|
Suasana panas dan kelam kabut mencari bas untuk bertolak ke Kem ULu Kenas. Last-last baru sedar, bas kumpulan sendiri belum sampai. Bas = Tiang. adeih... |
Asssalamualaikum,
Pertama sekali ingin bagitau bahawa sedang menulis dalam keadaan kurang sihat. Jerebu semakin teruk di kawasan kolej (Kuala Lumpur), bau asap semakin meningkat dari semalam dan dah banyak kali dok sedut hingus-hingus yang nak meleleh keluar. Boleh kenyang dan kurus hari-hari makan hingus. puff.. Satu lagi ujian daripada Allah untuk bumi Malaysia supaya tidak melupakan Dia.
The Last Camp
Minggu lepas, wanblur mengikuti enam hari kem di Kem Bina Negara Ulu Kenas. Program selama enam hari dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 2 hari dikelolai oleh Biro TataNegara (BTN) dan 3 hari oleh Jabatan PPD PPUKM. Secara keseluruhannya, aktiviti yang dijalankan memberansangkan dan agak berlainan daripada beberapa siri kem sebelum ini.
Kem BiroTataNegara (BTN) : Kem Pro UMNO
Sebelum ini, sudah 3 kem yang dilalui. Satu di UiTM shah alam dan dua lagi di UKM masa Tahun 1 dan Tahun 3. ketiga-tiga kem ini memang agak pro UmNO. (sorry to say). Yang pembangkang memang dihentam. Tapi, kali nie berbeza. Mungkin transformasi pihak BTN untuk modul-modul mereka.
Selama 2 hari berBTN, kitaorang hanya ada satu Ceramah daripada Pegawai BTN Perak yang bertajuk Ancaman Luar. Penceramah yang dijemput agak ok. Beliau tidak memihak kepada kerajaan or menghentam pembangkang. Kandungan ceramah banyak flashback tentang zaman penjajahan dahulu daripada Alfonso hinggalah Malayan Union. Sedikit Pengisian tentang perlembangaan Malaysia. Sedikit sebanyak mengingatkan tentang betapa bernilainya suatu perjuangan untuk kemerdekaan. Tidak disentuh tentang prokerajaan or hentamPembangkang. Its good !!
Selebihnya adalah aktiviti dalam kumpulan yang dipanggil PKPK (Penjanaan keilmuan Penigkatan Kesedaran). Hari pertama ada 3 PKPK yang merangkumi Ice-breaking, GUnting Dalam Lipatan dan Movie Reflections. Hari kedua pulak mostly outdoor activities such as D-Day (die Day), Masuk Kampung (actually wanblur tak masuk pon) dan diakhiri dengan aktiviti BBQ.
Secara kumulatifnya, aktiviti banyak memupuk semangat kerjasama antara individu dan aspek kempimpinan. Mungkin kerana kitaorang hendak release tension selepas SSM yang meng"stress"kan, semua aktiviti enjoy nak mampos. Apa yang wanblur dapat daripada aktiviti ini ialah :
- Jangan mempercayai sesuatu khabar angin yang belum pasti. Kena buka minda dan selidik daripada pelbagai perspektif tentang suatu perkara itu. Bila dah yakin baru boleh "move on' dengan apa yg diyakini. Seperti Sebiji Dadu, Ada pihak yang nampak 1, ada yang nampak 1 dan 6, dan ada yang nampak 6 sahaja. (Gunting Dalam Lipatan)
- Dalam sesebuah organisasi yang besar, (melebihi 2 orang kot. Dalam case kitaorang seramai 100org). Perancangan dan sikap mematuhi pemimpin itu penting. Walaupun setiap kumpulan ada ketua masing-masing, bila bergabung kesemuanya untuk matlamat yang satu, semuanya perlu bertolak ansur, bersatu, bekerjasama dan fokus. Kalau ada masalah, semua orang akan menerima akibatnya. Jadi, mostly D-Day banyak mengajar setiap individu memainkan peranan yang penting dalam menjayakan sesuatu misi walaupun sekadar dua jari memegang paip PVC.
- Masuk Kampung. Mungkin perlu banyak penambahbaikan lagi kot. :P (nasib diri sebagai pengecat dinding tandas tengah panasss.. sadiss)
Aktiviti bersama BTN diakhiri dengan sesi BBQ (pekerja Kafe yang bakar, kitaorang melantak jer). Bila dengar sesi BBQ nie, untuk makluman semua. Kitaorang budak medik memang suka makan banyak. Jadi, lebih baik masak ayam or sosej lebih banyak dari nasi goreng atau bihun. Bak kata diorang, nasi/bihun tak makan sebab nak jaga badan. Tapi, sosej, ayam dan nugget ambik macam gunung... diet katenyerrr... haha Anyway, we have fun.
Thanks For great and open-minded fasilitators. Macam nie baru Kem "Bina Negara", bukanya Kem "Barisan Nasional". Great great and great. Anak-anak muda memang berpemikiran terbuka.
|
Fasilitator - fasilitator BTN yang sangat cool. |
|
Gabungan Orthopaedic Surgeon. Group Super Spine dan Group Man of Medicine. |
Kem PPD : Financial Planning & Orthopedic Surgeon
Secara kolektifnya, kem PPD tahun 5 ini banyak mengajar dan membuka minda tentang pengurusan kewangan. Yolah, menjelang melangkah ke alam pekerjaan tahun depan (insyallah). Jadi, pengurusan kewangan duit-gaji-sendiri-titik-pelu-basah-ketiak perlu dibelanja denga berhemah. Kumpulan wanblur dapat seorang Fasilitator daripada Orthopaedik SUrgeon. SO, mainly he shared his own experiences while studied in UK. Really appreciate it. The LDK, Seminars and explorace go smoothly. Grade. Moderate.
For PPD part, the fasilitators are the major contributor in this camp. Nasib baik kali ni banyak fasi-safi yang senior, dan "popular" dikalangan students. Its Great.Their experinces. Very gooood. Speechless. Just hoping someday i will contribute back to my students like how good they are.
tentang Communication Skills, wanblur rasa macam banyak lagi perlu diimprove. Tak ada gunanya kalau self-assment and peer assessment mendapat grad 4or5, kalau komunikasi dengan pekerja2 BTN, cleaner dan orang kampung masih belum well-established. Please remember this,
It's easy to communicate with same level, difficult with difference levels and inbetween we creating the bond.
Perjalanan kem selama 6 hari disudahi dengan permainan UNO ketika solat jumaat ekoran tragedi ori minyak accident tengah jalan di terowong perak. Selamat sampai di Kolej dan "mungkin" akan bersemangat menuju Misi Jubah Merah.
sekian.
#bila seseorang yang menjadi penenang dan pententeram hati tiba-tiba menjauhkan diri, rindu datang. Dimana salahnya... aishh
#kena revise semula tentang Jamak, Qasar, Muasafir.
#Bersemangat untuk Posting Paediatric.
#Dalam merangka strategi memujuk dan menujuk. adeih
|
Bergambar paling mahal. Bersama Prof Fauzi (kini di Perdana University). Mata silau kena flash camera... adeih.. stau-satunya gambar dirosakkan begitu sahaja. damn. |
bye.