Thursday, March 31

Lelaki jiwang + ayat manis -->> Buaya darat ??

Asalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Sebelum wanblur balik kedah aritu, ada seorang kawan wanblur tanya wanblur, Dier tanya melalui message. Bunyi-bunyian dier macam nie.

"Orang cakap lelaki berjiwang-jiwang ayat manis tu buaya darat.. Bahaskan "


Oklah, pandangan daripada wanblur mengenai pertanyaan ini,

Untuk pendapat wanblur, kadang-kadang lelaki yang suka berjiwang-jiwang tue tak semestinya buaya darat. Bukan semuanya player walaupun wanblur sendiri mengaku yang wanblur pernah menjadi pencinta wanita nie..  KAdang-kadang, lelaki nie berjiwang, ayat manis-manis kadang-kadang tanpa dia sedari. Yelah, start kapel dari darjah dua, so, kalau nak kira-kira sampai umur skunk yang dah matang nie, agak-agak berapa awek or ex-awek kah yang ditemuinya?. So, pengalaman mengajar diorang. kan kan.. experience based learning..

Lelaki nie kadang-kadang dier tak tahu nak layan perempuan macam mana. terutamanya kalau dier sekolah sekolah lelaki semasa sekolah menengah, macam wanblur. Nak layan kasar-kasar macam layan kawan-kawan laki, nanti nampak macam jakun pulak. [jakun means tak tahu adab], tapi, kalau layan lebih-lebih diorang kata nak test market pulak, nak tackle-menackle pulok.. adeih.. so, macamana?

Dalam banyak-banyak perempuan, perempuan mana yang suka lelaki jiwang? cepat angkat bulu kening.. cepat-cepat. tak baik berbohong tau.. Hurm, kalau yang lelaki tue jangan angkat bulu kening, kang orang kata korunk gay pulak sebab suka lelaki jiwang. hehe

Kalau korunk nak tahu, lelaki yang suka berjiwang-jiwang nie, jiwa ider tak tenteram, Ada kekosongan., Ada cerita disebalik senyuman. Ada rahsia sebalik otot biceps and rectus.. so, diorang selalu berjiwang-jiwang dengan orang yang diorang kenal.. terutama dengan diorang punya mak wee, awez, or ex-ex diorang. sebab apa? sebab dalan hati diorang, sekali gadis tue mencuri hati si lelaki, konfirm pasti, terus melekat dalam hati walaupun jodoh tak kesampaian.

Jiwang boleh dalam beberapa istilah la, istilah wanblur. haha.. Jiwang dari segi tulisan, jiwang dengan bercakap/ kata-kata, jiwang melalui perbuatan, jiwang senyap-senyap, jiwang dalam tanggungjawab. Macam-macam perlakuan yang boleh dizahirkan dengan jiwang. Bagi wanblur, wanblur tak reti nak cakap sayang ker love love ker dengan awek or sesape jer.. nak cakap telefon? bergayut telefon? opss.. sorryy yer.. Tertiba jer kredit wanblur habis. Ada paham??

Selalunya, si lelaki yang berjiwang nie, hati dier penuh dengan taman. Dier sering mendapat cinta, sering mendapat kasih sayang.. Its means, kalau dier break dengan seseorang, dier mudah untuk jatuh cinta. Sebab apa?? bUkan sebab dier curang or tak setia, tapi sebenarnya, ia merupakan salah satu cara nak lupakan kesedihan dan kepedihan. Betol.. caya cakap wanblur okeyh?? tapi, kalau laki tue, dah pasang spare tayer b4 break, itu BUAYA. so, jiwang dan Buaya sama tapi tak serupa..

Jom layan sajak se"round"

Hai si gadis, engkau tahu aku sayang padamu?
Engkau rasa apa yang aku rasa terhadap dirimu?
dirimu sungguh istimewa buat diriku,
tiap gelak tawamu, mengukir senyuman dihatiku,
tapi,
mengapa perlu dipertikaikan?
mengapa perlu dipersoalkan?
mempersoalkan isi hatiku terhadap dirimu,
tak nampak kah engkau cintaku?
Hanya engkau dimataku,
hanya engkau dimulutku,
hanya engkau dihatiku
dan
hanya engkau kekasihku


tet.. hehe [jangan cair plak..] haha

ok, so konklusinya, bagi wanblur, buaya dan lelaki jiwang sama tapi tak serupa. okeyh? korunk pulok macamana??


p/s : wanblur jiwang or buaya?? hihi
 

5 comments:

kina niu leka. said...

ooohh! baru tau.. hiihihi

aLya maNip said...

betul2..jiwang ngan buaya tak sama..laki yg setia pon ramai jiwang n kadang2 yg ganas pon leh jd jiwang bile da jatuh cinta..heeeee

CintaZulaikha said...

tak sumer camtu...tp tak taulah plak...biarpon manis dan romantis, kita kena salu igt yg kita ada hak tuk mengenali lelaki itu dgn baik...wat je beberapa ujian..hahahha..nak tgk sejauh mana kebuaya daratan laki tuh...hahha

.::annemishi::. said...

well, basically I would agree kot.
yg sweet talker tuh a lil bit player.

haha

heh.
terpanggil nak komen.
ehem.
lelaki an, mostly, kalau layan kawan perempuan dia jiwang sikit.
memang kompem punyalah. prmpuan tuh cair.
kalau x slalu bleh la tahan.
kalau dah slalu.
mmg la jatuh cinta kot.
haih.

*wadehek I'm talking about?

kesian kot perempuan tuh.
walaaaaaaupun dia tau laki tuh mmg macam tuh.
mmg dia layan mostly kawan prempuan dia mcam tuh.
tapi.. pleasseee laa.
layan biasa2 sudah kalau no hard feeling.
ceh.

I believe boy and girl can be bestfriends
but, 50% only. 50% lagi tak.
susah woh..

in the end. prempuan tuh jgak yg sakit..
sbb suka kat org yg x patut.
mmber sendiri.
ingat senang nak handle?

super duper hard.

iman ja kot boleh kontrol.
eceh. *talking like I had the experience before. yes. I did actually.

haa..
btw, sbb tuh lah..
I have a notion that, lelaki nih tak boleh nak percaya kalau bab2 nih. kecuali kalau kahwin.
yg tuh ja serius.
yg lain. semua hampagas saja.
heh.

oh man. I am not a sexist, but I just did. sorry.

p/s : sajak tuh.. aku baca tak rasa pa2 pon. haha. tak cukup power aar wan. :P

Cikya said...

erkk...
lelaki jiwang, sweet talker dan buaya darat lain yer dakk ???
ker ada jugak persamaan walau berapa percent ??
aku tak buleh tahan kalau sweet talker ni, gula-gulakan hati nanti kena DM II..
kan ?? :D