Assalamualaikum
Minggu ke 25 untuk tahun 2013 menjadi titik permulaan "terkapai.digapai" wanblur. Sebenarnya banyak maksud yang tersirat dan tersurat lagi meleleh dengan tajuk nie. Biarlah beberapa orang saja yang tahu dan memahami. Lagipun, wanblur menulis bukan kerana nama atau mengejar trafik. Sekadar penganti diari. Diari sekarang nie mahal sangat dan ruang penulisan yang sempit. Biar jari meniti jalur setiap persinggahan.
Hari pertama mempostingkan diri di Paediatrik aka wad kanak-kanak. Terasa sangat-sangat stress. Tapi, rasa sangat-sangat banyak belajar. Permulaan hari sekitar pukul 6.30pagi dengan berdiri tegak di Wad pukul 7.10pagi. Semangat! Semangat cover beds untuk ward round dan teaching dengan supervisor. Fuhhh... Ibarat kerja opis, pukul 8pg hingga 5ptg wajib berada di wad. Keluar makan pukul rehat saja. So suwiiitt... Rasa macam bekerja tanpa gaji. Tapi, sebenarnya mampu mendidik diri yang sangat malas ni untuk belajar dan mengunakan masa sepenuhnya untuk belajar paediatric yang sangat banyok!! opppa, help me!
Minggu pertama paeds nie banyak kes-kes asthma or pneumonia. Semuanya mungkin disebabkan jerebu yang melanda. Cian diorang... Tak pasal-pasal menjadi pesakit untuk wanblur dan kawan-kawan sebagai bahan pembelajaran. SOrang demi sorang menjadi sumber pengajaran... terima kasih deh.. terima kasih deh... ambo terhutang budi dengan ambe-ambe semua.
Minggu lepas jugak petama kali berada di wad dari pukul 7pg hingga 1030malam. Fuhh... oncall time. Terasa ibarat mayat hidup. Badan dan kaki berjalan mengambil history dan cover beds. Tapi, dalam jiwa. Penat. Melelahkan... Balik bilik terus tido. Kepenatan sangat-sangat ditambah dengan jerebu yang sangat kuat. Adeihh... dugaan besor. Moga setiap kesabaran dan titik lelah menjadi benih-benih untuk mengintai ke syurga.
Hari jumaat yang sentiasa dinanti-nanti. Banyak benda yang nak kena revise balik. Banyak sangat yang tak tahu.. Mungkinkah aku akan menjadi seorang paediatrician suatu hari nanti? Mungkin cardiology in paeds. insyallah...
oklah. jumpa lagi next week. (masa terlalu sibuk. Masa blog digunakan untuk tido. Waktu lain untuk belajar)
bye.
p/s: rindu dan sayang yang diberikan. aku menunggu sampai ia kembali.
tata
xoxo
No comments:
Post a Comment