Wednesday, October 31
Sunday, October 28
Blues
Assalamualaikum,
Tiap langkah kita meniti liku kehidupan, kita kerap terasa gembira, maniac, sunyi, dan sedih. Kadang-kadang bila kita sunyi, baru kita sedar. Oh, kawan lama... Seorang kawan lama yang sejak kecil mengikut kita. Kegembiraan kita menjadi ianya cerah jelita. Bila kita sedih, mendungnya.. aishh... kemain redup! rindu awan. Terima kasih kerana berjalan bersamaku...
kbai.
p/s : Minggu ke-4 psychiatry.
Menu hari raya aidiladha 2012
Assalamualaikum,
Entri kali nie berkisarkan menu-menu hidangan hari raya aidiladha. Eh, walaupun berada di perantauan pun masih dapat makanan hari raya. Mak kirim kat my 2nd elder brother to bring it. So, hari sabtu (semalam) penuhkan perut dengan makanan-makanan-dan-makanan. haha
so, just nak kongsi makanan raya wanblur. Terima kasih kat mak yg buat delivery!!
Beg makanan. Full of makanan!!
muruku. Wanblur pun tak sure sama ada beli ke buat. Tapi, selalunya mak akan buat muruku yg pesyen bulat-bulat.. So, mak sibuk kot kali nie.. haha.. boleh buat makan time study. erk,.. makan time tengok movie larh!!
Serunding Ikan sebab mak tak makan ayam daging. So, menu wajib tiap-tiap perayaan kecuali raya deepavali dan new chinese year...
Kek Buah. Baru nak makan hari nie, semalaman simpan dalam peti sejuk. Tapi, mungkin tak ada rezeki... kek nie dah basi.. aiyooo...
Ketupat Palas.
Gulai Daging buat pencicah ketupat !!
Gulai ayam pedas
Nasi putih. Nie bekalan stok nasi untuk dua sesi... Kalau satu sesi jer nak habiskan naik nie, memang red warrior larh korang... hehe
Kuih raya. Macam-macam ada... btw, kalau wanblur dah dapat ketupat, kuih raya nie dah tak laku... hantu ketupat
Yeayyy... duit raya!! haha
Menu makanan untuk sarapan, tengahari, petang, malam dan tengah malam. Ketupat, serunding, gulai ayam, gulai daging, dan nasik!! full-full.
p/s: Harap-harap rezeki dan kebahagiaan kali nie tak hilang.
Saturday, October 27
5 Blog yg menceriakan suasana raya aku !!
Assalamualaikum,
Dikesempatan ini, wanblur nak mengucapkan selamat hari raya aidiladha kepada semua yg mengenali wanblur, sama ada dalam dunia realiti atau hanya sekadar dalam blog nie. Semoga keteguhan iman yg ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail menjadi teladan dan pedoman buat kita semua. Harap-harap diri nie jugak berubah dari semasa ke semasa. Amin.
Ok. Be back to topic. Sepanjang beraya di perantauan nie, ada 5 buah blog yang wanblur baru jumpa dan lepas sedas-dua-das baca entri diorang, rasa macam menarik pulak.. huhu . malas nak cakap banyak. (aku cakap pakai keyboard). Jom terjah blog diorang.
Jom . (Kalau berminat, klik banner untuk ke blog diorang)
Blog Si Gadis Berbicara nie merupakan nukilan saudari Nur Fazlina Humaira. Kali pertama wanblur baca entri dalam blog nie. Boleh rasa sesuatu... Sesuatu yang bila orang tengah runsing or sunyi dengar, Baca. Wanblur baca dari entri awal hingga sekarang. Banyak input-output yg boleh korunk dapat. Walaupun banyak entri yg ayat panjang dan jiwang, tapi overall, Its Good. Loading page lambat sikit, ada lagu. Gadget tersusun dan susunan perenggan yg sesuai dgn keadaan... Well done dik. teruskan berblogging...
Blog budaklelaki hasil nukilan Hizami Rahim. Sebenarnya wanblur pun tak pasti macamana boleh terjumpa blog nie. (eh silap, kenapa wanblur x jumpa awal-awal)... Dengan header blog yang ada curlass yang tersendiri, ia mencipta mood dan suasan yang curlass jugak untuk pembaca / blogger yang singgah. Susun atur gadget dan entri kemas. You are like a pro man. Kebanyakan entri merangkumi pelbagai cabang hidup. Yang pastinya, hasil nukilannya ada nilainya yang tersndiri.. p/s: hampa pi la tengok sndiri. malaih nak habaq!! Well done bro.
Blog Sharifah Zakiah yang dimiliki oleh cikzek mempunyai kelebihan yang tersendiri. Kalau korunknak bandingkan dengan dua blog diatas, blog nie lebih kepada kehidupan beliau. Makan makanan sedap, jalan-jalan, karaoke dan lain-lain. Loading page cepat. Gadget simple. Entri nice. Macam Masterchef, simple tapi sedap baca. erk... jgn malu-malu nk jenguk, aku lempang kangg... hehe... Keep it up cikzek!!
Blog kirim selama perak nie, kalau nak diikutkan. salah satu blogger yang paling awal aku kenal selain yang top-top disana... Kalau dulu macam remaja sikit entri-entri dia.. tapi, bila dimamah usia (usia meningkat), entri-entri yang berkualiti dan bermanfaat dihasilkan.. Oh ya, dia bukan saja mesra kat blog, Kalau korunk tengok twitter nie. aishh... memang mesra la.. Tak sombong... huhu.. Klik ler banner dier..
Blog nie wanblur jumpa minggu lepas. Mula-mula ingat budak nie umur 20-26 tahun. Tapi, rupa-rupanya baru lepas PMR. Oh.. PMR yang hampir 7 tahun wanblur tinggalkan. Entri cik Diana nie (bukan DIANE / Dianesera ) amat matang. Entri simple tapi ada isi. Hurmm.. lepas dah beberapa kali baca entri budak nie, wanblur rasa macam nak tutup blog nie.. terasa childish sangat diri wanblur. waaaaa... Anyway, korunk g la buat urprise kat diorang nie
p/s : Mood melalak, mood happy. Doont bother me like you did.
Thursday, October 25
Tuah di Diabetes Day 2012 peringkat PPUKM
Assalamualaikum,
Hari nie (24 Okt 2012) merupakan sambutan Diabetes Day peringkat PPUKM. Wanblur rasa macam semalam kot dah start benda alah nie. Cuma selepas sesi klinik pagi tadi, baru sempat turun mencemar duli ke program nie. Diaorang buat kat Lobi Utama hospital.
Antara gerai/booth/meja/papan pameran yang terlibat adalah physiotherapist, wellness aware, food calories, BMI, Waist circumferences, and counselling tentang obesiti. Ada jugak la beberapa syarikat barang perubatan yang terut serba seperti Abott, and aeiouuuu (lupa nama sebenar).
Setelah mencuba nasib meneka kandungan kalorie 142gram twisties (730kcal). Wanblur dapat beberapa hadiah. Yeayy... rasa sangat heaven bila dapat hadiah. Nak tunggu Majlis Anugerah Cemerlang? memang tak larh... Jom selongkar benda apa dalam hadiah yg wanblur dapat!! (mood: Epy Yeppi)
Nie hah. Bungkus hadiah teka kalori. Masa dapat nie rasa macam "Yeay, sama memang moto!!". setiap number wanblur sebut sampai lah dia cakap betol. haha.. sengal. Kaedah jijik untuk menang hadiah!! haha
Okeyh, fine. Wanblur dapat sebijik epal hijau dan Air Mineral. So, (fikir positif) wanblur rasa diorang nak bagi mesej bahawa epal hijau dan air kosong baik untuk kesihatan terutamanya menangani Diabetes. Ye tak?? Kalau tak, tak kan ler sesaje diorang letak dalam hadiah teka calori.
Antara kebaikan air kosong (dr Sheikh Ibnu Google) ialah menguruskan badan, meningkatkan kesuburan, melancarkan sistem pencernaan, perawatan kecantikan, menyihatkan jantung dan bagai-bagai lagi kebaikannya (kredit : eyfaa )
Lepas tue, berdasarkan jurucakap MaryKay ( Siti Nurul Google Batrisya), epal hijau penting untuk mencegah pembentukan cholestrol di dinding salur darah, cegah sakit jantung, bantu mengekalkan berat badan, membantu kesihatan tulang dan mengurangkan risiko barah. (Kredit : miszsheyla)
Tapi, kedukaan serta ngilu dalam hati wanblur nie terubat selepas ternampak PeDOMETER !! Untuk pengetahuan serta ilmu korang, pedometer nie adalah sejenis alat untuk mengira setiap langkah kaki si pengguna. Tadi selepas roset-roset (check-check) benda alah nie, kita boleh tetapkan setting dia sama ada kalori-berat badan atau distance walking. So, daripada membeli mahal2 di kedai sukan. Baik tepi kuiz dan dapat benda nie. Harap2 wanblur bermotivasi untuk menguruskan badan. Erk. ok fine. Berat badan wanblur dah naik, 85-93kg in 2 months. (nanges teresak-esak)
Berkat kerajinan menjawab questionaire (sebenarnya nk main mata dgn OT yg jaga kaunter tue), wanblur dapat si Bola Kuning nie. (below). Bola kuning nie bukan untuk buat sebagai bola sepak, bola tampar or bola pingpong. Untuk main rugby? Memang sah korunk gila kalau guna boleh nie. haha... Nie untuk hand physiotherapy, sesuai untuk post-CTS release or triger fingger ke.. Exercise kat umah!!
Wahh... harap2 esok ada makan free pulak. Haha... realiti budak medic. Miskin kemain. Benda free sangat-sangat diharapkan. haha
kbai.
P/s: Puasa Arafah. be ready guys!!
Wednesday, October 24
Mood Psy 3
Assalamualaikum,
Sejak weekend yang lepas hingga ke saat nie. Mood untuk study dan menrajinkan diri tak ada. Wanblur dah agak dah. Benda macam nie mesti berlaku punya. Kan dah kena kat diri sendiri. Padan muka. Awal-awal dulu punya syok, gelak-gelak dan suka-suki. Lepas beberapa saat dan hari, baru rasa betapa crush nya. Damn. Kes nie orang cakap grief. Normal grief. Semuanya sebab target terlalu tinggi yg dulu tue. Ah. Malas nak flashback balik. *hati gua crush
Stressor-stressor kepada mood "BAIK SANGAT" wanblur minggu nie antara nya sebab tersedar dan menyedarkan diri bahawa badan dah makin buncit. Ye la, wnablur kan baru jer bunting pelamin. Skunk 3 bulan dah. harhar... I need to do something. I need to re-shape back my face!! Saham dunia nie. haha dush!! as well as my perut!! Need to terminate this pregnancy!!
p/s :
Tahap kegembiraan dan kesedihan seseorang itu ada penanda arasnya. Jangan terlalu gembira akan sesuatu, dan jangan terlalu sedih bila terjadi sesuatu. Share it. Kongsi kegembiraan dengan manusia sekitar, share kesedihan dengan pen-pensil-pemadam. Jangan pendam sendirian. Ini pesanan bukan nasihat.
bye
Tuesday, October 23
Gerai Klinikal Konvo UKM 2012
Booth Fakulti Perubatan UKM semasa Pesta Konvo UKM 2012. Ahad 21 Oktober 2012 di Dewan Gemilang. |
Assalamualaikum,
MAJLIS KONVOKESYEN UKM 2012
Dikala hampir kesemua universiti dalam CONVO FEVER dalam sebulan dua nie. Hampir setiap hari news dan update dalam facebook, twitter dan myspace, penuh dengan posing maut. Mood jeles keterlaluan. Bestnyer jubah konvokesyen tue walaupun sekadar dipinjamkan untuk menerima scroll. Tapi, best heVOKK gila. Insyallah, wanblur akan menyusul dalam sidang pada tahun 2014 nanti. Amin.
Kali nie, first time dalam kerjaya sebagai student, wanblur terlibat dan menglibatkan diri dalam Gerai Klinikal untuk fakulti wanblur. Hari ahad (hari ke3 konvo) bertempat di Dewan Gemilang, UKM Bangi. SHift sebelah pagi, 8pg - 2ptg. Tugas wanblur simple-simple saja.
Overall, kebanyakan clients yang buat checkup sihat. Cuma majoriti masalah kesihatan yang timbul adalah Obesiti (BMI), hypercholesterolaemia (Cholesterol tinggi), high risk Fat Body Percentage. Untuk blood pressure kebanyakkan clients semua berada dalam lingkungan normal (120/80mmHg +/- 10mmHg) dan Blood Sugar normal.
Secara umumnya apabila clients tanya macamana nak tackle BMI, CHolesterol dan Body Fat Percentage, kitaorang akan approach by conservative ways dulu la.Ye lah, kitaorang pun student lagi, belum mampu memberi sebarang ubat-ubatan okeyh. 3 Benda serangkai nie selalunya dapat ditackle dengan dua cara, Gaya Hidup dan Pemakanan.
Gaya Pemakanan
Wanblur rasa, hampir kesemua manusia dekat Malaysia nie. Dah pernah nampak gambaq kat atas nie. Piramid Makanan katanya. (bukan piramid mesir). Kalau nak senang cerita, makanan yang berunsurkan karbohidrat/ bijirin diperlukan paling banyak berbanding lemak, gula dan garam. Nie sebab karbohidrat penting untuk membekalkan tenaga, power dan super saiya untuk melakukan aktiviti harian. Tapi, pengambilan nasi secara berlebihan akan menyebabkan kegemukan. So, tengok perut. Pastikan saiz hidangan (nasik) bersesuaian dgn diri anda. Jangan Terover Lebih or kurang.
GAYA HIDUP
Sebenarnya, gaya hidup sihat nie (berdasarkan buku teks yg tebal nipis) mepunyai aktiviti senaman yang teratur (3x seminggu or 4-5x seminggu), tidak merokok dan ambil minuman alcohol dan tidak membabitkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang boleh membahayakan diri sendiri (short/long-term). SO, dari aspek nak men'takcle" berat badan berlebihan, diaorang cadangakn agar regular exercise. Kalau kita makan banyak, exercise mau banyak agar tak tersimpan bawah kulit lemak lebihan tue. lebih kurang gitu la. Eh, jangan ingat orang kurus MEMPUNYAI Cholesterol rendah okeyh. DIorang pun ada yg high CHolesterol dalam darah!!
p/s : Bila sibuk consult dan menasihtai client yg datang. Terlupa pulak nak menasihati diri sendiri tentang BMIsendiri. (Sugar,cholesterol wanblur semuanya normal) BMI jer yang susah benor nak kuruih... sadis... Harap perut wanblur yg membusung bagai "isteri muda yg bunting pelamin 3 bulan" nie akan kuruih semula seperti Anzalna. erk.. kbai.
Bye
Monday, October 22
Iklan : Echa Redaries-Beauty
Jika anda mahu membeli secara set (boleh campur) minimu 3 units, echa akan kurangkan harga sehingga ke RM10 ! Kos pos PERCUMA ! Juga ada hadiah misteri menanti anda yang bertuah dan terpilih !
SERLAHKAN KECANTIKAN SEMULAJADI ANDA!!
Hasil pemakaian daripada :
1)Base makeup Ramellon
2)Naturactor Foundation :
kod 140 - seluruh muka & kod 153 - mancungkan hidung
3) Naturactor Compact Powder kod 230
4) Naturactor Loose Powder kod 51 (Natural)
5) Naturactor Magical lipstik - kod 5 (purple)
6) Naturactor blusher kod 130
7) eyelash kod 116
8) brush 12batang untuk eyeshadow & blusher
9) blend brush kod B305 untuk blend eyeshadow
Waktu Operasi:
Isnin–Jumaat: 09.00am – 10.00pm
Sabtu–Ahad: Cuti. Order akan dibalas pada hari isnin berikutnya
Waktu Pengeposan:
Hanya akan dibuat pada hari SELASA DAN KHAMIS (^_^)
Hubungi Echa :
010-464 1204 - Jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut tentang produk kamiKLIK SINI : http://redaries-beauty.blogspot.com/
- Kalau susah, klik banner cik Echa kita kat atas tue.. okey!! Selamat membeli -
p/s : wanblur promote kat korunk sebab wanblur tak pakai eyeliner bagai nie. haha
Sunday, October 21
Hidup umpama pinggan
Hidup nie terlalu cepat berlalu
terlalu banyak benda yang ingin dicapai
terlalu banyak perkara yang telah dilepaskan
terlalu banyak diri yang dikorbankan
terlalu banyak warna-warni pelangi dipahatkan
Hidup umpama pinggan
macam-macam ada..
Bila sedap, manis... itu sekejap
Bila kelat dan masin.. itu yang dikenang.
Orang cakap makin berusia makin berisi
tapi orang yang baru ber"usia" juga ada isinya
sama seperti,
aku makan nasik saiz aku,
kau makin nasik ikut selera dan size pinggang kau!
bye
p/s : Akan berada di Pesta Konvokesyen UKM 2012 pada Ahad 8pg hingga 2ptg. Sesiapa nak jumpa, ley mintak autograf.. haha *bajet !!! slap
Saturday, October 20
New Header
Assalamualaikum,
Setelah beberapa lama tak buat header.Kali nie, sekali lagi. Aku dengan bengongnya membuat header nie. Adeih, nampak sangat macam budak2 SPM jer buat header. Damn. Tak dak mood nak berblog. Mungkinkah Sudah sampai seru itu?? Mungkin... beberapa purnama lagi... huhu
Friday, October 19
Malam Sejuk Peluk
Sejuk malam nie
Hujan dah berhenti
Tanah dan pokok basah lagi,
sejuk
dingin
bestnyer kalau dah kawen *winkwink
p/s : tak sabar nak weekend
Tuesday, October 16
Masa Sentap
Muka Sentap mintak pelempang !! |
“Don’t say you don’t have enough time. You have exactly the same number
of hours per day that were given to Helen Keller, Pasteur,
Michaelangelo, Mother Teresea, Leonardo da Vinci, Thomas Jefferson, and
Albert Einstein.”
(Life’s Little Instruction Book, compiled by H.
Jackson Brown, Jr.)
Bleeding
Assalamualaikum,
Terdapat satu panggilan daripada ayah dekat kampung. Mula-mula terkejut dan hairan jugak. Selalunya wanbur call rumah setiap hari ahad. Tapi, semalam tak sempat. So, baru nak call hari nie. Dapat pulak call dr kg. Ada satu berita, suspen
One of my family member, who's pregnant having bleeding. Suara ayah time tepon tue, boleh dapat rasa betapa anxiousnya. She will be transfered to HUKM. Hopefully, my brother's family stay clams and pray for the best!!
Kekusyukan study group terbantut seketika.
Doa dan harapkan yang terbaiklah untuk diorang. Esok nak kena g melawat dan surveyline diorang.
p/s : In psychiatric, the religious patient can make you feel so shameful. In their conditions, they remember Allah. How about us?
Monday, October 15
Titip kenangan ...
Assalamualaikum,
Pada saat jari-jari wanblur yang kurus lagi mulus nie, menaip satu per satu huruf untuk dijadikan sebuah entri. Wanblur sebenarnya dalam zon kenang-kenangan. Sejak minggu lepas semenjak beberapa mimpi, mamai dan khayalan, wanblur tergerak untuk menitip satu persatu kenangan hidup wanblur.
Seminggu kebelakangan ini, wanblur berusaha untuk meninjau beberapa orang yang pernah hadir dalam hidup wanblur, sama ada sebulan, setahun atau semusim. Meninjau nie bukannya ertinya nak mencari peluang kedua atau nak tackle bagai. Cuma, hati terdetik untuk mengetahui, mereka bagaimana?
Orang selalu cakap, andai sekarang bersama, kalau tak ada jodoh, tak kawen. Kalau ada jodoh, akan kahwin. Hurmm... mungkin silap sikit persepsi tue. Jodoh itu kan ketentuanNya. Kadang-kadang jodoh kita dengan seseorang tue pendek, mungkin beberapa bulan /tahun sahaja. Tapi, kadang-kadang jodoh kita tue berpanjangan, kalau ada rezeki, kekal ke jinjang pelamin atau syurga. Itu nikmat perkahwinan. Jodoh? Jodoh adalah orang-orang yang pernah hadir dalam hidup kita dan menjadi sebahagiaan daripadanya walaupun untuk seketika. Ingat tue.
Helaian-helaian diari yang ditulis dahulu kembali ditenungi. Beberapa keping gambar disaat dahulu kembali diukirkan kembali senyuman padanya. Itu jodoh aku. Walaupun hanya untuk seketika.
Ikhtisasnya,
Siapa pun yang bersama anda, walaupun sekejap. Mereka adalah jodoh anda. Jodoh tidak bermakna akan kekal, jodoh itu ada tempohnya. Tempoh yang tidak diketahui. KetentuanNya juga yang menentukan, sama ada panjang atau tidak. Sama ada derita atau gembira.
Jangan lepaskan peluang yg anda dapat sekarang. Jodoh manusia, siapalah yang tahu..
bubye.
Bila ketua group pass buku kedatangan untuk direkod dan di-sign oleh ahli kumpulan. Setiap arahan ketua yg dilampirkan bersama, pasti ada jawapannya. Jawapan yang sengal. Buat penyegar dikala lali mendengar kuliah. haha |
p/s : Minggu kedua dalam posting Psychiatry. Orang cakap, patient dalam wad ada kalanya menjadi refleksi aka cermin untuk kehidupan kita sendiri. Semoga wanblur diterima sebahagian daripada mereka, dan cermin-cermin kehidupan itu mengajar wanblur sesuatu tentang KEHIDUPAN.
nyte
Saturday, October 13
Astronomical Tide ?
Sejak kebelakangan nie, ada rumour dan humour mengatakan fenomena hujan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor disebabkan oleh Astronomical Tide. Wanblur yang pertama kali dengar tentang fenomena nie pun hairan dan curious gila nak tahu. Benda apa Astronomical Tide tue? Sekali pandang dah macam horoskop pun ada.. lol.
Apa itu Astronomical Tide ?
Perkataan TIDE diringkaskan sebagai penurunan dan peningkatan paras air laut. Bila digabungkan menjadi Astronomical Tide, ia bermaksud penurunan dan peningkatan paras air laut disebabkan daya tarikan yang dihasilkan oleh bulan dan matahari serta putaran bumi. Daya tarikan daripada Bulan dan Matahari ini menyamai daya tarikan graviti bumi (superimpose) dan menyebabkan paras air laut "ditarik" mengikut kedudukannya di permukaan bumi, sama ada kearah Sublunar atau Subsolar.Disebabkan paras air laut mengikut lokasi kedudukannya di bumi dan daya tarikan bulan dan matahari. Secara logiknya, akan terjadi dua situasi dimana High Tide atau Low Tide. High Tide secara ringkasnya peningkatan paras air laut yg mendadak disebabkan kedudukan laut itu lebih hampir dengan bulan dan matahari. Dikawasan yang kurang atau jauh dari dua daya tarikan ini, ia akan digelar sebagai Low Tide, paras air laut menjadi rendah.
Cuba tengok gambar dibawah, perubahan paras air laut disebabkan astronomi Tide. Untuk peringatan, Astronomi Tide nie berbeza dengan air pasang-surut yg selalu kita alami tika siang dan malam.
Oleh sebab itu, Jabatan Laut Selangor mengeluarkan amaran berhati-hati kepada pengunjung/ penduduk di pesisir pantai. Sebabnya BOLEH TERJADI air pasang yg sangat tinggi dan mengila. Tetapi, semuanya berdasarkan ketentuan dan perkiraab yg dicatur oleh Allah swt.
COntoh kejadian Astronomical Tide di China |
Rujukan :
1- NOAA - Tides and Currents
2 - taotauajer
3- Wikipedia
Although (/ôlˈT͟Hō/)
Although
Im not the the best among them,
i will try and keep trying my best
to proof to myself
i will be the best.
i will be the best.
i will be the best .
Botak Mulut Puaka
Assalamualaikum,
Semalam wanblur ada perjumpaan dengan TNC HEPA UKM, Prof Ir Othman A Karim dan barisan eksekutif dibawahnya. Walaupun kehadiran pelajar ke program nie agak so-so. Tapi, banyak jugak soalan-dan pertanyaaan yang diajukan. Harap-harap segala permasalahan dapat perhatian di Bangi. TNC hepa sangat open!! stail.
About "Botak Mulut Puaka". Its me. haha... Mulut nie memang puaka sikit sejak berkenalan dengan mak-mak nie. Mintak ampun maaf dari Miss Carma.
Some pictures after the programs
p/s : Besor gila badan aku. Agak2 stress nie dapat kuruskan badan aku tak?? haha
Subscribe to:
Posts (Atom)