p/s : Tidoq awai malam nie...
Friday, August 31
Thursday, August 30
Cinta itu pahit?
Everyone says that love hurts, but that’s not true. Loneliness hurts.
Rejection hurts. Losing someone hurts. Everyone confuses these things
with love, but in reality, Love is the only thing in this world that
covers up all the pain and makes us feel wonderful again.
- a 36years old lady, My Life in Quotes-
Segmen Up Follower & Tambah Kenalan Part 3
klik untuk join
Syarat-syarat
- Follow blog miss z (terpulang)
- Buat tajuk segmen : Segmen Up Follower & Tambah Kenalan Part 3
- Letak header raya miss z dan linkkan ke entri ini :)
- Nyatakan bilangan Follower anda dan Negeri Asal anda (letak yang spesifik ea,senang miss z nak listkan peserta)
- Dah siap, hantar link korang kat ruangan komen entri ini SAHAJA okee :)
- Senarai peserta akan di listkan mengikut negeri.
- Segmen tamat pada 10 SEPTEMBER 2012, JAM 2 PETANG
#segmen ini terbuka kepada semua blogger warganegara Malaysia.Tak kisah pernah join segmen part 1 atau 2.Semua boleh join :)
SAYA BLOGGER KEDAH, Follower 1299
Wednesday, August 29
Dadah
Dari zaman sekolah rendah lagi, wanblur dan kawan-kawan selalu dengar, "Dadah Musuh Negara", "Pengedar dadah di Malaysia ke tali gantung" dan macam-macam lagi. Namun, sejauh mana keberkesanan serta kesedaran rakan-rakan serta diri kita sendiri terhadap perkara nie?
Dari pemerhatian wanblur, andai tak ada member, jiran, ahli keluarga atau sesiapa yg berkaitan dengan diri kita yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah nie. Semestinya 80% tidak ambil endah tentang benda nie. Tak percaya? Tanya diri sendiri, korang ambik kisah tak kalau orang sekitar anda ambil dadah secara haram?
Tadi terjumpa satu kes. Seorang pengawal keselamatan di sebuah tempat sekitar Kuala Lumpur. Dia terjatuh bangunan. Entah dari tingkat berada. Entah bagaimana. DItemui oleh rakan sekerja setelah dia terbaring atas lantai. Tidak bergerak. Waktu itu, pukul 2pagi. Bila ujian makmal dibuat, kandungan dadah ditemui.
Entah dari mana dia dapat kandungan itu. Entah bagaimana dia boleh terjatuh dari tingkat entah yang keberapa. Sekarang, dia sedeang mengalami fracture both hand, scapula dan clavicle. Orang kedah cakap, "Nanya saja!"
Apapun. Katakan tidak kepada dadah. Kalau dah agak tak boleh tahan, ingat tali jantung. Kalau tak berkesan jugak, ingat api neraka.
bye.
Dadah Musuh Negara No. 1
Tuesday, August 28
kisah raya aku
Assalamualaikum,
Sambutan hari raya aidilfitri buat kali ke 21 tahun dalam hidup wanblur. Belum cukup umur untuk digelar remaja 22 tahun. Masih meniti hayat yang ada untuk menitip angka 22 tahun usia ini. Kisah raya wanblur tidak lah sehebat mana, andai dibandingkan dengan kawan-kawan yang lain. Beraya sakan disamping keluarga tercinta dan merayau beraya dengan kawan-kawan. Itu raya mereka. Raya wanblur? Ada modifications sikit.
Kisah raya aku
Permulaan untuk sambutan hari raya wanblur untuk tahun nie. Masih sama seperti 5 tahun kebelakangan ini. Hanya sempat berpuasa sehari bersama keluarga. Cukup sekadar sempat bersahur bersama famili, dan berbuka bersama famili. Untuk hari ramadhan 29.
Perjalanan untuk balik kampung dari Hentian Puduraya ke Shahab Perdana tahun ini berjalan lancar. Seawal pukul 9 pagi sudah bergerak mengusung beg-beg beraya ke stesen LRT Bandar Tun Razak. Walaupun tiket bas tertera masa perjalanan 1230pm. Awal bergerak. Semangat untuk balik kampung. Orang perantauan balik oooiii...
Rata-rata yang berada di Hentian Puduraya pagi itu. Beg-beg beraya kemain bertimbun. Suasana aman, sejuk aircond serta sunyi yang dicipta pada saat-saat awal pembukaan stesen pudu dulu telah dirosakkan dengan deretan kios-kios perniagaan. Terus tiada perubahan. Sama sahaja seperti 4 tahun yang lalu. Rugi. Perubahan yang hanya sekadar untuk indah di akhbar. Tidak berkekalan. Sayang...
Perjalanan balik kampung yang agak tidak sesak tahun nie. Walaupun terdapat beberapa kemalangan di highway, kesesakan tidak seperti perjalanan tahun lepas dan semestinya tidak seperti perjalanan cuti RAYA Cina yang lepas. Target untuk berbuka di rumah tidak kesampaian. Sampai di stesen bas Sungai Petani dalam 6.40petang. Hampir sejam lagi untuk sampai di Shahab Perdana. Nasib baik terdapat ahli-ahli Pas kawasan sekitar sg petani yang memberikan bubur lambuk dan air untuk semua yang lalu berdekatan stesen tue.
Berbuka dengan bubur lambuk kampung sendiri. Kedah. Tiada tolok bandingannya. Teringat satu masa dahulu ketika masih tinggal di perumahan kampung. Setiap lepas asar, berebut beratur untuk mendapatkan bubur lambuk di Masjid berhampiran. Walaupun sekadar 1-2 tupperware plastik, penangannya. Fuhh... Dalam 10-15minit jugak lah beratur. Tiada yg sepesel seperti bubur lambuk kg baru. Hanya bubur lambuk sumbangan masjid. Sedap jadinya. ingauann...
Sambutan hari raya kali ini lebih kepada masa meluangkan masa dengan famili. Sudah 3 daripada adik beradik sudah berkahwin. Sudah ada komitmen maisng-masing. Pastinya suasana ketika dahulu berkumpul beramai-ramai di malam raya dan pagi raya kurang. Tapi, tradisi untuk bersalaman dengan mak ayah masih diteruskan. Cuma gambar keluarga dipagi raya. Itu yang sudah lama tidak dilakukan. Seingat wanblur, kali terakhir tangkap gambar sekeluarga di pagi raya adalah kira-kira 8 tahun yang lalu. Cemburu tengok gambar famili kawan-kawan di facebook. hahaha.. damn. Dalam hati, "untunglah korunk...)
Seminggu beraya di rumah (sebab mak oncall), di kampung yang hanya 10minit perjalan serta pusat boling city plaza menjadi juadah untuk sambutan. Tradisi kanak-kanak dekat kampung yang datang beraya dari rumah ke rumah masih berlaku. Dulu pernah wanblur mencapai rm200 untuk duit raya nie. Penat berjalan satu kampung serta rumah-rumah teres bersebelahan kampung. Poket baju melayu berat sebab banyak duit syiling. Penat berjalan.. tapi duit itu. Warggghh... kenangan. Nasib baik sekarang walau tak beraya rumah ke rumah, pendapatan hari raya masih mencecah rm300. hehe.. kenapa erk?? haha jangan jelesss
sambutan raya tahun nie berakhir selepas seminggu. Seorang-demi-seorang adik-beradik pulang ke rumah dan destinasi masing-masing. Seronok sebenarnya duduk di rumah sendiri. Walaupun iklan-iklan di televisyen banyak tayang rumah kampung yang bertingkat dua dan berdindingkan papan. Rumah sendiri yang hanya setingkat dan seteres itu lebih baik dari angan-angan auta di televisyen. Hidup ini kadang-kadang bukan selalunya sama. Kena lain sikit. Baru menarik. Diorang raya rumah kampung, aku lebih suka raya rumah teres. Tak payah bergaduh tanah dengan jiran kampung sebelah rumah. haha
Keluarga Pak Ngah sebelah mak aku |
Geng-geng alor merah : tok, mak jang, pak ndak dan pakcik. |
Rumah teres sahaja. Itu yang ditentukan. Itu yg terbaik untuk diri ini. |
sekian. Sorry. Banyak ayat. haha. padan muka!!
Muka tembam selepas raya seminggu minta untuk dilempang laju-laju!! |
bye.
Sunday, August 26
Post-raya : Lemau
Sebelum nak melakukan khutbah hari nie, wanblur ingin mengucapkan selamat hari raya 6 kepada sesiapa yang sudah bepuasa enam di bulan syawal nie. Baguih betoi hampa noh... single lg ker? heikhik
Raya tahun nie. Ada beberapa perubahan sikit. Mungkin perubahan yang berlaku secara besar-besaran dalam struktur keluarga sejak 2-3 tahun nie. Adakah itu? hmmm.. Bunyi ini yang mampu aku lafazkan.
Aku selamat sampai ke kolej selepas hampir 7 jam perjalanan menaiki bas Pancaran Matahari dari Alor Star ke Kuala Lumpur. Nie merupakan kali pertama aku naik bas selain Transnasional tercinta dalam tempoh 4 tahun!! hehehe. "p/s: Pihak pengurusan dan peminat transnasionak patut berbagga dengan aku. hebat doh! "
Hari nie perjalanan bermula dengan baik dan selamat. Sampai lah dekat kaunter tol dekat area sebelum masuk perak. Bas aku terlangggar tiang yg berdekatan kaunter bayar tol tue. Dalam 10minit drebar bas perbetoikan cermin sisi sebelah kiri yang rosak teruk kena langgar. LAst-last, kitaorang tukar bas. Naik bas lain. Bas spare nie tak sedap sikit. Kusyen keras dan aircond takkuat. Mabuk laut aku dibuatnya. Tapi, pakcik bas spare nie best! bawak laju. hehe aku rasa ada jugak 2-3saman nie kalau betol2 sistemspeedtrap nie berfungsi. haha
Bas tadi langgar besi warna Putih yg bersalut merah belang-belang (mcm lampu kedai mamak gunting rambut). Sidemirror kiri hancur. body calar2. Penumpang masih tido siap berdengkur. |
arghhh... Sampai kat kolej. Mabuk laut aku masih terasa. Baju-baju berlonggok-longgok atas katil minta dilipatkan. Makanan yg mak masak tak lagi makan. Damn. Lemau. Rasa macam nak kawen dengan suri rumah sepenuh masa. Ley kemas bilik aku 24jam!! haha..
Anyway, selamat memulukan hari baru esok. hahah.. T___T
p/s : Malas....
Friday, August 17
UCAPAN
Dalam
menemui suasana indah
Dipagi
aidilfitri yang penuh barkah
Terukir
seribu senyuman para ummah
Mengunjung
suatu kemenangan beribadah.
Sebagai
ingatan sahabat sejati
Kuhulurkan
ingatan penganti diri
Bersalam
menyambut aidilfitri
Semoga
kau tetap bahagia lagi
Maaf
zahir dan batin
Selamat
hari raya aidilfitri
Ikhlas
daripada Shazwan Azizan / wanblur
Untuk Reader akuwanblur
Dikesempatan ini, saya yang diberi nama Shazwan Azizan atau nama gelaran Wan Blur ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi meluangkan masa korunk untuk singgah di blog yang tidak seberapa ini. Mohon maaf zahir dan batin andai penulisan atau apa-apa isi kandungan dalam blog ini yang menimbulkan perasaan yang tidak elok kepada diri korang.
Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk tahun ini.
Semoga sambutan raya tahun ini tidak merugikan sebulan kita berpuasa.
Maaf Zahir dan Batin
Pastikn keselamatan adalah perkara Number One for You!!
p/s : wish awal2 sb dah nk balik kampung. haha. Malas nk online kat rumah
Thursday, August 16
Wednesday, August 15
Bicara CarpalTunnel
Berbicara seketika bersama seorang Pakcik ex- Carpal Tunnel on Warfarin :
"Dulu masa anak-anak kecik, selalu la bawak diorang ke rumah saudara mara. BIla dah besar, semua dah sibuk dah ada kerja semua. Payah nak bawak.Jadi beraya dekat rumah sendiri ja lah tunggu anak-anak balik bawak cucu. Orang kita nie baguih, kalau ada cuti atau perayaan, semua balik kampung. Orang tua macam pakcik nie bukan nak pi jalan mana-mana pun, anak-anak balik dan luangkan masa pun dah cukup. Nanti kalau dah kerja, baliklah kampung jenguk makpak walaupun empat bulan sekali."
selamat menyambut Malam 27 Ramadhan
Isu Nasha
Asalamualaikum,
Hanya satu pendapat yang tidak ada kaitan, jujur daripada bakal pengundi muda untuk pilihanraya yang akan datang. Dan juga seorang rakyat malaysia yang tidak menyertai parti mana-mana sebagai ahli.Cukuplah sebagai seorang pengundi. Lebih banyak senario yang dapat dilihat bila tidak bias terhadap sesuatu itu.
Isu Nasha yang panas dalam surat habaq kebelakangan nie:
- Mengeluarkan kata-kata agar PAS keluar dari PR setelah DAP yang diterajui Si Penguam Itu menolak hukum Islam (hudud) dan negara Islam mentah2.
- Gambar-gambar beliau bersama PM Najib tersebar memenuhi laman web pro dan pembangkang.
- Spekulasi keputusan Majlis Syura tentang hal ini
Pendapat aku :
Bak kata-kata seorang cikgu geografi aku yang jugak merangkap ketua warden semasa aku tingkatan dua. Dia ada bercakap, " Orang melayu nie, banyak toleransi.Sanggup buat apa saja asalkan ikatan dan hubungan dengan kaum lain terjaga. Dah banyak sangat, daripada Malayan Union hinggalah ke perlembagaan untuk kemerdekaan Malaya 1957 dan penukaran meritokrasi untuk Insititut oengajian tinggi. Toleransi dan sikap demokrasi orang melayu nie, memang tip-top. Tapi, jangan kena pijak kepala sudak"...
Apa-apa pun, mungkin niat dia cakap itu adalah disebabkan kata-kata dan penolakan secara terus SI Penguam Itu terhadap perjuangan PAS. Hati sapa tak panas. Kalau dia boleh cakap tanpa perlu memikirkan perasaan parti komponen yang lain, mengapa tidak kita untuk membela diri?
Harap niat itu ikhlas tanpa ada muslihat politik.
Jangan keluar parti PAS. Teruskan perjuangan walaupun sebagai ahli. Kalau tidak pun, jadilah ahli yang tidak berdaftar. Undi masih di pihak itu. Siapa tahu? Tanpa nama dan kedudukan, perjuangan diri sendiri itu lebih baik. Tanpa kontroversi dan muslihat politik. 100% kerana Lillahi..
Dipetik daripada nukilan seorang ahli jemaah :
Bagi mereka berdua-secara peribadi-agar Istiqamah
Dalam perjuangan Islam bersama bahtera PAS yang lama dinaiki sudah
Gugurlah dalam perjuangan ini, bukan di luarnya akibat tak puashati atau ammarah
Kerana Syaitan mencari sebab agar cita-cita suci menjadi musnah
- Nik Nasri-
walau apapun keputusan Majlis Syura, itu yang terbaik untuk kebaikan jemaah. Setiap keputusan itu ada kebaikan dan keburukannya. Semoga Allah merahmati perjuangan parti untuk mendirikan sebuah negara yang Islamic. amin.
bye
My mistakes
Hari nie, selepas flashback dan muhasabah diri setelah hampir 5 minggu di posting orthopaedic. Log book masih 60% kosong tidak bertanda. Terutamanya CMR, tractions dan case presentations. 10 case presnetations. Ada present tapi tak berani nak ambik sign sb rasa macam sangat2 teruk history taking and OH MY ENGLISHHH.
Kena mencari masa.
Kena tebal muka untuk pastikan atleast 96% log book orthopaedic penuh.
Insyallah.
Ya Allah, give the the strength for this difficulty. Give me an understanding about Yours as well. amin
3 more days.
for BALIK KAMPUNg
Tuesday, August 14
Sibuk ke?
Monday, August 13
Internet Blackout 14 August 2012
August 14 has been declared as Internet Blackout Day by the Centre for Independent Journalism (CIJ) against a recently passed law, whereby internet users are presumed
guilty for content posted through their sites, registered networks or
data processing devices.The day aims to create awareness among Malaysians on the recently passed
Evidence (Amendment) (No. 2) Act 2012, which will have a negative
impact on freedom of expression online. The section is unnecessary and can be misused against anyone, and it
also goes against the fundamental principle that one is innocent until
proven guilty
(Credit : The Sundaily Mon, 13 Aug 2012)
p/s : Setiap benda, peraturan, dan undang-undang, tidak ada yang sempurna. Hanya hukum Allah yang sempurna.
Saturday, August 11
Segmen: Blogwalking sambil follow
Syarat2 mudah je. Tak perlu takut atau gentar:
1. Buat satu entri pasal segmen ni dgn tajuk Segmen: Blogwalking sambil follow
2. Letak banner dkt atas dan linkkan ke entri ini.
3. Follow blog ni. Siapa yg tak tau, kotak follower ada dekat gambar perempuan sdg makan strawberi dkt sidebar.
4. Siap, hantar link yg betul ke entri ini. TEMPAT LAIN TAK AKAN DILAYAN SAMA SEKALI.
Tarikh tutup akan diberitahu kemudian.
Thursday, August 9
Adult : Responsibility
Adult : Responsibility |
Semalam (selepas hari klinik sebelah petang),
Ada seorang pensyarah wanblur, nama dia Prof Dr Halim, Ortopaedic in paedratric. Pensyarah yang sangat-sangat memberi kata-kata motivasi dan PPD (Profesionalism, personal development). Hampir sejam lebih dia cakap-cakap dan nasihat kat kitaorang. DIselit-selit dengan beberapa tips untuk belajar dalam orthopaedic. Ada satu ketika tue, dia cakap tentang "Being an adult".
Dia cakap, being an adult is responsibility.
Setiap individu yang ingin menjadi dewasa mestilah memiliki sikap "bertanggungjawab". Dia sebenarnya nak tujukan kepada kitaorang. Almaklumlah, remaja yang lagi muda macam wanblur nie. Kadang-kadang buat benda yang tak baik, selalu langgar arahan, tak pergi kelas (dulu-dulu), malas ulangkaji.
Dia cakap, dia tak kisah apa yang kitaorang nak buat. He treat us like an adult. Seorang adult itu bertanggungjawab atas perbuatannya, percakapannya, dan penulisannya. Jadi, dikemudian hari nanti, kalau kta buat salah, andai kita tertangkap dan dipersalahkan. Jangan deny atau tidak mengaku bersalah atas perbuatan kita tue.
Kadang-kadang, pada masa kita buat sesuatu benda tue. Fikiran dan kematangan belum ada. Tidak pernah terfikir tentang sesuatu benda tue. Especially, bila benda tue ada akibat buruknya klau difikirkan. Jiwa remaja. Bebas katakan...
Bebas itu boleh.
Tetapi, apa saja hasil daripada tindakan kita tue (baik/buruk). Kita perlu bertanggungjawab. Its being an adult. True adult.
Macam keratan akhbar utusan kat atas, Pertama kali wanblur tengok benda nie berlaku, especially kat Malaysia. Ini menunjukkan masyarakat malaysia sudah semakin matang, mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas sebarang hasil. Ini bukan soal kalah atau menang. Ini bukan jugak soal tidak kemampuan atau lari dari kesalahan. Tapi, tindakan ini adalah tindakan bertanggungjawab atas amanah yang diberikan. Mungkin perubahan yang lebih baik boleh dilakukan. Ini soal masa hadapan. Kalau asyikfikir masa pendek jer, tak sampai kemana. Kroni bersama dan kekal bersama kroni.
Untuk Datuk Naim Mohamad, wa tabik sama lu. Tabik springggg... Terima kasih atas segala usaha yg meningkatkan pembangunan sukan berbasikal dinegara nie. He is very responsible person!!
p/s :
Antara amanah dan tanggungjawab. Ia seperti hipothesis. Semakin banyak amanah, semakin meningkat tanggungjawab. If only, wanblur jadi remaja saje. Tak payah jadi adult. hehe **dushh Tapi, adult baru ley kawen. SO, nak jadi adult-in-remaja. Boleh??? haha
bye
Wednesday, August 8
Senarai 10 Blogger pilihan
DIbawah nie merupakan 10 blogger yang wanblur suka baca entri dan story-mory diorang. Ada yang dah lama menyepi, ada yang masih aktif. Untuk pengetahuan korunk, mereka nie merupakan antara blogger yang terawal wanblur kenal dan follow. (dulu nak follow blog org susah, skunk senang jer. Follow lepas tue x jenguh dah.)
Senarai 10 Blogger pilihan wanblur :
1. Nenek Moden
2. Budu dan Belacan
3. Namee Roslan
4. Wirda Azurainie
5. NurulBadiah Lai
6. Dr Cinta
7. Hanis Zalikha
8. Ben Ashaari
9. Ubat Muda
10. Cintailahi
11. The Honey Bunch
p/s : Korunk pulak mcamnaa?? ada recommendation for blog yg best2?? Kalau korunk suka blog diorang, Klik la banner diorang. Tengok2 apa entri diorang. yeahh bye
Tuesday, August 7
For you...
Sesungguhnya orang-orang yang sentiasa bimbang disebabkan takut kepada (kemurkaan) Tuhan mereka.
Dan orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Tuhan mereka.
Dan orang-orang yang tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Tuhan mereka.
Dan
orang-orang yang memberi apa yang mereka berikan sedang hati mereka
gementar kerana mereka yakin akan kembali kepada Tuhan mereka.
Mereka itulah orang-orang yang segera mengerjakan kebaikan dan merekalah orang-orang yang mendahului pada mencapainya.
Monday, August 6
JOM BANNER EXCHANGE - wanblur **sticky post**
- ENTRI MELEKAT SEHINGGA 11 OGOS 2012 -
DIsebabkan kekurangan idea untuk menulis, menelaah serta menaip bijik-bijik keyboard. Untuk seminggu, wanblur akan buka TAWARAN kepada SESIAPA SAHAJA yang berminat untuk ber'exchange banner" dengan wanblur.
Step-stepnya :
1. Tajuk entri : Jom Banner Exchange - wanblur
2. Letak banner aktiviti yg atas dalam entri korunk serta link ke sini.
3. Letak butiran penyertaan seperti berikut :
contoh :
Nama Penulis Blog : Shazwan Azizan
Url Blog : http://akuwanblur90.blogspot.com
4. Letakkan link entri anda ke entri ini.
5. Tarikh tutup : 11 Ogos 2012
6. Sila lekatkan banner wanblur (yg kelip2 warna hijau nie) dalam blog korunk. spotcheck akan dijalankan nanti.
Terima Kasih.
p/s :Harap ada ramai yg nk tukar banner dengan iteee... (euwww euuwww cakap KiieeLLL )
Sunday, August 5
Notis
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Bukankah
telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar),
sedang dia (masih belum wujud lagi dan) tidak menjadi sesuatu benda yang
disebut-sebut, (maka mengapa kaum musyrik itu mengingkari hari
akhirat)?
Sesungguhnya
Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang
bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap
mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia
berkeadaan mendengar dan melihat.
(Kerana
keadaan itu tidak mencukupi, maka) sesungguhnya Kami telah menunjukkan
kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan yang
salah; maka terserahlah kepadanya) samada dia bersyukur (dengan beriman
dan taat), ataupun dia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau
menderhaka).
(Dalam
pada itu), sesungguhnya Kami telah menyediakan bagi sesiapa yang
berlaku kufur (atau menderhaka): Beberapa rantai dan belenggu serta
Neraka yang menjulang-julang.
( alinsan : 1-4 /31)
Segmen Lokman : Saya Blogger Dari Universiti Kebangsaan Malaysia
BIASISWA Program Ijazah DalamNegara 2012 dibuka
Tawaran Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam bagi mengikuti pengajian peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Dalam Negara bagi sesi 2012/ 2013.
Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi dalam talian (online application) mulai 6 Ogos 2012 (Isnin) jam 5:00 petang.Tarikh Tutup permohonan adalah 12 Ogos 2012. Keputusan permohonan ada diberitahu pada 21 September 2012
Yang berminat, sila klik :
http://www.jpa.gov.my/
http://esilav2.jpa.gov.my/ (Recommended)
p/s : Borang buka esok. Kalauharinie korunk klik link kat laman web jpa/esila pun, masih tak kuar. Esok klik baru kuar borang.
Subscribe to:
Posts (Atom)