Wednesday, December 30

paris mikki...

hari ini.. banyak yang berlaku tanpa dirancang.. huhu.. yang pertamanya aku bangun awal pagi ne dan ajak dia makan sarapan dengan aku. hurm, sesuatu yang tidak pernah dirancang2.. aku makan sambil tangok THE EARLY EDITION.. my favourite television series. i like very very much. aku sanggup bayar duit kalau nak tengok cerita tue,, aku x kisah.. tapi.. tengah sedap2 tengok, tibe tibe.. ditutup... mengapa?? salah ka??? sob..sob..

lepas tue aku pergi cari job vacacancy.. atau lebih mudah, jawatan kosong.. payah juga yea. aku andaikan diri aku seorang pencari kerja. aku kena betol2.. walaupun hakikatnya, ia hanyalah bahan untuk kelas Bahasa Inggeris aku. aku rasa, macam dah ditakdirkan sudah.. aku mendapat peluang belajar BI.. aku rasa macam Dia tahu jae.. apa yg terdetik i dalam hati aku.. hurm.. aritu.. aku memmang dah tekad. nak buat program jarak jauh tentang bahasa... bahsa inggeris dulu. then 2year arab, 3rd year mandarin dan 4th year bahasa perancis.. aku harap sangat2.. nk belajar bahsa bahasa ini.. aku nak dan berhrap sangat2..

lepas tue, aku p chow kit. dengan dia lae. sapa lagi. aku nak g beli baju batik. untukm dineer nanti. 9 januari 2010. huhuhu..baju kaler hijau. nak tau macam na.. tunggu...

lepas tue.. teruskan kegilaan anda terhadap shopping.. aku dang mar p times square plak.. beli contact lense...  biasa punya. dekat 2rati\us huhuhuh,... nanti aku nak guna juga lae.. jeles nie.. jeles nie...

Monday, December 28

DISLEKSIA (DYSLEXIA).. Nukilan dari kisah sebenar 'Ahmad Daniel

mesti hairan kan.. tibe tibe jae.. sehari dua post.. hurm.. just remembering my friend that i met at PWTC. he has learning disabilities.. dyslexia or.. just story about this sindrom.. mungkin kita, mungkin saudara rapat kita. jangan jauhi diri mereka, jangan tinggalkan mereka.. mereka memerlukan kita. kita yg sempurna.. gunalah sepenuhnya..

enjoy
.
.
.

Ahmad Daniel seorang kanak-kanak berusia lapan tahun. Anak lincah ini bukan sahaja petah bercakap, tetapi juga mudah bergaul dengan sesiapa sahaja yang berada di sekelilingnya.

Ahmad Daniel ialah anak bongsu di dalam tiga orang adik-beradiknya. Bapanya bertugas sebagai seorang pengurus restoran dan ibunya pula seorang suri rumahtangga. Di antara adik-beradiknya, Ahmad Daniel sering membuat ayah dan ibunya berasa bimbang dan kadang-kala marah. Mereka tidak dapat memahami tingkah-laku, perangai dan cara Ahmad Daniel berfikir.

Ayah Ahmad Daniel merasakan yang anaknya mempunyai sikap malas dan tidak memberikan perhatian kepada perkara-perkara yang dilakukannya. Ayahnya menganggap Ahmad Daniel sering mencari helah apabila disuruh membuat kerja-kerja sekolahnya. Bagi ayah Ahmad Daniel, jika anaknya dapat dididik dengan tegas dan selalu disergah, maka sikap malasnya akan hilang.

Ibu Ahmad Daniel pula dapat melihat perbezaan yang amat ketara di antara anak bongsunya dengan kedua orang anaknya yang lain. Ahmad Daniel memiliki sikap pelupa, tidak gemar membaca, sukar mengeja, payah memahami konsep di dalam subjek matematik, tidak dapat mengecam perkataan walaupun sudah berkali-kali diajar dan sering tidak memahami apa yang dibacanya.

Semasa Ahmad Daniel berada di tadika, guru tadikanya telah pun memberitahu kedua ibu bapa Ahmad Daniel mengenai beberapa kelemahan yang dialami oleh Ahmad Daniel. Dia sukar menghafal nama-nama abjad, mengingati nama-nama hari mengikut urutan dan menghafal puisi-puisi berirama. Selain dari itu, Ahmad Daniel juga mengalami kesukaran semasa menulis. Abjad-abjad yang ditulisnya tidak mengikut cara pembentukan abjad yang betul. Dia juga sering keliru di antara huruf 'b' dan 'd', 'p' dan 'q'. Huruf-huruf 'z', 'j' dan 'g' juga sering ditulis terbalik.

Pada ketika itu, ibu bapa Ahmad Daniel menganggap perkara itu sebagai suatu perkara biasa kerana Ahmad Daniel masih kecil dan mungkin dia lebih banyak bermain semasa di dalam kelas dan tidak memberikan tumpuan semasa belajar.

Apabila Ahmad Daniel masuk ke dalam darjah satu, dia masih belum dapat membaca dengan lancar. Bacaanya selalu mempunyai kesilapan dari segi sebutan, perkataan-perkataan yang ditambah atau tidak dibaca, tidak pasti pada perkataan yang dilihat dan bacaannya seperti merangkak-rangkak. Ahmad Daniel juga sukar membina ayat dengan betul. Dia juga sukar menyalin perkataan - perkataan yang ditulis oleh guru-gurunya di papan tulis. Dia juga lambat menyudahkan kerja sekolahnya.

Disebalik segala kesukaran yang dialami oleh Ahmad Daniel, guru darjahnya menyedari bahawa Ahmad Daniel fasih dan lancar apabila bertutur. Dia sering dapat memberikan idea-idea yang menarik semasa pelajaran lisan di sekolah. Namun, apabila disuruh menulis, Ahmad Daniel akan terkial-kial menyudahkan kerja yang dilakukan oleh kanak-kanak lain dengan mudah.

Ahmad Daniel gemar mendengar cerita-cerita yang dibacakan oleh gurunya di sekolah. Dia juga gemar melukis. Lukisan-lukisannya amat menarik tetapi dia tidak minat membaca walaupun dia sering dibawa ke perpustakaan oleh ibunya atau gurunya di sekolah.

Ahmad Daniel sering gagal di dalam setiap ujian atau peperiksaan di sekolahnya. Dia selalu diejek oleh kawan-kawannya sebagai budak *****. Guru-guru yang mengajarnya juga putus asa dengan keadaan Ahmad Daniel. Walaupun Ahmad Daniel menghadiri kelas tambahan di sekolah dan mempunyai tuisyen di rumah, dia tetap tidak menunjukkan sebarang kemajuan di dalam pelajarannya.

Ibu bapa Ahmad Daniel semakin tertekan dengan keadaan anak mereka. Mereka tidak mengerti mengapa anak bongsu mereka itu berbeza daripada abang-abangnya. Mereka tidak faham mengapa Ahmad Daniel tidak seperti abang-abangnya yang minat membaca dan tidak mempunyai masalah di sekolah.

Setiap hari Ahmad Daniel sering dimarahi oleh ibu bapanya. Di sekolah pula, dia disuruh duduk di suatu sudut di barisan belakang kerana gurunya mahu memberikan tumpuan kepada murid-murid lain. Ahmad Daniel terasa disingkirkan. Perasaan marah dan benci terpendam di dalam hati anak kecil ini.

Apabila Ahmad Daniel masuk ke dalam darjah dua, kebimbangan kedua ibu bapanya semakin memuncak. Mereka sedar bahawa jika Ahmad Daniel tidak mendapat bantuan dengan segera, anak mereka akan terus hanyut di dalam arus kegagalan. Ahmad Daniel akan hilang minat untuk belajar dan keyakinan dirinya akan mula pupus.

Ibu bapa Ahmad Daniel tidak tahu di manakah mereka boleh mendapatkan bantuan untuk anak mereka. Akhirnya, mereka mengambil keputusan untuk bertemu dengan guru darjah Ahmad Daniel. Guru muda itu amat positif dan yakin bahawa Ahmad Daniel boleh dibantu. Guru itu sedar bahawa murid barunya itu bukan seorang yang *****. Oleh kerana guru muda itu banyak membaca, dia teringat mengenai rencana yang pernah dibacanya suatu ketika dahulu. Apa yang dialami oleh Ahmad Daniel ada persamaan dengan apa yang pernah dibaca oleh guru muda itu.

Pada suatu pagi, semasa waktu rihat, guru muda itu ternampak Ahmad Daniel sedang duduk di bangku taman sekolah.

"Daniel, awak tak makan?" Tanya guru itu dengan ramah.

"Saya tak laparlah, cikgu." Jawab Ahmad Daniel dengan sopan.

"Daniel, awak tak minat baca buku, ya?" Guru itu memulakan perbualan.

"Saya nak baca cikgu,..eerrr...tapi.." jawab Ahmad Daniel teragak-agak.

"Kenapa, Daniel?" Guru itu bertanya dengan penuh minat.

"Saya nak baca buku, cikgu. Tapi bila saya tengok buku, saya nampak macam semua perkataan bercampur-aduk. Saya rasa penat tapi semua orang cakap saya malas. Lepas tu bila saya cuba baca perlahan-lahan pun masih susah jugak," cerita Ahmad Daniel dengan jujur.

Petang itu guru muda itu menghubungi ibu Ahmad Daniel. Dia memberitahu ibu Ahmad Daniel bahawa dia mengesyaki Ahmad Daniel mengalami disleksia. Secepat kilat ibu Ahmad Daniel bertanya dengan spontan:


"Apa itu disleksia?"


************************************************** ****************************************

Disleksia (Dyslexia) berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud "kepayahan" untuk perkataan "dys" dan "bahasa" untuk perkataan "lexia". Maka itu, bolehlah disimpulkan bahawa perkataan disleksia bermaksud kepayahan bahasa.

Kanak-kanak yang mengalami disleksia menghadapi masalah-masalah berikut:

*mereka melihat huruf-huruf dan perkataan-perkataan seperti bercampur-aduk
*mereka tidak memahami bahawa setiap perkataan terbentuk dengan huruf-huruf yang yang digabung
*mereka sukar mengeja
*mereka payah memahami konsep di dalam pelajaran matematik
*mereka mempunyai kesukaran di dalam latihan kefahaman
*mereka juga menghadapi masalah apabila menulis

Kepintaran kognitif atau IQ kanak-kanak disleksik sebenarnya setaraf atau lebih tinggi daripada kanak-kanak lain yang tidak menghadapi masalah disleksia.

Walaupun para penyelidik telah mengetahui bahawa punca masalah disleksia ini ialah dari fungsi otak yang memproses dan mengatur informasi secara berbeda dari lazimnya, namun sehingga kini, tiada rawatan atau penawar untuk masalah disleksia ini.

Kita perlu tahu bahawa tidak semua kanak-kanak yang mengalami disleksia akan menghadapi masalah atau kepayahan yang sama. Kanak-kanak yang mengalami disleksia boleh menghadapi masalah ini di peringkat rendah dan tidak terlalu menjejas prestasi pelajaran mereka sehinggalah kepada peringkat yang amat sukar dan menghambat kemajuan pelajaran mereka. Berikut adalah beberapa kepayahan atau masalah yang sering dihadapi oleh kanak-kanak yang mengalami disleksia.

Ciri-ciri

1. Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
2. Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
3. Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.
4. Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'p' dan 'p'
dianggap 'q'.
5. Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.
6. Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan snediri tanpa memikirkan orang lain.
7. Sering berlaku di kalangan lelaki.
8. Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.
9. Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.


Membaca

* Tidak pasti atau sering keliru dengan abjad-abjad seperti 'b' dan 'd', 'p' dan 'q', 'n' dan 'u'.
* Membaca perkataan terbalik seperti "saw" menjadi "was".

Mengeja

* Menulis perkataan atau huruf dengan terbalik atau salah urutan. Misalnya huruf 'b' ditulis 'd' dan bila mengeja perkataan 'play' menjadi 'paly'.
* Tertinggal huruf semasa menulis. Misalnya semasa megeja perkataan 'flower', dia akan menulis sebagai 'fower' dan 'went' pula akan ditulis sebagai 'wen'.
* Mereka tidak dapat memahami hubung-kait di antara huruf dan bunyi

Menulis

*Tulisan yang cakar ayam, huruf-huruf yang ditulis tidak konsisten dari segi saiz, tiada ruang pemisah di antara satu perkataan dengan perkataan yang lain.
*Ayat-ayat yang ditulis bercantum dan tidak dijarakkan mengikut lazim.
*Tidak dapat menyalin dengan tepat dari papan tulis dan sering membuat kesilapan bila menulis.
*Menulis dengan amat perlahan.

Punca


Punca disleksia dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun daripada kemalangan.

Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan.

Pertuturan

Sebutan perkataan yang tidak jelas

Tidak dapat mencari perkataan yang sesuai untuk menerangkan apa yang ingin disampaikan.

Menyampaikan sesuatu perkara atau menceritakan sesuatu kejadian dengan tidak mengikut urutan.

Ayat-ayat yang digunakan tidak tersusun dan sering terbalik lantas menyebabkan orang yang mendengar tidak memahami maksud sebenar ayat itu.

Kanak - kanak yang mengalami disleksia sering merasakan yang mereka tidak dapat melakukan atau menghasilkan yang terbaik seperti yang mereka inginkan. Oleh kerana masalah permbelajaran ini, mereka akan menghadapi kesukaran untuk memberikan tumpuan di dalam pelajaran mereka.

Mereka juga sering disalah mengertikan oleh orang-orang di sekeliling mereka. Oleh kerana kesilapan yang sering mereka lakukan dan kegagalan mereka di dalam pelajaran, mereka selalu dianggap sebagai 'malas', 'bebal', '*****', 'bengap', 'cuai', 'leka' dan sebagainya.

Sebenarnya, mereka ini adalah kanak-kanak pintar. Jika diberi peluang dan mendapat bimbingan yang betul, mereka boleh mencapai kejayaan. Mereka boleh melakukan sama seperti kanak-kanak lain dan menghasilkan yang terbaik.

Terdapat ramai tokoh-tokoh termuka yang juga mengalami disleksia. Menteri Singapura Encik Lee Kwan Yew, pembantu Perdana Menteri England Encik Winston Churchill dan pelakon terkemuka Tom Cruise merupakan contoh-contoh individu disleksik yang berjaya di dalam kerjaya masing-masing.


di sini ada satu lg link.. kalu busan.. jemput jemput lae tengok... renung renung lae...
http://www.scribd.com/doc/23145611/Ciri-Ciri-Kanak-Kanak-Kesukaran-Pengamatan

hari yang muram...

hari nie, aku bangun agak awal lae.. actually, im already wake up since 5am, but just membuang masa waiting for the clock to ring.. huhuhu malas betol yea. pukul 6. aku bangun, agak lama lae, baru g mandi dan gosok gigi. tapi, napa macam tak meriah jae pagi nie.. ooo... i know that! zahir dah p mandi awal 1minit dari aku. jd x ley lae nak ketuk pintu bilik  dia samapai nak pecah.. patut ar.. macam x lengkap.. kalau tak, ley juga lae. bersenam.. ketuk pintu.. heheheee

hari nie, pbl tentang my big daddy, pbl hari ini berjalan lancar, just u know that, the chinese always talk talk and talk. tak sempat dek nak cakap. tapi, bila masa aku nak cakap, tengok2 point yang aku x dpat jawapannyer.. ish ish.. menyesal betol. aku kena siapkan pbl dengan lebih bersungguh sungguh, tetapi, lebih padat dan terperinci. ada juga jawapan yg aku ada, tapi x ada penjelasan yg mantap dan bernas. aku harap, diri ini dapat perbetulkan kesalahan dan kecuaian semasa membuat pbl pada masa akan datang.

aku selalu ingat kata kata seorang sahabat, yang aku jumpa time g dinner alumni ukm 1984, kelmarin. dia kata, fail tak pae. kita diberi peluang untuk re-site. jadi, gunakanlah peluanbg yang telah diberikan kepada kita dengan sebaik mungkin. dia kata, ramai kawan2 dia yang dapat  banyak peluang, tetapi asyik ulag kesalahan yang mereka lakukan time kegagalan mereka dahulu, jadi,, peluang yang mereka dapat bagaikan sia sia

PELUANG + PEMBETULAN KESALAHAN MASA LAMPAU = KEJAYAAN + PELUANG YANG BERMAKNA

PELUANG + TAK SEDAR-SEDAR = KEGAGALAN + PELUANG YANG SIA-SIA

hurm...

hari nie aku pergi main boling.. 4 game.. 2 good... 2 bad... aku cuma manusia biasa yang bermain biasa.. aku tak dapat nak kawal. aku tahu, kalau aku relax... cool... memang boleh punyae.. aku tahu keupayaan diri aku. im amatur that will become pro.. you'll see it soon.. aku akan buktikan kepada semua. tadi, masa nak bayar duit boling, ternampak ada tournament boling, rm80 per person. single master. hadiah.. jangan nak kata lae... rm1500.. hohoho... aku nak masuk.. memmang keinginan aku nak masuk, tapi.. aku sedar keupayanan aku masih tak sama dengan pro untuk mencuba nasob. mungkin nanti.. SUKEM,.. andai SUKEM aku buat elok2... menang emas atau perak.. maybe aku akan beli bola aku sendiri.. may be.. and shoes. boleh jimat.. x payah nak sewa kasut dah...

i'm hope so...

sebelah petang aku ada Bahasa Inggeris.. tetapi... celaka ko zol.. tak habaq dekat aku... buat penat aku  p jae bilik bskk2.. seorang pun tak ada. aku jae datang... malu malu... ish ish..

sampainya hati mu...
membiarkan aku...
keseorangan.. begitu... lalala~~

malam nie aku kena study.... study dan gunakan kemahiran dan anugerah yang aku ada untuk berjaya... ingat tau, study make perfect...

post-mortem semester 1

  • setiap hari kena belajar
  • masa pukul 9 till 11malam.. memang waktu kena kenaa belajar
  • buat nota awal2...
  • buat bersungguh2 pbl, mes daan praktikal.. nanti ospe tak tahu plak..
  • datang pbl.. huhuhu... aku rasa point aku jatuh dekat sekali miss time pbl pharmaco.. keep it up up and up..
  • belajar..
  • keluar.. seminggu sekali.. hanya untuk boling...
  • waktu cuti jangan bangun lambat... subuh dulu... 
  • kena kurangkan makan time malam... bagi kurus sikit
  • kena g jog.. at least 2 kali seminggu... bg fit cikit.. dah gemuk dah aku sekarang nie..
  • maintain blood pressure.. aku ada genetic causes... hypertansion.. terakhir reading 140/90mmhg.. huhuhu.. mildhypertension tue.. bahaya...
mohamad shazwan bin azizan.. berubah lae.. aku merayu padamu...

Sunday, December 27

hari ahad yang busan...

hurm.. hari nie hari ahad. saja jer nak gitau,.. huhuhu aku terasa sangat2 bossan.. sebabb no money no outing.. waaa waaa.. nanti aku kena bajet sgt2 sem 2 dan tahun 2 nanti.. x ley main2 banyak2 sangat.. hehehee..

hari nie aku bangun agak awal lae.. terutama pada hari cuti. aku x seperti dulu. yang selalu bangun awal.. atpi.. aku boleh bangun awal, tapi.. malas.. ada satu cara yg aku guna untuk bangun.. rahsia dan biarlah ia terkubur bersama sama zaman silam aku.. aku bangun 8.. terus gi mandi sebab dah terlewat nak g bersarapan dgn dia... nak bg apa ntah.. hehehehe

yea yea.. dapat dompet baru.. yeah yeah... !!! thank you dear..huhu.. nanti aku hantar aku punya dompet baru dekat wall..


maaf, tentang blog satu lg kendalian aku, tak dapat nak upload sebab ada masalah teknikal. haraf maaf. dan, happy happy time

Friday, December 25

napa aku selalu pening dan migrain...

aku pun  tak tahu, mengapa sjak kebelakangan ini aku selalu pening2 dan migrain.. tiap petang msti aku tidur sebab sakit kepala.. sangat2.. ramai yang tak tahu..  aku selalu tidur.. bak kat seorang sahabat aku. narcolepsy.. huhuhu..  


duit dah kurang.. macamana nak teruskan sem 2 nie?? ngengenge.. nie la akibat berbelanja berhabisan.. huhu.. kontrol sikt yer.. aku sem nie banyak habiskan duit untuk beli..


laptop yg comel nie.. aku namakan dia dorae



ramai yag kata aku budak2 dan tak mature sebab pilih skin laptop aku nie.. tapi.. tak pae... doraemon punya pasal... chaiyok chaiyok... hurm.. skin nia aku beli selepas 2 minggu aku beli laptop nie. aku pi beli dgn mar.. you know her?? kalau kenal buat2 tak tahu. dan sapa yg x kenal.. tak payah sibuk jer.. hehehee


hurm.. dekat dia lae aku selalu cerita tentang macam-macam kesedihan jiwa.. ingat aku ok jae??? kadang2.. kita memerlukan seseorang untuk meluahkan perasaan.. dan org itu.. adalah dorae... huhuhu


hari nie aku kena pergi ke PWTC.. ada pameran pendidikan esok. jadi kena siap2 kan booth dan buat persiapan. banyak kerja, tapi... ramai sukarelawan = senang lae kerja.. berat sama dijinjing, ringan sama dijunjung.. erk erk... ntah lae..


aritu aku ada terbaca tentang colon kanser... mengapa aku rasa tak sedap hati??? mengapa aku ada semua itu??? risau tapi still x bagi lagi respon... masih buat buat kool..
hurm..
nie ada sedikit info about colon cancer

Monday, December 14

Permulaan yg sedih untuk pengakhiran yang penuh harapan...

Hari nie hari pertama aku belajar semester dua tahun satu sebagai pelajar perubatan. Tentu korang t'tanya2.. Mengapa aku dah lama tak menulis blog? Dan, mengapa tajuk kat atas nie sedih ja kan..




Aku sebelum nie cuti semester 1. Semingu lebih ja aku cuti. Tak cukup. Sb cuti nie mimi kahwin. Jadi tak dapat p jalan2. Aku tingin nak p bkelah. Rindu tambah mengidam.. Mimi kahwin 10 dec arito. Khamis. B0leh la. Agak meriah untk majlis yg agak besar. Hurm, skunk dia dah g l0nd0n. Ik0t orang tua ( abg ipar aku).. P selama 6 bulan. Best2. Salji dan sejuk...




Aku baru ja dapat keputusan final exam sem 1. 3 lulus 1 gagal. Pharmaco kantoi. Sedih sgt2...