Sunday, February 27

Aku : dulu dan sekarang

Asalamualaikum dan salam lebaran cinta kepada semua pembaca...

ENtri kali ini, wanblur just nak kongsi dengan korang semua, wanblur sekarang nie, dengan wan azizan dahulu. Orang kedah cakap, Mat Shazwan dulu-dulu nuhh.. terlalu banyak perubahan dari segi fizikal (iaitu dari kurus keding berubah serta merta menjadi gemok buncix) dan dari segi mental.. (dari budak hingusan yang senang kena maki hamun sesuka hati, bila perlu digunakan, bila tidak, kena campak-campak).. aku bukannya nak tunjukkan or nak cerita kisah hidup aku kat orang. tak tak. Cuma, mungkin inilah saja aku nak beritahu korang, korang kan kawan aku. Aku nak gtau la.. aku nie macam naaa dulu.. ok?? kalau tak suka, wanblur mintaak maaf yerk. ok?? wanblur akan ceritakan mengikut gambar-gambar.. layan~~

test-test : tukar layan ker zasss.. erk erk.. silap," Layarkan kata-kata anda" (terpengaruh dgn Sinar Cinta.. hehe

jom tengok:

 Gambar nie diambil semasa aku masih lagi muda. Aku sendiri pun tak tahu waktu nie aku umuq berapa tahun. Yelah, aku kan masih muda, tapi dulu la. Yang kat sebelah aku tue, Tok wan aku. Oraang kedah panggil Datuk as Tok wan. ok?? Tok wan aku nie la orang yang aku paling sayang. Tapi, dia dah pergi dah. Aku ingat la, waktu tue, aku form 3 or form 4. Macam tue la... Time dapat panggilan tepun dr umah tok aku, time tue aku dgn makpak aku p hantar kakak aku balik Kolej. KUKUM perlis... :( > Korang boleh bayangkan tak? memang dah lama dah tok wan aku sakit. Cuma, tak sangka plak dalam masa terdekat. BAru beberapa hari lepas raya Haji.. Semoga dia aman dan tenang disana.. Al-Fatihah..


INi pun aku masih tak mempunyai ingatan untuk mengingat umur aku. kalau korang boleh agak-agak. Berapa erk umur aku time nie?? Gambar nie diambil kat RUmah Tok aku.. Excuxe me.. Nie tok Sebelah mak aku. Yang gambar atas, sebelah AYah aku.. Gambar nie, cute kan?? hehehe budak oren tue.. hehe.. itu makluman, itu aku. hahaha.. perasan comel !! dushdush**
 
 Gambar nie aku rasa aku form 1 or 2. Kurus tak aku?? ala tak cam lagi ker?? aku yang baju belang-belalalng jalur2 hitam putih tue.. keding macam ciciaak.. kan kan.. hehe. time nie, aku dgn family g Konvo abg aku yang sulung kat UTM Skudai. Nie kira serampang dua mata la, g Konvo as well as Visiting SKudai aka JB

 INi pulak gambar aku kawad. Hahaha.. korang nampak tak aku kat mana?? korang tengok la betol2.. kat belakang tue. yg ada tanda "X" tue.. masa nie aku form 1. Aku memang suka masuk benda2 nie. Tapi, form 1 jer aku PBSM.masuk form 2 till form 5, jiwa aku dengan KAdet polis jer.. Pangkat tertinggi?? Sarjan jer. Pernah jadi Komander untuk Perbarisan HAri Anugerah Cemerlang time for 4. hehhe.. Bersama PBSM, aku bawak masuk Perkhemahan saja la. Tapi, bila masuk Kadet, bawak aku masuk. Kan dah cakap, sepenuh jiwa.. Dari form 2 till form 5.. oh.. rindunya nak denda orang.. hehehe jahat2x**

 Ini lah time aku form 5. ada perkhemahan kat sekolah baru aku. Tengok. masoih kurus you ollzzz. jangan jelesz sudah la yerkkk.. Untuk makluman, aku suka pakai beg sendeng or beg serong. Kenapa?? biarlah rahsia... ~~lalala

 Ini la aku. dulu semasa aku form 1 till form 3. Aku sangat suka la naik basikal. Kayuh laju-laju. Sebab dulu, biasa la budak-budak la.. aku cita-ciata nak jadi pelumba basikal.. kategori lebuhraya.,. aku suka sangat2. Tiap-tiap petang aku training.. Improper training with improper roads.. aduhh.. aku pernah terjatuh time bawak basikal laju2.. time corner.. terkoyak seluar aku. Sudah ar ada orang time tue. terus aku bangun. buat2 macam tak sakit (bajet kuat), yterus kayuh basikal balik umah. Kat rumah. masuk bilik terus g mandi.. tak gtau mak pun.. bila malam, baru cakap.. "tadi shazwan jatuh basikal, kat simpang.. ada  batu kecik2 banyak.. " hehhe itulah cita2 aku dahulu. Sekarang?? mungkin tidak.. heheh (tgk badan la beb.. dah naik.. )

 Ini pulak semasa aku UITM shah alam. Asasi Sains 07/08. Gambar diambil dalam tandas UITM. Semasa kelas pengajian aku ditukar ke blok yang sedang renovate. hehhe kenapalah nasib Budak asasi di anak tirikan.. adeih.. kelas di blok renovation. Bising dgn gerudi ja. bengong... Tapi, bila tak der kelas.. kerja2 renovation pun habis.. adeih...

 Gambar semasa minggu orinetasi pelajar tahun 1 UKM sesi 2009.. Orinetasi nie dijalankan kat UKM Bangi. Dari hari apa ntah. Dekat seminggu jugak la orietasi dier.. Semasa first time aku kat sini, rasa semangat beb.. semangat la. pilihan pertama.. target dr form 1 nak medik pun dapat. Tapi, bila dah masuk. kenapa aku lost?? mana sambungan target itu?? sedih dgn diri aku. Nak mintak tolong korang, korang ley marah2 aku tak?? suruh aku study rajin2.. buka hati nie untuk orang lain.. boleh??

 Semasa Kem PPD kat UK (Ulu KEnas) fakulti perubatan UKM 2009/2010. Ini lah group aku yang pertama... Best sangat2.. Very the Teamwork.. tapi, rindu nak bersama dengan mereka lagi.. rindu.. tapi, bila masa mengorak langkah bersama keserabutan Fikiran, Masing-masing sudah tidak bersama. bersua memang kerap. tapi, aura dahulu sudah tiada.. Team Doctor Rocket In Memory..

 Tengok, bersinar tak kepala aku?? hehe, nie la bila aku berjaya masuk tahun 2. Syukur sangat2... Nazar nie.. hehe riak pulak. apa la.. **DEGEBUK kena penerajang** MAsa dulu la kan. aku botak nie, aku rasa.. tenang sangat2.. aman dunia aku. bangun nak g kelas pun ley lewat2kan .. sebab x payah nak spend 10 minit buat rambut cacak-cacak tue.. hehhe Aku dulu suka kumpul Button.. tengok la kat beg aku galas tue.. banyak kan.. sebenarnya ada lagi. Sekarang?? semuanya disimpan rapi. Kenangan.. huhuhu

 Kenangan bersama ibu Angkat aku. Semasa gambar diambil, aku di Felda Cerul, Terengganu. Aku ada Program Khidmat Masyarakat (HM). best sangat2 bila aku kat sana.. Makan tak payah cakap la.. tiap kali balik dari aktiviti jer.. mesti kena hidang makanan.. huhu. tengah malam pun ada makaanan lagik.. nyamnyamm.. bestnyer hidup kan.. tapi, aku rasa sedih la sikit.. masa sikit jer spend bersama diorang. banyak program luar kat sana.. Tambah2 aku kena jaga kampung aku.. Ada 3 kampung, aku salah satu kg kena jaga.. Penat memang penat. Tapi, masih tak dapat lupa, bila kanak2 umuq 10-12 tahun menangis bila sesi motivasi..  :) ;(


Ini lah aku sekrang. tapi, eksyen sahaja. Dalaman dan ilmu?? masih lagi cetek. Aku perlu meneruskan perjalanan ini. Kadang2 aku malu. Bila orang tanya aku, aku belajar mana?. Kos apa? aku cakap UKM, ambik perubatan... Malumalu** bukan malu dgn kos, tapi malu dengan diri sendiri.. Title Perubatan or Medic itu tidak mampu lagi digalas aku.. berat jer merasa nie.. erk..1 Tahun telah berlalu.. kini tahun 2 akan melabuhkan tirainya, dapatkah aku melalui 3 tahun dihadapnku tanpa halangan?? tanpa Repeat?? Aku tak tahu, tapi aku akan berusaha.. walaupun usahaku tidak dpt dibandingkan dengan kejayaan kawan2 ku yg lain.. mereka teror.. takpa la mad sajuan (nama glamour), hang dah masuk medic nie.. terus ja., Jangan stop-stop.. dah masuk  teruskan. medic memang susah.. sapa kata tak susah.. tapi, kenapa orang lain boleh berjaya? kenapa aku tak ley?? sapa kata ??

p/s : Antara kurus dan Buncit serta boroi, mana satu pilihan anada?? hehe

1 comment:

Anonymous said...

slagi ner org laen ley wat..slagi tu kite xley bhenti..mlah kiter ley wat lg tbaek dr tuh,,slmat brjy..aja!!