Monday, February 28

rupanya ber"blogger" nie ada manfaatnya bila..

Sebelum nie aku pernah merasa nyer, Benda yang sama aku kena buat setiap nak habis semester semasa.. Sebelum aku melangkah ke dewan peperiksaan Final Tahunan.. aduh,.. Hari nie, dalam masa kira-kira 30minit lebih.. akhirnya, berjaya jugak aku menyiapkannya.. alhamdulillah..

Sebenarnya, setiap akhir semester, pelajar UKM kena buat penilaian kepada dalam Online la.. SPPK nama sistem tue.. untuk tengok tempat belajaq elok ker tak, Cikgu-cikgu mai ke tak, Kursus modul yang diambil semester tue bagus ker tak.. so, kena buat penilaian la..

Ini la webpage tempat wanblur buat penilaian tadi.. huwaa huwaa

Web yang aku kena masuk SPPK..

INi merupakan komponen2 yang dinilai.. bagus2..

Semuanya pensyarah wanblur yg suka bagi lecture.. hehe

Pensyarah wanblur yg baik hati., $$


nama pensyarah Koku wb

Ini merupakan kesimpulan semua modul or subjek yuang wanblur ambik untuk semester ini.. perhh.. layan beb

YEah.. setelah 30minit...semua penilaian dah dibuat.. yeay yeay..

Komen : PErbezaan dahulu dan sekarang. Dulu sPPK aku buat dalam 1 jam lebih la. Tapi sekrang dalam 30minit macam tue.. Macam klik-klik penilaian macam dah satu kebiasaan.. yelah,

Macam klik button Follow / Like dalam entri or blog.. hehhe

kan kan..

Sekian, teirma kasih sebab sudi membaca

Sunday, February 27

x der pape. Hanya di diagnose olh seseorang..

mohamad shazwan,a 21 y/o male complaining of stress for the past one year.he had history of failure for the first time in med scholl a/w break up with his girlfriend.on physical examination,he seems to be healthy. he enjoy exercising very much. he also experienced weight gain for past few years.on investigation,all is negative because he is very secretive.

 for management i suggest that:
: -strengthen his spiritual
: -find something that can make him happy
: -i wish i can help him to be happy
: -reduce food intake
: -exercise(done!)
: -be more confident with himself,dont look down..put some 'ego' in academic
: -find another girl

orang lain punya bufday, dia yang B.A.S.A.H.... Basah ape???


















p/s : x dpt nk tulis. hayati jer erk.. ok. tq

Aku : dulu dan sekarang

Asalamualaikum dan salam lebaran cinta kepada semua pembaca...

ENtri kali ini, wanblur just nak kongsi dengan korang semua, wanblur sekarang nie, dengan wan azizan dahulu. Orang kedah cakap, Mat Shazwan dulu-dulu nuhh.. terlalu banyak perubahan dari segi fizikal (iaitu dari kurus keding berubah serta merta menjadi gemok buncix) dan dari segi mental.. (dari budak hingusan yang senang kena maki hamun sesuka hati, bila perlu digunakan, bila tidak, kena campak-campak).. aku bukannya nak tunjukkan or nak cerita kisah hidup aku kat orang. tak tak. Cuma, mungkin inilah saja aku nak beritahu korang, korang kan kawan aku. Aku nak gtau la.. aku nie macam naaa dulu.. ok?? kalau tak suka, wanblur mintaak maaf yerk. ok?? wanblur akan ceritakan mengikut gambar-gambar.. layan~~

test-test : tukar layan ker zasss.. erk erk.. silap," Layarkan kata-kata anda" (terpengaruh dgn Sinar Cinta.. hehe

jom tengok:

 Gambar nie diambil semasa aku masih lagi muda. Aku sendiri pun tak tahu waktu nie aku umuq berapa tahun. Yelah, aku kan masih muda, tapi dulu la. Yang kat sebelah aku tue, Tok wan aku. Oraang kedah panggil Datuk as Tok wan. ok?? Tok wan aku nie la orang yang aku paling sayang. Tapi, dia dah pergi dah. Aku ingat la, waktu tue, aku form 3 or form 4. Macam tue la... Time dapat panggilan tepun dr umah tok aku, time tue aku dgn makpak aku p hantar kakak aku balik Kolej. KUKUM perlis... :( > Korang boleh bayangkan tak? memang dah lama dah tok wan aku sakit. Cuma, tak sangka plak dalam masa terdekat. BAru beberapa hari lepas raya Haji.. Semoga dia aman dan tenang disana.. Al-Fatihah..


INi pun aku masih tak mempunyai ingatan untuk mengingat umur aku. kalau korang boleh agak-agak. Berapa erk umur aku time nie?? Gambar nie diambil kat RUmah Tok aku.. Excuxe me.. Nie tok Sebelah mak aku. Yang gambar atas, sebelah AYah aku.. Gambar nie, cute kan?? hehehe budak oren tue.. hehe.. itu makluman, itu aku. hahaha.. perasan comel !! dushdush**
 
 Gambar nie aku rasa aku form 1 or 2. Kurus tak aku?? ala tak cam lagi ker?? aku yang baju belang-belalalng jalur2 hitam putih tue.. keding macam ciciaak.. kan kan.. hehe. time nie, aku dgn family g Konvo abg aku yang sulung kat UTM Skudai. Nie kira serampang dua mata la, g Konvo as well as Visiting SKudai aka JB

 INi pulak gambar aku kawad. Hahaha.. korang nampak tak aku kat mana?? korang tengok la betol2.. kat belakang tue. yg ada tanda "X" tue.. masa nie aku form 1. Aku memang suka masuk benda2 nie. Tapi, form 1 jer aku PBSM.masuk form 2 till form 5, jiwa aku dengan KAdet polis jer.. Pangkat tertinggi?? Sarjan jer. Pernah jadi Komander untuk Perbarisan HAri Anugerah Cemerlang time for 4. hehhe.. Bersama PBSM, aku bawak masuk Perkhemahan saja la. Tapi, bila masuk Kadet, bawak aku masuk. Kan dah cakap, sepenuh jiwa.. Dari form 2 till form 5.. oh.. rindunya nak denda orang.. hehehe jahat2x**

 Ini lah time aku form 5. ada perkhemahan kat sekolah baru aku. Tengok. masoih kurus you ollzzz. jangan jelesz sudah la yerkkk.. Untuk makluman, aku suka pakai beg sendeng or beg serong. Kenapa?? biarlah rahsia... ~~lalala

 Ini la aku. dulu semasa aku form 1 till form 3. Aku sangat suka la naik basikal. Kayuh laju-laju. Sebab dulu, biasa la budak-budak la.. aku cita-ciata nak jadi pelumba basikal.. kategori lebuhraya.,. aku suka sangat2. Tiap-tiap petang aku training.. Improper training with improper roads.. aduhh.. aku pernah terjatuh time bawak basikal laju2.. time corner.. terkoyak seluar aku. Sudah ar ada orang time tue. terus aku bangun. buat2 macam tak sakit (bajet kuat), yterus kayuh basikal balik umah. Kat rumah. masuk bilik terus g mandi.. tak gtau mak pun.. bila malam, baru cakap.. "tadi shazwan jatuh basikal, kat simpang.. ada  batu kecik2 banyak.. " hehhe itulah cita2 aku dahulu. Sekarang?? mungkin tidak.. heheh (tgk badan la beb.. dah naik.. )

 Ini pulak semasa aku UITM shah alam. Asasi Sains 07/08. Gambar diambil dalam tandas UITM. Semasa kelas pengajian aku ditukar ke blok yang sedang renovate. hehhe kenapalah nasib Budak asasi di anak tirikan.. adeih.. kelas di blok renovation. Bising dgn gerudi ja. bengong... Tapi, bila tak der kelas.. kerja2 renovation pun habis.. adeih...

 Gambar semasa minggu orinetasi pelajar tahun 1 UKM sesi 2009.. Orinetasi nie dijalankan kat UKM Bangi. Dari hari apa ntah. Dekat seminggu jugak la orietasi dier.. Semasa first time aku kat sini, rasa semangat beb.. semangat la. pilihan pertama.. target dr form 1 nak medik pun dapat. Tapi, bila dah masuk. kenapa aku lost?? mana sambungan target itu?? sedih dgn diri aku. Nak mintak tolong korang, korang ley marah2 aku tak?? suruh aku study rajin2.. buka hati nie untuk orang lain.. boleh??

 Semasa Kem PPD kat UK (Ulu KEnas) fakulti perubatan UKM 2009/2010. Ini lah group aku yang pertama... Best sangat2.. Very the Teamwork.. tapi, rindu nak bersama dengan mereka lagi.. rindu.. tapi, bila masa mengorak langkah bersama keserabutan Fikiran, Masing-masing sudah tidak bersama. bersua memang kerap. tapi, aura dahulu sudah tiada.. Team Doctor Rocket In Memory..

 Tengok, bersinar tak kepala aku?? hehe, nie la bila aku berjaya masuk tahun 2. Syukur sangat2... Nazar nie.. hehe riak pulak. apa la.. **DEGEBUK kena penerajang** MAsa dulu la kan. aku botak nie, aku rasa.. tenang sangat2.. aman dunia aku. bangun nak g kelas pun ley lewat2kan .. sebab x payah nak spend 10 minit buat rambut cacak-cacak tue.. hehhe Aku dulu suka kumpul Button.. tengok la kat beg aku galas tue.. banyak kan.. sebenarnya ada lagi. Sekarang?? semuanya disimpan rapi. Kenangan.. huhuhu

 Kenangan bersama ibu Angkat aku. Semasa gambar diambil, aku di Felda Cerul, Terengganu. Aku ada Program Khidmat Masyarakat (HM). best sangat2 bila aku kat sana.. Makan tak payah cakap la.. tiap kali balik dari aktiviti jer.. mesti kena hidang makanan.. huhu. tengah malam pun ada makaanan lagik.. nyamnyamm.. bestnyer hidup kan.. tapi, aku rasa sedih la sikit.. masa sikit jer spend bersama diorang. banyak program luar kat sana.. Tambah2 aku kena jaga kampung aku.. Ada 3 kampung, aku salah satu kg kena jaga.. Penat memang penat. Tapi, masih tak dapat lupa, bila kanak2 umuq 10-12 tahun menangis bila sesi motivasi..  :) ;(


Ini lah aku sekrang. tapi, eksyen sahaja. Dalaman dan ilmu?? masih lagi cetek. Aku perlu meneruskan perjalanan ini. Kadang2 aku malu. Bila orang tanya aku, aku belajar mana?. Kos apa? aku cakap UKM, ambik perubatan... Malumalu** bukan malu dgn kos, tapi malu dengan diri sendiri.. Title Perubatan or Medic itu tidak mampu lagi digalas aku.. berat jer merasa nie.. erk..1 Tahun telah berlalu.. kini tahun 2 akan melabuhkan tirainya, dapatkah aku melalui 3 tahun dihadapnku tanpa halangan?? tanpa Repeat?? Aku tak tahu, tapi aku akan berusaha.. walaupun usahaku tidak dpt dibandingkan dengan kejayaan kawan2 ku yg lain.. mereka teror.. takpa la mad sajuan (nama glamour), hang dah masuk medic nie.. terus ja., Jangan stop-stop.. dah masuk  teruskan. medic memang susah.. sapa kata tak susah.. tapi, kenapa orang lain boleh berjaya? kenapa aku tak ley?? sapa kata ??

p/s : Antara kurus dan Buncit serta boroi, mana satu pilihan anada?? hehe

Yeay,,.. Follower ke 300 ---->>> HAJAR HASSAN

Seperti yang aku ucapkan dalam entri-entri yang lalu, Sekiranya aku dapat follower ke 300 (sikit jer berbanding kawan2 yg len.. :( ), tetapi, rasa sangat-sanagt seronok. Nie nak tulis entri nie pun, senyum panjang. Tak ley nak kawal tangan. Nak senyum ker nak tulis entri. Konfius.. konfius... hehe



* Sila Klik Untuk ke Page Sebenar *

dan, tadi pukul 4 tadi,

Dah capai 300. alhamdulillah,, akhirnya tercapai jugak
hehehe.. dushdush dush.. kena tumbuk sebb perangai cam dak kecik

Ini lah Blogger bertuah itu,


p/s : SI Blogger Hajar Hasan, Sila Beri Komen dalam entri ini berkenaan Ganjaran itu. Tq..

:) :) senyum... melerek2... hehe

Tutorial : Cara Buat Link klip-klip pelangi..

Kali nie wanblur try nak share satu tutorial yang wanblur godek-godek cari dalam Google tadi.. akhirnya, dapat jugak..

Cara nak bagi Link yang kita serta kan dalam entri berkelip-kelip bila cursor jejalan dekat situ.. ok?? jom tengok gambar :

1. Yang pertama : korang kena pastikan lah, Link yang korang letak dalam blog korang tue,
                            berfungsi dan ber"link" ok? m


2. Yang Kedua : Korang buka Blog>Dashboard > Klik Design > Page element


3. Yang ketiga : Bila buka page element, Klik Add Gadget.


4. Then, cari dalam tue, HTML/ Javascript. Klik la..


5. Then, Korang letak Ayat dibawah nie     
                                                          


copy dan paste dalam HTML/ javascript korang tue.. ok??


6. Save kerja-kerja korang tue ok. dah siap.

p/s : skunk boleh la korang move kan ccursor anda ke lInk yang ada tue.. huhuhu

macam kat bawah nie...

Klik SIni

tq
   

tak payah klik I bosan I air mata laki

Assalamualaikum readers,

sebenarnya aku sendiri tak pasti dengan apa yang aku rasa,
tak pasti dengan apa yang aku idam-idamkan dalam hidup nie
gembira, gelak kuat sampai "high",
lupa semua yang sepatutnya aku buat.
hurm, ntah la wei..
5 Tahun as Doc-to-be..
Berjaya ke tidak??

Tgk Wayang sampai ke Sunway Pyramid

Sekarang ada program ilmiah dekat fakulti aku
sesi jawab2 soalan, jawab2 nota2..
hurm, aku x p
orang lain p.
bodoh betol la aku nie.. 
jangan tiru aku okey..

Semalam ada orang beritahu ada kisah sedih
meinmpa sahabatnya
dia sedih
orang lain pun sedih
tapi aku??
jujur, aku tak rasa pape..
kenapa erk??
sedangkan shbt dier tue kawan sekolah aku jugak
roomate aku tuk 2 tahun time SPM.. 
kenapa erk??
air mata laki aku dah habis erk??
aduih..

k lah, 
nak g PNM
bubye


p/s : semalam g tgk Scrantum.. tak best pun. hampeh... :( 
** kempunan nak main boling**

Korang pandang lama2. cari maksud tersirat gambar nie.. ia menandakan kehidupan aku sekarang.. ( '' '' )

Saturday, February 26

kredit to Tutorial Shoutbox

Sebenarnya, ini hanya entri untuk mengucapkan bebanyak ucapan terima kasoh dan kesih kepada pemilik Hutan Kabut kerana tutorial Shoutbox. hehehe

terima kasih..

Nak tutorial yang lain? g blog dier... nie ha... HUTAN KABUT

sahabat / kawan ----->> payung ke biskut !! ?? @@

Orang kata, bila jauh perjalanan akan luas pemandangan,orang juga yang mengata, bila luas pemandangan akan ramai kawan,
tapi
orang juga terkata, bila ramai kawan tak sama dengan seorang sahabat.
wanblur kata, sahabat aku hanya 1.

sedang wanblur mencari definisi kawan/sahabat dalam GOOGle, wanblur ternampak satu article nie. (erk.. article yg bukan article). Jom hayati sama sama article tue..


Dlm berkawan...kita kena ingat...kawan
tu
 banyak
definasinya...
Ada kawan yang hadir
  umpama
B I S KU T . . .
Sekejap ada...kadang-kadang
menghilang...
Bila rangup...sedap
dimakan...
Bila dah lemau...kita pulak
dibuang...
Ingatlah teman...itu bukan
kawan...tetapi lawan ! ...
 
Ada juga kawan yang hadirnya
  ibarat 
SEKAKI
P A Y UN G . . .
Yang setia memberi khidmat tak kira
panas
ataupun hujan...
Ia hadir disaat kita benar-benar
memerlukan...
Melindungi kita dari terik
sang mentari...
Dan memayungi kita dari
kebasahan...
Sentiasa bersama tak kira suka
mahupun duka...
Walaupun adakalanya kita
membiarkannya...
Terperuk sendirian disaat dia
tak
diperlukan...
Dan tanpa rajuk...dia sedia
memaafkan...
Dan sanggup
membantu
Ingatlah rakan...itu bukan
  k a w an . . .
Tetapi TEMAN...
Teman yang sanggup
berkorban...
Demi sebuah
PERSAHABATAN...

Awk nie...BISKUT ker...SEKAKI
PAYUNG...???



Dah baca kan?
hurm, macamana korang semua? rasa-rasa antara biskut dan sekaki payung?
wanblur yang mana erk?

payung ker

biskut??






p/s : Merindui sahabat tapi dia sudah tiada... (g Hiking, x ley on9) huwaa huwaa

Bloglist dah Ciap.. yeay yeay.. [huhuihihoho]

akhirnya, bloglist dah siap.. huwaa huwaa... Korang rajin2 la g lawat diorang nyer yer.. best..

Centre ----> blog yg wanblur selalu lawat
eightman --> blog kwn wanblur
Prop Forward  ---->>> Blogger lelaki kacak
Wings ------>> blogger si gadis/awek

jgn malus2.. huhuhu

Friday, February 25

Bloglist wanblur ??

Asalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua readers,


Sebenarnya wanblur sangat-sangat buhsan minggu ini. Mungkin akan menghabiskan masa dengan menyusun-nyusun blog-blog korang dalam 5 kategori. huhuhu.. still Mencari nama 5 Kategori bloglist itu. huhuhu. rasa macam nak ambik 5 nama nie:

1. Fullback
2. Wings
3. Prop Forward
4. Centre
5. Eight-man

Untuk Blogger pulak, wanblur  akan bahagikan mengikut :

1. Fullback ----->>Blogger yang bersifat ibubapa / motivasi / etc
2. Wings ------->>>Blogger si Gadis/ wanita
3. Prop Forward --------------->>>Blogger Si Jejaka sasa / lelaki / gent
4. Centre ---------------->>Blogger yang selalu buat GA, Contest, Kuiz,
5. Eight-man ------->> (BOOKED) (khusus untuk blogger medic ukm.. huhuhu)

kalau nak join, takot wanblur terlepas pandang, tulih la komen kat bawah entri nie. ok?? tulis komen jer.. ok?? Esok malam, wanblur  akan update dan keluarkan senarai bloglist baru.

seronok pulal wanblur.. kehkehkeh...

p/s : ajak la kawan2 lg k..

p/s : tgk kat tepi tue kalau x caya kata wanblur, yang wanblur nak tukar bloglist..

Thursday, February 24

5 tanda kucing anda akan tinggalkan anda selamanya...


Pertama 
Buat pertama kali dalam hidup anda, kucing anda berjalan senang hati tanpa menoleh kedalam mangkuk whiskies yang selalu dimakannya. Kucing anda buat dono jer.. buat2 macam tak nampak jer korang letak makanan kegemarannyer tadi..


Kedua
Ketika anda sedang duduk tengok televisyen, akademi Alquran or Akademi Fantasia, tetiba jer kucing korang main kenyit-kenyit mata dengan korang.





ketiga
Setiap kali anda memanggil namanya, si kucing dengan perasaan terkejut menoleh ke arah anda. Dia andaikan korang tersilap panggil namanya.  Habis di jengil matanya besar-besar




Keempat
Petanda yang cukup hampir iaitu, kucing anda menangis disaat anda sedang bersuka ria.
 


kelima
Secara tiba-tiba kucing anda mencium tangan anda, isteri anda. anak-anak anda serta kaum kerabat yg anda disitu. Habis semua tangan diciumnya secara tiba. Ini Petanda yang paling maut
 


p/s : 5 Petanda diatas merupakan tanda2 kucing anda sudah hilang akal.. sila layani ia baik2 mungkin itu saat terakhir dier bersama anda..