Wednesday, October 30
Tuesday, October 29
Jaga sikit mulut. shhh...
Sejak kebelakangan nie, semakin menjadi jadi pulak syaitan-syaitan bergelak ketawa atas kekurangan aku. Syaitan yang pernah hadir satu ketika dahulu dan pergi. Walaupun aku ni nampak relax dan cool macam nak mampos, jangan sampai ia sampai limit.
Siapa kau untuk mempersoalkan diri aku?
Ikut suka aku nak couple berapa kali.
Ada aku kacau kau dan kau?
bitch.
Aku harap sangat dakap tampar muka dia dan dia bila diorang bergelak ketawa mengutuk aku. Aku hanya sangat.
Dear Ex 2008-2010. Mulut jangan nak puaka sangat.
be careful,
kbai.
mood nak study naik mendadak.
Sunday, October 27
Stress
Assalamualaikum,
Hujung minggu yang sangat membosankan. Dengan keadaan yang sangat stress sebab esok ada mini CEX yang kedua di KK Batu 14. Tekanan demi tekanan membuatkan otak blur. Otaktak mampu berfikir. Rasa sunyi keseorangan. Rasa semakin jauh dari Dia. Seriusly, seandainya ada yang bisa aku kongsi rasa tanpa sebarang kecurigaan dan sifat manusia. Pasti mereka sadis.
Jumaat dan sabtu yang hanya aku dan Dia yang tahu.
Please, guide me.
Salamsayangcintadankasih
Saturday, October 26
Seminggu di KK Batu 9
Asalamualaikum,
Hari jumaat malam sabtu. Tak tahu nak buat apa kat bilik. Mood happy sebab kelantan menang separuh akhir. DItambah duit jpa masih belum masuk. So, sebagai pelajar yang berhemah. Kita duduk dalam bilik, buka buku dan layan facebook. erk!!
Seminggu dekat Klinik Kesihatan Batu 9, Hulu Langat. Pertama kali datang sini memang jakun macam hape ntah. Nak pergi klinik antenatal rasa takut. Nak pergi clinic outpatient rasa gerun. Last-last pergi dekat Emergency Department. lepak sambil tolong-tolong abang MA dan Staff nurse dekat situ.
Pertama kali dalam sejarah hidup wanblur. Buat ECG sampai nak muntah. Buat dressing untuk diabetic foot ulcer sampai tangan berbau ulcer discharge. Ambik darah macam orang kemaruk janda muda. Terima kasih kepada MA en Azahar, MA yg sorang lagi dan 2 orang kak staff nurse yang layan kitaorang. Sanggup diorang bagi kitaorang belajar dan praktis procedure dekat sini. Daripada teragak-agak ambik darah, alhamdulillah. Tangan dah tak mengeletar dah selepas trauma tempoh hari. Its improving. O Allah, thanks for this gift.
Terima kasih En Azahar sebab:
- bagi aku cucuk IM ATT untuk pesakit yg baru kena gigit anjing
- bagi aku cuci DFU sampai berbau tangan. heee ambik ko. Nak sangat kat!!
- bagi aku cucuk IM FLuxatine kat buttock seorang pesakit.
- ambik darah yang macam orang gila
- ECG bagai
- ajar PEFR dan nak bagi Nebulizer kat acute patient.
- suture luka kecil-kecil.
Banyak jumpa pesakit yang berusia. Cina ka melayu ka india ka. Mereka lebih jujur dan mesra berbanding yang muda. Mungkin yang muda belum sampai tempoh matang. ahakkzzz
ok lah.
jumpa seminggu lagi. Sibuk mensyudi diri. Fokus pokusi
sejam di unit rekod KK Batu 9. Membantu kakak-kakak unit rekod cari fail pesakit secepat yang mungkin. Manual okeyh.. satu persatu kena belek. Ni baru satu sudut rak. Semua rak ada 9. So, bilang sendiri. uhukk hukk.. |
Thursday, October 17
Raya Korban 2013
"Selamat Hari Raya Aidiladha kepada anda sekeluarga daripada shazwan azizan dan bakal isteri" |
Assalamualaikum
Sambutan hari raya yang ke lima di perantauan dan yang ketiga beraya di PPUKM, cheras. Sebenarnya tak ada cerita yang menarik untuk dikongsi. Cuma raya korban kali ni, pertama kali involve dalam meng"korban"kan lembu bersama-sama staff. Pertama kali potong daging, pertama kali patahkan tulang, dan kali pertama potong tulang rusuk lembu... lol. Newbie sangat. lepas nie kena praktis selalu sebelum buat postmortem kat hospital daerah nanti. Nak pastikan berskill. heee
ok. bosan.
enjoy yay pictors
praktis postmortem |
housemate bahagian timbang daging. Aku bahagian potong tulang. |
haiwan korban yg akan membawa tuannya nanti. Insyallah... |
Makan makanan raya air tangan housemate (shawl) |
Ok.. Ni juadah di pagi raya aku. very sadis. heeee... |
bye.
Sunday, October 13
Ujian
keluarga di kampung sedang bertungkus lumus dengan keadaan syafiq dekat wad. Discharge from Hospital Melaka with Dengue Fever. Re-admitted at Hospital Sultanah Bahiyah due to dengue fever with suspected leptospirosis. high grade fever, jaundice, hepatomegaly, meningeal signs. sigh.... aku? duduk menghadap kerja yang tak sudah di kuala lumpur. belajar untuk menjadi doktor untuk masyarakt, keluarga sendiri terabai... sigh. Ini bukan keluhan, cuma pandangan peribadi untuk orang yang nak masuk medik.
dear syafiq, you will be fine.
Saturday, October 12
Friday, October 11
Tuesday, October 8
Day 2 of life, Day 1 of intubation
- sila lihat pos sebelum ini untuk perkembangan kebelakangan ini-
Assalamualaikum,
Definition wanblur:
Day 2 of life = Hari kedua berada di posting Family Medicine (perubatan Keluarga)
Day 1 of intubation : Hari pertama clinical teaching dengan pensyarah FMS. Terlalu banyak yang disumbat sehingga spO2 less than 85%.
Sebenarnya sangat kagum dengan pensyarah Family Medicine (Dr Shahar). beliau sangat baik dan banyak sangat mengajar. Satu persatu beliau ajar. Bagi begitu banyak benda untuk dipelajari. Ohsemmm sangattt... (dalam hati, perit)
Sudut pandangan seorang FMS (family medicine specialist) nie sangat unik. Merangkumi Biological,physiological dan socialogical. Kadang2 aku terutamanya, terlalu khusyuk nak habiskan history taking dan terlalu consent dengan apa masalah patient aku. HOPI paling penting bagi aku. Ofkoss! tapi, tanpa disedari, im treating "patient as patient, not patient as person". Sentap hati mak!!
Walaupun otak sangat penat dengan kebodohan, dihimpit dengan fizikal yang letih sebab perjalanan 14 batu dari hukm ke kk Batu 14 (i guess so...), Sangat teruja untuk belajar dan menjadi sebaik FMS. "Treat patient as person". Sama seperti idola wanblur cakap Prof Hatta, "Treat patient like your siblings, your parent"
Moode: Teruja dalam kepenatan.
Monday, October 7
Day 1 of Family Medicine
Terkenang awan di Teluk Intan. Langit senja yang menarik dan menambat hati sanubari... oh, aku tergoda. |
Hari pertama Posting Family Medicine adalah hari berjalan-jalan untuk semua orang. Pagi-pagi bergegas masuk kelas dengar taklimat daripada ketua modul. Lepas tu sesi lawatan cik kiah ke Pusat Premier UKM di Bandar Tun Razak, Klinik Kesihatan Batu 9 dan Klinik Kesihatan Batu 14. Insyallah, akan berposting seminggu di setiap tempat secara bergilir-gilir. Untuk minggu pertama, KK Batu 14.
Hari pertama. Banyak yang dipeningkan. Jadual posting yang sangat padat. Dan log book yang sangat-sangat banyak nak dipenuhkan cop-cop. Adusss... Lagi paroh bila, sedar akan betapa sedikit cikonetnyer ilmu didada. Dah lama tinggalkan medical yang besar skopenyer ini. Sebelum nie lebih kepada posting yang tertentu iaitu Paeds (kanak-kanak) dan O&G (orang mengandung)... O Allah, give me strength. Give me opportunity to learn some of your knowledge.
My sis bagitau, syafiq masuk wad sebab denggi. Mak nak pergi Hospital Melaka untuk jaga tapi terpaksa tunda selepas ayah tertiba migrain dengan muntah-muntah... Hurm.. Aku? aku di Kuala Lumpur tanpa dapat membantu. Useless... sigh.
k. esok aku gedik2 lagi dalam blog. haha
Friday, October 4
TO her
Lepas nie bawak payung kecik dalam beg sekolah deh. Jgn feeling2 hindustan main hujan. Jaga diri
Thursday, October 3
Rindu bertandang
Hari rabu yang sangat memenatkan. Tidur malam sebelumnya yang terlewat dari jadual biasa. Menyibukkan diri siapkan pembetulan case write up. Berkejaran menuju CPC pukul 8pagi. Berlari naik tangga untuk print report dekat perpustakaan. Adrenaline semakin meningkat selepas bergegas masuk OT untuk emergency caesarean section. Then, observe another two surgical procedures until 12noon. Teaching with supervisor from 2 till 5pm. Exhausted.
bila penat dan dipenatkan nie, selalunya rindu pada seseorang yang kita sayang. Confirm datang bertandang. datang tanpa dijemput. datang membawa rindu...
Sebenarnya tak expect si NAA membalas mesej pun. Tertiba rasa macam she has a problem. Just texting some motivational message. And yippi!! she replied it. Masa tu, satu perasaan yang datang. Rasa happynya walaupun mengantok nak mati. Its about a long time ago since our "sweet-gula" mesej...
#feeling grateful
ps: tidak pasti adakah itu tanda kembali atau tanda supaya kembali bersama?.. aku. konfius.
Tuesday, October 1
berbalas lirik
Assalamualaikum,
sebenarnya baru balik daripada merajinkan diri cover beds untuk daily ward round. Minggu terakhir dalam perjalanan untuk menjadi pakar sakit puan (Obstetric & gynaecology). fuhh... penat dan memenatkan wehh...
Berbalas lirik. Walaupun blog ditulis dalam keadaan private. (akan dipublic kan selepas beberapa bulan). Hari nie, ada seseorang memuat naik dalam erti kata English Upload sebuah lagu. So, hanya untuk membalas lirik-liriknya. (seandainya ia ditujukan kepada aku. Well, aku memang selalu perasan bila budak NAA tulis sesuatu... haha)
Jom hayati lirik
Lirik Budak NAA
Entah mengapakah hatiku bergetaran
Bila bertemu lagi oh! kekasih lama
Ku cuba selindungkan api keresahan
Namun perasaan ini berapi di dalam
Ku kira angkau sudah melupakan
Kerna itulah engkau nampak tenang
Lainlah aku walau ketika ini
Masih membara ingatanku terhadapmu
1
Ku singkap kenangan dulu
Sewaktu kasih berputik
Kugenggam erat tanganmu
Kau tunduk sembunyikan wajah
Namun dapat aku meneka hatimu
Sehati denganku
2
Lalu kau mendongak berbalas renungan
Dan dengan perlahan tangan kau lepaskan
Kau pun berlalu dalam kepekatan malam
Tinggal aku seorang
( ulang 1, 2 )
Terhenti lamunan bila ku dikejutkan
Engkau dipimpin pergi oleh seseorang
Dalam keterpaksaan kau melangkah kaki (pergi)
Namun sempat jua kau menoleh ku disini
Bila bertemu lagi oh! kekasih lama
Ku cuba selindungkan api keresahan
Namun perasaan ini berapi di dalam
Ku kira angkau sudah melupakan
Kerna itulah engkau nampak tenang
Lainlah aku walau ketika ini
Masih membara ingatanku terhadapmu
1
Ku singkap kenangan dulu
Sewaktu kasih berputik
Kugenggam erat tanganmu
Kau tunduk sembunyikan wajah
Namun dapat aku meneka hatimu
Sehati denganku
2
Lalu kau mendongak berbalas renungan
Dan dengan perlahan tangan kau lepaskan
Kau pun berlalu dalam kepekatan malam
Tinggal aku seorang
( ulang 1, 2 )
Terhenti lamunan bila ku dikejutkan
Engkau dipimpin pergi oleh seseorang
Dalam keterpaksaan kau melangkah kaki (pergi)
Namun sempat jua kau menoleh ku disini
Lirik yang mampu aku balas . (ahak, XOXO)
Aku tahu ini semua tak adil
Aku tahu ini sudah terjadi
Mau bilang apa aku pun tak sanggup
Air mata pun tak lagi mau menetes
Alasannya seringkali ku dengar
Alasannya seringkali kau ucap
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa yang telah kau lakukan kepadaku
Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas telah berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati
Mungkin ini jalan yang engkau mau
Mungkin ini jalan yang kau inginkan
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa, ceritanya apa, aku tahu
Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas telah berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati
Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas telah berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati
Ku terima walau sakit hati
Aku tahu ini sudah terjadi
Mau bilang apa aku pun tak sanggup
Air mata pun tak lagi mau menetes
Alasannya seringkali ku dengar
Alasannya seringkali kau ucap
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa yang telah kau lakukan kepadaku
Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas telah berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati
Mungkin ini jalan yang engkau mau
Mungkin ini jalan yang kau inginkan
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa, ceritanya apa, aku tahu
Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas telah berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati
Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas telah berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati
Ku terima walau sakit hati
* after few months, aku sedar. tidak layak diriku untuk dirimu.
bye
Subscribe to:
Posts (Atom)