Saturday, July 6

MInggu 26 : Hati makan mulut.




Assalamualaikum.


Minggu ke 26 tahun 2013 dan yang ke 2 untuk paediatric posting. Minggu nie wanblur dan the gang posted to Wad Onkologi Paediatrik di PPUKM. Disebabkan ada enam orang, terpaksa dibahagikan tiga orang di Day care dan selebihnya di wad onco. Btw, ada seorang student A Level yang diattach bersama group supervisor kitaorang. haaaa

Minggu nie agak mencabar. Mencari saki baki dan sisa semangat untuk meneruskan hari-hari yang mendatang. Dengan berlakunya satu peristiwa minggu lepas selepas seminggu menyambut hari lahir bersama, it's hurt. Maybe not to her. But, its really hurt.

Bila dalam wad oncology nie, rasa betapa bertuahnya menjadi seorang yang sihat. Tak perlu sakit-sakit diletak branula. Tak perlu menahan keperitan chemotherapy drugs. Kena spend almost time di wad kerana infections, or side effects ubat... banyakk dugaan.

Yang paling mneyentuh perasaan. Apabila reaksi parents yang terkejut dan sedih dengan apa yang terjadi pada anak mereka. Its shock!! Anak yang sihat wal afiaat, tertiba sakit terus direfer oncology for futher treatment. Sangat menduga perasaan. Kalau wanblur, belum cukup ilmu didada untuk breaking the news to parents. salute specialist2 disitu. ohya, registra jugak.

Hari khamis. Hari diduga dan diduga. Agak perit dan penat. Tapi, banyak yang dipelajari. Dari pengetahuan tentang ECG 20%, terus menjadi 80%. Insyallah, akan terus belajar dan praktiskan untuk memahami 100% untuk masa hadapan. Face to face teaching. Walllaaaa... terasa awesome walaupun perit telinga kena marah. But... Banyak yang supervisor ajar!! Terima kasih. toce-toce..

Penghujung minggu diisi dengan persiapan untuk ber attachment di Hospital Slim River selama dua minggu. DUa minggu yang perlu diisi untuk memenuhkan log book dan case write up.  Dua minggu yang perlu diisi untuk memenuhikan kepala otak dengan ilmu yang cukup. Kena lebih bersedia dan ada ilmu sikit sebelum berjumpa supervisor semasa balik semula kesini. Gambbateee ~~


p/s: Ikhlas di hati, belum ikhlas di mulut.


#cardiac axis. Belajar lah face to face dengan supervisor yang garang, Mesti anda akan memahami dan terus faham. Guru penyuluh kehidupan. :)

 # 1 Ramadhan di Hospital SLim RIver. Ada yg berbuka bersama?? **skandalisme.

# Kalau hidup penuh titik noda, jangan mengharap seorang yang lebih baik. Ia tak akan terjadi. Trust me.Baru ku sedar makna "ukur baju di badan sendiri". lol.

 
Semoga Islam terus kekal dipetahankan.







3 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum wbt,

Supervisor garang?
Think positive
Beruntung anda dapat dia
Kerana garang dia kita akan berusaha utk belajar lebih gigih.
Buktikan yg kita boleh di hadapan dia.
Kalau dia tak garang mesti kita pun belajar tak bersungguh seperti sekarangkan...
Niat supervisor tu baik.
Dia nk kita berjaya.
Dia nk kita beri perkhimatan yg terbaik utk pesakit2.
Sbb sorg doktor bermain dgn nyawa manusia.
Bygkan kita di tempat mereka, kita sakit, kita sedih, rohani dan fizikal kita lemah saat2 sakit..
sudah tentu kita mengharapkan seorang doktor yg mampu menolong kita dan yang mampu memberi sokongan pada kita..
walaupun sbg seorang doktor kita hanya mampu berusaha..
Jd berusahalah sehabis baik dan yg selebihnya kita berdoa, bertawakal dan berserahlah pada Allah swt..

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."(Al-Baqarah 2:216) 

Semoga Allah merahmati dan meringankan beban adik2 yang menerima rawatan di onco peads.
Semoga Allah juga memberi ketabahan kpd ibu bapa dan keluarga mereka dlm menghadapi dugaan ini. amin.. insyaAllah.

munirah ismail said...

year 5 medic uitm start this coming monday...i'm get paediatric for the 1st posting in year 5...nervous...tunjuk ajarku SIFU...hehehe

Mazatul azura said...

Alhamdulillah.. karier yang membawa pahala sehingga ke syurga.. Ikhlas hati tanpa ikhlas di mulut lebih bermakna.. :)