hari nie.. aku p awal ke fakulti.. kerana ada concept lecture tentang risk calculation. jadi alang-alang aku pergi awal.. baik aku p anatar baju yg aku pinjam dekat ikan siap siap. dah lama aku pinjam, rasa segan la plak.. masa aku makan, imran dan geng-geng artis lalu dekat kafeteria fakulti, diaorang kata, result pharmaco dah kuar, hati aku rasa gembira. sebab aku buat pharmaco dgn yakin. and then... aku sedih... aku sedih.. kecewa... E yang kedua aku dapat untuk sem nie. kenapa nie? aku frust.. aku rasa macam boleh buat jae.. aku ready.. aku kecewa, tapi aku cuba untuk ingat nie mungkin semua sebab dosa-dosa aku dulu dan sekarang yg aku buat.. mungkin perempuan yg aku mainkan dulu, mereka doakan bala keatas aku. aku minta maaf.. ya Allah.. aku memohon keampunan darimu. aku akui, aku memang malas sembahyang, malas study.. hanya fikir berfoya-foya.. keluar enjoy sana sini.. aku menyesal.. keterlanjuran yang aku buat....aku.. aku seorang yang lemah.. maaf... maaf ya.. dari aku kepada perempuan yg pernah aku mainkan.. habis madu sepah dibuang.. itulah aku.. :(
aku tekad.. mulai sekarang aku aku mahu berubah.. aku tak repeat year.. aku tak mau resite.. aku pelajar terbaik sekolah aku.. aku kena buktikan.. aku malu/.. dengan kawan-kawan... mereka semua boleh, pasai apa aku jd macam nie? napa aku culture shock// kenapa?? .... ( sebak dalam sendirian)
ya Allah,
mengapa sungguh jauh aku hanyut dariMu,
aku mohon... mohon kepadaMu,.. dekatkan lah diriku padaMu.. dekatkanlah diriku dan diriMu,
aku mohon ya Allah, aku banyak mengingkariMu,
aku banyak mendustakan ilmu yang aku pelajari..
aku sudah melupakan ajaran cikgu-cikgu ku
ya Allah,
mengapa aku jadi begini?
tiada lagi pertolongan yang aku dapat capai..
hanya padaMu aku mengadu..
pada Mu jua yang boleh membantu aku.. aku seorang hamba yg derhaka..
ya Allah, aku memohon pertunjuk dan pertolongan dariMu,
sudah jauh aku dari diriMu,
ya Allah,
aku mengaku segala kesalahan dan dosa ku,
aku mengaku.. aku sudah berapa lama tak sujud padaMu,
aku mengaku kadang-kadang aku ponteng puasa.. walau usia ku besar...
aku mengaku.. aku melihat gambar-gambar lucah..
aku mengaku ya Allah, hanya padaMu aku sujud,...
ya Allah...
please ya Allah.
aku benar-benar memohon pertolongan, taufik dan hidayah dariMu..
ya Allah..
sesungguhnya aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah,
dan Sesungguhnya jua aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu rasulMu
tolong lae aku.. aku redha ya Allah..
kuasa ditanganMu.. tiada siapa yg boleh menyamai Engkau..
aku memohon.. bantulah aku..
aku memohgon dengan sangat..
aku mohon dengan sangat..
aku seorang hamba yang Berdosa...
aku hanya mampu meminta pertolongan daripada Mu,
aku redha..
aku redha dengan segala ujian Mu ya Allah..
No comments:
Post a Comment