Thursday, July 4

O Allah






Assalamualaikum.

Merasai saat di dunia ini semakin singkat. just try the best. :)


Andaikan diriku bisa
Seperti yang lain
Yang Kau sayang
Yang Kau rindukan
Yang Kau cintai

Aku lemah tanpaMu aku lelah
Aku sungguh tak berdaya
Tolongku
Tolongku
Yaa Allah

Setiap air mataku mengalir
Allah aku lemah dan tak berarti
Setiap derai tangis membasahi
Allah jangan tinggalkan aku lagi



p/s: moga nanti segalanya akan memberi ketenangan kepada semua orang. :)



1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Sy ada terbaca entri2 saudara sebelum ni.
Bagus penulisan saudara,
Namun sejak akhir2 ini adakah saudara mempunyai masalah?
Terasa sedih pula utk entri kali ini.
Setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya.
Cuba saudara muhasabah diri.
Adakah sebelum ini aku selalu alpa padaNya?
Adakah sebelum ini aku tidak mensyukuri nikmat yg Dia berikan?
Adakah selama ini aku byk melakukan dosa dan mendorong org lain sama2 utk berbuat dosa?
Allah datangkan ujian pada kita tanda Dia kasih dan syg pd kita.
Utk menguji tahap keimanan hamba2_Nya.
Adakah kita berusaha utk lebih dekat padaNya bila ditimpa musibah atau kita menyalahkanNya.

Firman Allah,
"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)."surah al-Baqarah ayat 214.

Memohon pd Allah utk ambil nyawa kita cpt bknlah cara yg plg baik utk menyelesaikn masalah n menghadapi musibah.
Ia ibarat kita ingin membunuh diri.
Membunuh diri adalah berdosa besar dan tidak bau syurga org yg membunuh diri..nauzubillah.
Kembalilah pd Allah..
Sesungguhnya dari Allah kita dtg dan kepada Allah kita kembali.

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". Surah al-Baqarah ayat 286

Semoga saudara kuat.
Bersyukurlah kerana Allah masih sygkn kita.
Dia mahu kita kembali dekat pada_Nya.
Perbanyakkn amal, lakukan perkara2 yg wajib.
Bila sudah sempurna yg wajib, ditambah pula dgn amalan2 sunat.
Subhanallah alangkah indahnya nikmat Allah pada kita.

Sekian wasalam