Friday, November 20

3 hari di bulan baru.. zulhijjah

hari nie, niat hati nak bangun awal, memang bangun awal.. tapi aku tido balik till pukul 10 baru aku bangun.. hehehe mana semangat keinsafan yg aku ada semalam ntah.. aku bergegas nak ke fakulti, bus plak tak ada. time time yg nk gegas ni lae bus tak ada. lama gak aku tunggu.. may be diaorang nak singkatkan jadual bus.. aku sampai fakulti, sedih.. kecewa... makanan tak ada. kafeeteria tutup. bodoh tol. aku dengan kelaparan pi lae ke hospital.. makan dekat sama..

aku hari nie bermautaustin di bilik karel 9. sama macam dulu. best juga...

.
.
.

aku ada terima satu message dari kawan aku. aku nak share..


bismillahirrohmanirrohim,
ya Allah, ya Tuhan kami,
kurniakanlah aku peluang untuk aku memohon pertolongan dariMu,
anugerahkanlahaku dan rakan-rakan ku kejayaan semasa peperiksaan akhir sem ini.
jangan lah ada diantara kami yang sedih bersendirian,
andai telah tertulis di Luh Mahfuz akan kegagalanku,
maka Engkau ubahlah menjadi kejayaan,.. aku memohon dengan sangat-sangat ya Allah,
Engkaulah yang Maha Berkuasa dan Maha mengasihani,
mudah-mudahan semua kawan-kawan ku termasuk aku ya Allah,
mendapat kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan itu..
mendapat semua A dalam keempat-empat modul ya Allah,
sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa betapa beratnya kos ini bagi kami,
kami memohon Pertolongan Engkau,
kami memohon ya Allah
kami memohon kepadaMu Ya Allah,
ya Allah selamatkanlah kami kami dari sengsara Dunia, dan azb neraka,
salam dan selawat keatas junjungan kami, Nabi muhammad dan kelurganya serta para sahabat dan pemimpin-pemimpin Islam.

No comments: