Sunday, August 26

Post-raya : Lemau



Sebelum nak melakukan khutbah hari nie, wanblur ingin mengucapkan selamat hari raya 6 kepada sesiapa yang sudah bepuasa enam di bulan syawal nie. Baguih betoi hampa noh... single lg ker? heikhik


Raya tahun nie. Ada beberapa perubahan sikit. Mungkin perubahan yang berlaku secara besar-besaran dalam struktur keluarga sejak 2-3 tahun nie. Adakah itu? hmmm.. Bunyi ini yang mampu aku lafazkan.


Aku selamat sampai ke kolej selepas hampir 7 jam perjalanan menaiki bas Pancaran Matahari dari Alor Star ke Kuala Lumpur. Nie merupakan kali pertama aku naik bas selain Transnasional tercinta dalam tempoh 4 tahun!! hehehe. "p/s: Pihak pengurusan dan peminat transnasionak patut berbagga dengan aku. hebat doh! "


Hari nie perjalanan bermula dengan baik dan selamat. Sampai lah dekat kaunter tol dekat area sebelum masuk perak. Bas aku terlangggar tiang yg berdekatan kaunter bayar tol tue. Dalam 10minit drebar bas perbetoikan cermin sisi sebelah kiri yang rosak teruk kena langgar. LAst-last, kitaorang tukar bas. Naik bas lain.  Bas spare nie tak sedap sikit. Kusyen keras dan aircond takkuat. Mabuk laut aku dibuatnya. Tapi, pakcik bas spare nie best! bawak laju. hehe aku rasa ada jugak 2-3saman nie kalau betol2 sistemspeedtrap nie berfungsi. haha


Bas tadi langgar besi warna Putih yg bersalut merah belang-belang (mcm lampu kedai mamak gunting rambut). Sidemirror kiri hancur. body calar2. Penumpang masih tido siap berdengkur.


arghhh... Sampai kat kolej. Mabuk laut aku masih terasa. Baju-baju berlonggok-longgok atas katil minta dilipatkan. Makanan yg mak masak tak lagi makan. Damn. Lemau. Rasa macam nak kawen dengan suri rumah sepenuh masa. Ley kemas bilik aku 24jam!! haha..


Anyway, selamat memulukan hari baru esok. hahah.. T___T




p/s : Malas....









1 comment:

haz said...

selamat memulukan hari esok. hihihihi

selamat ada bas spare. kalau x dah kne tggu sekian lama sampai cermin sisi tu dibetulkan. haha