Tuesday, April 30

Sunday, April 28

meniti coreng

Asalamualaikum


Pertama sekali. Wanblur nak cakap. Nie tengah gigih update blog dengan handphone hasil sumbangan adik-beradik... alhamdulillah. Dapat jugak merasai nikmat menaip keypad yang sekecil semut nie. Gegeh benar nie. Sila percaya.


Kedua kalinya. Wanblur ingin memanjatkan kesyukuran atas nikmat yang diberikan. Walaupun rasa macam tak layak untuk mendapat dan merasainya.. alhamdulillah, im officially 5th year medical student. Erk... satu cabaran yang hebat. Kalau nak bandingkan engam kawan2 yang lain.. memang seperti langkawi dengan marang. Jauh benornyer.. semoga aku kekal tabah. Gigih dan semakin tunduk kepada allah....



Seminggu duk rumah. Terasa satu ketenangan. Terpisah dari waktu-waktu kesempitan dan kekeliruan hati. Aman. Damai. Anugerah dia. Dapat bersama membela anak buah yg jauh dimata.. dan jumpa anak buah yg besar kepala... ahaaa... aku yg tewas. Aku nk tidokan baby. Last last aku yg ditidurkan.. alahai.. hebat sangat achik wan nuna korang nie...


Esok mula semester 9.
Cabaran dan dugaan baru.
Moga aku tidak hilang dan alpa dari Dia.
Aku rindu diri aku yg dulu....
Bisik hati.
Hati perlu berdiam.
Damai dihati. DAmai yg dicari.



Bubye...



P/s. Aku jahat. Sorry. Aku bukan yg diimpikan. Diam diri bukan tanda mengalah. Diam diri tanda hati sudah lelah. Mencari sakinah dalam kkehidupan.


Saturday, April 20

“BEN ASHAARI dan WEECLICKS “


2. KENAPAKAH ANDA NAK MENJANA PENDAPATAN MELALUI INTERNET INI ? 

Untuk menjana side-income dan beri duit lebih sikit untuk kehidupan yang lebih menyeronokkan. :)



Segmen ni ditutup jam 5 petang 20/4/2013







Senarai Pemenang Bloglist anjuran Miz Rizhani



Assalamualaikum


 Dikesempatan yang ada nie, wanblur nak letak terus senarai pemenang-pemenang dalam First Giveaway by Miz Rizhani. Dalam segmen nie, wanblur just sponsor bloglist je. Kedekut sial. haha.. apa-apa pun, terima kasih kpd Miz RIzhani yang sudi menjemput wanblur untuk sponsor-menyonsor nie. Dan trafik ke blog wanblur jugak naik secara tidak semena. terima kasih ye...



Senarai Blogger yang akan dilekatkan selama setahun (sehingga 20/4/2013)
  1. http://iyraacariyno.blogspot.com
  2. http://faz-blinkerz.blogspot.com
  3. http://eyradzuhairah.blogspot.com
  4. http://ceritaciklebah.blogspot.com
  5. http://kampung-kameq.blogspot.com
  6. http://whatevadiana.blogspot.com
  7. http://www.anisforeveralone.com
  8. http://kisahgadisketawa.blogspot.com
  9. http://everybloghavetheirownstory.blogspot.com
  10. http://bondaqalish.blogspot.com

** Terdapat beberapa blog yang ada masalah sikit. wanblur tak dapat nak dapatkan update2terbaru daripada blog mereka. Mungkin disebabkan layout/setting blog mereka. Tetapi,still ada dlm blog list sebelah nie.. Ok!!


Terima kasih kepada penganjur --> http://mardiyanhani.blogspot.com





Tuesday, April 16

Andai

aku boleh !!

Seandainya mata ini tidak mampu melihat
seandainya hidung ini tidak mampu mencium bau-bauan lagi
seandainya telinga ini tidak mampu mendengar lagi
seandainya tangan-tangan ini tidak mampu berguna lagi
seandainya jantung ini tidak mampu berdenyut lagi
seandainya paru-paru tidak mampu menampung pernafasan lagi
seandainya kaki ini tidak mampu bergerak lagi,
seandainya esok bukan untukku lagi
aku berharap neraka bukan untukku.



p/s: Exam khamis. Susah hati. Sabar & redha. Moga kegelisahan ini dapat mengampunkan sedikit dosa-dosa ini.




Sunday, April 14

Unexpected



Assalamualaikum

istilah "unexpected" yang bermakna tidak disangka / diluar dugaan.

Sehari dua nie, wanblur banyak online. Pergi dari satu profile fb member ke satu yang lain. Dari satu blog ke blog yang lain. Terdapat banyak benornya perubahan yang tidak disangka... Its weirdo, but its happen.


Dalam seusia 22 tahun 6 bulan dan 5 hari nie, terlalu banyak yang berlaku. Kalau waktu kecik-kecik, sapa sangka minah yang selalu wanblur dok usha semasa madrashah kini telah menjadi isteri orang. Itu tak pa lagi, siapa sangka diri kita yang berhingus calit-calit kat baju, dan suka main masak-masak, kini berjaya menjejakkan kaki ke menara gading. Walaupun wanblur tak pernah nampak "gading" itu di ukm. Dimana kah gading yang dicanang-canangkan. Unexpected. Tapi, yang paling tak boleh difikir akal, wanblur yang 65kg semasa sekolah kini mencecah 96kg. Its bery unexpected. seirously.


Banyak sebenarnya kesusahan yang dihadapi selama ini. Kalau orang cakap, muka relax cool je. Ah.. Itu genetik gua. Muka awet muda memang begini. Yang paling penting, tenangkan hati. Hati yang tenang dapat menyenangkan kepala otak kita. Insyallah, semuanya akan kembali tenang dan cool.


Dulu, masa baru-baru baligh. Selalu rasa stress sebab kena buli dengan budak-budak lain. Kena pulau? Pergh... dah macam makan ayam. (means, selalu la). Masa tu teringat seorang ustazah cakap, kalau stress. Sujud lama-lama.. Wanblur yang tak seberapa pandai nie pun.  bila stress, terus tunduk, sujud lama-lama... Menghayati betol. Tapi, rasa sama je. Lepas beberapa tahun baru paham maksud ustazah tue, sujud masa sembahyang lama-lama. Bukannya mentadak je terus sujud tiba-tiba. Its works. So, jangan stress-stress. Allah with us. He will guide us. Trust Him.

Tak pernah sangka yang wanblur boleh :
  • siapkan case write up dalam masa seminggu
  • penuhkan log book dalam masa seminggu
  • cover bed di malam buta
  • berlari cover bed pagi-pagi untuk patient baru masuk
  • berada di labour room disaat tengah malam puasa ramadhan
  • sambut baby hanya 10 minit sebelum sahur habis
  • kekal cergas selepas habis oncall
  • kekal lesu selepas makan banyak. erk...
So,

Jangan putus asa. Rasa tekanan, risau dan sedih itu perlu. Tapi, halakan ke arah yang betol. Yang lebih positif. Or, just down the memory lane. Sometime, its works.


Sebenarnya, bukan itu yang wanblur nak habaq. Tersasar jauh ke sungai kinabatangan.Sebenarnya just nak memastikan blog terupdate. haha..


haha
haha

k lah.


ps : pusat sumber


to adik-adik, please make sure do the best for the BEST UNexpected in your life !!






Saturday, April 13

Segmen Sahabat Selamanya by DiyanaHani

Segmen ini dianjurkan untuk merapatkan hubungan  silaturrahim sesama  blogger.Bak kata pepatah “ yang jauh,didekat-dekatkan, dan yang dekat,dirapat-rapatkan”.
Segmen ini diadakan selama seminggu,bermula pada 12/4/2013 sehingga 11.59 malam 19/4/2013.
Syarat yang perlu dipatuhi:
1)Mempunyai blog.
2)Follow blog ini dan like page blog ini.(kat sidebar)
3)Follow dan like sponsor.
4)Copy coding yang telah disediakan dan pastekan di ruangan HTML.
5)Letakkan URL entri di ruangan komen.

Sponsor:

Blog
VanidaIsmahAimi

Page:



Copy Coding ini:

Hadiah yang bakal dimenangi:
Peplum(1),Keychain.(3),Pashmina.(1),Kerongsang.(1),Review blog.(5),Topup RM5(2),Header(1),Cursor(1)
Pemenang akan dipilih melalui top referral dan cabutan bertuah oleh saya sendiri.

Segmen Sahabat Selamanya by DiyanaHani di jayakan oleh DiyanaHani,The Rossele,Ismah,Vanida dan Aimi.

Segmen copy paste ini inspired by Kak Mia Liana.

Diharap semua blogger sudi merajinkan diri menyertai segmen ini.
Jangan lupa blogwalking untuk mencapai tujuan utama segmen ini diadakan.

Apa tunggu lagi..Klik dan Join!
p/s: Kalau tak boleh klik banner.Klik kat ayat bawah banner tu k.















Wednesday, April 10

Cleaner itu


Assalamualaikum,


Kalau sesiapa yang tinggal dekat kuala lumpur hari nie,mesti tahu petang tadi hujan yang sangat-sangat lebat. Allahurabbi... Disaat manusia panas dengan bahang cuaca panas terik, Dia turunkan sekejap hujan untuk manusia menilai. Berharganya setiap nikmat yang dikurniakan..


Petang tadi, seperti biasa, manusia berpusu-pusu berlari untuk masuk ke lrt. Terutamanya lrt Hang Tuah dan waktu habis kerja. Satu cobaan kepada kesabaran dan mata. Ramai jugak yang basah kuyup baju kena hujan. Sama lah dengan wanblur. Satu geng. Geng yang tak suka bawak payung. Kalau hujan, main redah je. Jiwa kental. haa...


Tiba-tiba ternampak seorang makcik cleaner, memegang payung, basah kuyup. Dekat sebelah dia, si anak kecik, perempuan kot sebab pakai tudung, Kering di bawah lindungan ibunya. Tertiba menjadi touching dan syahdu... pengorbanan seorang ibu, yang mungkin tidak dingerti oleh anak kecik. Yang 90% mungkin tidak dapat diingati oleh si anak pabila usia menginjak di hari muka.


Hurm... Perkara yang kecil, Makcik cleaner tue. Keikhlasannya. sobsob ~~


Terkenang saat muda-mudi dulu dengan mak & ayah. More rapat dgn mak semasa kecik sebab ayah garang. Tapi, bila dah besor dengan berat 98kg nie, dah balance mak ayah.. hahaha... Seingat wanblur:
  • Mak akan sign buku rekod profil kalau ayah tak nak sign sebab ada gred merah (gagal)
  • Mak akan pergi ambik buku rekod setiap kali perjumpaan dgn cikgu, kalau ayah sibuk
  • Mak akan buat air milo setiap pagi. Tak pernah miss
  • Mak akan masak nasi goreng tiap-tiap pagi untuk pastikan makan sebelum p sekolah.
  • Mak akan marah kalau tak basuh kasut bila hari jumaat (kedah cuti). Kalau hari sabtu tak kering lagi, mak akan letak dekat tepi peti sejuk untuk keringkan. 
  • Mak akan iron baju sekolah setiap hari sampai wanblur umur 15 tahun. 
  • Mak akan bagi duit sekolah.. heeee
  • Mak akan cari stoking setiap malam sebelum pergi sekolah esoknya
  • mak akan suruh hafal sifir matematik 1-12 setiap malam masa sekolah rendah
  • mak akan defend kalau wanblur kena rembat dengan ayah. Or, wanblur lari kat umah tok wan jea... depan umah
  • mak akan buka kunci bilik kalau kena kurung dengan ayah.
  • mak akan masak ayam kicap tiap kali balik
  • mak akan masak ikan bilis sambal, udang goreng, sardin, telor separuh masak dan ikan temenung (kembung). Favourite wanblur. haha
  • mak akan ingatkan beli maggi untuk stok bila balik dari univerisiti masa cuti

Ada banyak lagi yang mak buat. Sedikit dan sedikit. Ayah pun sama (tapi entri kali nie, fokus kat mak. Entri ayah pada masa lain) ...



Apakah balasan kita kepada mak kita?

Mampukah kita menjaga mereka walaupun sekadar 10% daripada total pengorbanan mereka sejak kita lahir? sigh... terkedu sendirian.


Semoga Allah memelihara setiap ibu-ibu di dunia ini, terutamanya Che Atikoh Binti Zainol (mak wanblur). Semoga setiap pengorbanan dan curahan kasih dari kecil hingga besar, diberi ganjaran di syurga yang abadi. Moga mereka sentiada tenang melayan karenah anak2 masakini. amin


erk.
melalut ke laut pulak kan...

takpe la. nak continue study

bubye



p/s : Aritu ada cerita tentang pengalaman conduct orang bersalin, mak cakap"baru tahu sakit ke tak orang beranak!! ". erk... sentap kuasa 34juta!!


MY LOVELY FAMILY


Tarikh PRU13



Selamat menunaikan kewajipan anda.


Hari penamaan calon untuk piliran raya ke 13 dan tarikh pembuangan undi pru13.


p/s: Masuk Semester 29April, Seminggu lepas tue ada ilihanraya. Harap2.. Pembukaan sem baru dilewatkan selepas pilihanraya... :)



Yang ke 12






Assalamualaikum,


Melunaskan keinginan serta ketagihan yang melampau untuk derma darah. Akhirnya, setelah hampir 4-5 bulan tak dak masa, dapat jugak melepaskan ketagihan. Its very addictive okeyh. Sebagai persiapan untuk hari bahagia ini, wanblur kena "masuk" tidur awal... ahha.. "masuk" means tutup lampu. Mata terlelap selepas pukul 2-3pg. mungkin. Tak pasti.. Hati berdebar-debar. Banyak dosa kot. sigh...


Benda yang paling wanblur takot tentang blood donation adalah satu perkara, tekanan darah. Untuk makluman korang, wanblur ada strong family history of hypertension and cerebrovascular accidents. Both of my parents have hypertension on diet control. My grandmother was died due cva. Fuhh... Very strong. Takot wanblur. Hanya kawal makan dan exercise je.. Bulan 12 yang lepas, dah pergi check tentang blod pressure dan BP 7 hari. Overall, tekanan darah normal kecuali anda doktor perempuan yg ambik bp. fuhhh... Dr Azmi (dr paling cool) cakap, nanti nak ambik bp, pastikan ada lelaki. Rendah sikit. haha.. ~~


Alhamdulillah,

Selamat menderma sebahagian darah kepada orang ramai yg memerlukan. Mungkin sekarang wanblur sihat, tak tahu lagi beberapa hari atau tahun nanti, wanblur pulak yang memerlukan. Siapa tahu kan?


ok lah. Kembali study untuk exam. babai,. papai


Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita yang lalu. amin.


p/s: Ketenangan yang dicari, adakah sempat dirasai?




 Buku Derma Darah. Satu milik Pusat Darah Negara (tempat dating dgn nurse PDN selama 3 tahun.. haha) dan satu lagi bilik HUSM. Semoga penuh buku2 nie.. Insyallah



k


Tuesday, April 9

Stress Exam





Semoga



Assalamualaikum,


Minggu terakhir sebelum menempuh minggu peperiksaan. Macam sebelum nie, paper Paediatric Theory masih pada hari yang sama. Hari terakhir exam. Pagi ada teori, dan Osce sebelah petang. Palpitation wanblur sekarang nie. Harap-harap tidak mendapat ventricular fibrillation atau asystole. Amin.


Sebenarnya bukan benda diatas nak di ceritakan. Cuma sekadar monolog sendiri


semoga leguh kaki itu dapat memadam perjalanan kaki itu.
Semoga peluh yang menitik itu dapat memadam peluh yg menitik disaat itu
Semoga bahang yang dirasai dapat memadam bahang ketika itu.
semoga setiap yang diperlakukan itu dapat memadam perlakuaan semalam...


Semoga dia memudahkan aku


k bye

 
 

Sunday, April 7

Greater









 k

#PRU13 : Manifesto BN, manifesto PR


1. Manifesti Pakatan Rakyat untuk pilihanraya umum ke 13



2. Manifesti Barisan Nasional untuk Pilihanraya ke 13





Semua manifesto telah dijanjikan. Nak pilih yg mana ek? Keliru pulak... haha



Review : Majalah Aspirasi ke 35



Assalamualaikum,

Pertama sekali, wanblur bukan orang yang berhak untuk memberi "review" atau pandangan serta kritikan kepada majalah rasmi pelajar ukm iaitu Majalah Aspirasi (ma) UKM edisi ke 35. Para organisasi ma35 telah melakukan suatu kerja yang keras dan memakan masa untuk menghasilkan majalah untuk sesi lepas. Tahniah atas kerja-kerja yang telah dijalankan. Hasilnya juga sangat baik. (orang cakap nak kritik, kena puji dulu.. hahaha)


But,


Wanblur hanya ingin beberapa cadangan atau pandangan untuk "improve" majalah ini pada masa hadapan. Nak terima terimalah. Nak sentap, pergi main jauh-jauh.. haha.** just kidding. Dalam review ini, wanblur pecahkan kepada beberapa bahagian. Mohon dibaca.


1. Muka Depan majalah : First Impression


Pandangan pertama kepada majalah kali nie, wanblur ingat majalah pama (papa-mama) terbitan karang kraf. Semuanya disebabkan logo "ma" yang terletak diatas tue, dan model di muka hadapan yang seperti keibuan. Tambahan pulak, latar belakang ada logo terbitan karangkraf. Fuhh... wanblur memang tertarik dengan majalah pama nie. hee Anyway, "first impression" majalah kali nie lebih baik, cantik, tersusun dan seperti majalah ringan di pasaran. Topik utama dalam majalah di "highlight" dengan begitu cantik. Its really good job. Mungkin lepas nie, ada model lelaki pulak... heee. teruskan dengan gaya ilustrasi macam nie. sangat profesional wa cakap lu.



2. Booth Posing : Jealousy


Sebenarnya wanblur tak tahu nak panggil segmen nie apa. Dah terlupa nama dia. So, wanblur gelarkan sebagai "Booth Posing". Bagi wanblur, road tour organisasi majalah ke kolej-kolej untuk posing2 begini sangat baik. DIsamping mempromosi majalah ukm ke semua kolej, pelajar pun boleh bergambar kenangan macam nie. Sangat famous okey posing macam nie... Tapi yang sedihnya, booth tak dibuka di Kolej Tun Dr Ismail. sedih pedih. Mungkinkah pihak organisasi terlupa satu lagi kolej yang berada jauh di cheras... Harap tahun nie ada la. Dah nak tahun akhir. Ley posing2 free macam nie untuk kenangan. haha...   *sorry, wanblur gila glamour.



Tokoh Almuni : Respect

Segmen tokoh-tokoh sebegini sangat berguna. Bagi wanblur, berbanding dengan majalah-majalah sebelum ini. Ruang sebegini tidak ada atau kurang. Penglibatan alumni atau bekas pelajar di dunia selepas universiti, sedikit sebanyak dapat mendorong  dan memotivasikan diri untuk mengecapi kejayaan seperti mereka. Kaedah penulisan penulis-penulis untuk ruangan ini sangat menarik. Macam baca majalah karang kraf di pasaran. Santai tapi tak bosan.  Wanblur tertunggu-tunggu tokoh alumni yang mana pulak selepas ini. Good Job.


Ruang Baca Santai : Banyok 
 
 Bagi wanblur, beberapa ruangan tentang isu-isu semasa seperti kerja-kerja PMUKM, isu perkahwinan awal, isu home sick, maggi segera dan beberapa lagi adalah baik. Setiap ruangan itu diolah dengan baik. Tetapi, disebabkan wanblur tak suka gambar yg serabut. Wanblur skip-skip untuk membaca beberapa ruangan. Sorry la ye.. lebih suka yang simple dan kurang gambar yg sebesar ikan kaloi... Pendapat individu sahaja. Mungkin lepas nie perlu dibanyakkan kupasan isu yg menarik tetapi gambar yg bersaiz kecik sikit. haha


Aktiviti Kolej Kediaman : Jeles kuasa dua


Ruangan aktiviti kolej ini seperti dalam terbitan sebelum ini. Kita dapat lihat pelbagai aktiviti yang dijalan di kolej yang lain. Wanblur di cheras agak terasing dengan kolej2 di bangi. Jadi, dapat la tengok apa lah yang diorang buat kat sana... tengok macam best je duduk dekat induk. Tetapi, dimana ktdi? Mungkin kerana kolej tun dr ismail dikawal ketat oleh pengawal keselamatan di ppukm. Jadi, kedatangan pihak luar agak terhad. Orang amerika cakap, "restricted area". hurmm.. apa-apa pun, yang lain ok. Mungkin lepas nie perlu photographer profesional? ahakz. demand gila!! haha



Resipi : Nasi Tomato

Wanblur harapa lepas nie ley letak resepi nasi tomato. Wanblur lapar nasik tomato. sekian. 



Anyway,
majalah aspirasi 35 adalah lebih baik daripada majalah-majalah sebelumnya. beberapa perubahan, peningkatan daripada segi kualiti perlu dipertingkat dari semasa ke semasa. Kerja keras semua yang terlibat (editor, penulis, wartawan, juru gambar, pembaca) sangat-sangat bernilai. Semoga majalah aspirasi pada masa akan datang lebih bernyawa dan "santai" untuk dibaca.


p/s : Good Job



Saturday, April 6

#GE13 : Mana Ke mana





Assalamualaikum,


Tanggal 3 April 2013, Perdana Menteri Malaysia ke enam iaitu Yb Najib Abd Razak telah mengumumkan pembubaran parlimen setelah mendapat pekenan Yang Dipertua Agong Malaysia. Pembubaran parlimen untuk kali nie, merupakan pembubaran yang pertama bagi wanblur. Kenapa? Kali pertama parlimen dibubarkan semasa umur wanblur cukup 21 tahun. Alhamdulillah, merasai suasana pembubaran parlimen. Entah masih bernyawa lagi ke tidak untuk menyaksikan pembubaran parlimen pada masa hadapan...


Sekadar Kata : Penggal 2008 - 2013.

Tahun 2008 hingga 2013 merupakan tahun-tahun yang sangat mencabar. Dunia informasi, jaringan tanpa sempadan dan berita begitu berada di hujung jari sahaja. Sungguh mencabar. Kalau dulu, sesuatu berita itu bergantung kepada apa yang ada dalam berita arus perdana. Tapi, peredaran masa memaksa wanblur melihat dengan lebih luas. Daripada Utusan, Sinar Harian, Harakah, MalaysiaKini, MyNewshub, Metro, Kosmo, AlJazeera, NewstraitsTimes, The Star, the Malay Mail, Suara Keadilan dan banyak lagi portal isu semasa. Semuanya mudah dicapai. **andai coverage wifi anda kuat*


Dalam lima tahun nie, macam-macam perkara yang berlaku dalam negara khususnya. Daripada peralihan pimpinan Yb Abdullah Ahmad Badawi (pak Lah) ke Yb Najib Abdul Razak, kes pembunuhan attantuya, kes SPRM, kes PKZ, kes 5 Negeri dikuasai Pakatan Rakyat, kes Fidlot, kes mesyuarat ADUN di bawah pokok, Perak tukar Menteri Besar, demonstrasi jalanan, kebangkitan mahasiswa (solidariti mahasiswa), pengubalan AUKU, Pemansuhan akta ISA, pencerobohan Sulu di Lahad Datu, penyertaan artis-artis ke alam politik, 1M4U, serta program-program dibawah 1Malaysia. Sungguh banyak... Seriesly, tempoh lima tahun yang sungguh mencabar. Rakyat merasai setiapnya, apatah lagi yg diatas.


Program 1 Malaysia

Bagi wanblur, program dibawah 1Malaysia sangat kreatif. Walaupun terdapat beberapa suara-suara yang tak suka dan "condem" aktiviti-aktiviti nie, beberapa aktiviti yg dijalankan sangat bagus. Antara ialah bauncer Buku, Bantuan rm500, kad Diskaun (erk...), BRIM dan beberapa lain. Inisiatif untuk menyeragamkan segenap lapisan rakyat.


Tapi,
Hanya perancangan dari Allah itu yang sempurna dan adil. Setiap yang manusia rancang, tidak semestinya menjadi dan menyenangkan semua orang. trust me. Disini, peranan pihak pembangkang dalam kabinet adalah penting. Memberi pandangan membina untuk yang kurang. Menambah baik sesuatu yang tidak sempurna. Kalau asyik membangkang tanpa sebarang tujuan. Bantulah malaysia untuk berkembang. Lima Tahun anda menjadi wakil rakyat (adun, Dewan Rakyat) itu pasti. Untuk PRU yg hadapan, belum tentu anda terpilih. Baik yg membangkang, baik yg kerajaan. ye dak?

Sesuatu perlu diubah. Mentaliti.

Apa-apa pun yang berlaku selama lima tahun nie. Dah menjadi lipatan sejarah. Harapan aku untuk malaysia pada masa hadapan ialah :
  • menteri kabinet di isi oleh wakil rakyat yang menang sahaja. Tak kisah pro-atau-tak.
  • pengagihan kekayaan malaysia yg sama rata untuk semua negeri tanpa pilih kasih sayang
  • pembangunan infastruktur asas seperti jalan, highway, air, dan lain2 semakin teratur dan dibangunkan tanpa pilih sayang. 
  • Tiada lagi pengumuman bajet tambahan, bonus itu, ini dan itu di majlis-majlis kenduri tanpa melalui dewan rakyat terlebih dahulu. 
  • Media Massa yang lebih terbuka untuk parti itu dan parti ini. Bukankah wartawan itu akan ditanya apa yang dibicarakanya di akhirat kelak?
  • Lebih banyak inisiatif utk membantu rakyat (1 Malaysia mungkin perlu ditambah baik. suggestions? urghh.. )
  • Jangan bergaduh macam budak sekolah darjah 3 semasa di parlimen. Berdebat lah seperti Pertandingan Debat
  • Jujur
  • Jangan sebar rasuah, fitnah dan aib MP yg lain. 
  • Kekayaan malaysia semakin meningkat, taraf hidup rakyat semakin tinggi
  • Semoga hutang negara semakin kurang
  • sistem pendidikan yang membangun.
  • sistem kesihatan yg membangun untuk keseluruh negeri (bukan bandar besar je)
  • kebajikan oku dan orang kelainan upaya tidak diabaikan. 

hurm. Macam susah je kan. ntah la.

Semoga PRU13 kali ini menjadi sessuatu yang bermakna. Andai kerajaan sedia ada meneruskan tampak pemerintahan, semoga mereka menambah baik program2 dibawah mereka dan pembangunan masyarakat kearah yg lebih baik. Andai opposition yang mengambil alih, semoga mereka dapat mencorak malaysia yg kearah yang lebih baik. Semuanya ke arah yg LEBIH BAIK...



Undi Apa? Undilah calon yang mampu membawa dirinya, dan masyarakat ke arah yang lebih baik. DIsisi umno ada yang tidak tulus, disisi PR juga ada yang tidak tulus. Biar masyarakat menilai. Bukankah masyarakat itu stakeholders untuk MALAYSIA.



"Every single vote counts. I hope each and everyone who is a registered voter would exercise your duty to this country. It does not matter who you vote BUT make sure you vote and please vote wisely. It is for the future of this country"
(http://pagalavan.com/)

"Kita ada quran,kita ada hadith...mengapa keadaan menjadi berpecah belah sekarang ni...sepatutnya umat Islam tak berpecah..mcm zaman rasulullah saw,bergabung utk memberi kekuatan kpd Islam sehingga dapat membuka kota mekah" (abg Zaidi 6April2013)


p/s: Semoga GE13 Malaysia berjalan dengan lancar dan Malaysia semakin membangun ke arah yg lebih baik... amin.


** Pendapat picisan. Sorry. **





p/s: ALhamdulillah untuk segala pembangunan Malaysia yg telah dilakukan selama ini.


Tak payah bergaduh hang undi sapa, dia undi sapa. Undi adalah rahsia. Kita mana tahu, Ahli UMNO undi Pas, or ahli PAS undi UMNO. So, relax sudah. Rumah wanblur ada pelbagai ahli politik, ada yg umno, ada yg pas, ada pkr, ada mic dan ada yg ... errrr.. atas pagar. Kami hidup bersatu padu. Makan masak sama-sama. Cuma bila nak basuh pinggan. Tu yang susah terutamanya wanblur. hahaa



k bye





Friday, April 5

Keluar


Assalamualaikum


Sejak kebelakangan nie, hidup semakin serabut. Dengan research SSM yg menanti pekerja unit rekod siap dan sediakan semua fail pesakit (Retrospective study), dan yg paling utama lagi ialah persediaan  untuk exam Paeds. Hari nie, dah kuar jadual exam. Fuhhh.. Paeds on the last day. Last tak last, wanblur dah pening. Banyok nak mampuih !!


5 April 2013. 1 April 2008. Lima Tahun berlalu. Tanggal 2008 yg menjadikan wanblur semakin berisi dan terus berisi. Damn. Geram dengan diri sendiri. Semuanya angkara kerja 16Jam sehari di kafeteria hospital. Makan tak kira masa dan yg paling penting, Its free !! Badan seperti dipam-pam...


Anyway,
kena fokus untuk exam. Tak tahu sama ada lepas ke tak short case paeds hari tue. Just,try my best for teori. Chaiyok-chaiyok..


p/s: Twitter deactivate angkara wanblur tengah PMS. haha  (apala yg aku buat dgn setting twitter.. sobsob)