Sunday, April 21
Thursday, March 28
Permulaan Baru
Assalamualaikum,
Hampir 2 tahun lebih aku tak menulis dalam ini, Sejak 2nd posting O&G dekat hopsital Taiping, hidup semakin bergerak laju. Hari hari penat bekerja dan belajar sebagai Houseman. aku teringat lagi, aku bangun pukul 430pg setiap hari, berjalan ke wad pukul 5pg, ward round bersama MO mula 6pg. Balik kul 5ptg. Kalau balik pukul 5 petang, itu dah bernasib baik dah.. (u know what i meant)
sekarang dah habis housemanship.
aku tengok batch houseman yang 1st time aku jadi MO pun dah start floating
how's the time flies.
so fast
i already completed housemanship
i already gained weight
i already successfully married to my Yahoo Messenger friend
I already owned my car (rent to the bank)
i already owned my home (also rental basis to bank)
i had owned so many things in my life at 29th year of life
yet,
too desperate to fullfill all my parents wish and hope
bila kau duduk jauh dari parent
sibuk dengan kerja
kau terlupa, mereka semakin tua
semoga kerja baik kita tolong family orang lain
harap2 orang lain tolong mak ayah kita kat sana
Friday, July 3
Tuesday, June 2
lima bulan suruh orang push
Asalamualaikum
Hai diri sendiri. Tetap menulis walaupun blog masih lagi di private kan. Only author can read it. hahah
POsting yang kedua aku masuk sebagai houseman adalah Obstretric and gynaecology. Untukkorang yang tak pernah tahu kisah aku. O&G merupakan subjek2 yang aku kantoi masa medicla student. sampai kena ambik extra exam untuk lepas.. Itu sebab sayang sangat dengan o&G nie.. krik krik krik..
Mula mula masuk O&G nie, memang membuhsanka. aku dengan member member kena tagging selama seminggu. Bila maksud tagging tu. Kena kerja kul 7pg till 10malam. BEfore office hours, cant do anything. After that hour, u can learn to conduct or rupture kan amniotic membrane. So, ver limited kuasa jajahan seorang tagger. Never believed by MOs, always underestimated by the specialist. And of course. The pain will make u better. better to do atleast can open their eyes.
HAri pertama aku off tag. (to be functional). AKu kena jaga wad Awing. (antenatal and postnatal). HAri tu memang amat mebcabar abagi aku. Senior aku kena panggil untuk tolong kat klinik. Tinggal aku sorang2 jaga satu wad. Clerk new patient, ambik darah, buat discharge summary, request itu, refer sana sini. tapi, Allah ada. Kan?
Yang paling aku tak ley lupa. Its around 120pm. suddenly ada seorang pesakit (telah IUD) cakap nak teran. PErgh... cemas gila aku dengan staff nurse. Buat speculum.Nampak kaki kat os. Damn.. Kelamkabut aku dengan staff nurse. "kak, kepik kak. Kepik" itu ayat yang kuat gila aku cakap. Suruh Staff tolak katil ke labour room sambil lari. aku call my MOs untuk bagitau kes ni . 1st time call MO. dengan selumber my mo cakap "hah, kau nak sambut kat katil ke? cepat ar aku tengah lapar ni"..... Kelamkabut gila.. Nasib MO dah tunggu kat labour room. Accidently dia tengah review pt kat admission room.. fuhh...
Day 1 of life already chaos. So, korang boleh la predict aku punya hari2 mendatang selama 5 bulan ( extend for 1 month sebab tak lengkap logbook.. hahhaa)
Yang aku selalu sangat kena remind diri sendiri. In O&G, never trust anyone.Never trust all POA from KK. Never trust your friend VE. Treat ur patient macam kau nak orang treat bini kau nanti. Jahit episiotomy tear as nice as anak dara. Gosip2 dengan patient bila tak sibuk... Korang kena cari sesuatu yang korang rasa tak terbeban dengan kerja seharian korang. Dan itu bukan masalah untuk aku. Sebab mulut aku banyak. So, aku stress.. lagi aku cakap banyak!! hahaha padan muka staff nurse kena layan ke aku pot pet pot pet sorang2. kalau tak dilayan, doktor kot. kena la tadah telinga. hahaa
anyway. when u treat patient well. never blind ur eyes towards ur staff. appreciate them. buy food. eh... fooddsss... diorang suka makan. macam aku. hahaha... Its chemistry bro. Best makan bila stress. Bestmakan bila sama2 kena maki dengan specialist
thanks staff nurse Labour room. 1/2 maternal ward. A wing. and B wing. at ward 19 jugak (walau aku secara totalnya hanya 3 kali jaga ward gynae.. hehhee)
learn as much you can
think and treat people nicely
do your job now like wat u must do in future/
hey... nanti kau dok kk sorang sorang. takkan nak wassap MO kau kot. hehehe
k bye
![]() |
| li ke tiga aku jaga ward 19. Hari kedua terakhir aku kat posting Gyne. Look. How peaceful my call. hahaha (post taufanni sebenarnya) |
![]() |
| Cute. Sudah lah kembar. Placenta pun asing2... Dasar. (milk test not done.. dah confirm DCDA) |
![]() |
| My Paeds friend. When i oncall. They cant not sleep well. hahaa |
![]() |
| ONcall. Habis shift kul 7. kul 8 pagi kena pergi clinic. So,,, apa lagi. Teleng la tido cam ni... Oncall eventful. Even MOs also sleep. hahaa |
![]() |
| selfie sikit |
![]() |
| bila malam yang sibuk. Tertiba ada orang datang reduce fetal movement. Bila tanya berapa minggu. 27 minggu... aishh... macam nak marah orang yg suruh pt tanda gerak sebelum 28minggu. grrr |
![]() |
| Very hardworking girl. |
![]() |
| NI merupakan geng2 malam jonah. 1 malam yang ada 14 delivery. Dan baby terakhir keluar p[ukul 6pg. SInce 5ptg non stop... fuhh... selfie laluh... |
![]() |
| regular food before start my oncall. since 2months in o&G, i requested for night shift. Because i too desperated to get away from some people. and i love to work with some people. so, adik kedai pun dah siap2 bungkus dan reserved makanan kat aku. Daily kot for 2 month. haha |
![]() |
| you see this. As houseman. You expected to REACTIVE kan all CTG in ward. hahhaa |
next step : Paediatri
Monday, December 1
Cerita konvokesyen degree
Assalamualaikum
Terlalu sibuk dengan hidup sebagai houseman di hospital taiping. Where people said the most best place to do many many hands on procedures. crossing finggers. haha
Untuk konvokesyen aku yang pertama dalam hidup. Misi utama aku bila dah tahu tarikh nak konvo. Aku plan betol2 aku punya OFF day dalam minggu nak konvo dengan ambik beberapa CR (Cuti rehat). Atleast dapat la 3 4 hari cuti berkonvo dan cuti berehat rehat
Menjadi tradisi medical faculty UKM, diorang akan buat kali majlis. 1 majlis kat depan HUKM (dewan bandaraya DBKL) untuk majlis mesra graduan dan 2nd konvo yang rasmi dekat ukm bangi. Baju konvo korang kena plan elok-elok Dah sibuk kerja, kalau tak dapat cuti. Pastikan bagi member yang rapat dengan kau pergi ambik. Jangan main suruh jer. Kang kau dapat baju konvo 3 minit sebelum majlis start. And, please keep your matric card until bila-bila. Kang susah nak ambik baju konvo.

Majlis Mesra Graduan
Dah beberapa lama tak jumpa member-member. Memang best sangat-sangat. Semua orang sibuk cakap tentang betapa disasternya hidup diorang kat hospital masing masing. Cerita itu. Cerita Nie. Gosiip tentang itu. Gossip tentang ini. And ofkoss.. korang akan layan je cerita masing-masing. sesi meluahkan perasaan kot. 5 tahun bersama. chewaahhh... Majlis ni dalam 2 jam je. Kebanyakkan diorang nak bagi hadiah kat budak-budak yang dapat Pingat Emas dgn beberapa hadiah kecemerlangan lain. Aku? menonton je la.. Nanti ler ambik hadiah time master nanti. hakhak

Majlis KOnvokesyen UKM Bangi
Majlis yang kitaorang dapat sesi Kedua. Ingat dapat salam dengan Cansellor. RUpanya NC sahaja. Sadiss... hahaa.. anyway. Suasana sangat serabut bila korang nak masuk pintu dewan. Sesak dengan orang yang dah habis nak kuar dan orang yang sama sesi dengan aku nak masuk. Yang paling penting, beradalah dalam kelompok yang sama. Kau main ikut jer. Selfie sana. Selfie sini. Janji bukan kau duduk sorang-sorang. At this time, korang dapat tengok sekor sekor muka happy member kau. Muka gembira yang kau dah lama tak tengok.
Waktu nak ambik scroll, sempat lagi aku posing kat mak aku yang duduk ambik gambar kat tepi tu. hahaha.. orang tengok pelik semacam je budak ni. ngenyih sorang sorang. anyway... just do your best to be happy and make your parent happy. :)
enjoy pic yang tak seberapa. Selamat konvo untuk korang yang akan datang. :)





jom bekerja semula
Tuesday, September 30
Induksi HO aku
Asalamualaikum
Perjalanan hidup bekeja aku bermula dengan program induksi Program Pegawai Perubatan Siswazah. Untuk houseman houseman perak, semua induksi kat Hotel Casuarina, aman Jaya. Tak ramai pun yang jadi houseman kat perak. Ada la beberapa orang untuk setiap hospital. Yang best, ramai pulak budak budak UKM kat sini. Apalagi. meneruskan legasi rasis kitaorang la... duduk bersama sama sepanjang 3 hari induksi. hahaha rasis sangat.
anyway. a good start for HO. Athe end of program, korang dapat 3% daripada apa yg diorang bagi. OK la tu kan.. kehkeh..
enjoy duduk hotel.
Pastikan bawak baju secukupnya
baju kemeja
tali leher
baju sukan
kasut sukan
dan bawak hati. mana tahu dapat mencari pelengkap hati. hehehehe


![]() |
| Makan 5 kali sehari. Penting untuk korang bawak perut ke program induksi. ok? |
![]() |
| Ni Geng SGD aku |
![]() |
| Budak lelaki melayu hahaha |
![]() |
| Pertemuan tak dijangka. Gambar depan belakang kot. hehehe kan dah suruh bawak hati sama-sama. Geng HO kat Hospital Taiping Intake September 2014 |
![]() |
| Geng UKM kat Perak |
Wednesday, August 20
Plan H
Asalamualaikum
selesai mendelete beberapa puluh entri. Semoga tak ada lagi yang menghantui diri ini. banyak salah dan silap dulu. Darah muda bergelegak katakan... Maybe. Now thinking about give something back to people.
Sunday, April 20
A Path of Life : Finish Undergraduate Course
![]() |
| Dekan Fakulti perubatan UKM dgn Timb Dekan Akademik mengumumkan seorang demi seorang pelajar yang berjaya lulus dalam peperiksaan akhir.. Berdebar bila tunggu nama disebut. Kalau nama tak disebut, secara automatiknya tahu bahawa diri tak lulus. Extend 6 bulan... cuak |
![]() |
| Bergambar dengan Prof Zul. Pengetua kolej merangka pensyarah kami. Subspecialist dlm urology |
![]() |
| Dengan tiga retis |
![]() |
| Dengan Nazeera |
Thursday, April 10
Tamat Pro Exam

Assalamualaikum,
Pertama sekali, segala puji bagi Allah swt tuhan Sekalian Alam. DariNya asal usul segala ilmu pengetahuan. Segalanya untuk mentauhidkan Allah segala Tuhan, kita sebagai hambaNya.
Hari ni adalah hari last ProExam. Selamat ditamatkan dengan Long Case dan Manned short Case. ACtually daripada hari Ahad haritu lagi serabut memikirkan tentang long case ni. Ya Allah, muka cool habis tapi dalam hati... Macam setan bergaduh sesama prebet. Cuak.
Bayangkan, Morning of that exam. Mandi rasa sejuk. Boleh rasa sendiri betapa palpitation jantung ni.. Kadang2 rasa macam dapat Angina pun ada jugak.. kehkehkeh... time to reduce some weight after this.
Long Case aku dapat kes Colorectal - surgery. Patient presented with per rectal bleeding for 4 years and progressively worsen past 2 months and electively admitted for an operation. Waktu cabut no untuk bilik mana yang dapat. Rasa cuak gila. Ye lah.. cabut nombor bilik, sebab setiap bilik ada seorang patient. Tak pasti dapat kes apa or kes department mana.. At that time, around 3 minutes before the bell ringing to start 45mins. Terasa kosong. Just tenangkan diri dan fikir macam clerk patient sebelum ward round waktu posting dengan Mama Bil. Ehekehekk..
ALhamdulillah, history went smooth. CUma patient tu Chinese man. So, dia ada beberapa benda dia tak dapat nk sebut dlm melayu dengan difahami.. Tapi, he very very baik hati. kehkeh.. Thanks uncle. 10 mnutes last sebelum masa habis. Kelam kabut nak check Pallor (anaemia), CVS (pt hx of heart failure recently), Abdomen for any mass (pertaining to complaint). and Per Rectum. The per rectum actually a little bit cinfused. I am supposed to do or not.. Fikir2, Just do it. Nothing wrong. And, its important physical examination in this case. 45 minit memang tak cukup. Seriusly cakap. Allah bagi aku tenang sikit. Syukur.
Bila time presentation tu dengan Consultant colorectal (main examiner) dengan consultant o&g (2nd examiner). Aku punya gagap memang teruk gila waktu ni.. Masyallah, im trying my best. Walau berbelit-belit lidah. Just do it. Not sure just say do no. Everything u sure just said it. Even do no, try to lead to another questions that answerable. ahahakk..
Short case petang. Dapat Name Tag pink. MUla-mula dapat kes Thyroid nodule, uterus larger than date, newborn screening and last sekali facial nerve palsy. setiap stations aku rasa macam tak perform. Walaupun examiner yang jaga tu dikenali dan so-so, masih cuak. Peluh?? Aku rasa macam dah mandi. Setiap rest station kena lap peluh and lupakan yg lepas. Fokus untuk tenangkan diri untuk next stations. Alhamdulillah, its work. Tapi, macam biasa lah.. gagap gagap gagap... Ya Allah, aku redha dan sabar dengan ujian ini. Ampunilah dosa ku setiap saat aku redha.
Overall, Alhamdulillah untuk hari ini. Hati cuak untuk menunggu result pada hari Rabu ni. Sangat berharap untuk lulus.
Berharap dengan sangat.
Insyallah, muntaz.
ok lah. Mata dah sakit. Dada dah start balik sakit. Kepala berdenyut2... Its time to focus on health. Erk... time untuk tido. huhu

oklah..
kbai
Sunday, April 6
Sunday, March 30
Pro Exam

Cute tak ? hahaha.. aku tak ada idea nak guna background warna apa. Saja merosakkan facebook rasmi persatuan. Kan... dah sapa bagi password kat aku. Aku taram je la... haha
uhuk huk...
disaat aku menaipni. Sesungguhnya, jantung aku sangat palpitation. Laju sampai tido tak lena... Ya Allah, besar ujian Mu kali ini... Sejak tahun 1 aku meniti liku-liku yang orang lain tak pernah lalu,
Ya Allah, kuatkan pemahamanku, kembalikan apa yg aku lupa, permudahkan untuk ku ya Allah... Aku mohon ya Allah, bagi lah aku lulus exam kali ini... Aku mohon dengan sangat. Aku mohon dengan sangat.... Kau tahu ya Allah, apa yg ku rasa. Kau tahu ya Allah, siapa diriku... aku memohon pertolongan dariMu... Aku mohon dengan sangat...
1 Day unmanned osce
4 day theory papers
1 day Clinical Exam (long case + manned osce)
YaAllah... Bantu aku ya.
Friday, March 21
Khamis

Assalamualaikum,
Khamis yg lepas. Menerima satu berita tentang keluarga di kampung. Hati berbelah bahagi sama ada nak balik atau tak. Dengan exam yang seminggu lagi tinggal. Fuhh... Dugaan. Telefon mak.Mak cakap ok. ADa apa-apa baru dia bagitau balik. at the end of the day, he improving by urut.
Suddenly i realise.
terfikir jugak kalau-kalau aku kerja kat luar. (oversea) seperti sabah ke sarawak ke. Kalau jadi apa2 kat kampung. Boleh ke aku balik secepat yg boleh?
thinking.
Last week of study week. Lots to read. Lots to learn. And definitely. To submit KKM form for housemanship placement.
Still thinking.
May Allah ease my path
Friday, March 14
Hujung Minggu Pertama
Dari semalam. Khamis dan Jumaat. Mood untuk belajar sangat-sangat menduka cita kan. Asyik nak tido sahaja. Daripada pengalaman aku sebagai yearly repeater, ini tanda2 stress dan tekanan. So, dont dare to buat lawak bodoh buat masa ni. Mood swing.
Ya Allah...
Bila aku tak tenang. Aku mohon agar ketenangan.
Engkau memberiku kegembiraan orang-orang disekelilingku
Tanpa diduga. Spontan.
Terima kasih kerana memahami aku.
Engkau sebaik-baik kekasih...
study utk teaching budak 3rd year esok. Ahakszzz
Sunday, March 9
Hidup berexam
![]() |
| Tertiba rasa macam kurus pulak posing gini. nasib tak da orang kat sebelah. |
Assalamualaikum
Day 2 of Study week towards ProExam
Kalau mengikut perkiraan, hari ni perlu revise paediatric (hampir 1tahun tinggalkan) sebelah pagi petang dan ENT pada sebelah malam. Kena combine untuk pastikan cover topics as much as possible. Tapi. bila tengok balik semua nota dan buku teks. Adeih... mana aku nak mula ni? confius nak start dari tajuk mana. sigh... Alamatnya cari bank soalan dan study berdasarkan soalan2 yg berkaitan... pity me.
sedar tak sedar.
sudah lama hanyut dalam dunia keglamoran, kesenangan dan ke"smooth"an.
semakin lama. semakin malas nak cari Dia
Allah...
Dear Allah.
i need You. Always.
Please guide me. Plez ensure Im always with you.
please.
susah bila menjadi orang senang.
Selalu lupa asal usul.
macam aku.
ps: Selak sehelai demi sehelai buku Dhingra ENT. adeih...
Saturday, March 8
Takdir.

Assalamualaikum
hari pertama di study week menuju sukses profesional exam digemparkan dengan kehilangan kapal terbang MAS (Malaysia Airlines) ketika penerbangan dari kuala lumpur ke Bangkok.
Innalillahiwainnalillahirajiun.
disaat wanblur menulis ni. Masih tak ada khabar berita. Yg ada cuma unofficial news dari unofficial reporters kat facebook. (everybody want to investigate and be a reporter)...
teringat drama serial Air Crash Investigation dekat astro dulu.
tiada daya kuasa melainkan dengan izin Allah swt. Tuhan yang satu, di langit dan dibumi.
Tuesday, March 4
Meniti hari terakhir di Hospital Teluk Intan

Assalamualaikum
Sbeenarnya, agak lama tak menulis dan merajinkan diri untuk menulis. Tapi, diakhir-akhir usia ni. Kena tulis sesuatu untuk orang2 yang akan mendatang. Moga beroleh intipati yg berperisa karipap ubi daging.
Last week in last posting. WHat you you expect?
Minimize masa untuk berkeliaran di wad. Lakukan yang penting dan beneficial sahaja. Perbanyakkan rujuk selepas tengok kes kat wad. Their details. And, the repeat it until balik HUKM. Sbenarnya. banyak sangat berulang alik dari teluk intan ke HUKM. Mula-mula sebab dinner ktdi, then sebab interview SPA, dan exam forensik. Khamis ni pulak bas HUKM tak datang dah sini untuk CPT/ Clinical Proficiency Test.
fuhh.. travelling. tiring. walaupun bukan aku yg driving.
Exam dah dekat. Mood kelaut china selatan.
Ya Allah... please. Guide me.
Monday, January 13
Ya Rasullah,
Ya Rasullah,
Dikala ketika ini.
Aku masih merasakan, betapa jauhnya aku dari ajaran yang engkau bawakan.
Mulut dan percakapan semua boleh diselindung
namun, hati ini....
Semoga Allah meredhai Islam agamaku,
Mohon pertolongan dalam mencari cahayaMu Ya Allah.
A poem by Cranky Old Man
Cranky Old Man
What do you see nurses? . . .. . .
What do you see?
What are you thinking .. .
when you're looking at me?
A cranky old man,
. . . . . .not very wise,
Uncertain of habit .. . . . . . . .. with faraway eyes?
Who dribbles his food .. . ... . . and makes no reply.
When you say in a loud voice . .'I do wish you'd try!'
Who seems not to notice . . .the things that you do.
And forever is losing . . . . . .. . . A sock or shoe?
Who, resisting or not . . . ... lets you do as you will,
With bathing and feeding . . . .The long day to fill?
Is that what you're thinking?.
Is that what you see?
Then open your eyes, nurse .
you're not looking at me. I'll tell you who I am . . . . ..
As I sit here so still,
As I do at your bidding,
.. . . . as I eat at your will.
I'm a small child of Ten . .with a father and mother,
Brothers and sisters .. . . .. . who love one another
Brothers and sisters .. . . .. . who love one another
A young boy of Sixteen . . . .. with wings on his feet
Dreaming that soon now . . .. . .
Dreaming that soon now . . .. . .
a lover he'll meet.
A groom soon at Twenty . . . ..my heart gives a leap.
Remembering, the vows .. .. .that I promised to keep.
At Twenty-Five, now . . . . .I have young of my own.
Who need me to guide . . . And a secure happy home.
A man of Thirty . .. . . . . My young now grown fast,
Bound to each other . . .. With ties that should last.
At Forty, my young sons .. .have grown and are gone,
But my woman is beside me . . to see I don't mourn.
At Fifty, once more, .. ...Babies play 'round my knee,
Again,
we know children . . . .
My loved one and me.
Dark days are upon me . . . .
My wife is now dead.
I look at the future ... . . . .
I shudder with dread.
For my young are all rearing .. . . young of their own.
And I think of the years . . .
And the love that I've known.
I'm now an old man . . . . . . .. and nature is cruel.
It's jest to make old age . . . . . . . look like a fool.
The body,
it crumbles .. .. . grace and vigor, depart.
There is now a stone . . . where I once had a heart.
But inside this old carcass .
A young man still dwells,
And now and again . . . . . my battered heart swells
I remember the joys . . . . .. .
I remember the pain.
And I'm loving and living . . . . . . .
life over again.
I think of the years
all too few . . .. gone too fast.
And accept the stark fact . . . that nothing can last.
So open your eyes, people .. . . . .. . . open and see.
Not a cranky old man . Look closer . . . . see .. .. . .. .... . ME!
ps : At my twenty. What will happen at my fifty?
Sunday, January 12
Makan Free
Asalamualaikum
Hari sabtu yang lepas seperti telah dirancang. Kebetulan dengan fenomena Maniac selepas hari POstig Medical. Orang-orang berjawatan besar untuk program MUASRM aka program research dekat UKM buat makan malam untuk semua exco/ ajk bawahan termasuk dayang-dayang, hulubalang, kerabat diraja dan dif-dif kehormat. Lokasi kali ini adalah dekat Hotel Concorde, Kuala Lumpur Malaysia.
I Very excited bila makan free !!
Ni first time makan kat sini. So, dengan berkat GPS member. Berjaya sampai tepat pada masanya. Bila dah sampai, parking lot kat concorde dah full. Terpaksa park car dekat menara sebelah dia. ICMBBBB apa ntah... Parking fee quite mahal tapi murah dari concorde yang sebenar. Kitaorang kena bayar sepuloh ringgit untuk perentry. Kalau kat concorde, dalam duopoloh inggit. Nasib baik park oncorde penuh!! heee...
Overall konsep. Makan selagi boleh selama 3 jam. Bermula 730 hingga 1030. Sistem Buffet. Tak rugi aku pakai baju yang besar sikit malam tu. Boleh la makan banyak2 bagaikan tiada istilah Choking!! Overall, aku melantak ayam, meatball, grills, salmon grill, bebola ikan, fish ring, dan semua yang normal. Kalau makanan separuh masak, sushi atau sayur, memang takada den nak sentuhnya. very fussy okeyh!! cukuplah aku dirrhoea seharian sampai dehydrated masuk yellow zone sebab raw food. hahaaa... Kenangan dulu. 3 tahun yang lepas.
Yang paling bestnya, ada satu band yang pergi dari satu ke satu meja untuk menyanyi lagu. Suara diorang memang gempak. Kuat, lantang, sedap sangat dan very ***** (tak tau nak cakap macamna.. best sagt). Aku rasa, kalau diorang masuk AF, confirm juara AF or finalist AF yg baru ni. Menangis atas kekurangan diri sendiri. Jauh bezanya (hiperbola berbola)
Tengah melantak. Budak2 ni riuh rendah nampak artis. Mula-mula Maya Matahari. Then, Azlee Jaafar / Azlee Senario. Hahaha... Habis dari satu meja ke satu meja kitaorang tangkap gambar dengan abg Azlee. Beliau sangat peramah dan layan jer. Kepala gila-gila jugak.. Very sporting. Walaupun dia tengah dinner dengan member-member dia.
30 minit sebelum masa habis. Perut dah menegang bagai ada contraction nak beranak. Agaknya ini sakit nak meneran. Penuh sampai unable to tunduk. DIstended bowel. DIstended stomach. Saat-saat akhir dipenuhi dengan sesi bergambar bagai dah habis pro exam. RIuh sakan. Aku rasa, orang lain mesti tengok dengan penuh hairan. Kitaorang yang sangat kejakunan ini.. Anyway. Ini tahun akhir. Persetankan apa yang orang nak cakap. Just do anything yang tak langgar rules.
Balik asrama dengan distended bowel. Kena guna dua pillow untuk tido. Saat tidur yang paling enak rasanya malam tadi... Tido tanpa mimpi. Tenang. Kekeyangan... Alhamdulillah.
So, menulis dah tak da idea. Tengok gambar je lah erk. haha
![]() |
| Dari depan ke belakang : Abbas, Zhafir, Syahmi, Zulhilmi, Shawal shah, Imran, Nazrin, Qazreen, Kamarol, Azlee Senario, Muhaimin, Azrul dan aku. |
![]() |
| Bersama penasihat program iaitu Prof Salam dan Prof Ruszymah |







![]() |
| Alamak, Kenapa bulat sangat aku.??!!! Omaigod.... Nampak one Pack. |
![]() |
| The ladies : Liyana lily, Nadiah, aishah, aziyati, Prof Ruszymah, Tehah, Mah, fatin syahirah, syairah sulaiman, tehah datin, kema, syaza, alun, syuhada dan syeka rimau. |
XOXO. - Lisa surihani @ladyyusri - Istanbul aku frust.
Masa untuk study dan study. Esok Isnin. New posting. Posting Finale.
Dear Kuda Biru.
Good luck Colorectal Team.
eh, Who want me to do Per Rectal ?? haha
Subscribe to:
Posts (Atom)



























