Sunday, April 14

Unexpected



Assalamualaikum

istilah "unexpected" yang bermakna tidak disangka / diluar dugaan.

Sehari dua nie, wanblur banyak online. Pergi dari satu profile fb member ke satu yang lain. Dari satu blog ke blog yang lain. Terdapat banyak benornya perubahan yang tidak disangka... Its weirdo, but its happen.


Dalam seusia 22 tahun 6 bulan dan 5 hari nie, terlalu banyak yang berlaku. Kalau waktu kecik-kecik, sapa sangka minah yang selalu wanblur dok usha semasa madrashah kini telah menjadi isteri orang. Itu tak pa lagi, siapa sangka diri kita yang berhingus calit-calit kat baju, dan suka main masak-masak, kini berjaya menjejakkan kaki ke menara gading. Walaupun wanblur tak pernah nampak "gading" itu di ukm. Dimana kah gading yang dicanang-canangkan. Unexpected. Tapi, yang paling tak boleh difikir akal, wanblur yang 65kg semasa sekolah kini mencecah 96kg. Its bery unexpected. seirously.


Banyak sebenarnya kesusahan yang dihadapi selama ini. Kalau orang cakap, muka relax cool je. Ah.. Itu genetik gua. Muka awet muda memang begini. Yang paling penting, tenangkan hati. Hati yang tenang dapat menyenangkan kepala otak kita. Insyallah, semuanya akan kembali tenang dan cool.


Dulu, masa baru-baru baligh. Selalu rasa stress sebab kena buli dengan budak-budak lain. Kena pulau? Pergh... dah macam makan ayam. (means, selalu la). Masa tu teringat seorang ustazah cakap, kalau stress. Sujud lama-lama.. Wanblur yang tak seberapa pandai nie pun.  bila stress, terus tunduk, sujud lama-lama... Menghayati betol. Tapi, rasa sama je. Lepas beberapa tahun baru paham maksud ustazah tue, sujud masa sembahyang lama-lama. Bukannya mentadak je terus sujud tiba-tiba. Its works. So, jangan stress-stress. Allah with us. He will guide us. Trust Him.

Tak pernah sangka yang wanblur boleh :
  • siapkan case write up dalam masa seminggu
  • penuhkan log book dalam masa seminggu
  • cover bed di malam buta
  • berlari cover bed pagi-pagi untuk patient baru masuk
  • berada di labour room disaat tengah malam puasa ramadhan
  • sambut baby hanya 10 minit sebelum sahur habis
  • kekal cergas selepas habis oncall
  • kekal lesu selepas makan banyak. erk...
So,

Jangan putus asa. Rasa tekanan, risau dan sedih itu perlu. Tapi, halakan ke arah yang betol. Yang lebih positif. Or, just down the memory lane. Sometime, its works.


Sebenarnya, bukan itu yang wanblur nak habaq. Tersasar jauh ke sungai kinabatangan.Sebenarnya just nak memastikan blog terupdate. haha..


haha
haha

k lah.


ps : pusat sumber


to adik-adik, please make sure do the best for the BEST UNexpected in your life !!






No comments: