Sunday, June 9

Masa.Laju.



Asalamualaikum.


Menulis pada hari pertama persekolahan selepas hampir dua cuti panjang. Pelik. Budak sekolah yang cuti-menyuti, aku turut bercuti !!


Ada satu ketika minggu lepas, sewaktu aku naik teksi ke chow kit. Seketika bersama seorang abang driver teksi yang sangat indah kata-katanya. Setiap yang dia cakap, ala-ala bermadah. Penggunaan kata dan perkataan yang sedap didengar. Alahaii.... dia seorang yang zuhud. Sempat dia tunjuk beberapa buku yang dibaca, semuanya ada nota kaki yg dibuat sendiri. Aku? Harap buat nota untuk exam saja. Facepalm. Terima kasih kerana hadir seketika dalam pengalaman hidup wanblur. Kata-kata yang akan diingati. Insyallah...



"Disaat mereka mencari hidayah? Mereka kata hidayah belum sampai. Tetapi, mereka tidak sedar diri mereka itu adalah hidayah. Kurniaan daripada yg Tercinta."
(Driver teksi Jumaat)




#Minggu presentation research. And. I as a crew.
#Taksabar nak ke kem BTN (crossing finger)
 #final year journey start within two weeks. 
 #Persiapan untuk rombongan merisik dan bertunang. 


p/s: 
Masa. Terlalu panjang bila difikirkan dan dirancang.
Masa. Terlalu pendek bila difikirkan dan dikenang.  
Masa. Laju 







1 comment:

Faiz Nasron said...

merisik dna meminang? hehe