK SERI IDRIS JALA (SENATOR)
(4) TAN SRI JOSEPH KURUP (PBRS)
(5) DATUK SERI SHAHIDAN BIN KASSIM (UMNO)
(6) NANCY BINTI SHUKRI (PBB)
(7) DATUK JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN (PRS)
(8) DATUK PAUL LOW SENG KWAN (SENATOR)
TIMBALAN MENTERI:
(1) DATUK RAZALI BIN IBRAHIM (UMNO)
(2) WAYTHA MOORTHY PONNUSAMY (SENATOR)

MENTERI KEWANGAN:
(1) MENTERI KEWANGAN I: DATUK SERI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO)
(2) MENTERI KEWANGAN II: DATUK SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(3) DATUK AHMAD BIN MASLAN (UMNO)

MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI:
(1) MENTERI I: TAN SRI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)
(2) MENTERI II: DATUK SERI IDRIS BIN JUSOH (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(3) TIMBALAN MENTERI I: DATUK MARY YAP KAIN CHING (PBS)
(4) TIMBALAN MENTERI II: P. KAMALANATHAN A/L P.PANCHANATHAN (MIC)

MENTERI PERTAHANAN:
(1) MENTERI : DATUK SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK ABDUL RAHIM BAKRI (UMNO)

MENTERI PENGANGKUTAN:
(1) MENTERI : DATUK SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO) (MEMANGKU)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK AB. AZIZ KAPRAWI (UMNO)

MENTERI DALAM NEGERI:
(1) MENTERI : DATUK SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK DR. WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR (PBB)

MENTERI KERJA RAYA:
(1) MENTERI : DATUK FADILLLAH YUSOF (PBB)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK ROSNAH BINTI ABDUL RASHID SHIRLIN (UMNO)

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
(1) MENTERI : DATUK SERI MUSTAPA BIN MOHAMED (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : HAMIM BIN SAMURI (UMNO)

MENTERI LUAR NEGERI:
(1) MENTERI : DATUK SERI ANIFAH BIN AMAN (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK HAMZAH BIN ZAINUDDIN (UMNO)

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN:
(1) MENTERI : DATUK HASAN BIN MALEK (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK AHMAD BASHAH BIN MD. HANIPAH (SENATOR) (UMNO)

MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA:
(1) MENTERI : DATUK SERI AHMAD SHABERY BIN CHEEK (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK JAILANI BIN JOHARI (UMNO)

MENTERI SUMBER MANUSIA:
(1) MENTERI : DATUK RICHARD RIOT ANAK JAEM (SUPP)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK ISMAIL BIN ABD. MUTTALIB (UMNO)

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
(1) MENTERI : DATUK SERI SHAFIE BIN APDAL (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI (PBB)

MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
(1) MENTERI : DATUK ABDUL RAHMAN BIN DAHLAN (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK HALIMAH BINTI MOHD SADDIQUE (UMNO)

MENTERI BELIA DAN SUKAN:
(1) MENTERI : KHAIRY JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK SARAVANAN A/L MURUGAN (MIC)

MENTERI KESIHATAN:
(1) MENTERI : DATUK SERI SUBRAMANIAM (MIC)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK SERI HILMI BIN YAHAYA (UMNO)

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
(1) MENTERI : DATUK SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK DR. LOGA BALA MOHAN A/L JAGANATHAN (SENATOR)

MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI:
(1) MENTERI : DATUK SERI DOUGLAS UGGAH EMBAS (PBB)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK NORIAH BINTI KASNON (UMNO)

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
(1) MENTERI : DATUK DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI (PBS)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK SERI MAHDZIR BIN KHALID (UMNO)

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
(1) MENTERI : DATUK SERI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN (UMNO)

MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN:
(1) MENTERI : DATUK SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK JOSEPH SALANG ANAK GANDUM (PRS)

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI:
(1) MENTERI : DATUK DR. EWON EBIN (UPKO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK DR. ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH (UMNO)

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
(1) MENTERI : DATUK SERI G. PALANIVEL (MIC)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK DR. JAMES DAWOS MAMIT (PBB)

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
(1) MENTERI : DATUK ROHANI BINTI ABDUL KARIM (PBB)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK AZIZAH BINTI MOHD. DUN (UMNO)
 
 
 
 
 
 

Monday, May 13

Selamat Hari Ibu #2013



Assalamualaikum


Dikesempatan ini, wanblur ingin mengucapkan SELAMAT HARI MAK kepada mak wanblur. Terima kasih atas segala yang dicurahkan untuk adik beradik dan wanblur. Dari seberat 3kg sehinggalah 96kg. Banyak yang telah dicurahkan. Sama ada yg terang-terang macam duit poket, buku dan makanan. Dan juga yang tersembunyi. Terima Kasih. Semoga Allah mengasihani mak wanblur seperti mak mengasihani wanblur dari kecik sehingga sekarang


FYI
wanblur sejak kecik tak pernah wish face-to-face or phone-to-phone. Mungkin tak diajar sejak kecik. So, bila dah besar. Hanya wish dalam ingatan saja. Semalam call mak pun, tak wish. haha.. sengal tahap biawak. Rasa janggal dan weirdo. Takpe la... wish dalam ingatan sajalah... :)


few days backwards...
sedang mencari ketenangan jiwa. Masih.... sigh.



kbai.




Thursday, May 9

Angguk



Assalamualaikum.


Dah banyak hari tak mengupdate blog. Blog yang dulunya menjadi sebahagian daripada tempat menganyam keluh resah, cita-cita dan harapan kini menjadi sarang ternak lembu. Mungkin lembu terlalu sentitif. Tempat menternak labah-labah. yup... Itu lebih sesuai.


Beberapa kebelakangan nie. Hidup agak terurus. Berusaha untuk menjadi seorang yang baru. Seseorang yang terlalu jauh untuk kembali yang dulu. Semakin hari, semakin banyak dugaan. fullstops. Terlalu banyak salah dan silap yang dilakukan masa semalam. Teriang-iang perasaan malu dan bersalah disaat melangkah. mungkin inikah yang dikatakan dosa semalam.

Masih teriang-iang kata-kata itu ditelinga,

" Dosa itu adalah sesuatu yang kita rasa malu bila orang lain mengetahuinya"


sigh...


Biar apa pun yang berlaku. Diri ini perlu mencintai diri sendiri melebihi apa yang ada didunia. 

Terlalu leka. 
Terlalu senang terjerumus. itu aku.
sadis.
Disaat engkau susah, engkau mencari Dia
Disaat engkau senang, engkau meninggalkan Dia.
Tapi,
Dia masih tetap menunggu. menunggu menuju ke jalanNya...
Mampukah aku?


Btw, kebelakangan nie sibuk dengan mengkey-in data data untuk research. Terlalu banyak dan malass.. Pada masa yg sama akan meneruskan Ops Kurus Menjelang PPD Kem. Ohya, kena pastikan muka kurus macam dlm gambar kem ppd tahun 1 dan Tahun 3. Yang pasti, Kem BTN kali nie semestinya panas seperti PRU13. haha
k lah. Bye


 

running




Tuesday, May 7

Closer




Tanpa kita sedar. Disaat kita sibuk mengejar segala kekayaan, kemegahan, kedudukan, pekerjaan dan pelajaran. disaat itu jugak kita sibuk meninggalkan si Dia yang tercinta. Semoga si Dia tidak meninggalkan kita walau sesaat disaat kita selalu meninggalkanNya. Hati kosong. Allah pengubatnya.