Saturday, October 26

Seminggu di KK Batu 9


Asalamualaikum,

Hari jumaat malam sabtu. Tak tahu nak buat apa kat bilik. Mood happy sebab kelantan menang separuh akhir. DItambah duit jpa masih belum masuk. So, sebagai pelajar yang berhemah. Kita duduk dalam bilik, buka buku dan layan facebook. erk!!


Seminggu dekat Klinik Kesihatan Batu 9, Hulu Langat. Pertama kali datang sini memang jakun macam hape ntah. Nak pergi klinik antenatal rasa takut. Nak pergi clinic outpatient rasa gerun. Last-last pergi dekat Emergency Department. lepak sambil tolong-tolong abang MA dan Staff nurse dekat situ.


Pertama kali dalam sejarah hidup wanblur. Buat ECG sampai nak muntah. Buat dressing untuk diabetic foot ulcer sampai tangan berbau ulcer discharge. Ambik darah macam orang kemaruk janda muda. Terima kasih kepada MA en Azahar, MA yg sorang lagi dan 2 orang kak staff nurse yang layan kitaorang. Sanggup diorang bagi kitaorang belajar dan praktis procedure dekat sini. Daripada teragak-agak ambik darah, alhamdulillah. Tangan dah tak mengeletar dah selepas trauma tempoh hari. Its improving. O Allah, thanks for this gift.

Terima kasih En Azahar sebab:
  • bagi aku cucuk IM ATT untuk pesakit yg baru kena gigit anjing
  • bagi aku cuci DFU sampai berbau tangan. heee ambik ko. Nak sangat kat!!
  • bagi aku cucuk IM FLuxatine kat buttock seorang pesakit. 
  • ambik darah yang macam orang gila
  • ECG bagai
  • ajar PEFR dan nak bagi Nebulizer kat acute patient.
  • suture luka kecil-kecil. 
banyak lagi sebenarnya. Terima kasih semua yang ajar saya dan kawankawan. Kitaornag ni sengal-sengal sikit. Semoga jasa baik anda semua dibalas kebaikan oleh Nya. Banyak banyak!! Setiap hari habis kerja di A&E, confirm ketiak basah. haha.. RExona rexona.


Banyak jumpa pesakit yang berusia. Cina ka melayu ka india ka. Mereka lebih jujur dan mesra berbanding yang muda. Mungkin yang muda belum sampai tempoh matang. ahakkzzz


ok lah.

jumpa seminggu lagi. Sibuk mensyudi diri. Fokus pokusi



sejam di unit rekod KK Batu 9. Membantu kakak-kakak unit rekod cari fail pesakit secepat yang mungkin. Manual okeyh.. satu persatu kena belek. Ni baru satu sudut rak. Semua rak ada 9. So, bilang sendiri. uhukk hukk..






No comments: