Tuesday, April 26

Sekadar gambar.. I am Not Pro-editor

Asalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog kerdil ini, 

Wanblur baru saja habis menonton rakaman Konsert AF ke 9, minggu ke 3. Baru sahaj habis dalam pukul 1pagi macam tue. then, study la sikit-sikit untuk exam nie. yelah, ada 6 hari saja lagik. adooii.. Kemana menghilangnya semangat dan emosi itu? hanya aku dan Dia saja yang tahu.. i wanna to share some pics for burung-burung hantu yang berjaga malam nie. Qiamulail la agaknyer kan.. Ikhlas mengeratkan silaturahim.. amin.

Let's check out!


Korang ingat lagi tak gambar awan nie? gambar awan Agumon. hehe.. Sekarang nie, bila selalu sibuk-sibukkan diri dengan kerja-kerja dan menguruskan rumah tangga, wanblur tak sempat nak luangkan masa bermain-main dan bermanja-manja dengan awan. rindunya awan. semua agumon, pikachu, naga dan lain-lain. Dimanakah mereka? Masih adakah mereka disana? ... Sama juga seperti kawan, kawan yang baik selalu ada dengan kita, menemani kita namun, satu hari nanti pasti mereka akan pergi meninggalkan kita. Ryte? so, hargai kawan kita, sama ada baik or annoying. hehe (nada perli sinis)


 Sedap kan sirap nie. Warna merah jantung. Terang lagi menitik. erk.. means, condensation. Jangan Blue kan fikiran korunk k. Wanblur suka air sirap. Wanblur juga suka air teh o ais. Dua-dua wanblur suka. Tapi, antara dua, yang mana wanblur nak pilih? sirap atau teh o ais? .. jawapannya.. tepuk dada tangan hati. (curious about this because we speak thru mouth not liver. ryte?) . Andai sirap dapat dicampur dengan teh o ais. sedap tak? nak try esok.. hihi sewel @@


 Gambar ini menunjukkan chow kit banjir beberapa minggu yang lalu. Dah lama dah. Cuba korunk teka or guess, What the behind story for this picture? ala.. cuba la.. plez plez.. hehe *sila terajang wanblur* Satu laluan traffic jam, sesak. Manakala satu jalan lagi lenggang tapi air bertakung. Tak dapat tangkap lagi? .. hurm, Dalam hidup ini sentiasa ada 2 jalan, ada pilihan. tipu la kalau orang cakap tiada pilihan. Sama ada jalan singkat tapi sesak/berranjau. atau jalan lenggang tapi berair/licin. So, buat pilihan yang tepat dan stay confident and ensure yourself about your option. Your are what you think. ryte?? **wanblur fikir wanblur slim tapi tidak.. macamanae erk?*


 Korang mesti pernah tengok benda nie. Score yang begini (sambil teringat aksi zizan last week.. gini gini.. hehe). Best kan bila dapat score macam nie. Atleast atas 100 or 150. ryte? Sama la jugak dalam belajar atau hidup nie, Kena beri tumpuan, konfident dan yakin baru boleh strike. baru boleh spare. Kan? Tapi, kadang-kadang nasib tak membelahi kita. Kita dah buat habis baik tapi masih tak puas hati (gagal). So, what to do? My advise, for myself, keep moving and renovate yourself. The key of success is your heart and you. ryte? *bila kau fikir kan kau boleh, kau boleh melakukan,.lalala~~*


Kehidupan di dunia ini umpana seorang pemuda manaiki kanoo (erk.. lupa nama benda nie, sory yerk). Semuanya seorang diri. Kehidupan / pelayaran dia semuanya ditangannya. Andai tidak berkayuh, maka bertepian la sampannya. Tapi, andai diperah keringat menongkah arus air oancut titiwangsa, dapat jugak berlayar ke tengah. SO, kita kena pilih. Nak perah keringat ker nak duduk diam jer. Sampan sudah siap. Dayung ditangan. Kadang kala, keputusan ditangan kita dan apa yang terjadi selepas ini, semuanya tanggungjawab kita. Kalau kita baik, orang suka la. Kalau kita annoying, orang menyampah. Kan kan.. setuju tak? kalau setuju kenyik mata sikit.. hehe

 Oppss.. ini tiada maksud tersirat. Cuma ingat memperkenalkan 2 individu yang mewarnai kehidupan aku. Hurm, Dari kiri ialah Blogger Shawal Shah, SI gadis Shawl ialah Blogger Akok, dan yang bajet kurus tue Blogger wanblur. eh, Namo den ruponyer.. hehe


 Ada orang suka membaca. Ada orang suka menulis. Tapi, ada orang suka mengkritik. Dan tidak dilupakan juga ada orang yang dalam diam-diam dia memberi. Korang orang yang macamana? wanblur tahu, korunk mesti orang yang suak membaca. Betol tak? Kalau tak, tak dernya nak baca entri panjang-panjang nie.. hehe

Isi tersirat, wanblur rindu kan diri sebagai donor. kena tahan diri sehingga bulan 8 nie. Baru boleh donate balik. Bukan Dono jer, donate. Hari ini kita tolong orang, esok lusa.. masa kita or keluarga kita sakit, Mungkin ada orang lain yang akan tolong kita. ryte? SILA DAFTAR SEBAGAI PENDERMA DARAH DAN ORGAN K. hehe

Kalau berani, cuba klik gambar kat bawah nie, kalau ada bran la. hehe Support our new frenx.. :)








selamat malam semua.. Love you all lah..

p/s : Setia seorang lelaki? 

1 comment:

awall shah said...

waahhh..kecumilan di situuu..huhu..
tq..tq..^^