Saturday, April 30

Entri Penghargaan : Terima Kasih Imran [mood: happy lappy]


Assalamualaikum dan salah sejahtera,

First and Foremost,  
Wanblur nak ucapkan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang sudi membuka blog ini, walaupun hanya sekilas pandang. Sesungguhnya, setiapa lawatan anda keblog ini amat-amat bernilai oleh blogger yang blur ini. Thanks for commenting, following my blog. Thanks you yer. [mood: senyum macam kucing.. meow meow]

Terima Kasih Imran
Aku buat entri ini sebab baru saja dapat 3 barang daripada Blogger Imran. Seorang blogger yang low profile. Student jugak sama macam wanblur. Nak link dier? cececeee... Korunk g geledah bloglist "Eight-Man" wanblur. okeyh?


Imran beli semasa Pergi Pesta Buku di PWTC 29 Apr 2011

WANBLUR is ButtonHutter
Wanblur sangat-sangat gila dan sewel andai ada button yang menarik perhatian. Kalau ada duit dalam poket, andai ada button yang menawan hati. Konfirm ada dibeli. Tapi, sejak kebelakngan ini, dah kurang kesewelan wanblur. Dah lama dah tak dapat or renew button baru. hehe macam renew lesen moto plak kan. kihkihkih

Koleksi Button yang masih tidak berkarat aka masih elok

Terima kasih kepada Imran sebab bagi button nie. hehe.. dah trigger balik la sewel button aku nie. haha. Okey lah, short jer entri nie sebenarnya. Dah siap decorate lagi semua button tue. Dulu letak kat beg silang. skunk, beg silang dah rosak. Beg laptop pun okeyh la.. Bersemangat!!

Beg Galas yang menjadi peneman wanblur dahulu. cantik ak??

Yehaaa.. bersemangat juang wnablur pakai beg nie nanti.. yeay yeya. jgn jeles

Hurm, bila letak gambar botak tadi (yg wanblur galas beg silang), teringin plak nak jadi macam nie. adoi, oi lemah kat Abs, sila lah turun sila lah dgn hormatnya kuar ko dr perut ku.... huhuhu

IMpian suatu hati nanti. yeayhh.. Berapa lama erk nak jadi mcm nie??
okeyh, bubye, esok ahad, lusa isnin then exam.. huwaaa... gulp gulp..

~titi~

tak nak singgah ker? 10 saat jer

Gaya dan cara berubah mengikut zaman.

Gaya dan cara berubah mengikut zaman,

Kalau dulu, jika ada permasalahan atau ketidak puashatian, segala-galanya akan berakhir dengan perjumpaan, rundingan, dan perbincangan. Kini, andai anda tidak suka, jom buat demo. huhu

Aku tak kata demo itu salah atau tidak. Demo itu salah satu kebebasan bersuara. Tapi, wajarkah demo dibuat setiap kali kita tidak berasa puas hati dengan sesuatu? Berbaloi kah?

DIbelakang tabir Sebuah demo,
Jalan raya sesak dan kebanyakkannya ditutup
Pemandu Teksi kerugian kerana penumpang tak nak naik
Sistem pengangkutan awam tergendala (bus dan teksi)
Menganggu percutian warga pekerja dihari cuti
Menyusahkan banyak orang
orang luar tgk malaysia, "Just a demo, no effective effect after that"

Kalau difikir-fikir kan, dulu mana ada demo-demo nie. Suasana aman ja. Tapi, skunk.. hurm.. setiap orang ada hak masing-masing. Mereka berhak membuat keputusan mereka sendiri. Itu hak mereka untuk menyuarakan hak mereka. Tetapi, wajar difikirkan, adakah Demo merupakan suatu perkara yang berkesan untuk menyelesaikan masalah?

Teringat Situasi di Mesir,
Rakyat bersatu, bukan atas nama parti politik untuk menumbangkan kezaliman Hosni Mubarak. Rakyat bersatu atas nama maruah bangsa dan negara. Kenapa tidak kita seperti mereka? BErsatu untuk perjuangan negara. not Politicism


hurm.. no komen. Setiap perbuatan dan dipertanggungjawabkan kelak. Tiada sesiapa yang benar atau salah. Anda benar jadi baik lah untuk anda, anda salah itu tidak patut. Biar apa pun, i love malaysia since this is the only country that people are respecting each others, diff religions, diff culture and diff skin colour.


Tiada apa yang betul dan tiada apa yang salah
keadilan dan kesalahan, itu diri sendiri yang memikirkan. Kita sudah matang untuk menegakkan hak kita. So, choose the ryte way. Jangan nanti cucu-cicit kita menyalahkan kita kerana mengadaikan negara pulok.




peace no war
Rundingan/ bermuzakarah is the best way to find a solution. ryte?


thanks for reading
just personal view

Friday, April 29

Qazaf dan sumpah laknat. Jom Tambah ilmu..

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dalam kebelakangan ini,  sering kali kita mendengar perkataan qazaf dan sumpah laknat. Pertama sekali, wanblur bersikap neutral. Tak hairan / ambik kisah pun pasal kes-kes semasa nie. Sehari dua lagi mati la orang tua-tua tue semua. And, my entri kali nie, tak der kaitan pun dengan politik or apa ker, just nak tambah ilmu pengetahuan la, untuk diri wanblur sendiri dan korunk jugak. kalau ada yang sudi membaca ar. okeyh?

JOM tambah ILmu AGaMa. Qazaf dan SUmpah Laknat menurut Islam.

Qazaf  
Qazaf ialah melemparkan tuduhan zina kepada orang yang baik lagi suci serta menafikan keturunannya.
Secara umumnya, Qazaf dibahagikan kepada 2 kategori, iaitu:
  • Qazaf yang pesalah-pesalahnya boleh dikenakan hukuman hudud seperti seseorang menuduh seseorang yang suci berzina tanpa mengemukakan 4 orang saksi yang adil
  • Qazaf yang pesalah-pesalahnya boleh dikenakan hukuman takzir seperti seseorang menuduh orang lain yang suci meminum arak, murtad atau apa-apa yang menjatuhkan maruah dan menghina seseorang\

Penuduh yang boleh dikenakan hukuman Qazaf:
  1. Berakal
  2. baligh
  3. kemahuan sendiri tanpa dipaksa
  4. mengetahui haramnya qazaf
  5. bukan ibubapa/datuk kepada si tertuduh

Cara-cara melakukan Qazaf :
  1. Tuduhan yang dibuat secara terang dan jelas (sarih)
  2. Tuduhan yang dibuat secara kinayah (ayat berlapik/ berkias)
  3. tuduhan yang dibuat secara sindiran
Qazaf adalah sebahagian daripada Hukum Jinayat Islam yang amat ketat prosedurnya kerana Allah S.W.T. sendiri menetapkan di dalam al-Qur’an yang bermaksud:
“Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebatlah mereka (yang menuduh itu) 80 kali sebatan. Dan janganlah kamu menerima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik’
(Surah An-Nur ayat 4)



Muhabalah / Sumpah laknat
Mubahalah iaitu bermakna saling melaknat sesiapa yang berbohong antara kedua-dua belah pihak, termasuk orang yang bersumpah. Sumpah laknat melibatkan orang yang bersumpah itu sendiri. Andai kata apa yang disumpah tidak betul, sesuatu yang batil, ertinya orang yang bersumpah juga termasuk dalam mereka yang dilaknat dalam sumpahan itu.


Kedudukan muhabalah dalam Islam,
Dalam Surah al-Imran Ayat 61 Allah berfirman yang bermaksud


 “Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) tentang kisah Isa sesudah datang ilmu (yang meyakinkan ) kamu, maka katakanlah (kepadanya): “Marilah kita memanggil anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan- perempuan kamu, dan diri kami serta diri kami, kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang yang berdusta.



Apabila kita bermubahalah, Allah akan memberi balasan buruk kepada mereka yang berdusta. Apabila kedua-dua belah pihak bermubahalah, mesti ada salah satunya benar dan salah satunya tidak benar. Melalui ayat itu, Allah menjanjikan balasan buruk kepada pihak yang tidak benar.


Cara bermuhabalah/ sumpah laknat yang betul:
Sumpah laknat ini tidak ada syarat-syarat khusus. CUma marhabalah ini boleh dilakukan ekoran daripada perbalahan yang tidak dapat diselesaikan dengan cara biasa seperti rundingan dan mahkamah.  Menurut
DR. MOHD. RADZI: Cukup dengan hanya lafaz sumpah Waallahi, Wabillahi dan Watallahi dan ditambah pengakuan ‘Aku melakukan perbuatan atau aku tidak melakukan perbuatan yang dituduh itu’. Itu sudah cukup. Dalam kes mubahalah, seseorang kena tambah ungkapan laknat Allah terhadap orang yang berdusta termasuk dirinya yang bersumpah andai kata dia berdusta.


Ingin mengetahui lebih lanjut, apa pandangan 6 tokoh agama mengenai muhabalah / sumpah laknat?







RUMUSAN WANBLUR
Qazaf merupakan tudahan yang dilemparkan kepada seseorang yang suci. Selalunya, qazaf dilakukan dalam kes-kes penzinaan samada isteri atau suami oleh orang lain. Hukumnya dengan Li'an adalah lain yer. Li'an adalah si suami menuduh si isteri berzina dan anak yg dikandung bukan anaknya. okeyh?


Bagi Muhabalah/ sumpah laknat,  
Apa yang wanblur faham, Ialah dilakukan selepas beberapa kaedah penyelesaian telah dilakukan seperti rundingan dan proses mahkamah. Jadi, andai keputusan masih tidak dapat dicapai, sumpah laknat boleh la dilakukan. ryte? kalau salah tolong betulkan. Muhabalah dilakukan oleh kedua-dua pihak, penuduh dan dituduh dan laknat Allah akan jatuh/turun kepada orang yang menipu.


Laknat Allah,
Bersumpah laknat, dan laknat Allah. MasyaAllah, terasa takut pulak nak tulis dan huraikan.  Andai anda betul, teruskanlah dengan sumpah laknat ini. Namun, andai salah, jangan sesekali. Laknat Allah itu besar. laknat Allah itu dunia dan akhirat. Hukuman dunia hanya sedikit jika nak banding dengan hukuman akhirat


Nota Penutup :
Blog ini bukan blog politik kerana penulis blog tak suka politik. Hanya sekadar berkongsi ilmu agama. Penulis bukan ornag yang arif tentang agama. Andai ada khilaf atau silap, mohon dimaklumkan dan diperbetulkan. Ilmu agama itu luas, andai tidak dicari bersama-sama, tercicir sesat sorunk-sorunk

Qazaf dan Sumpah laknat adalah hak individu. Setiap perbuatan adalah tanggungjawab masing-masing. Allah itu Maha besar dan Maha Adil. He knows every single thing.


Sumber rujukan:
  1. Qazaf dan pengertiannya
  2. Muhabalah : Prof Dr Radzi
  3. Tanda-tanda orang yg dirahmati dan dilaknati
  4. Pandangan 6 tokoh agama di Malaysia - muhabalah

p/s: daripada kita cari sapa betul dan sapa yang salah, lebih baik kita tambah ilmu dengan memahami maksud perkataan dan kata yang sering diutarakan dalam akhbar dan televisyen. Kita bukan boleh buktikan sapa betul, sapa salah. Atleast, kita tambah ilmu kan. sikit sikit lama lama jadi banyak. Keadilan itu benar dan ia akan timbul bila masa itu tiba. paham?


Islam is unique and the Most Wonderful life


Keadilan itu pasti
 Keadilan itu kemenangan kepada kebatilan. Allah mengetahui segala-galanya. Kita yang tak terlibat tidak mengetahui kebenarannya. Jadi, lebih baik kita berdiam diri dan berdoa agar keadilan dapat ditegakkan. Siapa yang bersalah? hanya mereka dan Allah sahaja yang tahu. 
Allah Maha Melihat dan azabnya amat pedih sekali 


p/s : Disaat melayu Islam bergaduh dan berbuat huru-hara dalam masjid, Yahudi dan Non-muslim bergelak ketawa kerana melihat keadaan umat Islam sehingga sanggup mencemarkan kesucian masjid. Nak gaduh, gaduh kat luar. Dalam masjid pastikan aman. Pernah nampak ker gereja, kuil huru-hara kerana bergaduh?. memelihara kemuliaan Masjid itu penting ye kawan-kawan


Boleh kembalikan mimpi itu?

Assalamualaikum dan good Morning to everyone. Mulakan pagi anda hari ini dengan menyebut -PEACE-  hurm... kan dah senyum.. huhu


Boleh kembalikan mimpi itu?
Semalam wanblur dapat mimpi / mainan tidur yang sangat-sangat wanblur tak kan lupakan. Serius. Wanblur bukan seorang yang senang mimpi atau bermimpi. Sukar sekali untuk mengigau, kecuali jika demam panaz. Mimpi semalam sangat-sangat memberi sesuatu kepada wanblur. Dah lama tak bermimpi macam nie. (ini bukan mimpi basah yer adik-adik.. jgn pikir kotor!)


Andai mimpi itu setiap hari...  I_I

Lama aku tak rasa dan mengalami mimpi yang macam nie. Ada someone yang aku tak kenal dalam mimpi aku nie. Aku ingat, tapi bila aku bangun. Aku tak dapat nak recall balik benda tue. Ntah la, dah lama rasanya hidup aku nie tak happy dan gembira macam nie. Orang kata, Gembira mulut & muka senang, Tapi adakah hati gembira? Dan mimpi semalam membuat Hati aku Gembira. Terimakasih Allah for giving me that dream. Unik, suci dan ntah la. tak dapat nak ungkapkan..


Mimpi semalam macam drama romantik, Just drama yang ikut adat resam. No others like blue-blue one. No NO. jgn pikir luas sgt. This juts ordinary dream, but this time. Its bring cheer to me. Ntah la.. huh!! sampai skunk dah terjaga pun, masih terkenangkan love tue.. adoi.. dah kena sampuk anggau aku nie.. parah-parah..  (tak per, dah lama tak angau. DUlu anggau tapi disia-siakan)


okeyh lah,
Just nak share benda nie. Kalau tak suka, wanblur mintak maaf. huhu


p/s: Ini Bukan Mimpi --> Bila Si playboy berjumpa SI Playgirl, Si Playboy insaf dan jadi Boy. Tapi, Ingat si Boy lagi teror bab-bab love dari Si Gurl. Rupa-rupanya, Si Boy dah kena hentam dan mainkan kaw-kaw punya.. Baru si boy perasan. Bila cinta, hati dilindungi dengan keindahan mata. Buta semuanya. Thanks freinds for telling me the truth.  Walaupun dah break sejak Januari lalu, Aku tak menyesal lagi bila dapat tahu benda nie. Sia-sia ja akui frust menonggeng, menangis malam-malam dan turun 5kg sebab bangkai tue.. ptuih... 




 
 
jom study Urine arini.. :)

tak nak singgah ker? 10 saat jer

Thursday, April 28

Meh la singgah jap : Sesi Memperkenalkan Jiran Blog Wanblur

Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua,
Harap-harap hari ini memberi keindahan, keunikan dan kenangan kepada anda semua, Blogger yang comel. Ya, korang semua memang comel. Comel sebab kecantikan itu dalam hati. Blogger semuanya comel-comel. huhu

JIRAN BLOG 
Sebenarnya, idea membuat jiran blog ini tercetus daripada idea seorang Blogger Ini, yang ingin merapatkan ukhwah antara blog wanblur dan dia. So, dia merupakan Jiran pertama wanblur. Dah lama dah. Asyik nak lari jer kerjanya. haha




Jom Berkenalan dengan JIRAN BLOG WANBLUR


JIRAN HOT 1 : Blogger AkubudakKental
 Blog akubudakkental merupakan sebuah blog personal yang merangkumi perjalanan beliau sebagai seorang pelajar, seorang wanita, seorang anak dan juga seorang bakal doktor. Impiannya tinggi. Namun, segala tekanan, tangisan, gelak tawa dikongsikan bersamanya dengan dunia blog dalam blog akubudakkental. Ingin mengetahui lebih lanjut, sila kunjungi blog beliau.

MARI MENJADI KENTAL BERSAMA CIK KENTAL. KLIK BANNER UNTUK KE SANA


JIRAN HOT 2 : LuvmeMryna
LuvmeMryna atau nama panggilannya Mryna aka Maryana memang Terbaik dan Hot!! haha,. Sporting sangat-sangat. Wanblur minta Mryna buat satu Ulasan or cakap-cakap tentang Blognya. Wanblur tanya Kenapa Blog Mryna Wajib dilawati? Dan nak tahu Jawapannya?? huhu

"Blog saya memang lah blog personal. Kalau tengok pon, banyak cerita saya yang tah apa-apa je banyak.  Tapi tapi tapi, saya ada jugak selitkan isu-isu terkini yang korang patut tau. Tak ada lah cerita saya yang syok sendiri saja kan yang ada. Hoho. Silap haribulan sorang pon taknak jengah dah. T_T
Lagi lagi, sebab blog sy ringan bila dibukak guna google chrome. Jadi tak payah lah nak tunggu lama semata-mata nak loading kan. Tapi pastikan internet laju jugaklah. Huhu.
Blog saya pon tak ada banyak gangguan sangat. Tak ada lagu-lagu yang bukan autoplay, tulisan okay, full typing dan senang untuk difahami.
Kalau orang rajin singgah blog saya, saya pon akan rajin singgah blog orang tu jugak.
Jadi, lawatilah blog saya. hahaha
"

Ingin mengenali Blogger sporting ini? Klik Pic atas.


JIRAN HOT 3 : Blogger aIeDa / sweet sour of...
Blogger Aieda wajar dianggap antara blogger yang berjaya dalam fikiran wanblur. Walaupun baru sahaja 1 bulan dan 1 hari beliau menulis blog, Namun, beliau berjaya menarik sebanyak 375 follower blog beliau. Hebat bukan! Ingin menyertai mereka untuk membaca entri-entri menarik dan terbaik daripada Aida? JOm serbu Blogger aida di Blognya Dunia Rahsia Aieda.


Ingin mengetahui rahsia dunia Aida? Klik pic atas.   



Daripada wanblur untuk Jiran Blog wanblur:

Wanblur bukanlah blog femes atau terkenal. Wanblur hanya seorang blogger biasa yang ingin berkongsi cerita dalam alam maya ini. Sedikit terharu dan berbesar hati kerana korang bertiga sudi menjadi jiran blog wanblur. Wanblur akan berusaha menjadi jiran blog yang terbaik. Kalau ada silap, beritahu la yer.. Peace no war.  Sama-sama memeriahkan dunia blog.


Pesanan Wanblur untuk Member-Member Blogger diluar sana.
Jemput selalu ziarah blog jiran wanblur. Mereka hebat. Setiap entri mereka hanyalah yang terbaik untuk tatapan anda semua. Dunia Blog ini Luas, Tapi dengan adanya Jiran Blog ini. Perhubungan antara Blogger dapat dieratkan. ye tak? Sama-sama berblogging.


P/s : Wanblur mencari sorunk lagi Jiran blog. Blogger lelaki yang mana berminat? Just roger-roger wanblur. hehe

Love you all, readers

A rainbow of joy in a ...

My Life closed and open for frenx.. teett

Assalamualaikum dan salam sejahtera dan jugak selamat pagi kpd yg baru bangun.. huhu


Entri kali ini tak ada lah panjang berbenor. Just a short note from my heart to you all la. Baru bangun tido saja nie. Adeih, subuh gajah lagik. HAri-hari subuh bergajah. Apa nak jadi la kan.. ish ishish.. mana isterii nie? tak kejut aku pun.. huh!!


A rainbow of joy in a freindship. 
Kawan nie ada bermacam-macam. Ada yang ala-ala Miss Pahang, Kate Middleton, Putera Gunung Ledang, Jelitawan dan lain-lain. Setiap mereka ada keistimewaan sendiri. Semua orang ada kelemahan sendiri, so dont judge people by their mistake/s. Nobody are perfect although he/she is perfectionist. Hah, disebabkan kelainan ini lah yang menceriakan sesebuah persahabatan. Ryte? takkan nak warna pink jer, tak meriah la. Satu Persahabatan, bukan satu warna. So, Freindship like a rainbow if you appreciate it and love it

comel la plak benda nie.. haha


A rainbow of joy in a family
Dalam family aku nie macam family orang lain jugak la. Ada mak dan ayah. Dalam hierakri yang atas sekali. Lepas tue ada 5 budak sewel termasuk aku. Ada 4 jantan macho (aku macho+comel), dan 1 ladies. Kalau dah 5 orang kepala sewel, konfirm2 selalu gaduh kan? yea, dulu time kecik-kecik selalu gaduh. Skunk? lu pikir la sendiri yer. Yang paling best bila semua kumpul ramai-ramai pergi berkelah, or sekadar lawan boling kat Pacific Kedah. Ataupun cukup la belanja makan ayam KFC/ ice cream mangkuk. Itu sudah memadai. Ryte? Small things bila kumpul2 boleh bina good bond. ryte? macam air. Air lemah. Bila air banyak-banyak macam dalam empangan, satu kedah boleh banjir andai Empangan Pedu pecah. So, Love your family as they a rainbow of joy in yourlife. p/s: hari ibu dah nak sampai..


A rainbow of joy in every decision/ life
 Oppss.. yang nie aku x der idea lagi nak tulis. Sambung malam boleh?? hehehe..


p/s: siapa ingat lagu barnie?


I love you
You love me
We're a happy family
With a great big hug
And a kiss from me to you
Won't you say you love me too?

I love you

You love me
We're best friends
Like friends should be
With a great big hug
And a kiss from me to you
Won't you say you love me too?

_peace no war_ 


i love you all lah.. hehe ayat kover kontroversi.. huhu


Inilah barney yang korunk selalu tgk tue time kecik-kecik selain power rangers, pokemon, digimon dan jugak sin chan. Maruko punley layan gak.. haha But, not for Dora explorer k. haha anti gila

tata 

tak nak singgah ker? 10 saat jer

Wednesday, April 27

Bangku Kosong nak tengok bukti.. [bloglist tamat malam nie]

Wanblur memang peminat setia Bangku Kosong, Dia ada 2 blog kan. 1 yang selalu update-update tentang benda-benda yang pelik2, dan satu lagi Personal blog. hehe..

Wanblur dah printscreen, Nak, bukti betapa wanblur suppor bangku kosong. yeay..

Saja kasi besar sikit.. hehe


p/s : first time beria-ria nak masuk bloglist yang blogger buat. hehe. dulu Abg Ben, dah lama dah. Then, nie yang kedua.. serius..

oklah, jom mandi. (badan busuk after gym)


Ingin sertai Bloglist Bangku Kosong?   KLIK HERE


tq

tak nak singgah ker? 10 saat jer

Tarian poco-poco. Nak ikut Fatwa Mufti Perak Harussani or Majlis fatwa kebangsaan?

cuba tengok 2 situasi ini, im neutral. Just like you all.. To Know Poco-poco is haram or tak?

From Harakah online
dan ini pulok,


Arkib utusan malaysia

Dono what to think, just think and made correct decision la kan.. nak ikut yang mana satu? yang diharamkan ker yang dihalalkan? kedua-duanya ada pendapat dan intisari yang tersendiri diatas setiap keputusan yang dilakukan oleh kedua-dua pihak.

For me, Andai was-was, baik tinggal. Ryte?


Beberapa Link about tarian poco-poco

p/s: tepuk dada tanya hati, tepuk hati tanya iman. Your decision is on you ryte now. Korang kena fix kan korang punya hati, nak ikut fatwa harussani or fatwa kebangsaan. Yang mana-mana boleh. Dan, ingat reason masing2. okeyh?

p/s: nasib wanblur tak kena Program Latihan Khidmat N, kalau tak mesti wanblur tahu nari tarian poco-poco. Thanks Allah for that, huhu.. kalau wanblur tahu tarian nie, mesti wanblur keliru macam korang. nak continue or tak. hehe

 

Tuesday, April 26

Ada sapa-sapa nak jadi jirang blog wanblur? 2 orang sahaja.

Ada sapa-sapa nak jadi jirang blog wanblur? 2 orang sahaja. Blog wanblur nie bukan blog yang gempk-gempak macam orang lain. Just ordinary blog. Kalau ada nak bersama wanblur, jadi jiran blog wanblur, Komen plez.. huhu nak memeriahkan blog wanblur dan blog korunk.. Baru kuatkan sikit silaturahim tue.. ye tak..

p/s: berminat sila komen yer.. tq

Chi-i-tea-a Chi-i-tea-a [cita-cita]

Asalamualaikum dan salam sejahtera, 

Sebelum wanblur nak pergi mandi selepas menghabiskan work-out tadi, wanblur nak story la sikit dengan korang semua. Entri pasal cita-cita atau sebutan hurufnya, Chi-i-Tea-a, aka C-i-t-a. Semuanya orang ada cita-cita. Sama ada sedar atau tidak. Ryte?

Bagi wanblur, Cita-cita wanblur daripada dulu, time kecik keding sehinggalah besar bak suami mithali sekarang nie, cita-cita sentiasa sahaja berubah. Kata orang, cita-cita semasa sekolah rendah la yang paling relaz sebab masa tue faktor persekitaran yang mempengaruhi kita. Bila dah besar, masuk sekolah menengah, dah tahu serba sediki asam garam gula dan beras alam kehidupan nie, cita-cita pun bertukar menjadi lebih matang. Korunk pernah mengalami tak?



Nak tengok apa cita-cita wanblur dari dulu hingga sekarang? **malu nak gtau nie.. member-member punya pasal**

  • Tadika - darjah 2 : Nak jadi BOMBA, sebab boleh padam rumah terbakar
  • Darjah 3 - darjah 6 : Nak jadi Polis / PBSM-related macam jururawat ker, attendant ker, dll
  • Tingkatan 1 - 3 : Nak jadi technician, sebab masa tue wanblur menang Pertandingan Elektronik Sekolah-sekolah 2015, dan Jadi Johan. KBSM punya. hehe **RIak, sila terajang wanblur*
  • Form 4 - 5: Nak jadi doktor, sebab dapat gaji banyak, kereta mewah walaupun hutang bank kan, rumah besar (means ada rumah sendiri)
  • After SPM - sekarang :  Nak jadi Surgeon,  sebab terpengaruh cerita korean, The Surgeon. hehe
Hah, nampak tak. Cita-cita kita sering bertukar atau berubah mengikut keadaan. Kadang-kadang cita-cita itu kalau difikirkan impossible nak dicapai, terutamanya orang yang bengong macam wanblur nie. Tapi, mak wanblur selalu cakap,
Mak berkata, "kalau orang lain boleh berjaya, kerja besaq-besaq, pasal apa hang tak boleh?"

dan,
"mak nak jugak nanti bila dah tua, anak-anak jaga cukup macam mak jaga time kecik-kecik. Tak hidup susah macam sekarang"


Untuk adik-adik yang baru lepas SPM or masih tak tahu nak ambik apa selepas nie, abg wan nak beri beberapa tips .. (eeeuuu.. abg wan? wanblur la!! grr).. Tips memikirkan cita-cita kita selepas ini?
  • Apakah peluang atau laluan yang kita anda sekarang? result kita? keadaan kita?
  • Adakah kita minat sesuatu bidang itu?
  • Tengok prospek kerjaya tersebut. Sampai tahap tertinggi sesuatu kerjaya itu. cerahkah masa depan kita nanti?
  • Nanti lepas belajar ada kerja ke tak?
  • dan yang paling penting, Kita ikhlas tak untuk cita-cita itu?
semua ini, korunk jawab la sendiri okeyh? buat pilihan yang tepat lagi mantop. Jangan tersalah pilih. okeyh? semua kerjaya itu sama sahaja. Tak ada darjat pun sebenarnya. Semua yang cakap kerja itu bagus, kerja itu buruk, semua itu stigma masyarakat. Yang penting H_A_L_A_L. kan?


Minat boleh dipupuk andai ada keinginan. Peluang ada dimana-mana andai gigih berusaha. Kegagalan itu pasti, kejayaan menanti digarisan penamat bagi seseorang yang tidak give up.

Ingat satu perkara jer, YOUR LIFE, YOUR FUTURE is ON your Hand. Your Destiny is YOURS.

okeyh? 

p/s : mencari motivasi sebenarnya nie.. grrr.. nak study tp x der mood..  *period ke apa mood moody nie.. haha*

Selamat bercuti kepada yang daha habis final exam!!

Sebijik macam wanblur sekarang, study week tapi LAZIIII saje,, hukhuk..

Nak workout jadi macam nie.. Sikit jer lagi perut nie.. habis ar ko lemak perut,,.. mati ko lepas nie.. hahaha

Jom Kita study,



Sekilas pandang, sejiwa dironta     



tata__

tak nak singgah ker? 10 saat jer

Japan today ... We forgot about them?

Suddenly remember about Japan,.. we have forgot about them, or we just take for granted? means for business or commercials only? What about social? How about ten thousands people who are still missing now. Lost their home, lost their family, lost their neighbours, freind.. but, they still dont lost their integrity and Maruah. Tak pernah merayu-rayu. kan? hurm..

Tadi search : Japan Today, then jumpa yang nie.. just remember them..









LET'S PRAY FOR JAPAN

P/S : Orang kata, walaupun kita tak boleh buat apa-apa, tapi andai kita ingat dan kasihani mereka. Itu sudah memadai. Ryte? Sama la macam g kenduri arwah, kita bukan boleh apa. nak tolong tak dapat.. Cukuplah mengingati mereka dan Pray for them. It's pretty much rather that forgot about them. u and i frenx. we are frenx. we live in a world. ryte? 

 

Sekadar gambar.. I am Not Pro-editor

Asalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog kerdil ini, 

Wanblur baru saja habis menonton rakaman Konsert AF ke 9, minggu ke 3. Baru sahaj habis dalam pukul 1pagi macam tue. then, study la sikit-sikit untuk exam nie. yelah, ada 6 hari saja lagik. adooii.. Kemana menghilangnya semangat dan emosi itu? hanya aku dan Dia saja yang tahu.. i wanna to share some pics for burung-burung hantu yang berjaga malam nie. Qiamulail la agaknyer kan.. Ikhlas mengeratkan silaturahim.. amin.

Let's check out!


Korang ingat lagi tak gambar awan nie? gambar awan Agumon. hehe.. Sekarang nie, bila selalu sibuk-sibukkan diri dengan kerja-kerja dan menguruskan rumah tangga, wanblur tak sempat nak luangkan masa bermain-main dan bermanja-manja dengan awan. rindunya awan. semua agumon, pikachu, naga dan lain-lain. Dimanakah mereka? Masih adakah mereka disana? ... Sama juga seperti kawan, kawan yang baik selalu ada dengan kita, menemani kita namun, satu hari nanti pasti mereka akan pergi meninggalkan kita. Ryte? so, hargai kawan kita, sama ada baik or annoying. hehe (nada perli sinis)


 Sedap kan sirap nie. Warna merah jantung. Terang lagi menitik. erk.. means, condensation. Jangan Blue kan fikiran korunk k. Wanblur suka air sirap. Wanblur juga suka air teh o ais. Dua-dua wanblur suka. Tapi, antara dua, yang mana wanblur nak pilih? sirap atau teh o ais? .. jawapannya.. tepuk dada tangan hati. (curious about this because we speak thru mouth not liver. ryte?) . Andai sirap dapat dicampur dengan teh o ais. sedap tak? nak try esok.. hihi sewel @@


 Gambar ini menunjukkan chow kit banjir beberapa minggu yang lalu. Dah lama dah. Cuba korunk teka or guess, What the behind story for this picture? ala.. cuba la.. plez plez.. hehe *sila terajang wanblur* Satu laluan traffic jam, sesak. Manakala satu jalan lagi lenggang tapi air bertakung. Tak dapat tangkap lagi? .. hurm, Dalam hidup ini sentiasa ada 2 jalan, ada pilihan. tipu la kalau orang cakap tiada pilihan. Sama ada jalan singkat tapi sesak/berranjau. atau jalan lenggang tapi berair/licin. So, buat pilihan yang tepat dan stay confident and ensure yourself about your option. Your are what you think. ryte?? **wanblur fikir wanblur slim tapi tidak.. macamanae erk?*


 Korang mesti pernah tengok benda nie. Score yang begini (sambil teringat aksi zizan last week.. gini gini.. hehe). Best kan bila dapat score macam nie. Atleast atas 100 or 150. ryte? Sama la jugak dalam belajar atau hidup nie, Kena beri tumpuan, konfident dan yakin baru boleh strike. baru boleh spare. Kan? Tapi, kadang-kadang nasib tak membelahi kita. Kita dah buat habis baik tapi masih tak puas hati (gagal). So, what to do? My advise, for myself, keep moving and renovate yourself. The key of success is your heart and you. ryte? *bila kau fikir kan kau boleh, kau boleh melakukan,.lalala~~*


Kehidupan di dunia ini umpana seorang pemuda manaiki kanoo (erk.. lupa nama benda nie, sory yerk). Semuanya seorang diri. Kehidupan / pelayaran dia semuanya ditangannya. Andai tidak berkayuh, maka bertepian la sampannya. Tapi, andai diperah keringat menongkah arus air oancut titiwangsa, dapat jugak berlayar ke tengah. SO, kita kena pilih. Nak perah keringat ker nak duduk diam jer. Sampan sudah siap. Dayung ditangan. Kadang kala, keputusan ditangan kita dan apa yang terjadi selepas ini, semuanya tanggungjawab kita. Kalau kita baik, orang suka la. Kalau kita annoying, orang menyampah. Kan kan.. setuju tak? kalau setuju kenyik mata sikit.. hehe

 Oppss.. ini tiada maksud tersirat. Cuma ingat memperkenalkan 2 individu yang mewarnai kehidupan aku. Hurm, Dari kiri ialah Blogger Shawal Shah, SI gadis Shawl ialah Blogger Akok, dan yang bajet kurus tue Blogger wanblur. eh, Namo den ruponyer.. hehe


 Ada orang suka membaca. Ada orang suka menulis. Tapi, ada orang suka mengkritik. Dan tidak dilupakan juga ada orang yang dalam diam-diam dia memberi. Korang orang yang macamana? wanblur tahu, korunk mesti orang yang suak membaca. Betol tak? Kalau tak, tak dernya nak baca entri panjang-panjang nie.. hehe

Isi tersirat, wanblur rindu kan diri sebagai donor. kena tahan diri sehingga bulan 8 nie. Baru boleh donate balik. Bukan Dono jer, donate. Hari ini kita tolong orang, esok lusa.. masa kita or keluarga kita sakit, Mungkin ada orang lain yang akan tolong kita. ryte? SILA DAFTAR SEBAGAI PENDERMA DARAH DAN ORGAN K. hehe

Kalau berani, cuba klik gambar kat bawah nie, kalau ada bran la. hehe Support our new frenx.. :)








selamat malam semua.. Love you all lah..

p/s : Setia seorang lelaki? 

Monday, April 25

Ada sapa-sapa nak sedekah header?

Header akuwanblur90 dah kena buang. Tak caya? tengok kat atas nie.. haa.. lain kan.. Sorry to old header, i cant use you anymore. u are toooo heavy for my blog. Sudah lah internet pun mcm siput sedut..

ada sapa-sapa nak sedekah header? hehe..

Angan-angan nak bola boling mcm nie boleh? hehe


bubye

tak nak singgah ker? 10 saat jer

Sunday, April 24

Ada seminggu rasa seminggu, tapi bila ada sebulan pun rasa seminggu.. sigh

Asalamualaikum dan salam sejahtera.


Wanblur rasa mesti semua orang pernah mengalami kejadian macam nie. Terutamanya budak-budak universiti yang akan menghadapi peperiksaan akhir atau omputehnya Final Exam. Masa berlalu macam air jer. Sama la dengan duit biasiswa yang diberikan. Mengalir tanpa sedar. Tup tup dah habis..sigh lagi..


Wanblur nak share dengan korang, baru-baru nie wanblur balik kolej semula untuk menduduki peperiksaan ulangan. Untuk paper-paper tahun 2 yang wanblur tak lepas atau nama scientificnya fail. Wanblur dah susun jadual. kira ada 3 minggu untuk membuat preparation sebelum Final Resite Exam. Tapi, sedar-sedar dah tinggal lagi seminggu lagi jer sebelum exam tue.. adoi.. kenapa erk masa berlalu tanpa sedar?



Kawan wanblur pernah cakap dekat wanblur punya kawan,


"Sokmo tak habis study. Seminggu study week pun tak habis nak study. Kalau bagi sebulan masa untuk study week pun belum tentu habis study jugak. Sama jer.. (nada perli-perlian)"


jom renung-renung Kata puji-pujian diatas nie.. Renung.. Fikir..

Kenapa yerk jadi macam nie?

Bagi wanblur la, wanblur rasa sebab terlalu berkedudukan selesa, gagal mengurus masa, kurang motivasi, dan semestinya tidak jujur dengan diri sendiri. Kenapa wanblur cakap macam tu?

Bila berkedudukan dalam zon selesa, manusia terutamanya wanblur ini, terlalu mengabaikan masa. Menganggap perkara-perkara penting boleh ditangguh. Relaz dan berfoya-foya dengan beranggapan 2 minggu itu tempoh yang lama. Tapi, semuanya dusta semata-mata.




Ada antara pelajar universiti nie yang gagal mengurus masa. Nie wanblur cakap untuk diri sendiri jugak. Buat jadual bukan main lagi. Setiap hari ada jer tugasan yang perlu dibuat. Hangat-hangat mee goreng mamak. Bila dah lama sikit, jadual kemana, orang kemana dan yang paling bestnyer, Buku nota entah kemana.. hurmm.. bawah bantal kot. Jadual yang dibuat hanya tinggal kenangan jer.. sigh kali ketiga..


Semua orang impikan kejayaan. Tapi, kejayaan yang diimpikan dan diidamkan hanya akan tinggal kenangan dan mimpi andai kita tidak mengubah diri kita.


Dulu semasa PMR, bersemangat nak dapat 8A untuk masuk Aliran Sains. Biasa la sekolah harian biasa, Kuar bandar. It's normal. Then, bila masuk SPM, nak score tinggi-tinggi sebab nak masuk Medik. (ditujukan kepada wanblur). Tapi, bila dah masuk MEdik, Apa lagi perancangannya? Apa lagi motivasi yang tinggal untuk meneruskan impian? Kenapa motivasi dan momentum itu tidak dapat diteruskan..


Bila fikir-punya-fikir, semuanya salah diri sendiri. Niat asal pun sudah salah. orang kata angan-angan kena tinggi. Macam Mat Jenin pun tak pa. kenapa pulak?

"Berusaha la untuk mencapai bulan dilangit malam, andai diakhirnya bulan tidak dicapai, tetapi puncak gunung berjaya ditakluki"


Akhir sekali, sebelum menutup entri yang panjang nie, Kepada kawan-kawan yang menjadi resiter sama macam wanblur, Jangan mengalah. Teruskan usaha. Kita sama-sama study sampai muntah hijau (erk.. infection..). 


"Kejayaan Bukan Warisan, Kegagalan Bukan Tradisi"
~The Lurink~ 
 

Jom berstudy week. Its begin rte now. This ryte moment. 


Pengubat rindu,



Selamat malam dan selamat Ber"suria.Cinta" malam nie..