Monday, October 15

Titip kenangan ...




Assalamualaikum,


Pada saat jari-jari wanblur yang kurus lagi mulus nie, menaip satu per satu huruf untuk dijadikan sebuah entri. Wanblur sebenarnya dalam zon kenang-kenangan. Sejak minggu lepas semenjak beberapa mimpi, mamai dan khayalan, wanblur tergerak untuk menitip satu persatu kenangan hidup wanblur.

 Seminggu kebelakangan ini, wanblur berusaha untuk meninjau beberapa orang yang pernah hadir dalam hidup wanblur, sama ada sebulan, setahun atau semusim. Meninjau nie bukannya ertinya nak mencari peluang kedua atau nak tackle bagai. Cuma, hati terdetik untuk mengetahui, mereka bagaimana?

Orang selalu cakap, andai sekarang bersama, kalau tak ada jodoh, tak kawen. Kalau ada jodoh, akan kahwin. Hurmm... mungkin silap sikit persepsi tue. Jodoh itu kan ketentuanNya. Kadang-kadang jodoh kita dengan seseorang tue pendek, mungkin beberapa bulan /tahun sahaja. Tapi, kadang-kadang jodoh kita tue berpanjangan, kalau ada rezeki, kekal ke jinjang pelamin atau syurga. Itu nikmat perkahwinan. Jodoh? Jodoh adalah orang-orang yang pernah hadir dalam hidup kita dan menjadi sebahagiaan daripadanya walaupun untuk seketika. Ingat tue.

 Helaian-helaian diari yang ditulis dahulu kembali ditenungi. Beberapa keping gambar disaat dahulu kembali diukirkan kembali senyuman padanya. Itu jodoh aku. Walaupun hanya untuk seketika.


Ikhtisasnya,
Siapa pun yang bersama anda, walaupun sekejap. Mereka adalah jodoh anda. Jodoh tidak bermakna akan kekal, jodoh itu ada tempohnya. Tempoh yang tidak diketahui. KetentuanNya juga yang menentukan, sama ada panjang atau tidak. Sama ada derita atau gembira.

Jangan lepaskan peluang yg anda dapat sekarang. Jodoh manusia, siapalah yang tahu..


bubye.


Bila ketua group pass buku kedatangan untuk direkod dan di-sign oleh ahli kumpulan. Setiap arahan ketua yg dilampirkan bersama, pasti ada jawapannya. Jawapan yang sengal. Buat penyegar dikala lali mendengar kuliah. haha




p/s : Minggu kedua dalam posting Psychiatry. Orang cakap, patient dalam wad ada kalanya menjadi refleksi aka cermin untuk kehidupan kita sendiri. Semoga wanblur diterima sebahagian daripada mereka, dan cermin-cermin kehidupan itu mengajar wanblur sesuatu tentang KEHIDUPAN.


nyte





2 comments:

Nor Zilla Sensei said...

bagusnye ketua tu..sape yg lantik yer.hahaha

☺털이 소유❤ said...

best entry ni...