Friday, February 8

Saat Jatuh



Assalamualaikum


Kadang-kadang hidup ini tak seindah yang diimpikan.

Kalau dalam mimpi, mestilah benda-benda yang happy-ning duoplohpat jam. Realitinya. Selalunya saat gembira dan disukai itu hanyalah "seciput" kalau nak dibandingkan dengan kesusahan yg dilalui.

Kenapa?

Sebab Allah nak kita berusaha untuk mendapatkan sesuatu.
Sebab Allah nak kita rasa betapa happynya bila dapat sesuatu yg diusahakan

Then, bila benda yg disukai tu hilang. Kenapa kejap sangat?

Sebab Allah nak kita berusaha yg lebih baik dr usaha sebelum itu. Dan merasai kemanisan yg lebih-dan-lebih lagi. Sayang kan Allah kat kita.

Cuma,
Kadang-kadang kita selalu mengeluh. Bila berusaha payah, saat dapat sesuatu yg diimpikan. Terlalai. Lupa siapa yang memberi kekuatan untuk berusaha. Lupa tanpa Dia, we are nothing.

Sebagai contoh, dulu semasa wanblur tingkatan 1. Disekolah harian biasa, budak-budak akan dibahagi-dan-ditolak ke beberapa aliran. Aliran Sains yang pelajarnya banyok kerenahnya. ALiran Agama yg pelajarnya rajin dan sopan-santun.

Dulu semasa berada dalam peringkat Menengah Rendah (form 1-3). Memang bersaing habis dengan budak-budak dalam kelas. Nak dapat nombor satu. Nak dapat hadiah masa Majlis Anugerah Cemerlang. Hari-hari pergi sekolah walaupun sakit. Dalam kelas tak tidur. Kerja sekolah 98% complete. Cuma, lagi 2% kadang-kadang tiru jawapan member. Dari awal hingga Form 3. Tak number 2, mungkin number 3. Untuk aliran biasa la... Happy uollzz. Sapa tak happy. Makpak la yg paling happy. Tak segan datang sign report card.

Sedang happy dgn kejayaan. Impian tinggi, wanblur impikan nak jadi Pelajar Terbaik PMR. ALhamdulillah, dapat 8A. Suka. Tapi, belum layak. Ada lagi 9 orang pelajar aliran agama yg full 9A. Sedih sangat. Rasa sangat-sangat unfair. Tokoh pelajar tu dari aliran agama (kawan wanblur jugak). Sedih. Seminggu down. Berkabung.

DIsaat mood swing ke lembah durjana itu.

ALhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Allah berikan wanblur peluang masuk lawan Elektronik KHB peringakt negeri. Merasai kemenangan tempat no 1.
Allah berikan wanblur peluang untuk berpindah sekolah untuk mencari suasana yang baru.
Allah berikan wanblur peluang untuk menilai siapa kawan yg betul-betul kawan.

DIsebalik kegagalan impian yg menggunung itu, Allah berikan sedetik kegembiraan. Cukup. Cukup untuk memenuhi kehendak diri. Alhamdulillah.

Disini, wanblur bukan nak membangga diri dengan kejayaan silam. Tidak layak sama sekali untuk wanblur beriak dengan kejayaan itu. Itu anugerah Allah. Mungkin kini, anugerah itu sememangnya hak milik Allah. kunfayakun.Wanblur pun masih mencari jalan-jalan hidup wanblur. Macamana nak mencorakkan untuk masa depan yg memuaskan. Jauh lagi...


So, peringatan kepada diri sendiri yg kerdil ini. Mungkin sekadar bacaan untuk readers yg lebih berusia/ muda. Jangan Bersedih. Jangan Merungut. Yakin dengan Allah. Anggap kita sedang ambik peperiksaan KEHIDUPAN. tempoh masanya adalah selagi nyawa tidak ditarik. Sebagai seorang candidate exam, kita mesti berusaha dan berusaha untuk menjawab exam. Itu hak kita. Bagaimana result diakhirnya nanti, biar Allah yang tentukan. Itu hak mutlak Dia.

Kadang-kadang Dia uji kita dengan kegagalan
Kadang-kadang Dia uji kita dengan Kejayaan
Kadang-kadang DIa uji kita dengan perasaan.

Semoga setiap ujian yg kita lalui, dapat mendidik diri dengan lebih baik. Agar ketika meniti Titian Sirat yang senipis sehelai rambut dikerat tujuh itu, kita mampu melintasinya dengan mudah. Insyallah.

Sabar dengan ujianNya (gagal / berjaya)
Yakin dengan janjiNya


Ini sebahagian kisah wanblur. Mungkin kisha orang lain, lain pulak gayanya.
well
blur is wanblur meh..

kbai









4 comments:

SECRETO de AMOR said...

Setuju dgn abg wanna.... Tq abg wan

Dhiya Fariza said...

I love this entry. Thank you for writing it and share it with us :)

Nurul said...

pergh hebat2

Unknown said...

tetibe teringat pulak zaman pmr..member bnyak pergi sbp...tertinggal pulak sy kat blakang...haiyaaa...sekarang tunggu result spm plak...jeles tengok kejayaan kengkawan yg belum keluar result dah smbung study overseas dan dlm malaysia juga...hoho...tapi sy percaya..setiap manusia ada bahagian masing2...percaya sj pada perancangan Allah kerana Dia perancang terbaik dan maha mengetahui..