Friday, April 29

Qazaf dan sumpah laknat. Jom Tambah ilmu..

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dalam kebelakangan ini,  sering kali kita mendengar perkataan qazaf dan sumpah laknat. Pertama sekali, wanblur bersikap neutral. Tak hairan / ambik kisah pun pasal kes-kes semasa nie. Sehari dua lagi mati la orang tua-tua tue semua. And, my entri kali nie, tak der kaitan pun dengan politik or apa ker, just nak tambah ilmu pengetahuan la, untuk diri wanblur sendiri dan korunk jugak. kalau ada yang sudi membaca ar. okeyh?

JOM tambah ILmu AGaMa. Qazaf dan SUmpah Laknat menurut Islam.

Qazaf  
Qazaf ialah melemparkan tuduhan zina kepada orang yang baik lagi suci serta menafikan keturunannya.
Secara umumnya, Qazaf dibahagikan kepada 2 kategori, iaitu:
  • Qazaf yang pesalah-pesalahnya boleh dikenakan hukuman hudud seperti seseorang menuduh seseorang yang suci berzina tanpa mengemukakan 4 orang saksi yang adil
  • Qazaf yang pesalah-pesalahnya boleh dikenakan hukuman takzir seperti seseorang menuduh orang lain yang suci meminum arak, murtad atau apa-apa yang menjatuhkan maruah dan menghina seseorang\

Penuduh yang boleh dikenakan hukuman Qazaf:
  1. Berakal
  2. baligh
  3. kemahuan sendiri tanpa dipaksa
  4. mengetahui haramnya qazaf
  5. bukan ibubapa/datuk kepada si tertuduh

Cara-cara melakukan Qazaf :
  1. Tuduhan yang dibuat secara terang dan jelas (sarih)
  2. Tuduhan yang dibuat secara kinayah (ayat berlapik/ berkias)
  3. tuduhan yang dibuat secara sindiran
Qazaf adalah sebahagian daripada Hukum Jinayat Islam yang amat ketat prosedurnya kerana Allah S.W.T. sendiri menetapkan di dalam al-Qur’an yang bermaksud:
“Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebatlah mereka (yang menuduh itu) 80 kali sebatan. Dan janganlah kamu menerima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik’
(Surah An-Nur ayat 4)



Muhabalah / Sumpah laknat
Mubahalah iaitu bermakna saling melaknat sesiapa yang berbohong antara kedua-dua belah pihak, termasuk orang yang bersumpah. Sumpah laknat melibatkan orang yang bersumpah itu sendiri. Andai kata apa yang disumpah tidak betul, sesuatu yang batil, ertinya orang yang bersumpah juga termasuk dalam mereka yang dilaknat dalam sumpahan itu.


Kedudukan muhabalah dalam Islam,
Dalam Surah al-Imran Ayat 61 Allah berfirman yang bermaksud


 “Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) tentang kisah Isa sesudah datang ilmu (yang meyakinkan ) kamu, maka katakanlah (kepadanya): “Marilah kita memanggil anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan- perempuan kamu, dan diri kami serta diri kami, kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang yang berdusta.



Apabila kita bermubahalah, Allah akan memberi balasan buruk kepada mereka yang berdusta. Apabila kedua-dua belah pihak bermubahalah, mesti ada salah satunya benar dan salah satunya tidak benar. Melalui ayat itu, Allah menjanjikan balasan buruk kepada pihak yang tidak benar.


Cara bermuhabalah/ sumpah laknat yang betul:
Sumpah laknat ini tidak ada syarat-syarat khusus. CUma marhabalah ini boleh dilakukan ekoran daripada perbalahan yang tidak dapat diselesaikan dengan cara biasa seperti rundingan dan mahkamah.  Menurut
DR. MOHD. RADZI: Cukup dengan hanya lafaz sumpah Waallahi, Wabillahi dan Watallahi dan ditambah pengakuan ‘Aku melakukan perbuatan atau aku tidak melakukan perbuatan yang dituduh itu’. Itu sudah cukup. Dalam kes mubahalah, seseorang kena tambah ungkapan laknat Allah terhadap orang yang berdusta termasuk dirinya yang bersumpah andai kata dia berdusta.


Ingin mengetahui lebih lanjut, apa pandangan 6 tokoh agama mengenai muhabalah / sumpah laknat?







RUMUSAN WANBLUR
Qazaf merupakan tudahan yang dilemparkan kepada seseorang yang suci. Selalunya, qazaf dilakukan dalam kes-kes penzinaan samada isteri atau suami oleh orang lain. Hukumnya dengan Li'an adalah lain yer. Li'an adalah si suami menuduh si isteri berzina dan anak yg dikandung bukan anaknya. okeyh?


Bagi Muhabalah/ sumpah laknat,  
Apa yang wanblur faham, Ialah dilakukan selepas beberapa kaedah penyelesaian telah dilakukan seperti rundingan dan proses mahkamah. Jadi, andai keputusan masih tidak dapat dicapai, sumpah laknat boleh la dilakukan. ryte? kalau salah tolong betulkan. Muhabalah dilakukan oleh kedua-dua pihak, penuduh dan dituduh dan laknat Allah akan jatuh/turun kepada orang yang menipu.


Laknat Allah,
Bersumpah laknat, dan laknat Allah. MasyaAllah, terasa takut pulak nak tulis dan huraikan.  Andai anda betul, teruskanlah dengan sumpah laknat ini. Namun, andai salah, jangan sesekali. Laknat Allah itu besar. laknat Allah itu dunia dan akhirat. Hukuman dunia hanya sedikit jika nak banding dengan hukuman akhirat


Nota Penutup :
Blog ini bukan blog politik kerana penulis blog tak suka politik. Hanya sekadar berkongsi ilmu agama. Penulis bukan ornag yang arif tentang agama. Andai ada khilaf atau silap, mohon dimaklumkan dan diperbetulkan. Ilmu agama itu luas, andai tidak dicari bersama-sama, tercicir sesat sorunk-sorunk

Qazaf dan Sumpah laknat adalah hak individu. Setiap perbuatan adalah tanggungjawab masing-masing. Allah itu Maha besar dan Maha Adil. He knows every single thing.


Sumber rujukan:
  1. Qazaf dan pengertiannya
  2. Muhabalah : Prof Dr Radzi
  3. Tanda-tanda orang yg dirahmati dan dilaknati
  4. Pandangan 6 tokoh agama di Malaysia - muhabalah

p/s: daripada kita cari sapa betul dan sapa yang salah, lebih baik kita tambah ilmu dengan memahami maksud perkataan dan kata yang sering diutarakan dalam akhbar dan televisyen. Kita bukan boleh buktikan sapa betul, sapa salah. Atleast, kita tambah ilmu kan. sikit sikit lama lama jadi banyak. Keadilan itu benar dan ia akan timbul bila masa itu tiba. paham?


Islam is unique and the Most Wonderful life


Keadilan itu pasti
 Keadilan itu kemenangan kepada kebatilan. Allah mengetahui segala-galanya. Kita yang tak terlibat tidak mengetahui kebenarannya. Jadi, lebih baik kita berdiam diri dan berdoa agar keadilan dapat ditegakkan. Siapa yang bersalah? hanya mereka dan Allah sahaja yang tahu. 
Allah Maha Melihat dan azabnya amat pedih sekali 


p/s : Disaat melayu Islam bergaduh dan berbuat huru-hara dalam masjid, Yahudi dan Non-muslim bergelak ketawa kerana melihat keadaan umat Islam sehingga sanggup mencemarkan kesucian masjid. Nak gaduh, gaduh kat luar. Dalam masjid pastikan aman. Pernah nampak ker gereja, kuil huru-hara kerana bergaduh?. memelihara kemuliaan Masjid itu penting ye kawan-kawan


1 comment:

Anonymous said...

aieda jalan kembali menjenguk jiran tersayang :)

macam boleyh jadi ustaz la...
ajar PAI untok subjek f.5..