Tuesday, September 28

ciri2 org mencintai awakk...

  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
  16. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’
  17. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  18. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  19. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  21. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  22. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  23. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
  24. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
“Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut… Kamu akan menyesal melakukannya!

Peristiwa Memali

Tarikh : 19 November 1985

Tempat : Kampung Memali yang terletak di mukim Siong, Baling, Kedah

Operasi :
Musa Hitam selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia menjelaskan Operasi Angkara bertujuan menangkap dan menghapuskan penjenayah. Ibrahim Libya memang dikehendaki pihak polis di bawah ISA. Ibrahim Libya dituduh mengancam keselamatan negara dengan kegiatan memecah-belahkan masyarakat Islam. Selain itu, dalam sidang akhbar New Straits Times bertarikh 21 November 1985 Musa Hitam turut menyanggah kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Kedah yang mengatakan Ustaz Ibrahim hanyalah memberikan ceramah agama.
Ibrahim Libya juga dituduh melindungi penjenayah yang sangat dikehendaki oleh Polis iaitu Yusof Che Mit dan Ramli Che Mit.

Sinopsis Kisah :
Peristiwa Memali adalah insiden yang dituduh oleh parti pemerintah sebagai satu kaedah untuk menghapuskan ajaran sesat.Di Kem Pasukan Polis Hutan Sungai Petani, Kedah; 3,600 anggota polis daripada pelbagai bahagian termasuk FRU (Pulau Pinang), Pasukan Senoi Praaq, anggota polis beruniform, Unit Tindakan Khas (UTK Berpakaian Komando 69) dari Bukit Aman menerima taklimat dari pegawai Bukit Aman.

Malam itu Ibrahim Mahmud memberi kuliah sehingga jam 11.45 malam . Penduduk seramai 50 orang hadir. Kuliah atau ceramah biasa jarang benar sehingga 11.45 malam. Kecualilah ceramah politik, itupun ada sekatan dan larangan dan perlu permit daripada Balai Polis Daerah.
Sekatan jalan raya dan meminta Ibrahim Libya menyerah diri merupakan tindakan terbaik. Alternatif lain turut difikirkan. 10 orang polis dikatakan telah menyusup masuk ke Kampung Memali dan memberi laporan.
Jika tindakan mengepung dilakukan, mungkin memakan masa 3 bulan. Dua buah kereta perisai digunakan bagi mengelakkan kemalangan di kalangan FRU dan polis. Tambahan pula Baling merupakan kawasan berhampiran sempadan di mana komunis dipercayai masih berkubu . Komunis sentiasa mencari titik lemah anggota tentera yang meronda sempadan Malaysia-Thailand.

Ibrahim Libya dan 39 pengikutnya yang tidur di madrasah tersebut telah dimaklumkan oleh seseorang akan bilangan polis yang ramai di Balai Polis Sungai Petani.
Pelbagai senjata ala kampung disediakan seperti kapak, pisau dan buluh runcing. Mereka yang mahir memasang molotov cocktail yang diperbuat daripada minyak tanah dan petrol.
Seluruh pengikut Ibrahim Libya menunaikan solat hajat, membaca surah Yassin dan berzikir sebagaimana pahlawan Islam dahulu.

Sepasukan polis yang terdiri daripada Pasukan Polis Hutan, Senoi Praaq, Polis Anti-Pengganas Unit Tindakan Khas (UTK berpakaian Komando 69), Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) serta Tugas Am bertindak melakukan serbuan di madrasah tersebut. Dalam serbuan tersebut, seorang pegawai kanan Pasukan Polis Hutan, seorang anggota pangkat rendah dan seorang konstabel tertembak. Mengikut sumber dalaman, mereka yang terkorban terkena peluru sesat dari pasukan tersebut itu sendiri semasa serbuan dibuat.[perlu rujukan] Tiada penduduk yang pernah dibicara kerana memiliki senjata api selepas kejadian tersebut.

Dua helikopter polis digunakan bagi membawa pegawai polis yang terkorban. Mangsa yang cedera dan mati dihantar ke Hospital Sungai Petani dan Hospital Alor Star. Dianggarkan seramai 13 penduduk Memali terbunuh dalam serbuan tersebut termasuk Ibrahim Libya. Menurut sumber, beliau ditembak berpuluh kali di dadanya oleh anggota Unit Tindakan Khas (UTK), dan sempat mengucapkan kalimah syahadah dipangkuan seorang pegawai kanan polis yang memangkunya sebelum beliau meninggal dunia. Jenazah Ibrahim serta pengikutnya dikebumikan dalam kubur panjang tanpa dimandikan kerana dipercayai tergolong sebagai para syuhada. Darah dan peluh mereka dikatakan masih basah walaupun sudah berhari-hari di bilik mayat. Sultan Kedah sendiri turun mencemar duli untuk mengunjungi makam tersebut.

Status mereka sebagai syahid disahkan oleh ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Kedah, Tuan Guru Haji Yahya Junid dan Ustaz Azahari Abd Razak berdasarkan mereka yang mempertahankan diri dan harta mereka adalah syahid. Bagaimanapun mereka yang mengeluarkan fatwa berkenaan disingkirkan daripada
menganggotai badan fatwa berkenaan


1. Ustaz Ibrahim Mahmud, Kampung Charok Puteh, Siong, Baling, Kedah 45 tahun, guru dan pendakwah Islam. Beliau meninggalkan seorang balu yang juga telah ditahan beberapa minggu dalam kem tahanan di markas Polis Hutan Sungai Petani, kemudian dipindahkan ke Penjara di Alor Setar sehingga dibebaskan. Beliau meninggalkan lima orang anak, dua orang sedang bersekolah dan tiga orang lagi masih kecil.
2. Ahmad Hassan, Kampung Alor Melentang, Gunung, Alor Setar, 30 tahun, kerja sendiri, bekas pegawai LPN, bekas ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah 1979-1981, bekas Setiausaha Kerja DPPN Kedah 1981-1983. Beliau meninggalkan seorang balu dan empat orang anak yang masih belum bersekolah.
3. Syafie bin Dahaman, Sekolah Menengah Siong, Baling, 30 tahun, guru Sekolah Menegah Siong, meninggalkan seorang balu dan seorang anak.
4. Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman, Mukim Siong Baling, 72 tahun, penoreh getah. Beliau meninggalkan seorang balu dan tujuh orang anak.
5. Abdul Manaf bin Waden, Kampung Becah Sawa, 58 tahun, penoreh getah, meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
6. Ghazali bin Mohd Saman, Kampung Becah Sawa, 36 tahun, merinyu malaria, meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak.
7. Mohd Radzi bin Ahmad, Kampung Ubi Memali, 27 tahun, penoreh getah, meninggalkan empat orang anak dan isterinya telah meninggal sejak beberapa lama.
8. Wan Abdullah @ Idris bin Lebai Kadir, Kampung Charok Bunting, Siong, Baling, 32 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak sebahagiannya masih bersekolah.
9. Mohd Aroff bin Hashim, Kampung Becah, Siong, 36 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak.
10. Zamri bin Md Isa, Kampung Charok Puteh, 37 tahun, pemandu; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
11. Abdullah bin Yasin, Kampung, Guar Reban, Kupang, 33 tahun, berniaga; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
12. Mohd Daud bin Kadir, Kampung Becah Sawa, 53 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
13. Ahmad bin Ismail, Kampung Cepir, Sik, 30 tahun, mekanik motosikal; meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak.
14. Haji Abdul Rahman bin Jusoh, Siong, Baling, 69 tahun. Beliau cedera parah dan akhirnya meninggal dunia kerana kecederaan tersebut pada 31 Jan 1986



More :
  1. Kisah Saksi 1 
  2. kisah saksi 2

Kisah Sebenar dari Mata saksi yg terselamat ketika kejadian :



Berikut adalah catatan terperinci mengenai perkembangan di Kampung Memali, Mukim Siong, Baling yang berkesudahan dengan terkorbannya 13 nyawa bersama asy-Syahid Ibrahim Mahmud.
Catatan yang dipaparkan di sini merupakan rakaman komputer daripada Signals Division pasukan PDRM yang mengikuti perjalanan tragedi Baling itu untuk maklumat perdana menteri. Di sini dicatitkan juga fakta mereka yang tercedera dan mereka yang berjaya melepaskan diri daripada kepungan pihak polis. TOP SECRET:

001: Pada jam 1935 Hrs. (18/11/85) berpusat di Kem Pasukan Polis Hutan Sungai Petani, Kedah; 3600 anggota polis daripada pelbagai bahagian termasuk FRU (Penang), Pasukan Senoi Prak, Anggota Polis beruniform, Commando 69, sudah bersiap siaga untuk menerima arahan. Kumpulan ini diletakkan di bawah arahan seorang pegawai tinggi Ibu pejabat di Bukit Aman dan dibantu oleh beberapa pegawai daripada Bukit Aman, Kedah, Perlis, dan Penang.

002: Tepat Jam 1945 (18/11/85) pegawai tinggi yang memerintah daripada Bukit Aman telah mengeluarkan arahan bahawa kumpulan yang bersiap-siaga itu akan menyerang hendap satu kem komunis dalam daerah Baling yang berdekatan dengan sempadan Thailand.

003: Pada Jam 2005 (18/11/85) berlaku satu keributan di bilik operasi Sungai Petani di antara Pegawai Berkuasa pasukan Polis Hutan Sungai Petani dengan Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman. Kekalutan ini berasaskan arahan palsu yang telah dikeluarkan. Arahan menyerang dan membunuh penghuni 'kem komunis' itu sebenarnya disasarkan ke arah Ibrahim Mahmood, pengikutnya dan sesiapa juga yang hadir di Madrasah yang dibina oleh orang kampung di situ. Pegawai yang mengetuai pasukan Polis Hutan itu telah memberi penerangan kepada Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman betapa Ibrahim Mahmud dianggap oleh para pegawai pasukannya sebagai seorang ulama yang berwibawa. Malahan ramai di kalangan mereka adalah penuntutnya. Dilema yang tercetus ini mencetuskan satu suasana yang hening dan sunyi-sepi.

004:(18/11/85) Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman telah mencuba menghubungi Penolong Pesuruhjaya Polis di Bukit Aman, tetapi gagal. Kemudian dia berjaya menghubungi Musa Hitam yang ketika itu menjadi Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Hutan Sungai Petani telah diberikan laluan untuk bercakap dengan Musa Hitam. Beliau telah merayu kepada Musa Hitam dan membuat penjelasan betapa Ibrahim Mahmud adalah seorang ulamak yang disegani dan telah banyak berjasa dalam usaha menaikan taraf hidup masyarakat Memali. Malahan, Ibrahim Memali sudah terkenal dan dihormati oleh para sahabat dan lawan. Tetapi, akhirnya diketahui juga Musa Hitam telah memberikan arahan agar serangan itu diteruskan.
Nota Khas:

Kebanyakan anggota polis yang terbabit dalam operasi ini adalah mereka yang bukan beragama Islam. Operasi Khas ini telah diberi-nama "Operasi Hapus" oleh Musa Hitam.

005: Jam 2045 (18/11/85) sebuah majlis keraian telah diadakan di sebuah padang terbuka di Kem Polis Hutan di Sungai Petani. Di sana minuman bir dan minunam keras (arak) telah disediakan kepada semua unit. Namun, ada juga segelintir anggota Pasukan Polis Hutan itu yang tidak minum.
006: Jam 2147 (18/11/85) pegawai pemerintah operasi telah menerima mesej melalui wireless. Mesej yang diterima mengatakan betapa 10 orang komando polis hutan telah berjaya masuk kawasan Memali dan telah pulang dengan laporan penuh. Laporan itu adalah mengenai pergerakan masyarakat yang menghuni Madrasah tajaan Ibrahim Mahmud, yang sudah pun disahkan sebagai sasaran serangan polis itu.

007: Jam 21.47(18/11/85) semua unit telah bergerak di bawah pimpinan lapan pegawai muda. Mereka bergerak memasuki Baling dengan menggunakan dua kereta perisai. Pegawai pemerintah Unit Sungai Petani tidak menunjukkan minatnya ketika itu. Di waktu yang sama, Ibrahim Mahmud sedang memberikan kuliah kepada 50 orang penuntut yang hadir. Kuliah itu berlanjutan sehingga jam 23.45. Setelah selesai ada juga penuntutnya yang pulang ke rumah mereka sedangkan yang lainnya tidur bermalam di Madrasah itu.
008: Pada Jam 24.00 (18/11/85) Pegawai pemerintah daripada Bukit Aman telah menerima arahan terakhir mengenai 'Operasi Hapus' itu. Ketika itu berlaku sedikit kekesalan di kalangan pasukan daripada Sungai Petani. Mereka mahukan operasi itu dilakukan dengan mengadakan sekatan dan kepungan untuk mendesak Ibrahim Mahmud menyerah diri. Ketika itu ditaksirkan, tindakan mengepung itu mungkin membawa kesan hanya selepas tiga bulan. Cadangan unit Sungai Petani itu telah disanggah oleh Pegawai pemerintah daripada Bukit Aman. Beliau telah disokong oleh pegawai lain yang datang daripada Bukit Aman, dan juga OCPD Baling. Mereka berpendapat bahawa strategi yang melecehkan itu mungkin membabitkan pergeseran di antara pihak polis dengan anggota tentera yang berkhemah di sempadan Malaysia/Thai di Sik dan Baling. Kecurigaan mereka ini muncul kerana 90% anggota tentera yang disebutkan itu memang menyokong pergerakan Islam dan juga Ibrahim Mahmud.

Keadaan kelam kabut muncul lagi. Sekali lagi Musa Hitam di hubungi. Pada kali itu, pegawai yang berkuasa diberitahu bahawa Musa Hitam tidak dapat di hubungi kerana beliau telah pergi ke sebuah hotel di Kuala Lumpur. Di waktu yang sama Timbalan Menteri hal Ehwal Dalam Negeri, Radzi Ahmad sedang mengikuti perkembangan dengan berada di Ibu pejabat Polis Penang. Beliau sedang mengikuti perkembangan 'Operasi Hapus' itu. Tidak berapa lama kemudiannya Musa hitam telah menghubungi pihak polis dengan suara yang seolah marah dan rasa terganggu. Musa tidak banyak bercakap cuma mengeluarkan perintah untuk melakukan operasi penghapusan walaupun ia bermakna secara menyeluruhi Negeri Kedah.
Catatan di Kampung Memali: Seorang pemandu motorsikal dilihat berhenti di hadapan pintu-gerbang rumah yang dihuni oleh Ibrahim Mahmud. Seorang muda dilihat berlari ke arah pintu rumah itu meminta kebenaran untuk masuk. Dia telah memberitahu penghuni rumah itu betapa dia ternampak satu kumpulan polis yang ramai di Baling setibanya di pekan itu. Ibrahim Mahmud telah dikejutkan dari tidurnya. Begitu juga halnya dengan 39 orang lain yang telah berjaga malam di Madrasah itu sebelumnya. Mereka dikerah bersiap sedia untuk mempertahankan diri. Mereka mula mengumpulkan segala alat yang ada di rumah kampung seperti kapak, pisau, buluh runcing dan sebagainya. Yang lebih berani telah membuat bom molotov pula. Dengan lain perkataan, setiap insan di situ ada alat senjata yang boleh dipergunakannya.

Dalam kumpulan yang bertahan itu ada empat kanak-kanak dan lima kaum wanita. Ibrahim telah mengajak para pengikutnya untuk berwuduk daripada sebuah telaga yang berhampiran. Mereka telah melaksanakan solat sunat dan juga solat hajat. Mereka membaca Surah Yaasin dan berzikir. Ibrahim Mahmud kemudiannya memberi ucapan betapa beliau lebih rela bersyahadah daripada menyerahkan dirinya untuk dijadikan alat mereka yang mahu menaikkan semangat nasionalisme. Ibrahim telah meminta sesiapa yang curiga dengan hasratnya itu meninggalkan kumpulan mereka. Tidak ada sesiapa yagn mahu berganjak daripada tempat duduknya. Laungan Allahuakbar mula bergema, bertalu-talu dan memecah keheningan Kampung Memali. Yang hadir lebih memilih jalan 'syahid' daripada terus hidup mengabdikan diri ke jalan yang hina. Di waktu yang sama di Stesen Polis Daerah Baling, segala persiapan untuk menyerang kampung Memali semakin dipercepatkan. Semua itu dilakukan oleh kebanyakan anggota polis
yang telah mabuk ataupun tidak keruan fikirannya.
009: Jam 0100 (19/11/85) 3,600 (Tiga Ribu Enam Ratus) anggota polis bersama pegawainya telah tiba di Kampung Memali. Mereka lengkap bersenjata automatik dan tiba dengan kereta perisai. Mereka mula mengepung kampung itu. Ketika itu Musa Hitam tentu sekali masih lagi berada di hotel kerana dia tidak dapat dihubungi. Semua urusan komunikasi dilakukan pula dengan timbalannya yang bertahan di Ibu pejabat Polis di Penang. Kebanyakan anggota polis yang tiba di Kampung Memali itu masih lagi beranggapan mereka akan menyerang sebuah kem komunis. Itulah maklumat yang diberitahu kepada mereka oleh Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman. Di waktu yang sama kumpulan daripada Sungai petani hanya kecil sahaja dan masih samar akan tugas mereka.

010: Jam 0300 (19/11/85) Kampong Memali telah dikepung seluruhnya oleh pihak polis. Polis yang beruniform ditugaskan membuat sekatan jalan raya. Pasukan Polis Hutan telah diarahkan ke bahagian Selatan. Pasukan FRU (Polis Gerak Khas: kaki-pukul) diarahkan ke bahagian utara. Pasukan Komando 69 (Polis Hutan) telah dikerahkan di bahagian belakang rumah Ibrahim Mahmud yang juga merupakan sekolah agamanya.
011: Jam 0336 (19/11/85) Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman yang memerintah Operasi Hapus itu telah bercakap menggunakan pembesar suara. Dia mahukan Ibrahim Mahmud menyerah diri. Ibrahim Mahmud berbincang dengan penghuni rumahnya itu. Mereka membuat pendirian untuk tidak menyerah diri walaupun pasukan yang datang itu berpakaian seragam melambangkan wakil negara. Mereka bertakbir dan laungan Allahuakbar mula berkumandang semula.

012: Jam 0400 pagi (19/11/85) satu kumpulan manusia yang berjumlah 30 orang termasuk wanita dan kanak-kanak tiba-tiba muncul daripada bahagian utara . Mereka berlari di tengah-tengah benteng pasukan Polis Hutan dan juga Komando 69 dan membawa senjata tajam yang sering mereka gunakan ketika bertanam padi. Mereka cuba memasuki rumah Ibrahim Mahmud untuk memberikan sokongan. Anggota pasukan Komando 69, yang masih lagi mabuk dan kurang berdisiplin itu telah menembak ke arah penduduk kampung yang sedang berlari itu. Tetapi, mereka tersalah sasar, maklumlah kerana masih mabuk lagi. Namun tindakan mereka itu membuatkan orang kampung berpatah balik kerana ketakutan. Tindakan melulu Pasukan komando itu telah mengena seorang pegawai kanan Pasukan Polis Hutan. Seorang pegawai rendah dan juga seorang konstabel pun turut terkorban. Tembakan ke arah orang kampung yang tidak berdosa oleh satu pasukan yang khayal telah tersesat kepada badan pasukan kawan
sendiri.
Satu perundingan telah diatur untuk menenangkan keadaan. Operasi mengepung masih lagi berkuatkuasa. Tetapi, beberapa pegawai daripada Alor Star telah meminta agar pengepungan itu dibatalkan sahaja. Mereka telah mengambil iktibar daripada kematian tiga orang sendiri disebabkan tindakan yang songsang. Permintaan mereka telah ditolak oleh pegawai pemerintah.

BABAK DUA

013: Jam 0521 (19/11/85) Azan subuh berkumandang di rumah Ibrahim Mahmud. Suara yang sungguh sayu itu menjentik sentimen anggota polis daripada Alor Star. Mereka semakin mencurigai matlamat operasi polis itu. Ibrahim Mahmud mengimamkan solat pagi itu dan suaranya semakin jelas ketika itu. Di waktu itu Pegawai pemerintah Operasi telah mengeluarkan arahan agar pasukannya mula menyerang. Beliau telah ditentang oleh pegawai yang beragama Islam.
014; Jam 0559 (19/11/85) Solat Subuh pun selesai dan pengepungan diketatkan lagi. Tiba tiba, satu kumpulan orang kampung muncul untuk memasuki perkarangan rumah Ibrahim Mahmud. Mereka terpaksa menentang pasukan Polis Hutan. Mereka menyerbu ke rumah Ibrahim bersenjatakan senjata kampung dan sambil menggenggam tangan mereka melaungkan Allahuakbar. Melihatkan perbuatan orang kampung itu pegawai pasukan Polis Hutan mengarahkan pasukannya untuk berundur dan tidak menentang mereka. Mereka hanya diarahkan bertahan sambil bersiap sedia sahaja. Masa terus berlalu, operasi untuk menghapuskan Ibrahim Mahmud itu semakin menyerlahkan kejijikannya. Keadaan hari yang semakin siang telah menyerlahkan betapa operasi itu bertujuan melindungi rahsia kejijikan perancangannya. Kini, unsur kerahsiaan itu telah terdedah sama sekali.

Nota Khas: Sebelum operasi itu dilancarkan ramai pemimpin beragama Islam telah ditangkap. Kita boleh menyoal diri kita apakah keheningan malam telah mampu menggelapkan kejijikan operasi semacam itu ?

015: Jam 08.15 (19/11/85) setelah mendapat kelulusan timbalan menteri hal ehwal dalam negeri pegawai pemerintah operasi telah memberi arahan agar dua kereta perisai mula menyerang rumah Ibrahim Mahmud. Mereka telah dihalang oleh balingan bom molotov.

Ini membuatkan pasukan polis itu berundur sambil terus memuntahkan peluru senjata automatik ke arah rumah yang dikepung itu. Di waktu yang sama empat orang wanita dan tiga orang kanak-kanak berlari keluar rumah itu. Mereke diarahkan oleh Ibrahim agar melarikan diri. Mereka telah dikepung dan ditangkap oleh pihak polis dan dihumbankan ke dalam trak polis yang diawasi oleh anjing penjaga. Ketika itu juga serangan diteruskan. Tembakan pihak polis disambut dengan laungan Allahuakbar sahaja secara berterusan
.
016: Jam 11.05 (19/11/86) Komando 69 diarahkan menyerang rumah Ibrahim.
017: Jam 1136 (19/11/85) pasukan Komando 69 telah menyerbu masuk dengan senjata yang dipetik. Berlaku beberapa pergelutan di mana Ibrahim dan orang-orang yang masih bertenaga terus melawan. Ada juga ahli rumah yang keluar untuk berlawan dengan anggota polis di kawasan halaman. Polis terus menembak mereka walaupun mereka sudah tidak bersenjata lagi. Hanya Allahuakbar yakin mampu mereka ucapkan sehinggalah nyawa hilang dalam perjuangan itu. Ramai yang mati sedangkan ada juga bilangannya yang cedera teruk sahaja. Beberapa orang anggota komando telah menyerang Ibrahiml Beliau telah melawat merka dan mampu membunuh salah seorang yang menyerangnya. Tetapi beliau terkorban akhirnya setelah dada sebelah kanannya dituju berpuluh kali. Ibrahim gugur dengan genggaman tangannya berkepal ke atas sedangkan mulutnya masih lagi melaungkan Allahuakbar. Seorang pegawai polis berlari meluru ke arahnya untuk mengepung kepala Ibrahim ke ribanya. Ibrahim kedengaran bersuara:
"Alhamdullilah, kerana mengorbankan kami ke jalan mati syahid."

018: Jam 1213. Serangan pihak polis ditamatkan. Mereka yang telah ditangkap telah disungkup dengan karung guni. Beberapa anggota Komando 69 telah dilihat menendang badan yang terbujur itu untuk menentukan mereka sudah mati. Ada pula yang terus menembak mereka lagi sambil berkata; "Pergi jahanam dengan Islam".
019: Jam 1305 (19/11/85) Pegawai pemerintah operasi telah membuat laporan kepada Ibupejabat Polis Penang dan juga kepada Musa Hitam di Kuala Lumpur. Musa Hitam mengarahkan agar semua orang kampung ditangkap untuk menahan agar rahsia operasi itu tidak terdedah.

020: Jam 1500 (19/11/85) kerja-kerja menangkap saki baki orang kampung dilakukan. Mereka diterbangkan dengan dua helikopter polis. Mereka yang cedera dan mati dihantar ke hospital di Sungai Petani dan Alor Star. 4 mati syahid di Sungai Petani dan 10 yang sudah mati dibawa ke Alor Star, termasuklah Ibrahim Mahmud.
021: Jam 1510 (19/11/85) Sektiar 30 anggota tentera lengkap dengan senjata automatik tiba di hadapan rumah Al syahid Ibrahim. Berlakulah pertelagahan di antara pegawai petugas di kalangan pasukan polis yang mengwasi tempat itu dengan ketua anggota tentera yang tiba di situ. Anggota polis yang ramai itu diberikan arahan untuk bersiap sedia dengan senjata mereka. Menyedari betapa bilangan mereka kecil dibandingkan dengan anggota polis yang bertugas di situ pihak tentera pun meredakan keadaan. Ketuanya pernah berkata: Hari ini hari kau.....Kau boleh lakukan apa yang kalian mahu. Tetapi ingat, akan timbul satu hari nanti, kami akan menentang kamu dengan kekuatan yang setara.










Saturday, September 25

fair..

sorry for everything..

not means to say like that

just

between us no more.. anything

just hutang yg aku akan bayar asap..

tq

Wednesday, September 22

BilA Ter......

hari ini merupakan permulaan yang penuh indah dan kepelikan. heheh (gelak sorunk-sorunk).  pagi nie dikira aku bangun awal jugak la. pukul 6.45pg. dah sedar awal tapi malas la pulak. adeih..dan akibatnya, nak mandi pun kena beratur sebab ada satu bilik mandi baru rosak pagi nie, dan nak tunggu bus pun berjela-jela. dan ditambah,hanya 1 langkah untuk naik bus, bus dah penuh. jadi, kena la naik bus yang seterusnya. tunggu lagi..
nasib baik cepat juga bas yang seterusnya itu datang, kalau tak, tak sempat aku nak masuk kelas pagi tadi. sudah la MS pulak tue, kalau masuk lambat, habis ar kena marah.. hurm.. Bus yang membuat aku ley tido sekejap dalamnya. best2.. nasib baik bas yang datang bukan bus yang macam bawahnie, kalau tak.. panaz terbakar aku dalam bas tue..

kelas hari ini sikit saja, ada 2 lecture + 1 Makmal Diseksi. huhuhu.. hopefully.. aku tak tido untuk semua kelas. cuma untuk embryology sahaja. hurm..  aku dari dulu lagi tak paham apa sebenarnya yang aku belajar dalam embrology nie. oh, malangnyer nasib aku @@ hopefully, im will find the truth.
nampak macam senang, tapi jangan diduga lautan embrology. kena faham till awal baru ley paham yang ini. hurm.. payahnyer.. ader sesiapa ley toyong??(aka tolong)

balik saja kelas awal.. kepala aku pening. adoi mak.. pening kepala... hurm.. jadi masa petang aku habis dengan tido tido dan tido. samapi hujan pun tak perasan. hehe khusyuk betoi..  ok lah, nak g "berenang" lagi nie. kepala dah nyut-nyut(berdenyut2)  balik.. harap cepat sembuh laer. sebab nak bace MS lagi nie. banyak la pulak statistik nyer.. bagus juga ada exam nie, kalau tak sampai ke final aku tak tahu .. huhuhu..
kepala aku pening selepas di gigit oleh BB.. huhu

Ms Oh mS

p/s : tibe tibe aku teringat pulak cerita P/s: i Love You. hurm.. bestnyer kalau .... huhuhu

jom g berenang di bilik mandi. haha.. Bb dah tarik telinga nie, bubye semua. nanti malam, kalau aku x buat pape, aku tulis lagi..

BilA Ter......

hari ini merupakan permulaan yang penuh indah dan kepelikan. heheh (gelak sorunk-sorunk).  pagi nie dikira aku bangun awal jugak la. pukul 6.45pg. dah sedar awal tapi malas la pulak. adeih..dan akibatnya, nak mandi pun kena beratur sebab ada satu bilik mandi baru rosak pagi nie, dan nak tunggu bus pun berjela-jela. dan ditambah,hanya 1 langkah untuk naik bus, bus dah penuh. jadi, kena la naik bus yang seterusnya. tunggu lagi..
nasib baik cepat juga bas yang seterusnya itu datang, kalau tak, tak sempat aku nak masuk kelas pagi tadi. sudah la MS pulak tue, kalau masuk lambat, habis ar kena marah.. hurm.. Bus yang membuat aku ley tido sekejap dalamnya. best2.. nasib baik bas yang datang bukan bus yang macam bawahnie, kalau tak.. panaz terbakar aku dalam bas tue..

kelas hari ini sikit saja, ada 2 lecture + 1 Makmal Diseksi. huhuhu.. hopefully.. aku tak tido untuk semua kelas. cuma untuk embryology sahaja. hurm..  aku dari dulu lagi tak paham apa sebenarnya yang aku belajar dalam embrology nie. oh, malangnyer nasib aku @@ hopefully, im will find the truth.
nampak macam senang, tapi jangan diduga lautan embrology. kena faham till awal baru ley paham yang ini. hurm.. payahnyer.. ader sesiapa ley toyong??(aka tolong)

balik saja kelas awal.. kepala aku pening. adoi mak.. pening kepala... hurm.. jadi masa petang aku habis dengan tido tido dan tido. samapi hujan pun tak perasan. hehe khusyuk betoi..  ok lah, nak g "berenang" lagi nie. kepala dah nyut-nyut(berdenyut2)  balik.. harap cepat sembuh laer. sebab nak bace MS lagi nie. banyak la pulak statistik nyer.. bagus juga ada exam nie, kalau tak sampai ke final aku tak tahu .. huhuhu..
kepala aku pening selepas di gigit oleh BB.. huhu

Ms Oh mS

p/s : tibe tibe aku teringat pulak cerita P/s: i Love You. hurm.. bestnyer kalau .... huhuhu

jom g berenang di bilik mandi. haha.. Bb dah tarik telinga nie, bubye semua. nanti malam, kalau aku x buat pape, aku tulis lagi..

Tuesday, September 21

macam macam kekeliruan

Mood aku sekarang adalah

RINDU 
+
SAYANG
+
MAAF

Blogger at PDAL

sekarang ini merupakan pertama kali aku berblog di PDAL. perpustakaan dekat dengan fakulti peubatan ukm. sahaj je nak berblog arini. tadi aku mengantuk sangat sangat semasa kuliah. tak tau kenapa.. hurm.. arini nie ada 2 kuliah jer, then break till petang ada PPD. hurm, macamana lah nak mengharungi hari yang mengantuk arini?? korang ada idea tak macamana nak hilangkan mengantuk dan tertido atau terbuat peta malaysia dekat meja DK 1?? kalau korunk ada idea, bagi la sedikit sebanyka komen . tpi dekat cha box. sebb aku nyer komen box dia bengang sikit. majuk kot. dia x dapat detect orang nak abgi komen. nanti weekend aku buat layout baru yerk.. huhuhuhu

bersempena dengan pertama kali aku buat erja gila dengan berblog di PDAL, aku ingin mengucapkan selamat pagi kepada semua. nanti aku bw.. ok?? tunggu..

p/s: merindui BB dan mengharap si dia belajar till muntah untuk exam esok.. jangan garang2 dengan Buku tue.. ok??

miss u alot.

note tambhan:  Nyamuk Genetik.. ----->> sesuatu yang menarik.klik di sini

jom, nak study MS pulak.. study ker tido??

Untuk diriku

Wanblur, jangan malas belajar,
rajin rajin lah belajar macam budak bawah nie,
baru lah, semua kerja-kerja sekolah dan semua notes dapat dibaca dan dihafal dengan senang
  
dunia medic ini susah, jangan sesekali putus asa yer.
lu yang ambik, lu tanggung seniri la..

kehidupan perlu diteruskan, kerana  didepan hang nie
ada dua jalan saja

kalau hang pilih sukses, hang ley la graduate in 5 years..

kalau berjaya nanti, boleh la realisasikan impian menjadi doktor yer..
Dr Shazwan

 ehem ehem ehem... test test..
saya Dr Shazwan, saya Emergency Specialist
hehehe... perasan##

bubye,.

p/s: nak fb dengan BB jap. dier kuat majuk dan garang. kena perintah berkurung dengan dier nie.. hehee... sayang u la bb. huhu.. 

yang berlalu diarkan berlaku
usah dikenang, usah disesal
hidup ini cuma sementara
mencari penenman hidup yang selamanya
bb bb
hehe

this is my Girl, 
Name : BB (aka Budak Busuk.. not actual meaning)

 hehhee... hope,, this is the last love i have
no more player and doubt. huhu
i Love u sayang~~ 

Jambu?

hari ini adalah hari yang paling malang bagi aku. yang pertamanya adalah exam end of module untuk respiratory system aku.. hurm.. ada yg ley buat. ade yg ok lah.. hamtam.. huwaa huwaa.. kenapa aku nie?? malasnyer.. cian kat bb dan mak aku. huhuhu.. tak per.. tak per..aku aakan pastikan end of moduyle akan datang aku study betol2..yea. yea..
selepas exam end of module tadi, aku teruskan pulak dengan matapelajaran modul yang baru. huhuhu.. urinary module. untuk sebulan nie aku belajar. module terakhir sebelum melangkah ke sem 4. cepatnyer masa berlalu. adakaha sempat aku mengejarnya? yakin boleh. overall lecture hari ini adalah anatomy of urinary system. basic basic yang basci jer. tapi terlalu banyak yang perlu diingat. eeggggrrrrrr...
tak per .. medic is Cool

hari nie makmal aku ada presentation MS. dengan dukacitanya analisis yang aku lakukan salah disebabkan beberapa faktor. means that presentation MS adalah 0 markah. kini, aku berharaap pulak dekat report. mintak mintak dapat la full 5%. huhuhu
1% adalah berharga.

selepas dikecewakan dengan MS, hati serabai, rambut kering.. tibe tibe aku dipanggil Jambu.. what the H%$^? hahah.. aku nie jambu apa?? 
jambu buah ker
or 
jambu nie??
 tapi, apa yang pasti..
aku hanyalah insan biasa. yang tiada keistimewaan apa apa
huhuhu
aku adalah wanblur..
hehehe.. (muka waktu aku muda-muda dulu)
hensem tak?? ni baru jambu. skunk nie bukan nyer jambu,,
skunk nie dah bapak orang!! hehe

aku pergi joging malam arini,
sebab balik kolej lambat. makan kat luar arini. dah buhsan makan dekat kafe. sorunk sorunk.. naik bus
huhuhu.. BB x nak ikut pun., hehe
 buhsna nyer.. petang petyang g merayap tak tentu hala.. g makan.
malam pun pas jog makan lagi.. humr.. gemox aku mcm nie..

hehee

malam pulak aku makan lewat. ye lah mane tak nyer.. tunggu mesin basuh dulu. sidai kain dulu. bb x larat hehee.. dan lepas tue, baru turun makan. esok macam nak posa la. arini banyak makan jer. habis diet aku hehehe..  nie makanan aku tiap2 malam.. feveret nie..
"teh O Ais kurang ais" dan "mee goreng Bassaahhh plus telur mata 1/2 masak (tak nak sayur) heheh
ini adalah bukti aku makan tengah malam.. hehehe (sudah dibayar dong ~~)

ok lah, aku jarang nak update skunk. tapi aku akan cuba. atleast sehari sekali. ok??
ok sayang sayang sekalian??

P/s : sangat suka bila BB marah b. hehehe..

Sunday, September 19

terkedu seruan rindu seorang sahabat

hari ini, selepas beberapa ketika aku mengahabiskan larian maraton nota respoiratory modul untuk exam esok, aku terkedu. aku sedih pulak bila tinggatkan. rindu la pulak bila, sahabat aku yang sorunk tue, yang duk jauh jauh di PP. dia hantar msg inbox fb kat aku.

maafkan aku yer dz, aku tahu aku yang salah. aku x pandai manage time aku. tak pe,, nanti aku story story kat hang yer.. hang memang sahabat aku. aku tak pernah lupa kat hang. sahabat itu cool kan.. huhuhu..

KO SAHABAT AKU YANG SATU


p/s : esok aku dikenakan perintah berkurung dari 10mlm till 1 pagi. huhu.. huwaaa huwaaa...
habis la aku macam nie


noted : sedang membuat kerja sampingan iaitu mencipta kejutan gila esok. haaha


sehari sebelum EOM

hari ini adalah hari Ahad, sehari sahaja lagi sebelum Hari Isnin menjelang. takutnyer rasa tapi still malas nak baca buku dan nota nota yang bertimbun ini? kenapa nie??  ok lah, hari nie tak boleh buat entry banyak-banyak dah. kena fokus fokus. exam EOM untuk respiratory system tak akan ku lakukan same seperti EOM untuk Cardiovascular. yea! saya yakin..

dan kepada mane mane yang suka suki nak Blogwalking. cube try dua blog nie. best

Ben Ashaari di http://www.benashaari.com/

dan

JOm Borak Kosong di http://borakkosong72.blogspot.com

serta aleza senget di http://alezaomar.blogspot.com

bubye

BLOG LIST BEN ASHAARI SEPTEMBER

 

Hari nie semasa aku tengah jalan jalan dari blog ke blog, walaupun tak mandi lagi, terjumpa nie. En Ben nak buat blog list baru. huhuhu.. dah lama aku nak mencuba nasib, tapi segan la plak kan. blog aku nie ntah ape ape jer kan..  tak pe lah. mencuba rezeki hari nie..

ok lah, kepada kawan-kawan lain, yang nak mencuba rezekki di tanah en Ben, klik disini : Ben Ashaari

harap=harap en ben jenguk jenguk la page aku yer.. hehehe


p/s : kenapa blog aku nie x ley dikomen? ada cara bagaiamana nak ubahkan dier punya html?? tq


Tajuk : Blog List Ben Ashaari September
Blog yang berminat : Akuwanblur90
Kategori : Tulis Diari

Saturday, September 18

aku dah gemox

hari nie, sejak aku balik dari hari raya, aku rasa badan aku naik. betul., memang betol. ramai yang tanya.. huwaa huwaa.. cedih2.. huhuhu...

Kepada BB

belajar rajin rajin yer..
jangan malas2..
tngok jadual exam elok2..
huhu (nanti silap sekali lg)
dan
cenyum selalo..

huhuhu

badan gemok = penat + kurang stamina

Sudah agak lama aku tak keluar g mane-mane untuk bersenam aka exercise. sejak Ihya bermula dulu, aku aku berhenti pergi joging joging sambil cuci-cuci mata dan otak dekat Tasik Titiwangsa. hari nie merupakan suatu yang ajaib. aku tergerak hati nak pergi joging. dan hasilnya, setelah beberapa minggu tak exerciose.. dengan badan yang bersalut lemak lemak tepu nie, cepat rasa penat/ huhuhu.. kenapa erk suka penat?? hurm. kena exercise selalu.. nak jadi macam En Ben.. tough.. hahaha 

sedikit daripada forum-forum :

Mengapa badan kamu terasa cepat penat, tidak bertenaga, lesu dan mengantuk ketika di sian hari? Apakah punca ini dan bagaimana untuk mengetasi badan letih dan ?
Ada beberapa sebab yang menyebabkan badan cepat letih dan mengantuk di siang hari.
Sensitiviti Elektrik
Terasa seperti tidak cukup tidur, sakit kepala, pening dan penat boleh disebabkan kerana kamu di kelilingi alat-alat elektrik. Ada fakta menyatakan bahawa sensitiviti elektrik mempengaruhi 35% terhadap populasi dunia. Sensitiviti elektrik mempengaruhi sistem semulajadi badan. Tanpa di sedari penyebabnya adalah seperti meletakkan telefon bimbit di sisi katil,penggunaan pengering rambut melebihi 10 minit, meletakkan jam digital bersebelahan ketika tidur dan  terlalu dekat dengan skrin komputer.
Cara mengatasinya badan letih akibat sensitiviti elektrik ialah gantikan digital kepada jam analog, guna monitor komputer jenis LCD, alihkan alat-alat tanpa wayar ke bilik berasingan.
Diabetes tanpa Sedar
Mengikut Kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat mendapati lebih kurang 500,000 wanita tidak mengetahui mereka mengidap diabetes. Menurut pakar pemakanan, diabetes terjadi apabila terdapat banyak gula dalam darah yang tidak diperlukan oleh tubuh. Apabila glukosa tidak ditukarkan kepada tenaga sama ada disebabkan insulin yang tidak cukup  atau insulin tidak bekerja dengan betul menyebabkan hati mengeluar glukosa berlebihan dan badan tidak mampu menukarkan kepada tenaga kemudian memecahkanya menjadi lemak dan protein yang menyebabkan lebih banyak glukosa terhasil. Simptom diabetes ialah kencing kerap dan cepat dahaga badan pula menjadi mudah letih dan lemah.
Cara mengatasi maslah badan letih disebabkan Diabetes ialah cuba ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan memastikan adakah anda berkebarangkalian mengidap diabetes, lakukan ujian darah untuk mengukur tahap gula dalam darah. Ketagihan memakan makanan yang manis dan berlemak sebelum kedatangan haid juga antara petanda kamu mengalami ketidakseimbangan kadar gula dalam darah. Makan setiap 3 jam dan jauhi roti, yogurt buah, jus, rokok dan kafein. Banyakkan mengambil makanan laut, telur, sayur sayuran hijau dan buah seperti buah pear, anggur, pic dan kiwi. gantikan pasta dengan beras perang, bubur dan bijirin.
Makan Tengahari
Makan yang tidak menentu dan tidak teratur menyebabkan kita mudah marah dan keletihan. Amalan pemakanan yang tidak teratur mempengaruhi tindak balas imunisasi yang mengurangkan amaun tenaga dalam badan. Makan tengahari tidak harus diambil terlalu berat kerana mendorong perasaan malas dan mengantuk.
Cara Mengatasi badan letih ialah makan tengahari bukan untuk mengenyangkan tetapi untuk meneruskan aktiviti seterusnya. lebih baik mengambil makanan berat ketika bersarapan dan jangan sesekali meninggalkan sarapan anda. Elakkan lauk pauk yang berlemak dan berkolestrol. Ambil buah buahan selepas makan untuk menyegarkan badan.
Masalah Ginjal
Maslah ginjal boleh mnyebabkan (kurang darah merah) seterusnya membawa keletihan.
Cara Mengatasi ialah berbincanglah dengan doktor jika anda mengalami masalah ginjal juga merangkumi tiroid kerana tiroid juga boleh membawa kepada keletihan. Elakkan pengambilan kafien dan alkohol dan banyakkan mengambil makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran, buah-buahan,ikan dan rumpai laut.
Kekurangan Zat Besi dan Vitamin B12.
kekurangan zat besi dan vitamin B12  boleh membawa kepada penyakit . B12 pula berfungsi dalam sisitem darah iaitu membantu membawa oksigen ke serata badan. Manakala zat besi untuk penghasilan darah merah.
Tanda-tanda pengidap ialah kulit kelihatan kekuningan, tetapi jika kamu letih dan cepat emosional cubalah mengambil vitamin B12.
cara mengatasi jika kekurangan zat ialah dengan mengambil vitamin tambahan seperti multivitamin dan sebagainya.
Cara Senaman
Senaman memang bagus untuk badan namun jika waktu yang dilakukan itu tidak kena boleh menyebabkan keletihan kerana kamu kurang tenaga dan kesan pada keesokan harinya.
ialah dengan bersenam seperti berlari,berjalan atau aerobik diwaktu pagi dan pada malam hari boleh lakukan senaman seperti berjalan sekeling rumah atau yoga. Ini Dapat melegakan minda dan otot-otot. Jika kepenatan, lakukan sahaja senaman ringan sekitar 30 minit yang mampu meransang tenaga dalam badan.
Tekanan
Sebenarnya jika kita mengalami tekanan akan memberi efek terhadap tubuh juga. Anda mengalami tekanan mungkin di sebabkan malasah-masalah seperti berikut iaitu kurang motivasi, tiada keinginan terhadap seks, dan juga mengalami turun naik berat badan yang tidak seimbang.
akibat tekanan boleh di pulihkan dengan berjumpa doktor pakar mengambil antidepressants, sesi terapi atau kedua-duanya. Cognitive behavior theraphy (CBT) boleh membantu mengubah cara pemikiran seseorang. Dengan membantu mengubah fokus otak melalui tabiat baru. CBT membantu kamu mengawal stress dan tekanan. Therapi ini selalunya dilakukan seminggu sekali selama 6 minggu.

ok lah, dah dah. kena study malam nie.

P/s : my BB say, pelajaran keutamakan.. and  i say that, I Miss U.. huhu BB BB BB BB beby.. huhuhu


semuanya kerana perkataan yang penting!

1. Enam perkataan Yang paling penting diucapkan
    "saya mengaku yang saya bersalah"

2. Lima Perkataan yang paling penting
    "anda sudah mencuba yang terbaik"

3. Empat perkataan yang paling penting
   "bagaimana pula pendapat anda?" atau "apa yang awak perlu"

4. tiga perkataan yang paling penting
   "Saya minta maaf"

5. dua perkataan yang paling penting
   " terima Kasih"

6 . satu perkataan yang paling penting
  'kiTa"

7. PERKATAAN YANG PALING TIDAK PENTING
 ------>>>>> AKU

 *perkongsiaan hidup. hope aku.. eh saya ley praktis kan

bb
bb
bb
bb
bb
bb
bb
bb
bb
bb
bb
huhuhuhu

"hati ku berbunga bunga kerana kehadiranmu yang
selalu memarahiku..  kehadiranmu membuat aku berubah.. tq

Kenapa perlu Bercinta?

tak pernah aku baca buku ini, kenapa perlu bercinta?? hasil karya robiah K.Hamzah keluaran PTS Millenia SDn Bhd. huhu.. kedengran agak lucu bila aku membaca buku ini. kenapa erk tiba tiba mamak gila nie baca buku ini?? semuanya kerana ingin membaiki diri ini dan kerana BB. tak nak berulang perkara yang sama lagi, dah penat. All Out untuk dia. 

Aku Berikan Beberapa petikan yang menarik dan berguna dari Buku Ini,

"bagaiamanakah ya rasanya apabila jatuh cinta> kata orang, hati mula berbunga-bunga. meniti hari yang ceria dan penuh bersemangat. kalau sudah putus cinta, seolah-olah tidak mahu menempuh hidup lagi"

"Mata yang bercinta itu menutup segala keburukan dan keaiban dan mata yang membenci itu menampakkan segala kecelaan"

"pimpin dan kendalikan jiwa sebaik-baiknya kerana ia amat liar"
"cinta yang sejati sebenarnya perlakuan dan perasaan kasih sayang yang tidak melanggarhukum dan peraturan agama, adat dan kesopanan masyarakat dan undang undang negara"

"cinta itu suci,cinta tidak buta, cinta adalah kepunyaan Allah, yang tidak suci dan buta adalah orang yang salah menggunakannya"





Budak Luar

BB nie aku perkenalkan sebagai budak luar
dia tak pernah sekolah dengan aku
dia tak pernah berjumpa dengan aku
dia tak pernah berada di negeri aku
dia berbeza dengan duniaku,
dia garang
dia sangat sangat tegas
suka tegur aku
suka marah-marah aku
tetapi,
aku merasa tenang dengan perasaannya
dia memberi aku keindahan hati
walaupun hadirnya baru sahaja didalam hatiku
aku senang dengannya
aku tidak kisah,
andai orang kata aku player?
orang kata aku perosak?
aku manusia hina?
semuanya hanya kerana mencari penganti
disaat baru kehilangan,
aku bebas begini...
ini caraku..
hanya aku dan hati aku saja yang tahu,
bagaimana aku sayang atau kasih seseorang..
aku tak suka cakap telefon,
aku benci hal itu,
aku tak ada kebolehan untuk bergayut lelame..
andai ada sesiapa yang berjaya mengubahku,
itu bermaksud...
pintu hatiku menerimamu dengan senddirinya..

bb
bb
bb
bb

merenung di luar tingkap

disaat ini,
aku merenung diluar jendela.
jaring-jaring halus kehijauan menutup pandangan jauhku,
hati ini sunyi,
hati ini sedih,
hati ini kosong,
ku lihat rakan-rakanku mentelaah pelaran,
khusyuknyer..
tapi aku?
masih tetap beperangai kebudak-budakkan
apa nak jadi dengan diriku?

disaat ini,
pintu hati ku telah tertutup
pintu hatiku telah dimiliki,
sekali lagi walaupun baru saja dilukai
semuanya berlaku begitu pantas
ku harap,
pemilik hatiku ini akan menjadi yg berbeza
berbanding pemilik hatiku sebelum-sebelum ini
walaupun sejenak ditinggalkan,
ingatanku sudah tidak keruan,
tak pernah aku alaminya sebelum ini,
ini yang pertama,
adakah aku telah jatuh cinta?

Disaat ini
disaat ku merenung diluar jendela,
aku hairan,
mengapa perlu menangisi yang ditinggalkan?
mengapa perlu mencari keburukan yang dimana semasa bersama ia kemanisan?
mengapa perlu wujud perasaan benci?
aku hairan..
aku seperti sudah imun,
dengan kegagalan,
bukan tidak ambil kisah,
namun jiwa ini telah lali,

Disaat ini,
aku merenung diluar jendela,
menganyam ketupat rindu
membakar lemang kesetiaan,
aku rindu,
bb..
aku rindu bb..

beraya di rumah peminat liverpool

aku baru sahaja balik dari berkunjung ke rumah kawan ku. hafiz aka burung hantu. dia buat open haouse arini, aku ingta macam tak nak pergi jer bila ber ajak aku td. lepas diorang pi ramai2 naik keta, baru zahir ajak aku. aku nak p plak, hahaha.. naik moto. rumah dier dekat dengan uptown gombak. dekat sangat2.. dia kata umah doer dekat dgn tmn apa ntah. x tahu la plak taman tue dgn uptown. jauh tersesat dengan zahir.. dah dekat uia dah sampai. hahaha.. anyway, spaghetti sedap.. huhuhu.. tata. nak study plak,..~~

dari kiri  : ikhwan, syed, kamil dan din.. big 4

si kuning + jejaka belang pink + abang baju raya


kesiannya.. dilema musa

Dilema seorang polis pencen
Mohd Rashidi Hasan
Mohd Rashidi Hassan   
rashidi@harakah.net.my
TAN Sri Musa Hassan barangkali termasuk di kalangan Ketua Polis Negara yang paling malang dalam sejarah perkhidmatan polis negara. Hari Ahad 12 September lepas diadakan majlis perpisahan tugas beliau.
Nasibnya malang kerana setelah berkhidmat lebih 40 tahun dalam pasukan polis, beliau dihentikan dengan cara yang amat hina.
Apa tidak hinanya, jika seorang yang menjawat kedudukan paling tinggi dalam institusi yang paling penting dalam menguruskan keselamatan negara, diberhentikan secara tiba-tiba.
Cara Musa diberhentikan memang hina, kerana beliau langsung tidak diberitahu oleh kerajaan. Kata Musa beliau hanya mengetahui kontraknya tidak disambung, hanya melalui pengumuman media.
Memang Musa patut bersedia untuk tidak disambung kontrak, namun tidak bolehkah pihak kerajaan membuatnya dengan prosedur yang lebih berhemah, iaitu dengan memaklumkan kepada beliau lebih awal, supaya beliau boleh keluar dari pejabat KPN dengan cara yang terhormat.
Kalau kita jadi Musa kita pun akan terkejut. Apa malangnya Musa? Mengapakah kerajaan Umno-Barisan Nasional melayannya dengan begitu hina?
Apakah kerana hubungan dingin Musa selaku KPN dengan Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hishammuddin Hussein, mendorong beliau diperlakukan sebegitu hina?
Sebab itu Musa berhak mempertikaikan cara kerajaan memberhentikan beliau. Beliau berhak dilayan dengan sopan dan hemah.
Cara kerajaan Umno-BN memberhentikan Musa seolah-olah orang yang tidak mengenang budi. Sedangkan, Umno-BN patut berterima kasih terhadap Musa, kerana khidmatnya yang penuh 'cemerlang'.
Jasa besar Musa membantu Umno
Musa patut dianggap cemerlang kerana 12 tahun yang lalu, selaku pengawai penyiasat polis (I.O), beliau mengendalikan kes berprofil tinggi membabitkan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Musa adalah pegawai polis yang 'berjasa' menjayakan agenda konspirator Umno untuk menghapuskan karier politik Anwar.
Pada waktu itu (tahun 1998) beliau berpangkat SAC1 (Senior Assistant Commissioner of Police 1). Belum dapat Dato' belum dapat Tan Sri.
Menurut keterangan yang dicatat di dalam buku 'Anwar on Trial - In the Face on Injustice' karangan peguam terkemuka, Pawancheek Marican, Musa adalah pegawai yang menyiasat surat layang atau poison-pen letter yang melemparkankan pelbagai tuduhan terhadap Anwar.
Musa memainkan peranan utama untuk menyiasat dakwaan terhadap Anwar seperti yang terkandung dalam buku '50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM', yang ditulis Khalid Jafri.
Orang-orang Musa (pegawai polis bawahannya), ditugaskan untuk mengeledah dua unit apartment di Tivoli Villa, Bangsar. Mereka menyita tilam yang didakwa terdapat kesan air mani (semen stains) dan helaian bulu (pubic hair) untuk dibuat perbandingan DNA dengan Anwar.
Kes yang dibawa Musa mencatatkan sejarah tersendiri dalam perundangan negara, tilam menjadi tersohor apabila diangkut ke dalam bilik mahkamah sebagai salah 'seorang' saksi utama kes Anwar.
Keterangan Musa di mahkamah banyak dibantah peguam Anwar, khususnya Christopher Fernando,kerana dianggap mengemukakan 'khabar-khabar angin' yang tidak berkaitan dengan kes.
Tetapi bantahan Fernando ditolak Hakim Augustine Paul, yang membuat ruling bahawa semua keterangan Musa adalah relevan dengan kes.
Jasa besar Musa tercatat, apabila mengemukakan afidavit jawapan terhadap Dato' S Nallakaruppan, yang mencatatkan banyak tuduhan serius terhadap Anwar, walaupun ianya tiada kena mengenakan dengan kes secara spesifik.
Tindakan Musa dianggap peguambela Anwar, sebagai sebagai usaha untuk memburuk-burukkan serta menjatuhkan kredibiliti client mereka.
Hasil daripada afidavit dan keterangan bersumpah Musa, media arus perdana memaparkan semua tuduhan terhadap Anwar di muka hadapan.
Ianya merupakan pelanggaran etika dan prosedur undang-undang, kerana sepatutnya afidavit yang belum dikemukakan dalam mahkamah tidak boleh disiarkan. Tetapi di atas kuasa rakus para konspirator, semua peruntukan undang-undang diketepikan, asalkan Anwar berjaya dihukum.
Disebabkan peranan Musalah, Anwar telah dihukum media talibarut Umno sebagai pesalah yang paling jahat dan paling jijik dalam negara, walaupun tuduhan terhadap beliau belum lagi disebut dalam mahkamah.
Tatkala Musa dan media talibarut Umno-BN menyerang Anwar, TPM yang dipecat itu sudahpun menerima balasan sepak terajang dalam sel polis, yang dilakukan sendiri oleh KPN, Tan Sri Abdul Rahim Noor.
Banyak lagi peranan Musa sepanjang perkhidmatannya, menguntungkan Umno, tetapi tidak perlu dicatat dalam ruangan yang terhad ini.
Jasa besar Musa dalam perkhidmatannya ialah menjadi alat politik konspirator, untuk memusnahkan karier politik seteru mereka, iaitu Anwar.
Hasilnya gerakan politik Anwar tergendala selama enam tahun akibat disumbat dalam penjara. Anwar juga mengambil masa bertahun-tahun untuk memulihkan imej politik beliau.
Kes Anwar adalah merupakan suatu kes klasik yang menunjukkan secara 'direct' bahawa wujudnya campurtangan politik dalam urusan polis.
Terpahat persepsi di kalangan rakyat sehingga kini, bahawa pihak polis berkhidmat di bawah telunjuk Umno-BN.  Entah mengapa persepsi ini sukar untuk dihakis.
Apapun, hasil daripada sumbangan 'besar' Musa, beliau telahpun mendapat anugerah besar sehingga dilantik menjadi KPN dan mendapat gelaran Tan Sri.
Malah Musa sepatutnya bersara beberapa tahun lepas, tetapi khidmatnya disambung beberapa tahun atas ihsan Umno-BN.
Reaksi pemberhentian Musa
Namun, nampaknya Umno-BN kini, kelihatannya tidak mahu 'terikat' dengan jasa-jasa Musa.
Mungkin juga bagi Umno-BN, imej polis yang tercalar di bawah kepimpinan Musa sukar dipulihkan kerana, Musa dianggap sebahagian besar rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat sebagai terlalu personal dengan Anwar.
Maka bagi Umno-BN, selagi Musa menduduki kerusi KPN, persepsi buruk rakyat terhadap integriti pasukan polis, sukar dihakis. Mungkin bagi mereka, hanya dengan 'melepaskan' Musa, persepsi rakyat akan kembali pulih.
Selain daripada itu wujud khabar bahawa Musa 'tidak berlaga' dengan Menteri. Malah ada rumours mengatakan ada beberapa kes membabitkan Musa yang menyebabkan kerajaan tidak berapa selesa dengannya.
Lalu Musa diberhentikan dengan cara yang begitu hina dan memalukan.
Lantas, sebagai reaksinya terhadap pemberhentian mengejut itu, Musa mendakwa ada campurtangan kerajaan terhadap pengurusan polis, dengan arahan yang bertindan, sehingga menyukarkan tugas KPN.
Kalau hendak diikutkan geram rakyat, kita patut bersorak gembira, biar dia 'padan muka'.
Musa berhak bersuara. Beliau berhak 'melepaskan geram' terhadap gangguan ahli politik Umno-BN terhadap tugas anggota polis. Namun Musa barangkali tidak sedar bahawa perlantikan beliau sebagai KPN dan sesiapa sahaja yang menduduki jawatan itu sebelumnya, adalah di atas lantikan politik.
Oleh kerana pelantikan KPN adalah diatas perogatif Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, maka Umno sentiasa akan beranggapan bahawa KPN adalah 'budak suruhan' mereka.
Pasukan polis adalah benteng pertahanan terakhir sebuah kerajaan, oleh sebab itu mereka dianggap terpaksa mengikut telunjuk 'orang yang memberi mereka makan', walhal pada hakikatnya mereka adalah pihak yang bertugas menjaga keselamatan negara.
Keikhlasan anggota polis menjalankan tugas menjaga keamanan, disalahgunakan Umno-BN untuk kepentingan politik mereka.
Dalam kes Musa secara spesifik, jelas menunjukkan bahawa Umno-BN sudah tidak lagi menghargai jasa beliau. Musa dan anggota polis di bawah kepimpinannya, tidak lagi dilihat boleh membantu menyelamatkan Umno. 'Habis sepah madu dibuang.'
Pulihkan integriti pasukan polis
Bagi Pakatan Rakyat serta majoriti rakyat yang menyokongnya, jalan terbaik untuk memulihkan integriti polis, ialah dengan memisahkannya dari ditentukan penguasa elitis Umno-BN.
Bukan sahaja KPN, malah perlantikan Ketua Hakim Negara, Peguam Negara, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Pengerusi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan banyak lagi jawatan utama, harus dibuat oleh Parlimen.
Kerajaan boleh membentuk satu suruhanjaya khusus dan membuat cadangan kepada Parlimen. Nama-nama mereka, harus diperhalusi dan dinilai oleh wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat.
Rakyat tidak mahu jawatan dan lain-lain dilantik dan ditentukan oleh PM dari Umno-BN. Mereka mesti dilantik rakyat dan bertanggungjawab terus kepada Parlimen dan Yang di-Pertuan Agong selaku kuasa yang tertinggi dalam negara.
Hanya dengan cara ini, integriti dan maruah polis yang tercalar akan dapat dipulihkan.
Akibat daripada kuatnya kuasa politik Umno-BN, banyak cadangan dalam Suruhanjaya Di Raja yang membentuk Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC), 'dibakul sampahkan'.
Dalam satu kenyataan, Anwar selaku Ketua Pembangkang mencatatkan dalam blog beliau:
"Saya ulangi kekecewaan ramai dari ahli parlimen kerana kegagalan kerajaan meneliti serta menuruti saranan IPCMC. Sungguhpun saya mengakui hasrat kerajaan untuk melebarkan peranan suruhanjaya ini kepada sejumlah 27 agensi lainnya. Latar asal dari rang undang-undang siap perlu diberi perhatian sewajarnya. Pokok pangkalnya adalah terhakisnya keyakinan rakyat terhadap institusi polis.
Sekiranya asas ini diabaikan, permasalahan sebenar tidak akan selesai. Integriti agensi kerajaan terutamanya pasukan polis tercalar teruk akibat salah guna kuasa segelintir pucuk pimpinannya tatkala mereka di bawah tetap berdedikasi mencurah bakti kepada masyarakat. Ketiadaan fasal berkaitan bidangkuasa siasatan  hanya menyebabkan kewujudan suruhanjaya tersebut seumpama 'melepaskan batuk di tangga.'
Yang lebih mengejutkan saranan IPCMC ditolak kononnya adalah untuk melindungi ramai anggota polis yang majoritinya orang Melayu. Membingungkan sekali alasan sebegini, sedangkan yang terlibat melanggar jalur hukum merupakan pucuk pimpinan polis. Berselindung di sebalik alasan kaum merupakan alasan dangkal yang cuba memperbodohkan rakyat.
Oleh kerana itu saya menekankan tiadanya iltizam politik pada pihak pimpinan Umno-BN untuk benar-benar memastikan perubahan terlaksana. Tidak hairanlah usaha kerajaan ini seakan fatamorgana yang cuba mengelirukan mata rakyat. Insya Allah dengan usaha dan doa, pastinya yang hak  akan mengatasi yang batil."
Selamat bersara Tan Sri Musa Hassan!