Sunday, April 24

Ada seminggu rasa seminggu, tapi bila ada sebulan pun rasa seminggu.. sigh

Asalamualaikum dan salam sejahtera.


Wanblur rasa mesti semua orang pernah mengalami kejadian macam nie. Terutamanya budak-budak universiti yang akan menghadapi peperiksaan akhir atau omputehnya Final Exam. Masa berlalu macam air jer. Sama la dengan duit biasiswa yang diberikan. Mengalir tanpa sedar. Tup tup dah habis..sigh lagi..


Wanblur nak share dengan korang, baru-baru nie wanblur balik kolej semula untuk menduduki peperiksaan ulangan. Untuk paper-paper tahun 2 yang wanblur tak lepas atau nama scientificnya fail. Wanblur dah susun jadual. kira ada 3 minggu untuk membuat preparation sebelum Final Resite Exam. Tapi, sedar-sedar dah tinggal lagi seminggu lagi jer sebelum exam tue.. adoi.. kenapa erk masa berlalu tanpa sedar?



Kawan wanblur pernah cakap dekat wanblur punya kawan,


"Sokmo tak habis study. Seminggu study week pun tak habis nak study. Kalau bagi sebulan masa untuk study week pun belum tentu habis study jugak. Sama jer.. (nada perli-perlian)"


jom renung-renung Kata puji-pujian diatas nie.. Renung.. Fikir..

Kenapa yerk jadi macam nie?

Bagi wanblur la, wanblur rasa sebab terlalu berkedudukan selesa, gagal mengurus masa, kurang motivasi, dan semestinya tidak jujur dengan diri sendiri. Kenapa wanblur cakap macam tu?

Bila berkedudukan dalam zon selesa, manusia terutamanya wanblur ini, terlalu mengabaikan masa. Menganggap perkara-perkara penting boleh ditangguh. Relaz dan berfoya-foya dengan beranggapan 2 minggu itu tempoh yang lama. Tapi, semuanya dusta semata-mata.




Ada antara pelajar universiti nie yang gagal mengurus masa. Nie wanblur cakap untuk diri sendiri jugak. Buat jadual bukan main lagi. Setiap hari ada jer tugasan yang perlu dibuat. Hangat-hangat mee goreng mamak. Bila dah lama sikit, jadual kemana, orang kemana dan yang paling bestnyer, Buku nota entah kemana.. hurmm.. bawah bantal kot. Jadual yang dibuat hanya tinggal kenangan jer.. sigh kali ketiga..


Semua orang impikan kejayaan. Tapi, kejayaan yang diimpikan dan diidamkan hanya akan tinggal kenangan dan mimpi andai kita tidak mengubah diri kita.


Dulu semasa PMR, bersemangat nak dapat 8A untuk masuk Aliran Sains. Biasa la sekolah harian biasa, Kuar bandar. It's normal. Then, bila masuk SPM, nak score tinggi-tinggi sebab nak masuk Medik. (ditujukan kepada wanblur). Tapi, bila dah masuk MEdik, Apa lagi perancangannya? Apa lagi motivasi yang tinggal untuk meneruskan impian? Kenapa motivasi dan momentum itu tidak dapat diteruskan..


Bila fikir-punya-fikir, semuanya salah diri sendiri. Niat asal pun sudah salah. orang kata angan-angan kena tinggi. Macam Mat Jenin pun tak pa. kenapa pulak?

"Berusaha la untuk mencapai bulan dilangit malam, andai diakhirnya bulan tidak dicapai, tetapi puncak gunung berjaya ditakluki"


Akhir sekali, sebelum menutup entri yang panjang nie, Kepada kawan-kawan yang menjadi resiter sama macam wanblur, Jangan mengalah. Teruskan usaha. Kita sama-sama study sampai muntah hijau (erk.. infection..). 


"Kejayaan Bukan Warisan, Kegagalan Bukan Tradisi"
~The Lurink~ 
 

Jom berstudy week. Its begin rte now. This ryte moment. 


Pengubat rindu,



Selamat malam dan selamat Ber"suria.Cinta" malam nie..


No comments: