Bersyukur dgn rezeki kurniaan Allah |
Assalamualaikum,
Dalam entri kali nie, wanblur nak share sikit la tentang baucar yang baru dapat baru-baru nie. Ini kira kali kedua wanblur dapat. Semester lepas banyak digunakan untuk membeli buku-buku untuk tahun 4. So, kali nie disebabkan semester semua dah habis. Tengah tunggu result. Tak ada la buku nak dibelikan.
Ada orang cadangkan wanblur beli novel. Oh no, terlalu sukar dan ketidaksenangan untuk wanblur meluangkan masa menelaah novel-novel itu. Nak membaca blog-blog dekat laman maya nie pun masih merangkak-rangkak kemalasan. So, decide untuk beli beberapa buku yg wanblur pinjam dari member untuk semester yg lepas. Walaupun semester dah habis, mungkin berguna di tahun 5 nanti. (insyallah, dapat masuk tahun 5 seperti dirancangkan)
btw,
awal minggu nie, wanblur ditimpa kesulitan sikit. sabar. Kaki tiba-tiba sakit dan membengkak. Dr suspek ada fracture tapi buat xray. Semuanya ok. Then, diorang decide just soft tissue injury dekat 1st left metatarsal. Lepas dua hari makan diclofenac. Bengkak berkurangan dan sakit pun beransur pulih. Syukur. Allah beri peluang untuk sembuh dengan cepat melalui ubat itu. Kalau Dia tak bagi, makan berhari-hari pun tak sembuh jugak. Allah, kunci segala penyembuhan. Ucaplah syukur, Alhamdulillah... (nada dan irama seperti alhamdulillah oleh Raihan)
Gambar atas nie adalah gambar semalam (isnin). Merah dan bengkak bak air sirap bandung. slurrrpppp... Pergi exam last (osce triad) dengan hanya memakai kasut selipar dgn white coat. Teserlah keotaian... kasut selipar bro masuk exam. Kasut hitam tak muat. bengkak sangat. haha.. Terjengkik-jengkek bergerak dari satu station ke station soalan yg lain. Naseb baik dekat.
Bangun pagi hari nie. Tengok kaki dah okeyh sikit. Kurang bengkak dan sakit. Terus niat nak pergi beli buku. yelah, buhsan kot duduk dalam bilik asrama sejak seminggu yg lepas disebabkan exam. Mula-mula pergi kedai buku dekat sogo (LRT Bandaraya), then naik rapidKL ke kedai Kamal (depan HKL). Dalam dua jam, selesai penggunaan baucar buku.
Habis bershopping tak ingat dunia. Baju basah dengan peluh disebabkan berjalan kura-capek... sampai bilik, letak semua barang. Adoiii,,,, sakit gila kaki. damn. Masa bershopping tak hengat sakit. haha... pity me. Time to take analgesic. haaaa...
p/s: harap2 semester depan dapat lagi baucar. Harap2 dapat naik tahun 5 tanpa masalah. Minta-minta exam yg lalu semuanya lulus. amin..
kisah BB1M korang pulak gmana??