Thursday, December 20

PMR : Gembira dalam sedih



Assalamualaikum

Pertama kali, wanblur ingin ucapkan Tahniah kepada adik-adik yang berjaya dalam PMR yang baru diumumkan semalam. Kepada yang kurang bernasib baik (keputusan tidak menepati sasaran), jangan sedih lama-lama dan teruskan berusaha untuk SPM nanti.

Tadi usha sekejap group facebook untuk sekolah menengah wanblur. Riuh-rendah dengan ucapan tahniah atas kejayaan junior-junior. Dengar cerita, sekolah dapat nombor 32 dalam ranking sekolah SBP PMR 2012 dibelakang seteru setempat iaitu SM Sains Kubang Pasu (31). Dan, no 3 dalam ranking SBPI PMR 2012. Alhamdulillah, syukur dengan kejayaan ini.

Dan tahun ini, TKC (Tun Kursiah COllege) masih kekal menjadi top sekolah dekat Malaysia. Sama lah semasa wanblur masih hingus-hidung dulu. Cara dan gaya diorang belajar memang mantop habis. Dulu ada dengar cerita yang diorang sangat-sangat titik beratkan study group nie, atau peer-teaching. Peer teaching yang berkesan dan serius. Hurm... korang nak tahu, ada pihak barat buat research tentang konsep peer teacing nie, keputusan kajian menunjukkan ia terbukti untuk meningkatkan pencapaian akademik dan kebolehan sosial seperti kemahiran berkomunikasi dan kepimpinan. Stail!


Dalam suka-suki nie, rasa sedih pulak ada beberapa orang adik blogger yang kurang mendapat apa yang dihajati. Tak pa la, anggap ia sebagai "hentukan" agar lebih berusaha dan berusaha untuk SMA dan SPM yang bakal mendatang nanti. Insyallah, setiap jerih-peluh akan mendapat balasannya.

Jangan sedih-sedih.


UPSR -> penentu sekolah menengah
PMR -> Penentu aliran / hentukan sebelum menengah atas
SPM -> penentu cabang aliran kehidupan
dunia -> penentu akhirat


kbai.



p/s: Alhamdulillah, sudah habis MINI CEX untuk ENT dua hari yang lepas. Case Write Up (CWU) dah jumpa case, cuma belum start buat lagi. Log book masih banyak lopongnya..  Akan berusaha untuk habis study ENT sebelum Masuk posting Opthalmology lagi dua minggu.






1 comment:

Jie said...

Motif pulak letak maggi tu, terliur cheq