Assalamualaikum,
Sambutan hari raya aidilfitri buat kali ke 21 tahun dalam hidup wanblur. Belum cukup umur untuk digelar remaja 22 tahun. Masih meniti hayat yang ada untuk menitip angka 22 tahun usia ini. Kisah raya wanblur tidak lah sehebat mana, andai dibandingkan dengan kawan-kawan yang lain. Beraya sakan disamping keluarga tercinta dan merayau beraya dengan kawan-kawan. Itu raya mereka. Raya wanblur? Ada modifications sikit.
Kisah raya aku
Permulaan untuk sambutan hari raya wanblur untuk tahun nie. Masih sama seperti 5 tahun kebelakangan ini. Hanya sempat berpuasa sehari bersama keluarga. Cukup sekadar sempat bersahur bersama famili, dan berbuka bersama famili. Untuk hari ramadhan 29.
Perjalanan untuk balik kampung dari Hentian Puduraya ke Shahab Perdana tahun ini berjalan lancar. Seawal pukul 9 pagi sudah bergerak mengusung beg-beg beraya ke stesen LRT Bandar Tun Razak. Walaupun tiket bas tertera masa perjalanan 1230pm. Awal bergerak. Semangat untuk balik kampung. Orang perantauan balik oooiii...
Rata-rata yang berada di Hentian Puduraya pagi itu. Beg-beg beraya kemain bertimbun. Suasana aman, sejuk aircond serta sunyi yang dicipta pada saat-saat awal pembukaan stesen pudu dulu telah dirosakkan dengan deretan kios-kios perniagaan. Terus tiada perubahan. Sama sahaja seperti 4 tahun yang lalu. Rugi. Perubahan yang hanya sekadar untuk indah di akhbar. Tidak berkekalan. Sayang...
Perjalanan balik kampung yang agak tidak sesak tahun nie. Walaupun terdapat beberapa kemalangan di highway, kesesakan tidak seperti perjalanan tahun lepas dan semestinya tidak seperti perjalanan cuti RAYA Cina yang lepas. Target untuk berbuka di rumah tidak kesampaian. Sampai di stesen bas Sungai Petani dalam 6.40petang. Hampir sejam lagi untuk sampai di Shahab Perdana. Nasib baik terdapat ahli-ahli Pas kawasan sekitar sg petani yang memberikan bubur lambuk dan air untuk semua yang lalu berdekatan stesen tue.
Berbuka dengan bubur lambuk kampung sendiri. Kedah. Tiada tolok bandingannya. Teringat satu masa dahulu ketika masih tinggal di perumahan kampung. Setiap lepas asar, berebut beratur untuk mendapatkan bubur lambuk di Masjid berhampiran. Walaupun sekadar 1-2 tupperware plastik, penangannya. Fuhh... Dalam 10-15minit jugak lah beratur. Tiada yg sepesel seperti bubur lambuk kg baru. Hanya bubur lambuk sumbangan masjid. Sedap jadinya. ingauann...
Sambutan hari raya kali ini lebih kepada masa meluangkan masa dengan famili. Sudah 3 daripada adik beradik sudah berkahwin. Sudah ada komitmen maisng-masing. Pastinya suasana ketika dahulu berkumpul beramai-ramai di malam raya dan pagi raya kurang. Tapi, tradisi untuk bersalaman dengan mak ayah masih diteruskan. Cuma gambar keluarga dipagi raya. Itu yang sudah lama tidak dilakukan. Seingat wanblur, kali terakhir tangkap gambar sekeluarga di pagi raya adalah kira-kira 8 tahun yang lalu. Cemburu tengok gambar famili kawan-kawan di facebook. hahaha.. damn. Dalam hati, "untunglah korunk...)
Seminggu beraya di rumah (sebab mak oncall), di kampung yang hanya 10minit perjalan serta pusat boling city plaza menjadi juadah untuk sambutan. Tradisi kanak-kanak dekat kampung yang datang beraya dari rumah ke rumah masih berlaku. Dulu pernah wanblur mencapai rm200 untuk duit raya nie. Penat berjalan satu kampung serta rumah-rumah teres bersebelahan kampung. Poket baju melayu berat sebab banyak duit syiling. Penat berjalan.. tapi duit itu. Warggghh... kenangan. Nasib baik sekarang walau tak beraya rumah ke rumah, pendapatan hari raya masih mencecah rm300. hehe.. kenapa erk?? haha jangan jelesss
sambutan raya tahun nie berakhir selepas seminggu. Seorang-demi-seorang adik-beradik pulang ke rumah dan destinasi masing-masing. Seronok sebenarnya duduk di rumah sendiri. Walaupun iklan-iklan di televisyen banyak tayang rumah kampung yang bertingkat dua dan berdindingkan papan. Rumah sendiri yang hanya setingkat dan seteres itu lebih baik dari angan-angan auta di televisyen. Hidup ini kadang-kadang bukan selalunya sama. Kena lain sikit. Baru menarik. Diorang raya rumah kampung, aku lebih suka raya rumah teres. Tak payah bergaduh tanah dengan jiran kampung sebelah rumah. haha
Keluarga Pak Ngah sebelah mak aku |
Geng-geng alor merah : tok, mak jang, pak ndak dan pakcik. |
Rumah teres sahaja. Itu yang ditentukan. Itu yg terbaik untuk diri ini. |
sekian. Sorry. Banyak ayat. haha. padan muka!!
Muka tembam selepas raya seminggu minta untuk dilempang laju-laju!! |
bye.
3 comments:
saya nak jdi org pertama yg lempang awak. kih kih selamat hari raya maaf zahir batin. Nak tanye sedap ke ketupat palas tuh? tak pernah makan seumur idop
sedap sangat2
kalau jumpa meh nak lempang kasi sedar dah gemuk. LOL. nice raya story to read
Post a Comment