Adult : Responsibility |
Semalam (selepas hari klinik sebelah petang),
Ada seorang pensyarah wanblur, nama dia Prof Dr Halim, Ortopaedic in paedratric. Pensyarah yang sangat-sangat memberi kata-kata motivasi dan PPD (Profesionalism, personal development). Hampir sejam lebih dia cakap-cakap dan nasihat kat kitaorang. DIselit-selit dengan beberapa tips untuk belajar dalam orthopaedic. Ada satu ketika tue, dia cakap tentang "Being an adult".
Dia cakap, being an adult is responsibility.
Setiap individu yang ingin menjadi dewasa mestilah memiliki sikap "bertanggungjawab". Dia sebenarnya nak tujukan kepada kitaorang. Almaklumlah, remaja yang lagi muda macam wanblur nie. Kadang-kadang buat benda yang tak baik, selalu langgar arahan, tak pergi kelas (dulu-dulu), malas ulangkaji.
Dia cakap, dia tak kisah apa yang kitaorang nak buat. He treat us like an adult. Seorang adult itu bertanggungjawab atas perbuatannya, percakapannya, dan penulisannya. Jadi, dikemudian hari nanti, kalau kta buat salah, andai kita tertangkap dan dipersalahkan. Jangan deny atau tidak mengaku bersalah atas perbuatan kita tue.
Kadang-kadang, pada masa kita buat sesuatu benda tue. Fikiran dan kematangan belum ada. Tidak pernah terfikir tentang sesuatu benda tue. Especially, bila benda tue ada akibat buruknya klau difikirkan. Jiwa remaja. Bebas katakan...
Bebas itu boleh.
Tetapi, apa saja hasil daripada tindakan kita tue (baik/buruk). Kita perlu bertanggungjawab. Its being an adult. True adult.
Macam keratan akhbar utusan kat atas, Pertama kali wanblur tengok benda nie berlaku, especially kat Malaysia. Ini menunjukkan masyarakat malaysia sudah semakin matang, mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas sebarang hasil. Ini bukan soal kalah atau menang. Ini bukan jugak soal tidak kemampuan atau lari dari kesalahan. Tapi, tindakan ini adalah tindakan bertanggungjawab atas amanah yang diberikan. Mungkin perubahan yang lebih baik boleh dilakukan. Ini soal masa hadapan. Kalau asyikfikir masa pendek jer, tak sampai kemana. Kroni bersama dan kekal bersama kroni.
Untuk Datuk Naim Mohamad, wa tabik sama lu. Tabik springggg... Terima kasih atas segala usaha yg meningkatkan pembangunan sukan berbasikal dinegara nie. He is very responsible person!!
p/s :
Antara amanah dan tanggungjawab. Ia seperti hipothesis. Semakin banyak amanah, semakin meningkat tanggungjawab. If only, wanblur jadi remaja saje. Tak payah jadi adult. hehe **dushh Tapi, adult baru ley kawen. SO, nak jadi adult-in-remaja. Boleh??? haha
bye
No comments:
Post a Comment