Friday, November 30
As i thought
Assalamualaikum
Sejak kebelakangan ini, masalah-masalah seperti pertuturan, komunikasi yang efektif, dan bahasa menjadi bebanan untuk keadaan semasa. sigh...
Masalah pertuturan dan komunikasi yang paling dominan ialah gagap. Aiyaaa... dah lama benda nie tak jadi kat wanblur. Kali terakhir yang wanblur ingat semasa umur 10-11 tahun. Sekrang dah macam relapse lah pulak... Semasa sonok-sonok cakap, tiba-tiba "gagap" !! aiyaa... DItambah dengan bahasa baku yg digunakan.. My bad.
English. I need to improve it. A lot.
p/s :
Sedih bila mengenangkan diri tidak seberjaya dengan orang lain. Sudah lah gemok, cakap tak paham, english macam haram dan jawapan yg selalu diberi mesti salah. my bad. Last day. sigh
Thursday, November 29
Lately
Assalamualaikum
Sejak kebelakangan ini, kesihatan wanblur kurang memuaskan. Bermula dengan selesama pada hari sabtu yang lepas, then sakit lubang telinga dan sekarang sakit kepala yg boleh dikatakan 7/10 kesakitannya. Dugaan dalam minggu-minggu terakhir dalam posting Psychiatric nie.
Sihat sebelum sakit, Muda sebelum tua, Kaya sebelum miskin, Lapang sebelum sempit, Hidup sebelum mati. (ohislam.com 2012)
Untuk makluman korang, minggu nie agak mencabar dan tercabar sikit. Tengah pulun menyiapkan diri untuk Long Case Psychiatric as well as for final exam bulan 2 nanti. Aiyaa. menyesal tak start study awal-awal.. Apa-apa pun, like grandiose-patient said, "Everyone has big dreams dan they will absolutely get it"
Sorry,
tak dapat menumpukan perhatian dan perasaan untuk menulis. Denyut-denyut kepala nie.
Semoga long case kali nie menjadi lebih baik dari long case - long case semasa tahun 3 dulu.. amin..
kbai.
p/s : Unable to pick up phone calls due to faktor usia yg tua phone serta telinga sakit bila terasa haba hanset. sorry
Wednesday, November 28
SEGMEN BLOGLIST DISEMBER PAPA BLOGGE
Syarat syaratnya senang je.. :
- Buat entry bertajuk SEGMEN BLOGLIST DISEMBER PAPA BLOGGER
- Copy gambar kat atas tu dan letakkan dalam entry korang
- Follow blog aku.. Mudah untuk aku masukkan link korang dalam bloglist aku
- Letak link entry korang kat bawah komen ni..
Tarikh tutup hujung bulan November jam 11.60 malam....
Monday, November 26
Sunday, November 25
Wednesday, November 21
Tuesday, November 20
Kisah 1 : HFM di RTC Tunjong Kelantan
Assalamualaikum,
Untuk pengetahuan korang, HFM atau Health For Malaysia merupakan salah satu komponen dalam National Blue Ocean Strategy 4 - Rural Transformation Program yang untuk memberi perkhidmatan serta kesedaran berkaitan kesihatan kepada semua penduduk di Malaysia. Program yang dijalankan secara percuma kepada semua yang hadir ini dilaksanakan oleh pelajar-pelajar IPTA yang merangkumi dari fakulti perubatan, pergigian, dietetik, optometri, farmasi dan lain-lain yang diselia oleh pensyarah yang terlibat.
Meneruskan legasi sejak setahun yang lalu, HFM kali ini diadakan pertama kali di RTC Tunjong, Kelantan Darul Naim selepas beberapa siri di RTC Gopeng Perak dan Sabah. Nie adalah HFM yang kedua wanblur sertai sebagai sukarelawan dan excited nak mampos nak pi kelantan. Hajat nak jumpa Nik Aziz, tapi hajat tertangguh lagi. Tak ada peluang langsung. Aisehhh.. Next time kena g melancong di Kelantan la gamaknya nie..
Bila duk dekat kelantan nie atau more specific di USM, Kubang Kerian, Benda yang paling menarik perhatian adalah awan dan makanan. Manis dan sedap gila makanan. hahaa... murah pulak mcm katkedah.. kalau macam nie larh... aishhh... heee habis program diet. Unresistable
Semasa orang lain sibuk bershopping sakan dekat Wakaf Che Yeh, wanblur jalan seround then lepak dekat sebuah kedai makan. Mee Tom Yam campur. Sedap dan pedas.Ohya, baru wanblur perasan, kebanyakkan masakan kelantan yang wanblur makan mesti ada rasa daun limau. Rasa limau. Apakah ini menu rahsia ?? haha
Menu hari kedua ialah Pulut dan pisang-apa-ntah. Wanblur bila tengok makanan yang pelik-dan-weirdo nie memang susah sikit nak makan, tapi disebabkan lapar dan lapar, So,cuma la makan sikit pulut dan pisang nie. Perghh... manis dan sedap gila pisang.. Siap tambah dua kali. ambek kaw. Tadi cakap geli nak makan!! haha
Hari pertama program bersama dengan adik-adik Emergency Medicine USM untuk menolong diorang buat demo CPR untuk orang ramai. Diorang baik, dan rajin walaupun agak senget sikit. Eh, CPR boleh menyelamatkan seseorang tau kalau dilakukan dengan betul dan berkesan di masa kecemasan. Jangan buat malu oit kalau org tua boleh buat cpr, korang yg muda-muda ni tak tahu.. heee .. Ramai warga emas dan 30an yang datang belajar demo kali nie. Syukur
Hari kedua program ditugaskan untuk membantu pendaftaran. Walaupun agak tak mencabar dan sangat relaz, wanblur kurang suka benda nie. Yelah, dengan masalah gagap yg semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan nie.. Ini adalah satu cabaran. Kurang kelancaran buat promosi walaupun just mild gagap. Tapi, dapat salam Ketua Setiausaha Negara yang datang ke program okeyh.. Cukuplah.. heheee
Makan Seafood goreng tepung di Pantai Cahaya Bulan (PCB) memang menakjubkan. Walaupun datang malam yang gelap tanpa cahaya sunset yang cantik, wanblur layan makan. Makan, dan makan. Jarang nak makan seafood goreng nie. Kalau kat KL, banyak yang bertepung lebih jer. Nie,okeyh la. Yang paling penting, masih sama.. sos cicah dia.. sedap dan MANIS. Eh, hello... semut duk hurung kot sos yang tertumpah atas meja. Semut makan sos, wanblur makan seafood sampai lemau!!
Nie la tempat mendarat UFO yang menarik perhatian wanblur. Mungkin jodoh, bila masuk bilik dekat USM nie, buka tingkap... seteraight ternampak binatang nie.. alahai... camwhore ler UFO. Penuh gambar dengan benda alah nie dalam situasi awan-awan yang menarik. aishhh..my addiction, Cloud!
kbai
p/s: Minggu kelima psychiatric tapi masih malas-malas ibarat deepavali. aishh
Monday, November 19
Preview : 3 Cerita, 3 rasa
Sunday, November 18
Free Gaza
FOR HUMAN RIGHT
FOR INNOCENT CHILDRENS, WOMAN AND ELDERLY
FOR ISLAM
MY PRAY ALWAYS to MY MUHAJID-MUJAHID PALESTIN.
MAY ALLAH BLESS PALESTIN
ISRAEL WILL NOT BE PLOTTED IN ANY MAPS
PALESTIN WILL BE FREEDOM COUNTRY
PALESTIN WILL BE FREEDOM COUNTRY
Sunday, November 11
Post
Assalamualaikum,
Im just coming back from Kelantan for Health For Malaysia at RTC Kelantan. A little bit tiring days over there. Made lots of new friends, and new sweet-sweet foods!!
Now, will get another 5 hours journey to hometown.
cuti-cuti malaysia
Tuesday, November 6
Pengubat rindu
p/s : I will be in Health For Malaysia (HFM) at Kelantan from this Friday to saturday. Have a pleasure weekend and Deepavali. For those want my autograf or what, kindly ask for it. Its free!! haha.. bajet!! dushdush
kbai
Sunday, November 4
Gambar perkahwinan / wedding
Minggu 4 Psy : Minggu Rombongan
Assalamualaikum,
Jadual Waktu Minggu ke4 |
Minggu lepas (minggu ke4 psychiatry) merupakan minggu yang sangat sibuk, hectic dan berhoneymoon. Seminggu rasa macam sangat-sangat heaven, macam pelancong Russia yang datang Cuti-cuti Malaysia.. Dari Cheras ke Ulu Kinta, kemudian ke Hospital Kuala Lumpur dan diakhiri dengan aktiviti bersama adik-adik di Ampang Hilir. Study lepak gila.. at the end of week, terasa lemau dan macam lembu bila nak study.. aishh
Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK), Perak
Rombongan kumpulan wanblur ke hospital nie pada hari Selasa, 30/10/2012. Kitaorang seramai 24 orang sampai kat sana setelah hampir 3jam masa perjalanan. Fuhh... terasa macam sangat-sangat lama dan kebosanan dalam bas. Tido then bangun dekat R&R makan, naik bas balik sambung tido... Aisshhh...Aktiviti yang diaturkan untuk kitaorang hari tue adalah Taklimat HBUK oleh Dr , lawatan ke Muzium HBUK, Wad Kemasukan Pesakit, Wad Kebun, dan bengkel Occupational Therapy. Yang paling wanblur suka ialah Muzium HBUK dan bengkel Occupational Therapy. Dekat muzium nie, ada banyak alat-alat yang evergreen... best!! Then, kat bengkel OT pulak ada beberapa pesakit sedang buat beberapa kraf tangan sebagai salah satu kaedah rehabilitasi. Wanblur sempat beli satu loket!! yess... akhirnya.. haha
Untuk makluman korang, HBUK nie merupakan institusi psikiatrik yang terbesar di Malaysia. Kawasan hospital nie sangat-sangat lah besar, suasana yang nyaman dan tenang. Kalau wanblur posting psikiatrik dekat sini, konfirm kurus... jauh-jauh dari satu blok ke blok.. aishh ANyway, staff HBUK sangat-sangat sporting dan baik!!
Klinik Methadone, Hospital Kuala Lumpur
Untuk Klinik Metadone di HKL nie, wanblur dan ahli-ahli kumpulan pergi hari Khamis. Sebenarnya, sesi kitaorang hanya separuh hari saja, tengahari sudah kena balik ke PPUKM untuk aktiviti yang lain.
Untuk makluman korang, Klinik Metadon nie dikendali oleh Unit Pengesanan dan Pengesahan Dadah, Jabatan Psikiatrik HKL. Klinik Metadon nie ditubuhkan oleh kerajaan dibawah skim Harm Reduction (termasuk jugak Pemberian Jarum dan Pemberian Kondom percuma). Mengikut staff dekat sana, pesakit yang join program nie boleh dikatakan normal dan stabil. Dalam sehari ada lebih kurang 200-300 orang yang akan datang untuk ambik methadon nie sebagai gantian kepada penagihan diorang heroin.
Methadone ialah sejenis sintetik opiate, ia effect macam heroin cuma kurang addictionnya. Kebanyakan pesakit akan melalui tempoh program yang lama (8-10tahun or lebih) sebelum mereka dapat 100% tidak terjebak dalam salah guna dadah nie. Terdapat jugak random urine test kepada beberapa pesakit (sebelum dapat methadone free) untuk memeastikan mereka tidak mengambil heroin or others secara "haram". In simple way, Program Gantian Methadone nie dpaat mengelakkan penagih heroin daripada ambik secara suntikan / berkongsi jarum or menyebarkan penyakit berjangkit seperi AIDS, HEP B, Hep C. So, agak effective lah kan..
Kebanyakan pesakit yg datang untuk ambik methadone (harian okeyh) sudah stabil, ada yang ada kerja, dan ada yang sudah tidak terjebak dgn dadah nie. So, dapat menolong mereka untuk berhenti, walaupun bukan dalam masa yg sekejap. Its Longterm beneficts!!
Persatuan Dyslexia Malaysia, Ampang Hilir
Kumpulan wanblur pergi melakukan aktiviti Khidmat Komuniti di Persatuan Dyslexia Malaysia di Ampang Hilir (Jumaat 2/11/2012). Kedatangan kitaorang disambut gembira dan gumbira oleh staff-staff dekat sana dan adik-adik tue.. so cumel diorang nie.
Antara aktiviti yang kitaorang buat adalah Drawing, Bingo, Taklimat daripada Presiden, dan turut serta dalam sesi pengajaran mereka. Dalam masa yang terbatas (4 jam) dekat sana, tak boleh buat aktiviti banyak kat diorang. lagipun, kitaorang pun tak dan nak layan adik-adik nie... hyperactive.. dan, kitaorang pun hyperactive jugak!!
“Dyslexia is a reading difficulty in a child or adult
who otherwise has good intelligence, strong motivation and adequate
schooling……Dyslexia reflects a problem within the language system in the
brain” ( Shaywitz, 2003)
Selalunya, adik-adik yang menghidap penyakit nie diorang susah nak eja dan baca perkataan yg disebut oleh orang biasa. Seperti giraffe akan dieja sebagai jirafa, leopard jadi lepad. Jadi, selalunya kalau adik-adik nie duduk dalam kelas sekolah biasa, mereka akan ketinggalan. Mereka tak boleh enjoy sesi pengajaran oleh cikgu.
So, persatuan Dyslexia nie akan berikan latihan insentif 3 bulan untuk menlatih adik-adik nie atleast boleh baca dan eja serta paham perkataan-ayat. Menurut cikgu-cikgu kat sini, selalunya bila sudah 3bulan dilatih, adik-adik nie boleh la survive untuk sekolah harian biasa. Saiz kelas yang kecil dapat memberi peluang cikgu untuk beri tumpuan yg cukup untuk setiap adik-adik nie.
Mereka nie normal, cuma ada masalah sikit untuk belajar. Kalau dah start improve, diorang boleh jadi orang ygberjaya dan normal macam orang lain. Antara tokoh yang menghidap dyslexia ini yang berjaya ialah Alexander Graham Bell, Tom Cruise, Leonardo De Vinci, Steven Speilberg dan Russel White.
Harap-harap kerajaan Malaysia dapat memberi bantuan kewangan untuk pergerakan persatuan ini. Kalau asyik pihak luar negara jer yg bagi dana, sayanglah... Kerajaan sendiri pandang sebelah mata.. aishh..
"DI Malaysia, pelajar yang diberi bantuan ialah Gifted student, OKU students. Yang gifted dah konfirm2 boleh survive, yang Oku kira okeyh lah. Kalau yang Dyslexic nie, memang nampak normal. Tapi, kalau tak dibantu, rugi lah masa depan mereka "
(Anonymous 2012)
kbai
p/s : CWU oh CWU
Saturday, November 3
Jauh nun sana
Assalamualaikum,
Seminggu lagi sebelum akan bercuti dan balik ke kampung. RIndu? bialah rahsia. Kesibukan dan keserabutan melanda hari-hari yang mendatang. Moga wanblur tabah dan dipermudahkan segalanya...
Nie pak dan mak aku !! heheeee
Jom layan lagu dibawah... (sesuai benar dgn suasana hujan dan sejuk nie pff~)
Ummi yaa lahnan a'syaqohu(Ibu, lagu yang paling kugemari)
wanasyidan dauman ansyuduhu(irama yang selalu kudendangkan)
Fikulli makanin adzkuruhu(di mana sahaja, aku mengingatinya)
wa-azhollu azhollu uroddiduhu(selalu dan selalu aku nyanyikan...)
Ummi yaa ruuhi wa-hayati(Ibu, wahai jiwaku dan hidupku)
yaa bahjata nafsi wamunaati(pemberi kebahagiaan dan harapan)
Unsi filhadhiri wal-ati... 2x (sekarang, juga di masa hadapan...)
Allohu ta'aala aushoni(Allah memerintahkan aku)
fissirri walau fil i'laani(dalam ku sendiri atau terbuka)
Bilbirri laki wal-ihsaani... 2x(supaya bersikap membahagiakan terhadapmu, dan mengasihimu...)
Ismuki manquusyun fi qolbi(Namamu wahai ibu terpahat di hatiku)
Hubbuki yahdini fi darbi(cintaku padamu membawaku ke jalan yang benar)
wadu'a-i yahfazhuki robbiy... 2x(dan doaku selalu, semoga Allah sentiasa menjagamu...)
Lagu : Ummi - Hadad
Special with maksud bahasa melayu
Subscribe to:
Posts (Atom)