Sunday, August 18

Cerita Mingguan : Transition period


Salam Aidilfitri 2013

Assalamualaikum,


Sejak balik dari posting Slim River, keadaan hidup wanblur sangat menduka cita kan. Keluar mencari nafkah seawal 7pagi, breastfast sekitar 1petang, balik kerja pukul 5ptg dan lunch pukul 6ptg sambil tengok CSI. Ini tidak ditambah lagi dengan oncall-oncall yang menjadi2 sejak kebelakangan ini. Dan, yang paling utama iaitu Teaching & Learning. fuhh... hectic's world.


Sebenarnya nak cerita dua benda; raya dan paediatric.


#1 : RAYA RIANG RIA
Bagi aku, hari raya tahun nie agak lain sikit. Ada kelainan disitu. Apa tidaknya, sepanjang belajar di Universiti Kuat Makan (UKM) nie, Selalunya balik raya 1-2 hari sebelum. Mano nak dapet bersahur dan berbuka puasa bersama keluarga di kampung. Tapi, tahun nie, seminggu kot cuti sebelum raya tapi raya ke tiga dah baik KL. Salah satu kesadisan hidup medical student. hahaaaa

Seminggu dok rumah digunakan untuk membodek mak masak makanan yang aku suka. Dari udang goreng minyak hingga lah ke agar-agar merah. Kiter buat-buat tersebut or tanya, esoknya dah siap masak. haaaa... Ini namanya The Power of Orang Jauh. Jangan main-main okeyh.. Rindu nak makan makanan mak, lepas nie waktu chinese new year pulok. Adeih...


Hari raya tahun nie memakai jubah dari pengirim misteri yang berasal dari terengganu. Mungkinkah secret admirer?  OMG... Sampai sekarang aku masih mencari dan mencari, sapo gerangan yang hantar. Nak ucap thank youuu ler.. Kalau single, ley dijodohkan. hekhekhek... Aku rasa, budak yang kirim aku jubah nie, mesti nak aku jadi baik. Yolah, dah nak mati pun dok berfoya-foya lagi...

Jubah Hitam dan Kopiah putih. Kalau duk saf depan, dah boleh jadi imam sembahyang raya !!
Udang Minyak. Kegemaran sejak turun temurun. Berapa keturunan pun aku tak pasti !
ketupat palas. Kalau nak kenal pasti ketupat mana yang wanblur lipat, boleh jalankan siasatan, buka kes. Suspect yang mungkin dapat membantu adalah yg chubby-chubby dan isi penuh!! like demee' ler... lol

Sambutan aidilfitri tahun nie, berpusatkan pada rumah sendiri. Sembahyang raya di masjid baru dekat depan taman, sebelum beraya ke rumah tok wan pokok sena, dan patah balik ke alor merah untuk rumah tok alor merah. Nampak tak mainannya disitu? Rumah aku tengah-tengah diantara dua keluarga. cheewaaahh... Hari-hari seterusnya kitaorang beraya di rumah or pergi rumah sanak saudara. Menunggu orang datang beraya dirumah bagai rindunya punguk akan rembulan!!

 ps: i bet i can be as good as my parent for future kids.


#2 :Paediatric habis.
Minggu terakhir Paeditric diisi dengan skill labs dan mini c-ex. Semingguan berdebar-debar menanti bila supervisor nak buat mini c-ex. Nasib baik hanya seminggu sahaja peningkatan sympathetic stimulation nie, kalau sebulan. Boleh induce heart block secondary to psychogenic. haha... Pertama sekali, Alhamdulillah... Hanya berharap menjadi result yang baik :)

konklusi paediatric. Terlalu banyak penyesalan. Daripada segi pengalaman, pengetahuan dan permainan mata, (oppsss), terlalu banyak yang perlu dibaiki dan ditingkatkan. orang cakap, sindrom Posting Pertama (dimana genetic error pun tak tau). Hanya berharap dan berdoa agar semakin gigih kuat dan bijaksana untuk meniti hari-hari yang akan mendatang. Penyesalan. Terlalu banyak. damn.

with group members Paediatric.

ps: hujung minggu berfoya-foya. Lepas ni o&G kot..


hint: in few weeks

''Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir'' [Ar-Rum:21]





 

1 comment:

budaknerd~ said...

Untonglaaaa dapat baju raya free ^_^