Tuesday, December 31

monolog. perhaps



Andainya ku bisa putarkan saat waktu,
Ku perbetulkan segala kesilapan lalu,
Andainya kupernah melukakan hatimu,
Izinkan aku mengubati jiwa ragamu,
Segala-gala  suka dan duka,
tak pernah dapat ku lupa,
Daku manusia biasa,
dibawa dosa pahala,
Hidup didunia cuma sementara,
Janganlah leka jangan terpedaya,
Antara kaca dan juga permata.
 
Ku bersujud padamu,
berdoa pada yang satu,
Padamu aku mengadu,
Allah yang satu,
Mohon petunjuk darimu,
berderai air mataku,
Ku ingin dekat denganmu.
 
Ya Allah x2, 
ampunilah dosa dosaku yang lalu,
Ya Allah x2, 
Maha Pengasih,Penyayang, Maha Mengerti.
 
Andainya kubisa hidup seribu tahun lama lagi,
Ku kota kata kata yang telah ku janji,
Andainya ditakdirkan esok aku pergi,
Susun sepuluh jari memohon diampuni,
Janganlah bersedih berduka,
Berjumpa disana semula,
Kembali kepada pencipta,
Diruang yang luas terbuka,
Pintu syurga dan neraka,
Bertapa kau bersedih berduka dijiwa gelora didalam dilema menanggung derita
 
Ku bersujud padamu,
berdoa pada yang satu,
Padamu aku mengadu,
Allah yang satu,
Mohon petunjuk darimu,
berderai air mataku,
Ku ingin dekat denganmu.
 
Ya Allah x2, 
ampunilah dosa dosaku yang lalu,
Ya Allah x2, 
Maha Pengasih,Penyayang, Maha Mengerti.
 
Allah akhbar, Allah yang Maha Besar,
Mari memuji memuja,
Maha Kaya Berkuasa,
Ampunilah segala dosaku yang lalu
 
Allahhu ya hafizu nafsi waruhi bismillahi jibril
Fi amini bismillahi mikail
Fi shimali bismillahi izrafil
Fi a”mami bismillahi izrail





Monday, December 30

HKL



Hari pertama di wad perubatan hospital kuala lumpur pada minggu ke 7 posting. Kali terakhir sampai HKL semasa duduk dekat kolej titiwangsa. Masa tu bangunan klinik pakar pun masih belum ada. Sekarang nie, dengan renovation yang berlambak gila, sampai terasa lost gila... Jakun di kampung halaman. Damn.

First impression.
Wad is very very crowded. No wonder la sebab ia jadi hospital yang penting di tengah2 KL. Semua orang akan tertumpu dekat sini. Tadi masa tunggu nak briefing, tengok ada 62 pesakit. Berapa banyak yang extension... Tapi, sekarang nie houseman dah banyak. Kurang sikit beban... Still, as medical student. Its the very great and knowledgable. heeee(bahasa english Band 3 memang gini... typo banyak)


Hari pertama dh settle. Tak sabar nak belajar banyak2 sebab consultant dan specialist yg sangat baik...



ps: 90 hari menjelang Pro Exam. Exam dah Pro, diri aku yang tak Pro. urghh...






Can't



Selak-selak kalendar.
Baru tersedar. Lagi tiga kali selak.
Terus exam. Cuak tahap gaban.



erk.
 speechless




Saturday, December 21

Dua digit





Asalamualaikum,


Hari ni cukup 99 hari sebelum peperiksaan pro exam. Secara jujurnya, aku belumcukup untuk bergelar pelajar tahun akhir atau Houseman selepas nie. Seriusly, knowledges tahap baban. Apa yang dibaca bagai mencurah air ke daun kelapa. Mengalir pergi begitu sahaja. Bila siang2 siap mengantuk pergi wad. Malam-malam tido awal. Study entah kemana... sadisss....


Mood kemana?

10% student. erm... akukah didalamnya??








ps: semakin panas cuaca di teluk intan, semakin lemau aku dibuatnya. Okey, nanti master kat oversea!!





Thursday, December 12

membilang hari



Asalamualaikum

rasanya dah dekat sebulan tak menulis. Terasa kosong. Seriusly, dengan usia menjangka dua minggu di posting medikal. Dengan berbaki kurang 3 bulan untuk final exam. Debaran terasa tapi mungkin kerana conversion disorder. Narcolepsy setiap hari. Insomnia setiap hari. Bila baca buku, susah nak lekat. Allahurabbi...


membilang hari...


p/s: baru lepas daftar kursus. terasa debaran...




Sunday, November 24

Habis ED



Assalamualaikum


Selepas beberapa kali hanya mampu buka dashboard, buka facebook dan terus tutup disebabkan kepenatan yang teramat sangat. Hari ni terasa rindu pulak. Rindu nak public kan semula blog ni. Rindu nak membaca cerita cerita dari blog kawan-kawan. Sebenarnya, suasana menulis blog 2 tahun lepas lagi seronok dari kali ini. Banyak kisah kehidupan. Sekarang nie... aishhh... banyak kisah penipuan politik yang tak kesudahan dan adegan follow menfollow back. erkk... plissss...


Back to realiti.

Disaat ini. wanblur sedang berpoya-poya merelazkan diri dan akal fikiran selepas tamat dua minggu mempostingkan diri di Emergency Medicine. Bermula dengan hari jumaat, habis sahaja sembahyang.Housemate terus ajak memlempar-lempar bola boling. Wanblur apa lagi.Pantang diajak keluar. Orang jakun katakan.. kurang kesedaran diri.


Dalam Emergency Medicine nie, jadual pengajaran dan pembejaran agak pelik dari posting yang lain. Tempoh dua minggu diisi dengan pelbagai konsep lectures emergency cases la... Setiap hari, selepas habis konsep lecture, kena masuk shif. Setiap hari ada 3 shif dan kena punch card. heee.... Dah macam makcik cleaner dah masuk kerja kena punch card. hukhukkk...

Yang bestnya posting ni, boleh ambik darah macam drakula. Eh, vampire. Boleh la asah bakat dan skills disini.  Pesakit terlalu banyak terutamanya bila bulan mengambang. Aku pun kurang pasti sama ada itu manusia atau hanya jelmaan. Yelah, hukm nie bukan boleh dibuat main2.. Keras tempatnya... zzooooo....


Yang paling aku tak reti ialah nak intrepret ECG, ECG, dan cardiac resus. Belajar macam nak mampos (hiperbola) masih kurang ilmu yang masuk. Oh, teruk betol hardware and software aku ni. Makin hari semakin menunjukkan tanda-tanda penuaan. Daripada sinus rhytmm ke Suprventricular tachycardia, Ventricular tachycardia, ventricular finrilation, asytole (flatline), Atrial flutter, atrial fibrillation, tasa corda, myocardial infarction yang sangat cerewet , cardiac axis yang pelik, dan macam2 lagi. Tapi, atleast pensyarah ajar, face to face. Dah macam melukut ditepi gantang, kawan menyiram air untuk mandi. ukhh...





Dari segi yang lain pulak, boleh revise semula tentang atrial blood gases macamana nak bezakan acidosis or alkalosis dan respiratory atau metabolic. Sebenarnya, wanblur baru tahu yang kita boleh tengok sama ada status condition tu acute or chronic. Pufff.... loser gila wanblur. terus terasa bagai budak tahun 2!!


Apa apa pun, emergency medicine sangat menarik untuk diterokai dan dipelajari. Pesakit kurang cerewet sikit dan kurang demand seperti di wad-wad. Ada variti pesakit dan penyakit. Bak kata atuk astro, "macam-macam adaaaaaaaa... (5harakat)". Yang penting, ikut jadual shif, dan pelajari apa yang didepan mata. Jangan malu bertanya, Kalau malu bertanya, takut terambil silap darah. haha...



ps: Excited sebab dah 5 pesakit aku cucuk ubat kat bontot. Damn... Excited sebab boleh buat prosedur, Damn sebab kenapa bontot??!!



Esok Internal Medicine. 7 Minggu.
posting kedua terakhir... alahaii....




Sunday, November 3

kehidupan







“Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian. Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling daripadamu, maka itu tidak penting. Jika Dia telah menerima amalanmu sedangkan seluruh makhluk menolak maka ia tidak memberi apa-apa kesan pun… Kerana itu lah sepatutnya hanya redha Allah semata-mata yang menjadi tujuan utama di dalam khidmat dakwah ini.”

-Allahyarham Ahmad Ammar-






Wednesday, October 30

Tuesday, October 29

Jaga sikit mulut. shhh...




Sejak kebelakangan nie, semakin menjadi jadi pulak syaitan-syaitan bergelak ketawa atas kekurangan aku. Syaitan yang pernah hadir satu ketika dahulu dan pergi. Walaupun aku ni nampak relax dan cool macam nak mampos, jangan sampai ia sampai limit.

Siapa kau untuk mempersoalkan diri aku?
Ikut suka aku nak couple berapa kali.
Ada aku kacau kau dan kau?

bitch.


Aku harap sangat dakap tampar muka dia dan dia bila diorang bergelak ketawa mengutuk aku. Aku hanya sangat.


Dear Ex 2008-2010. Mulut jangan nak puaka sangat.
be careful,



kbai.


mood nak study naik mendadak.



Sunday, October 27

Stress



Assalamualaikum,


Hujung minggu yang sangat membosankan. Dengan keadaan yang sangat stress sebab esok ada mini CEX yang kedua di KK Batu 14. Tekanan demi tekanan membuatkan otak blur. Otaktak mampu berfikir. Rasa sunyi keseorangan. Rasa semakin jauh dari Dia. Seriusly, seandainya ada yang bisa aku kongsi rasa tanpa sebarang kecurigaan dan sifat manusia. Pasti mereka sadis.


Jumaat dan sabtu yang hanya aku dan Dia yang tahu.

Please, guide me.



Salamsayangcintadankasih



Saturday, October 26

Seminggu di KK Batu 9


Asalamualaikum,

Hari jumaat malam sabtu. Tak tahu nak buat apa kat bilik. Mood happy sebab kelantan menang separuh akhir. DItambah duit jpa masih belum masuk. So, sebagai pelajar yang berhemah. Kita duduk dalam bilik, buka buku dan layan facebook. erk!!


Seminggu dekat Klinik Kesihatan Batu 9, Hulu Langat. Pertama kali datang sini memang jakun macam hape ntah. Nak pergi klinik antenatal rasa takut. Nak pergi clinic outpatient rasa gerun. Last-last pergi dekat Emergency Department. lepak sambil tolong-tolong abang MA dan Staff nurse dekat situ.


Pertama kali dalam sejarah hidup wanblur. Buat ECG sampai nak muntah. Buat dressing untuk diabetic foot ulcer sampai tangan berbau ulcer discharge. Ambik darah macam orang kemaruk janda muda. Terima kasih kepada MA en Azahar, MA yg sorang lagi dan 2 orang kak staff nurse yang layan kitaorang. Sanggup diorang bagi kitaorang belajar dan praktis procedure dekat sini. Daripada teragak-agak ambik darah, alhamdulillah. Tangan dah tak mengeletar dah selepas trauma tempoh hari. Its improving. O Allah, thanks for this gift.

Terima kasih En Azahar sebab:
  • bagi aku cucuk IM ATT untuk pesakit yg baru kena gigit anjing
  • bagi aku cuci DFU sampai berbau tangan. heee ambik ko. Nak sangat kat!!
  • bagi aku cucuk IM FLuxatine kat buttock seorang pesakit. 
  • ambik darah yang macam orang gila
  • ECG bagai
  • ajar PEFR dan nak bagi Nebulizer kat acute patient.
  • suture luka kecil-kecil. 
banyak lagi sebenarnya. Terima kasih semua yang ajar saya dan kawankawan. Kitaornag ni sengal-sengal sikit. Semoga jasa baik anda semua dibalas kebaikan oleh Nya. Banyak banyak!! Setiap hari habis kerja di A&E, confirm ketiak basah. haha.. RExona rexona.


Banyak jumpa pesakit yang berusia. Cina ka melayu ka india ka. Mereka lebih jujur dan mesra berbanding yang muda. Mungkin yang muda belum sampai tempoh matang. ahakkzzz


ok lah.

jumpa seminggu lagi. Sibuk mensyudi diri. Fokus pokusi



sejam di unit rekod KK Batu 9. Membantu kakak-kakak unit rekod cari fail pesakit secepat yang mungkin. Manual okeyh.. satu persatu kena belek. Ni baru satu sudut rak. Semua rak ada 9. So, bilang sendiri. uhukk hukk..






Thursday, October 17

Raya Korban 2013

"Selamat Hari Raya Aidiladha kepada anda sekeluarga daripada shazwan azizan dan bakal isteri"


Assalamualaikum


Sambutan hari raya yang ke lima di perantauan dan yang ketiga beraya di PPUKM, cheras. Sebenarnya tak ada cerita yang menarik untuk dikongsi. Cuma raya korban kali ni, pertama kali involve dalam meng"korban"kan lembu bersama-sama staff. Pertama kali potong daging, pertama kali patahkan tulang, dan kali pertama potong tulang rusuk lembu... lol. Newbie sangat. lepas nie kena praktis selalu sebelum buat postmortem kat hospital daerah nanti. Nak pastikan berskill. heee


ok. bosan.

enjoy yay pictors

praktis postmortem

housemate bahagian timbang daging. Aku bahagian potong tulang.


haiwan korban yg akan membawa tuannya nanti. Insyallah...

Makan makanan raya air tangan housemate (shawl)

Ok.. Ni juadah di pagi raya aku. very sadis. heeee...



bye.




Sunday, October 13

Ujian





keluarga di kampung sedang bertungkus lumus dengan keadaan syafiq dekat wad. Discharge from Hospital Melaka with Dengue Fever. Re-admitted at Hospital Sultanah Bahiyah due to dengue fever with suspected leptospirosis. high grade fever, jaundice, hepatomegaly, meningeal signs. sigh.... aku? duduk menghadap kerja yang tak sudah di kuala lumpur. belajar untuk menjadi doktor untuk masyarakt, keluarga sendiri terabai... sigh. Ini bukan keluhan, cuma pandangan peribadi untuk orang yang nak masuk medik. 



dear syafiq, you will be fine. 









Saturday, October 12

Tuesday, October 8

Day 2 of life, Day 1 of intubation




- sila lihat pos sebelum ini untuk perkembangan kebelakangan ini-


Assalamualaikum,

Definition wanblur:
Day 2 of life = Hari kedua berada di posting Family Medicine (perubatan Keluarga)
Day 1 of intubation : Hari pertama clinical teaching dengan pensyarah FMS. Terlalu banyak yang disumbat sehingga spO2 less than 85%.


Sebenarnya sangat kagum dengan pensyarah Family Medicine (Dr Shahar). beliau sangat baik dan banyak sangat mengajar. Satu persatu beliau ajar. Bagi begitu  banyak benda untuk dipelajari. Ohsemmm sangattt... (dalam hati, perit)

Sudut pandangan seorang FMS (family medicine specialist) nie sangat unik. Merangkumi Biological,physiological dan socialogical. Kadang2 aku terutamanya, terlalu khusyuk nak habiskan history taking dan terlalu consent dengan apa masalah patient aku. HOPI paling penting bagi aku. Ofkoss! tapi, tanpa disedari, im treating "patient as patient, not patient as person". Sentap hati mak!!

Walaupun otak sangat penat dengan kebodohan, dihimpit dengan fizikal yang letih sebab perjalanan 14 batu dari hukm ke kk Batu 14 (i guess so...), Sangat teruja untuk belajar dan menjadi sebaik FMS. "Treat patient as person". Sama seperti idola wanblur cakap Prof Hatta, "Treat patient like your siblings, your parent"


Moode: Teruja dalam kepenatan.






Monday, October 7

Day 1 of Family Medicine

Terkenang awan di Teluk Intan. Langit senja yang menarik dan menambat hati sanubari... oh, aku tergoda.


Hari pertama Posting Family Medicine adalah hari berjalan-jalan untuk semua orang. Pagi-pagi bergegas masuk kelas dengar taklimat daripada ketua modul. Lepas tu sesi lawatan cik kiah ke Pusat Premier UKM di Bandar Tun Razak, Klinik Kesihatan Batu 9 dan Klinik Kesihatan Batu 14. Insyallah, akan berposting seminggu di setiap tempat secara bergilir-gilir. Untuk minggu pertama, KK Batu 14.


Hari pertama. Banyak yang dipeningkan. Jadual posting yang sangat padat. Dan log book yang sangat-sangat banyak nak dipenuhkan cop-cop. Adusss... Lagi paroh bila, sedar akan betapa sedikit cikonetnyer ilmu didada. Dah lama tinggalkan medical yang besar skopenyer ini. Sebelum nie lebih kepada posting yang tertentu iaitu Paeds (kanak-kanak) dan O&G (orang mengandung)... O Allah, give me strength. Give me opportunity to learn some of your knowledge.


My sis bagitau, syafiq masuk wad sebab denggi. Mak nak pergi Hospital Melaka untuk jaga tapi terpaksa tunda selepas ayah tertiba migrain dengan muntah-muntah... Hurm.. Aku? aku di Kuala Lumpur tanpa dapat membantu. Useless... sigh.


k. esok aku gedik2 lagi dalam blog. haha


Friday, October 4

TO her



Lepas nie bawak payung kecik dalam beg sekolah deh. Jgn feeling2 hindustan main hujan. Jaga diri




Thursday, October 3

Rindu bertandang



Hari rabu yang sangat memenatkan. Tidur malam sebelumnya yang terlewat dari jadual biasa. Menyibukkan diri siapkan pembetulan case write up. Berkejaran menuju CPC pukul 8pagi. Berlari naik tangga untuk print report dekat perpustakaan. Adrenaline semakin meningkat selepas bergegas masuk OT untuk emergency caesarean section. Then, observe another two surgical procedures until 12noon. Teaching with supervisor from 2 till 5pm. Exhausted.

bila penat dan dipenatkan nie, selalunya rindu pada seseorang yang kita sayang. Confirm datang bertandang. datang tanpa dijemput. datang membawa rindu...

Sebenarnya tak expect si NAA membalas mesej pun. Tertiba rasa macam she has a problem. Just texting some motivational message. And yippi!! she replied it. Masa tu, satu perasaan yang datang. Rasa happynya walaupun mengantok nak mati. Its about a long time ago since our "sweet-gula" mesej...

#feeling grateful


ps: tidak pasti adakah itu tanda kembali atau tanda supaya kembali bersama?.. aku. konfius.



Tuesday, October 1

berbalas lirik


Assalamualaikum,

sebenarnya baru balik daripada merajinkan diri cover beds untuk daily  ward round. Minggu terakhir dalam perjalanan untuk menjadi pakar sakit puan (Obstetric & gynaecology). fuhh... penat dan memenatkan wehh...


Berbalas lirik. Walaupun blog ditulis dalam keadaan private. (akan dipublic kan selepas beberapa bulan). Hari nie, ada seseorang memuat naik dalam erti kata English Upload sebuah lagu. So, hanya untuk membalas lirik-liriknya. (seandainya ia ditujukan kepada aku. Well, aku memang selalu perasan bila budak NAA tulis sesuatu... haha)

Jom hayati lirik


Lirik Budak NAA

Entah mengapakah hatiku bergetaran
Bila bertemu lagi oh! kekasih lama
Ku cuba selindungkan api keresahan
Namun perasaan ini berapi di dalam

Ku kira angkau sudah melupakan
Kerna itulah engkau nampak tenang
Lainlah aku walau ketika ini
Masih membara ingatanku terhadapmu

1
Ku singkap kenangan dulu
Sewaktu kasih berputik
Kugenggam erat tanganmu
Kau tunduk sembunyikan wajah
Namun dapat aku meneka hatimu
Sehati denganku

2
Lalu kau mendongak berbalas renungan
Dan dengan perlahan tangan kau lepaskan
Kau pun berlalu dalam kepekatan malam
Tinggal aku seorang

( ulang 1, 2 )

Terhenti lamunan bila ku dikejutkan
Engkau dipimpin pergi oleh seseorang
Dalam keterpaksaan kau melangkah kaki (pergi)
Namun sempat jua kau menoleh ku disin
i


Lirik yang mampu aku balas . (ahak, XOXO)

Aku tahu ini semua tak adil
Aku tahu ini sudah terjadi
Mau bilang apa aku pun tak sanggup
Air mata pun tak lagi mau menetes

Alasannya seringkali ku dengar
Alasannya seringkali kau ucap
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa yang telah kau lakukan kepadaku

Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas telah berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati

Mungkin ini jalan yang engkau mau
Mungkin ini jalan yang kau inginkan
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa, ceritanya apa, aku tahu

Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas telah berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati

Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas telah berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati
Ku terima walau sakit hati
 
 
 
 
* after  few months, aku sedar. tidak layak diriku untuk dirimu. 
 
 
 
 
 bye
 
 
 

Sunday, September 15

Redha dengan permintaan








Pernah satu ketika. Jiwa aku kerap bertukar dari seorang ke seorang. But, in better way. Kalau dulu, hampir kesemuanya dalam satu masa. Atleast kali nie, habis seorang. Baru mula cari yang lain. Its better. Improving.

Sebenarnya, aku terjumpa seorang nie melalui blog terus ke twitter. Segala tweet dia, semuanya aku printscreen. Itu tak termasuk segala keek, dan instagram. Mula-mula lagi memang rasa satu perasaan yang berlainan bila nak mula berkenalan dengan dia. Tak macam dulu, kebanyakkan berdasarkan objektif masa pendek atau just do it!

aku ingat tarikh tu. 4 April 2013.
Kali pertama aku hantar mesej di facebook untuk memulakan perkenalan. Mula-mula memang dia tak layan. Semakin hari, semakin kerap berbalas mesej. Sampailah aku minta number telefon. Susah jugak sebenarnya dia nak bagi. Tapi, as a friend. Tak ada apa yang boleh nk dikatakan la kan. Dari situ, bibit-bibit sayang dalam hati aku dah muncul. Satu perasaan yang sangat berlainan berbandingkan dengan yang dulu-dulu.

Aku mula berubah. Aku rasa kawan-kawan aku pun perasan. Hubungan yang "jauh" semakin di"dekat"kan... aku mengaku. Aku terlalu leka dan leka. Tahu salah tapi masih lakukan. Dia selalu mesej bagi semangat dan tegur aku. Aku suka. Aku suka bila ada orang caring tentag diri aku.


Yang paling aku suka dan teringat. aku sangat menanti bila mendengar suara dia. Aku sangat rindu suara dia. Celetoh mulut dia bercerita hal-hal sekolah. Bercerita hal-hal buruk dan positif. SUmpah. aku sangat suka mendengar. Aku ikhlas mendengar suara dan celoteh dia. Saat itu jugak. Aku kembali kenal sejadah.Sejadah yang hampir aku lupa sejak beberapa tahun. Sejadah yang hanya aku kenal semasa hari jumaat.

tiap hari. hati aku sayu. Aku cakap kat diri aku. Aku CInta dia kerana Allah. Aku sayang dia kerana Allah. Aku tak kan buat dia macam yang lain. Aku redha dengan segala yang terjadi.

Detik hari lahir dia. Pertama kali aku sambut. Waktu itu, aku sedang ber"kem" ppd dekat ulu kenas. Syukur. Tertiba detik 12 malam 18 Jun. Ada dua bar line maxis. Kali pertama aku sambut hari lahir dia. Kali pertama aku sangat menanti dan ikhlas ingin membahagiakan dia.

Tapi.
Jodoh tak kemana andai tertulis di Luh Mahfuz.

29 Jun 2013
Setelah beberapa hari (rasa macam seminggu lebih). Hubungan aku dengan dia semakin rengang. Aku mesej berlambak sehari, tengah2 malam baru satu mesej dari dia yang masuk. Itu pun sikit. Dia cakap dia sibuk. Aku paham. STPM sangat penting. Aku ingat okey lah, study penting. Kena fokus. Belajar suatu proses yang memenatkan.. Tapi, 29 jun 2013. Semuanya terungkai.. Baru aku sedar, perubahan yang dia tunjukkan kerana hal yang berkaitan dengan kisah lama aku.

dia cakap. "kalau aku sayang dia kerana Allah, aku kena redha dengan apa saja. Sama ada bersama atau berpisah". Aku akur. Mula-mula hampir sebulan lebih, kepala otak aku memang jem habis. Perasaan jiwang karat. Merayu-merayu tak nak berpisah. Setiap hari mesej untuk mencipta semula perasaan sayang itu. tapi...

mulut aku cakap "aku redha".
Hati aku?

Salah kah aku inginkan dia yg terbaik untuk diri aku. Perlahan perlahan aku terima kenyataan. Mesej jangan harap aku nak taip. Sekarang nie, hanya menjadi stalker sejati. Aku stalker faceboo, twitter, keek, instagram dan blog dia setiap hari. Stalker itu seorang yg pendiam. Setiap perkembangan dia aku ikut. Aku suka dengan hidup dia.

Senyuman dia.
Aku pernah menangis kerana teringatkan suara dia.
Yea. Saat jari menaip entri ini. Kelopak mata bergenang.
Tapi tak pa. Blog private. Mungkin bila dipublickan semula, waktu itu.
Semuanya sudah berubah. Sekadar luahan perasaan.

aku redha dengan permintaan kamu.
selamat berjaya dalam hidup.
kamu tahu. Aku sangat sayang kamu.
walau tidak bersama...

sobsob~~

Terima kasih kerana berjaya mengetuk pintu hati aku. Terima kasih kerana memberi aku sedikit masa untuk aku kembali ke tikar sejadah. Walaupun aku kembali ke diri aku yang sebelum ini, .. insyallah, i will return...

Maaf.
Satu perkataan yang aku ingin katakan kepada kamu.
Kerana aku membuat engkau menangis.
Kerana aku membuat engkau berminggu hidup gelisah.
air mata itu. Jangan menitik kerana aku.
jangan menitis kerana aku yang penuh cela...
Maaf.


terima kasih.


ps: hadir seketika, hati ini kau bawa jauh kesana.

Pss: kembali ke wanblur yang sebelum ini. Mencari cinta baru.


Saat manis. Aku masih menyimpan. Harap dia juga masih menyimpan... (sobsob, lap air mata)

Ikhlas. Ikhlas memberi cinta. Ikhlas meninggal cinta. Kerana ikhlas menyayangi dia. Aku tak sanggup bagi dia runsing. Aku rindu senyuman dia. Walau bukan kerana aku.



ps: Searching for suitable girl to be my wife. Maybe, someone from the past?



strush


Assalamualaikum

Perasaan dan hati yang nak menulis. Tempat meluahkan perasaan yang seorang pun tak paham dan ambik kisah. DIssat aku menulis entri kali nie. Blog dalam keadaan private. Hanya aku dan diri aku sahaja yang menulis dan membaca. Nak buat macamana. Hampir 4 tahun berkongsi suka duka dalam blog. Mungkin.. selepas beberapa lama. Blog ini akan dipublickan semula. Insyallah.

Minggu nie merupakan minggu yang sangat hectic dan merungsingkan kepala lutut aku. Terdapat dua benda yang sangat sangat menkacau bilaukan.

Pertama. Minggu 4 di wad merah.

Perasaan hectic life sebenarnya semakin baik. Mungkin sudah cukup masa adapt dengan environment yang baru. Relationship dengan housemans dan registra semakin "get along".. Sama-sama tolong untuk mengelak kena bambu dengan consultant. Alhamdulillah. Tapi, selepas habis minggu keempat. Bila reflek balik. Macam lagi banyak lagi yang tak tahu. Knowledges very poor. Limited edition kekdahnyaa... aiyokkk... Jadi. pemergian diri ke hospital teluk intan selama dua minggu diharap dapat menambah jam belajar o&g. Semoga apa yg dipelajari dan dibacai dapat kekal dalam otak dan digunakan sehingga bergelar pegawai perubatan. 


Kedua. Relationship.

 Minggu nie. Hari selasa or rabu. Terkejut aku bila mak ayah aku call aku dan tanya macam-macam tentang ex aku yang bernama SS tue. Damn... Dah sampai menghantar surat karangan ke rumah aku. Sebenarnya, aku terima call dari ayah aku selepas aku balik wad. Tengah makan terus tak lalu... Ayah dengan mak aku siap nangis-nangis lagi. Tanya macam-macam.. hal itu, hal ini. Diorang cakap tentang surat yang mereka dapat. Sampai ayah aku kena makan panadol malam tu sebab headache. Mak aku sampai lembut lutut... Kepada si syairah sabtu. Terima kasih kerana buat perkara ini kat aku. Walaupun tarikh terakhir aku bersama (berhubungan) adalah bulan 3. Kenapa baru sekarang ungkit mengungkit...Berdasarkan apa yang dikarang dalam surat yang 5-6 keping itu, semua perkara diungkit. Dia ungkit tentang dia jadi driver aku pergi kesini kesana. Dia ungkit yang aku pinjam duit dia walaupun aku dah bayar semuanya. (ohya, sebenarnya aku pinjam duit ko rm500 jer. Aku tulis setiap yg aku pinjam dalam hanset aku. Lepas pikir2 mungkin ko akan ungkit bayaran yg sikit-sikit disana sini. Aku bayar rm700. Itu pun dia tak ngaku. Damn. Tak sangka plak ko buat dajal kat aku).

Lepas tu ungkit yang aku pukul dia. yes. aku sendiri ngaku aku pukul. Tangan aku besar. Aku gurau kasar. Bagi aku, itu gurauan aku. Naseb kau la kalau kau rasa sakit bila kena gurau. Tapi yang peliknya, boleh plak bertahan ntah berapa bulan. kalau rasa diri kena pukul, just leave away ler.. Ingat aku nak sangat ke kat ko? aku boleh cari yang lebih baik lagi. 

The truth. Aku sangat annoying dengan benda yang diungkit-mengunkit nie. Bila time sayang, semuanya boleh. Nak pergi mana, semuanya nak bersama. Boleh jer drive kesana kesini. Tak mengungkit sekali pun. Bila dah break up. Semuanya diungkit. Dari benda sekecil-kecil zarah, semuanya kalau boleh. Nak dijadikan evidence that "she innocence". Ok. Fine. aku terima segalanya.. aku kan tak da kereta. aku kan tak kaya macam ko. Well. Sekali lagi. TOlong pegi dari hidup aku. 

 Sebenarnya. Aku dah penat. Ramai kawan-kawan aku yang complain itu ini. Siap inbox mereka macam-macam. Kan ko kata. aku kan jahat. Habis. kenapa nak aku jugak !! aku bosan. Aku dah bosan. Aku perlu hidup jugak. Aku perlu hidup dengan cara aku. 

Aku akan bercinta bila aku mahu
aku akan tinggal bila aku bosan.
itu aku.
hidup aku.


p/s: Yang aku tak tahan. Dalam surat tu penuh dengan gambar printscreen status aku kat facebook dan instagram. Ramai jugak stalker aku. haha. lol.


ps: moga hati tenang. Walaupun semakin lama, aku semakin jauh. Sejak berjauhan dengan si machang. Aku semakin jauh. Jauh. dan jauh... Tak pa la. bior jer... tunggu hati kembali ke tempat yang tenang. 



Wednesday, September 11

Sending failed




Kadang-kadang. Ia hadir tanpa diduga. Perkenalan yang sekejap. Mencipta begitu banyak dugaan dan kenangan. Maaf. Aku undurkan diri. Semoga engkau terus mengukir seni-seni senyuman di hatimu. engkau tahu apa yang aku rasai. i hope so.
- Wanblur 11sept'13- 


Hari selasa.
Pertama kali clerk patient yang sangat "peramah".
Hanya satu soalan yang aku tanya. Sejam setengah dia bercakap nonstop.
Dari satu topik ke satu topik. Flight of idea.
high ideation. 
Mungkin dia sunyi dan depress.
So, layan je la walau bontot kebas kemain. 
 hopefully i can be good listener to myself. 


 



Saturday, September 7

Bonjour



In french. 
Bon & jour. Good Day



assalamualaikum

(tertiba tergedik nak update blog dengan tulisan Italic yang senget-senget nie. gedik sewel.pause)


Minggu ketiga. Minggu yang agak hectic dalm obstetric and gynaecology. setiap hari tido tak lena sebab takot bed yang dijaga tertiba ada patient yg masuk dan landing bed tue. Tiap2 malam akan berjaga untuk cover beds dan oncall labour room (dua kali seminggu). Pagi2 dah palpitation untuk bergegas ke wad. COver mana yang patut. Basah ketiak semasa ward round yg will increase your adrenaline okeyh!!.. 

and.

best bergosip dengan budak spek putih. haha


k lah.bye


Aku tak sangup jauh dari mu
Karena kau yang membuat aku menyanyangmu
 





Monday, September 2

A message



Assalamualaikum


aku rasa. sejak kebelakangan nie terlalu banyak benda yg dibuat dengan perlu berfikir. TEringat satu mesej yang mengingatkan tentang "berubah".

suddenly.

need to think more and,
more





Sunday, September 1

Move.Do.




The greatest pleasure in life is doing what people say you can not do.







Duo Minggu O&G

Gambar semasa kem BTN. Saat terakhir aku dgr suara dia yg ceria dan gembira.

Assalamualaikum,


Hari nie genap dua minggu yang bersamaan dengan 14 hari memposting aka memposing kan diri di wad bersalin. Overall, dua minggu yang pertama dipenuhi dengan kelas tutorial dan workshops bagai. Pergh... serabut kemain. Berlari ke sana , berjalan ke sini mengejar dan mempostpone kelas dan teaching. Fuhh... esok. bermula lah Red Rangers untuk memmastikan keadaan wad terkawal dan kurang admissions.

Minggu ketiga dipenuhi dengan Consultant Round, specialist ROund, Fertility Clinic, Day Care CLinic, dan oncall. Ohh... dear masalah, Allah itu Maha Besar.


Maaf.
Hanya untuk machang.
Tak mampu menjadi seorang kawan.







ps: sibuk menyiapkan case write up yg dah terlambat dua hari.
Petang ni beroncall malam di PAC. Semoga kurang sibuk dan esok bermula hari yg senang bagi 5 red rangers.



Lets bygones be bygones

move on.
Lets do it. lol.








Wednesday, August 28

green.TheDoor.TheEnd





This is the end, beautiful friend
This is the end, my only friend, the end
Of our elaborate plans, the end
Of everything that stands, the end
No safety or surprise, the end
I'll never look into your eyes again
Can you picture what will be
So limitless and free
Desperately in need of some stranger's hand
In a desperate land
Lost in a Roman wilderness of pain
And all the children are insane
All the children are insane
Waiting for the summer rain, yeah
Kill, kill, kill, kill, kill, kill, kill







Conjuring Oncall


kita orang tengah stress dan letih
oncall labour room and OT
bercamwhore like the conjuring
hide below the table
ghost legs

nasib baik benda tu tak ikut sampai bilik. ahakss


bye


hati yg sayang tak ada pernah terasa hati. 



Wednesday, August 21

Hari 3 : Sakit




Assalamualaikum,


Sedang diuji dengan kesakitan.
Semoga aku redha dengan Allah. Insyallah.




Monday, August 19

1st day O&G

Kenangan Paediatric Tahun 5 with supervisor




Assalamualaikum


Hari pertama berposting Obstetric and Gynaecology. Alhamdulillah mendapat supervisor yang baik dan suka gelak ketawa tapi serius bila student buat sesuatu.Seperti biasa, hari pertama akan menjadi hari yang paling seksa jiwa dan raga. Nie ha, wanblur dah pening kepala dan nak demam dah. Mungkin kerana transition period. Bukan Period (haikkqqdd). Insyallah, will be functional by hours.


o&g.
I must get it. pass with flying colours!!


semangat semangat booh... hari pertama. esok kena present! haha





monolog laloq



Mengertikah kau siang malamku
Dan tangis tawaku
Kau semua hidupku
Pandang aku pandanglah hatiku
Aku tak mampu melangkah tanpamu

Bukan ku tak punya harga diri
Tapi dirimu begitu berarti
Kaulah nafasku engkau harga diriku
Mengerti aku….

- monolog sambil layan lagu wali band -







Open House Day 11 Aidilfitri 2013


Assalamualaikum,

Hari nie wanblur dengan beberapa orang member pergi open house salah seorang member batch. Sebenarnya tahun nie agak kurang berfoya-foya beraya kesana kesini sebab kesibukan tahun akhir. Jadi, hari minggu menjadi hari yang dinanti-nantikan untuk bersuka ria disamping isteri tercinta. opsss.. lupa pulak. Belum kahwen. so, bersuka ria bersama kawan-kawan.

just nak beritahu. Makanan dekat open house hari nie sangat banyak dan sedap. Daripada nasi tomato bersama ayam masak merah, daging rendang tok kot, satay-satay, nasi kerabu, laksa dan desertssss.... perghh... memang memuaskan. Tak rugi berpuasa yangyok harinie. heeee Wanblur paling suka kek durian dan kek red velvet dia. Memang meletop. Rasa durian penuh dan padat. Aku rasa. Kalau secret recipe yang buat, mesti rugi sebab durian penuh!!

Balik dari open house dengan perut buncit. Ternampak kandungan wanblur yang berusia 4 bulan. Damn. Hasrat nak kurus sejak setahun yang lalu. Tapi sampai sekarang, kasut joging masih berdebu dan bersawang. like a year ago.. fuhhh... (debu terbang)

Nasi tomato bersama lauk ayam masak merah, dan rendang daging. (plus sayur sebab wanblur tak makan sayur). Rendang daging dia sangat sedap. Ohya, ada satay jugak! 8 cucuk wanblur bedal. diet katakan...
Kek Red Velvet yang lemak. Cukup rasa dan perisa !! thumb up
Dah macam desert kat hotel dah. Penuh meja!! Kek lapis, lazana, oren, air apa ntah dan macam2 lagi..
4 jenis kek yang menawan hati wanblur. kek red velvet, kek buah, kek oreo kot dan kek durian
Pertama kali makan kek durian terus jatuh cinta. terlalu sedap... nak lagi tahun depan !!
rakan-rakan yang hadir. Mana wanblur? photoghaper ler... ahah


ok lah. Esok posting baru.
Azam. Raih sebanyak-banyaknya pengalaman dan ilmu untuk masa hadapan.
Insyallah. Moga dipermudahkan dan diberi kekuatan.


bubye.

hasbunallah waniqmalwakil. (cukuplah allah sebagai wakilku)


Sunday, August 18

Cerita Mingguan : Transition period


Salam Aidilfitri 2013

Assalamualaikum,


Sejak balik dari posting Slim River, keadaan hidup wanblur sangat menduka cita kan. Keluar mencari nafkah seawal 7pagi, breastfast sekitar 1petang, balik kerja pukul 5ptg dan lunch pukul 6ptg sambil tengok CSI. Ini tidak ditambah lagi dengan oncall-oncall yang menjadi2 sejak kebelakangan ini. Dan, yang paling utama iaitu Teaching & Learning. fuhh... hectic's world.


Sebenarnya nak cerita dua benda; raya dan paediatric.


#1 : RAYA RIANG RIA
Bagi aku, hari raya tahun nie agak lain sikit. Ada kelainan disitu. Apa tidaknya, sepanjang belajar di Universiti Kuat Makan (UKM) nie, Selalunya balik raya 1-2 hari sebelum. Mano nak dapet bersahur dan berbuka puasa bersama keluarga di kampung. Tapi, tahun nie, seminggu kot cuti sebelum raya tapi raya ke tiga dah baik KL. Salah satu kesadisan hidup medical student. hahaaaa

Seminggu dok rumah digunakan untuk membodek mak masak makanan yang aku suka. Dari udang goreng minyak hingga lah ke agar-agar merah. Kiter buat-buat tersebut or tanya, esoknya dah siap masak. haaaa... Ini namanya The Power of Orang Jauh. Jangan main-main okeyh.. Rindu nak makan makanan mak, lepas nie waktu chinese new year pulok. Adeih...


Hari raya tahun nie memakai jubah dari pengirim misteri yang berasal dari terengganu. Mungkinkah secret admirer?  OMG... Sampai sekarang aku masih mencari dan mencari, sapo gerangan yang hantar. Nak ucap thank youuu ler.. Kalau single, ley dijodohkan. hekhekhek... Aku rasa, budak yang kirim aku jubah nie, mesti nak aku jadi baik. Yolah, dah nak mati pun dok berfoya-foya lagi...

Jubah Hitam dan Kopiah putih. Kalau duk saf depan, dah boleh jadi imam sembahyang raya !!
Udang Minyak. Kegemaran sejak turun temurun. Berapa keturunan pun aku tak pasti !
ketupat palas. Kalau nak kenal pasti ketupat mana yang wanblur lipat, boleh jalankan siasatan, buka kes. Suspect yang mungkin dapat membantu adalah yg chubby-chubby dan isi penuh!! like demee' ler... lol

Sambutan aidilfitri tahun nie, berpusatkan pada rumah sendiri. Sembahyang raya di masjid baru dekat depan taman, sebelum beraya ke rumah tok wan pokok sena, dan patah balik ke alor merah untuk rumah tok alor merah. Nampak tak mainannya disitu? Rumah aku tengah-tengah diantara dua keluarga. cheewaaahh... Hari-hari seterusnya kitaorang beraya di rumah or pergi rumah sanak saudara. Menunggu orang datang beraya dirumah bagai rindunya punguk akan rembulan!!

 ps: i bet i can be as good as my parent for future kids.


#2 :Paediatric habis.
Minggu terakhir Paeditric diisi dengan skill labs dan mini c-ex. Semingguan berdebar-debar menanti bila supervisor nak buat mini c-ex. Nasib baik hanya seminggu sahaja peningkatan sympathetic stimulation nie, kalau sebulan. Boleh induce heart block secondary to psychogenic. haha... Pertama sekali, Alhamdulillah... Hanya berharap menjadi result yang baik :)

konklusi paediatric. Terlalu banyak penyesalan. Daripada segi pengalaman, pengetahuan dan permainan mata, (oppsss), terlalu banyak yang perlu dibaiki dan ditingkatkan. orang cakap, sindrom Posting Pertama (dimana genetic error pun tak tau). Hanya berharap dan berdoa agar semakin gigih kuat dan bijaksana untuk meniti hari-hari yang akan mendatang. Penyesalan. Terlalu banyak. damn.

with group members Paediatric.

ps: hujung minggu berfoya-foya. Lepas ni o&G kot..


hint: in few weeks

''Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir'' [Ar-Rum:21]





 

Friday, August 16

Qasidah Istighfar / Zikir Taubat

Astaghfirullah Rabbal Barroya
(Ampunilah Hamba Ya Allah Maha Penerima Taubat)
Astaghfirullah Minal khotoya.
(Ampunilah Hamba Ya Allah Daripada Segala Dosa) 
...4X

Rabbi zidni 'ilman naa fi'a
(Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna)

Wa wa fiqni 'amalam maqbula
(Dan berikanlah aku amalan yang dimakbulkan)
Wa Wa habli rizqan waasi'a
(Dan kurniakan kepadaku rezeki yang meluas) 
Wa tub 'alaia taubatan nasuha 2X
(Dan perkenankan taubatku dengan taubat nasuha)

Astaghfirullah Rabbal Barroya
(Ampunilah Hamba Ya Allah Maha Penerima Taubat)
Astaghfirullah Minal khotoya.
(Ampunilah Hamba Ya Allah Daripada Segala Dosa) 
...2X

Rabbi zidni 'ilman naa fi'a
(Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna)
Wa wa fiqni 'amalam maqbula
(Dan berikanlah aku amalan yang dimakbulkan)

Wa Wa habli rizqan waasi'a
(Dan kurniakan kepadaku rezeki yang meluas) 
Wa tub 'alaia taubatan nasuha 2X
(Dan perkenankan taubatku dengan taubat nasuha)

Astaghfirullah Rabbal Barroya
(Ampunilah Hamba Ya Allah Maha Penerima Taubat)
Astaghfirullah Minal khotoya.
(Ampunilah Hamba Ya Allah Daripada Segala Dosa) 
...2X



Saturday, August 3

Friday, August 2

SejukPagi



Assalamualaikum

currently, alert, conscious
               warm peripheries, capillary refill time less than 2 seconds
               pulses are regular regular rythmm, good volume
               panda eyes,
               oral mucosa moist.


heart rate : tachycardia ( due to high flow adrenaline secondary to case write up submission)

plan :
1- continue writing the case
2. listen to suria cinta
3. take break every one hour for quran
4. encourage oral intake
5. KIV sleep if the case write up not finish.


shazwan azizan.
medical-lazy student.


nye