Assalamualaikum.
Hari yang mendung di tahun 2014. Mungkin, pada saat ini. Terlalu ramai yang masih silap bila menulis tarikh. Kebiasaan 2013 itu masih terbawak-bawak tanpa sedar. Hidup sebagai seorang pelajar sangat-sangat lah tidak menarik. Trust me. Especially pada tahun akhir. Sibuk sepanjang lima hari seminggu. Hari sabtu dipenuhi dengan tido dan berfoya. Hari ahad insaf untuk bersedia minggu yang akan datang.
Jom terobekk ^____*
Aku ingat dia yang "itu".
Saat manis bersama si NAA selama hampir 4 bulan bersama. Tak pernah berjumpa. Terjumpa melalui blog dan facebook. Kuasa bercinta dihujung jari anda. Selama empat bulan aku cuba untuk jaga seorang saja dalam satu masa. Its work. Sorang dan seorang aku lepaskan. Btw, Its takdir. Call rindu saat si dia menyambut hari lahir adalah yang terakhir daripadanya. Now, berusaha untuk lepaskan. Berusaha untuk cakap kat diri sendiri bahawa ukur baju ikut saiz badan, dan bukannya ikut saiz leher. Still.. Keep remembering her. Limit myself. Only call or termiskol hanya pada 18 haribulan setiap bulan. 18 haribulan. Hari beliau dilahirkan.
Kem PPD terakhir sebagai Pelajar.
Cuti Raya Melayu
Walaupun tak cukup semua ahli keluarga Dato' Azizan, kitaorang masih enjoy dan bergembira menyambut hari raya. Dengan cuti sehingga raya ke 3 sahaja. Raya keempat sudah kena hadap pesakit diwad. Saat yang digunakan sedaya upaya untuk memenuhkan setiap quadrant-quadrant kat abdomen, paha dan bontot untuk menyimpan lemak. Fuhh... alhamdulillah, strategi dan matlamat cuti raya melayu tercapai. Peningkatan tambahan sebanyak 3 kilo. Tahniah... I know you can do it babe.
Genting Highland makan icecream strawberry.
Kali pertama menjejakkan kaki di Cameron Highland. Pertama menahan nak muntah disebabkan liku-liku perjalanan. Hah, Macam liku-liku kehidupan. Best sangat. Cuaca yang sejuk. Bila bercakap kuar asap rokok. Makan ice cream strawberry yang sedap dan harga berpatutan. Beli sebijik kaktus untuk dijaga disaat sunyi. Layan blues dekat ladang teh yang sebesar besarnya... hahaha... hiperbola. Terfikir. Macamana pekerja ni kutip daun teh.. Confirm fitness tahap dewa 17.
Pulau Pangkor yang sangat didambakan.
Riang-ria di Teluk Intan
Aku harap ini yang sebenarnya.
ok lah. Terobek dah macam menulis sepohon cerpen. Harap2 menang anugerah Nilam peringakat Sekolah Kebangsaan Langgar. hahaha
bye
No comments:
Post a Comment