Asalamualaikum,
Hanya satu pendapat yang tidak ada kaitan, jujur daripada bakal pengundi muda untuk pilihanraya yang akan datang. Dan juga seorang rakyat malaysia yang tidak menyertai parti mana-mana sebagai ahli.Cukuplah sebagai seorang pengundi. Lebih banyak senario yang dapat dilihat bila tidak bias terhadap sesuatu itu.
Isu Nasha yang panas dalam surat habaq kebelakangan nie:
- Mengeluarkan kata-kata agar PAS keluar dari PR setelah DAP yang diterajui Si Penguam Itu menolak hukum Islam (hudud) dan negara Islam mentah2.
- Gambar-gambar beliau bersama PM Najib tersebar memenuhi laman web pro dan pembangkang.
- Spekulasi keputusan Majlis Syura tentang hal ini
Pendapat aku :
Bak kata-kata seorang cikgu geografi aku yang jugak merangkap ketua warden semasa aku tingkatan dua. Dia ada bercakap, " Orang melayu nie, banyak toleransi.Sanggup buat apa saja asalkan ikatan dan hubungan dengan kaum lain terjaga. Dah banyak sangat, daripada Malayan Union hinggalah ke perlembagaan untuk kemerdekaan Malaya 1957 dan penukaran meritokrasi untuk Insititut oengajian tinggi. Toleransi dan sikap demokrasi orang melayu nie, memang tip-top. Tapi, jangan kena pijak kepala sudak"...
Apa-apa pun, mungkin niat dia cakap itu adalah disebabkan kata-kata dan penolakan secara terus SI Penguam Itu terhadap perjuangan PAS. Hati sapa tak panas. Kalau dia boleh cakap tanpa perlu memikirkan perasaan parti komponen yang lain, mengapa tidak kita untuk membela diri?
Harap niat itu ikhlas tanpa ada muslihat politik.
Jangan keluar parti PAS. Teruskan perjuangan walaupun sebagai ahli. Kalau tidak pun, jadilah ahli yang tidak berdaftar. Undi masih di pihak itu. Siapa tahu? Tanpa nama dan kedudukan, perjuangan diri sendiri itu lebih baik. Tanpa kontroversi dan muslihat politik. 100% kerana Lillahi..
Dipetik daripada nukilan seorang ahli jemaah :
Bagi mereka berdua-secara peribadi-agar Istiqamah
Dalam perjuangan Islam bersama bahtera PAS yang lama dinaiki sudah
Gugurlah dalam perjuangan ini, bukan di luarnya akibat tak puashati atau ammarah
Kerana Syaitan mencari sebab agar cita-cita suci menjadi musnah
- Nik Nasri-
walau apapun keputusan Majlis Syura, itu yang terbaik untuk kebaikan jemaah. Setiap keputusan itu ada kebaikan dan keburukannya. Semoga Allah merahmati perjuangan parti untuk mendirikan sebuah negara yang Islamic. amin.
bye
No comments:
Post a Comment