Assalamualaikum,
1 Jun 2013. Terlalu banyak invitations untuk wedding kawan-kawan. (banyak dalam erti kata lebih daripada 1). Daripada yang nun jauh di kedah, nun jauh di johor, dan 3 kenduri di kawasan selangor. Banyok-banyok... aish.. Tapi jangan risau, semua aku tak pergi. Ada beberapa kerja perlu dilakukan. Sorry geng. Nanti aku jemput, korang kena datang!! Wajib. haha
Teringat beberapa minggu yang lepas. Tersilap wedding wish untuk member rapat. Punya la karang madah-madah untuk renungan sebelum bernikah. Semua kosa-kata dan tatabahasa dijaga rapi. Tapi selepas beberapa minit, baru sedar. Hari betol, cuma bulan terawal sebulan. Damn... Itu pun sebab tuan empunya diri yang balas siap gelak sampai terkocak perut. grrr.. Ini semua salah anwar ibrahim! silap save dalam handphone....
kepada yang dah berkahwin, selamat pengantin baru yok. Moga diberkati dan diredhai selalu gamaknya... Moga perkahwinan yg dibina memberi ketenangan kepada setiap jiwa didalamnya, keluarga sakinah. Insyallah,
p/s: Melalut ke laut selepas pump beberapa kilo malam tadi. Harap boleh kekal pump untuk 3-4minggu. fuhhh...
bye
1 comment:
ehhh ada pulak mcm tu. tu lajadiknya kalau kawan kawan yang banyak kawen.^^
Post a Comment