Sunday, November 4

Minggu 4 Psy : Minggu Rombongan


Assalamualaikum,


Jadual Waktu Minggu ke4

Minggu lepas (minggu ke4 psychiatry) merupakan minggu yang sangat sibuk, hectic dan berhoneymoon. Seminggu rasa macam sangat-sangat heaven, macam pelancong Russia yang datang Cuti-cuti Malaysia.. Dari Cheras ke Ulu Kinta, kemudian ke Hospital Kuala Lumpur dan diakhiri dengan aktiviti bersama adik-adik di Ampang Hilir.  Study lepak gila.. at the end of week, terasa lemau dan macam lembu bila nak study.. aishh



Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK), Perak

Rombongan kumpulan wanblur ke hospital nie pada hari Selasa, 30/10/2012. Kitaorang seramai 24 orang sampai kat sana setelah hampir 3jam masa perjalanan. Fuhh... terasa macam sangat-sangat lama dan kebosanan dalam bas. Tido then bangun dekat R&R makan, naik bas balik sambung tido... Aisshhh...

Aktiviti yang diaturkan untuk kitaorang hari tue adalah Taklimat HBUK oleh Dr , lawatan ke Muzium HBUK, Wad Kemasukan Pesakit, Wad Kebun, dan bengkel Occupational Therapy. Yang paling wanblur suka ialah Muzium HBUK dan bengkel Occupational Therapy. Dekat muzium nie, ada banyak alat-alat yang evergreen... best!! Then, kat bengkel OT pulak ada beberapa pesakit sedang buat beberapa kraf tangan sebagai salah satu kaedah rehabilitasi. Wanblur sempat beli satu loket!! yess... akhirnya.. haha

Untuk makluman korang, HBUK nie merupakan institusi psikiatrik yang terbesar di Malaysia. Kawasan hospital nie sangat-sangat lah besar, suasana yang nyaman dan tenang. Kalau wanblur posting psikiatrik dekat sini, konfirm kurus... jauh-jauh dari satu blok ke blok.. aishh ANyway, staff HBUK sangat-sangat sporting dan baik!!


Klinik Methadone, Hospital Kuala Lumpur


Untuk Klinik Metadone di HKL nie, wanblur dan ahli-ahli kumpulan pergi hari Khamis. Sebenarnya, sesi kitaorang hanya separuh hari saja, tengahari sudah kena balik ke PPUKM untuk aktiviti yang lain.

Untuk makluman korang, Klinik Metadon nie dikendali oleh Unit Pengesanan dan Pengesahan Dadah, Jabatan Psikiatrik HKL. Klinik Metadon nie ditubuhkan oleh kerajaan dibawah skim Harm Reduction (termasuk jugak Pemberian Jarum dan Pemberian Kondom percuma). Mengikut staff dekat sana, pesakit yang join program nie boleh dikatakan normal dan stabil. Dalam sehari ada lebih kurang 200-300 orang yang akan datang untuk ambik methadon nie sebagai gantian kepada penagihan diorang heroin.

Methadone ialah sejenis sintetik opiate, ia effect macam heroin cuma kurang addictionnya. Kebanyakan pesakit akan melalui tempoh program yang lama (8-10tahun or lebih) sebelum mereka dapat 100% tidak terjebak dalam salah guna dadah nie. Terdapat jugak random urine test kepada beberapa pesakit (sebelum dapat methadone free) untuk memeastikan mereka tidak mengambil heroin or others secara "haram". In simple way, Program Gantian Methadone nie dpaat mengelakkan penagih heroin daripada ambik secara suntikan / berkongsi jarum or menyebarkan penyakit berjangkit seperi AIDS, HEP B, Hep C. So, agak effective lah kan..

 Kebanyakan pesakit yg datang untuk ambik methadone (harian okeyh) sudah stabil, ada yang ada kerja, dan ada yang sudah tidak terjebak dgn dadah nie. So, dapat menolong mereka untuk berhenti, walaupun bukan dalam masa yg sekejap. Its Longterm beneficts!!


Persatuan Dyslexia Malaysia, Ampang Hilir


Kumpulan wanblur pergi melakukan aktiviti Khidmat Komuniti di Persatuan Dyslexia Malaysia di Ampang Hilir (Jumaat 2/11/2012). Kedatangan kitaorang disambut gembira dan gumbira oleh staff-staff dekat sana dan adik-adik tue.. so cumel diorang nie.

Antara aktiviti yang kitaorang buat adalah Drawing, Bingo, Taklimat daripada Presiden, dan turut serta dalam sesi pengajaran mereka. Dalam masa yang terbatas (4 jam) dekat sana, tak boleh buat aktiviti banyak kat diorang. lagipun, kitaorang pun tak dan nak layan adik-adik nie... hyperactive.. dan, kitaorang pun hyperactive jugak!!

“Dyslexia is a reading difficulty in a child or adult who otherwise has good intelligence, strong motivation and adequate schooling……Dyslexia reflects a problem within the language system in the brain” ( Shaywitz, 2003)

Selalunya, adik-adik yang menghidap penyakit nie diorang susah nak eja dan baca perkataan yg disebut oleh orang biasa. Seperti giraffe akan dieja sebagai jirafa, leopard jadi lepad. Jadi, selalunya kalau adik-adik nie duduk dalam kelas sekolah biasa, mereka akan ketinggalan. Mereka tak boleh enjoy sesi pengajaran oleh cikgu.

So, persatuan Dyslexia nie akan berikan latihan insentif 3 bulan untuk menlatih adik-adik nie atleast boleh baca dan eja serta paham perkataan-ayat. Menurut cikgu-cikgu kat sini, selalunya bila sudah 3bulan dilatih, adik-adik nie boleh la survive untuk sekolah harian biasa. Saiz kelas yang kecil dapat memberi peluang cikgu untuk beri tumpuan yg cukup untuk setiap adik-adik nie.

Mereka nie normal, cuma ada masalah sikit untuk belajar. Kalau dah start improve, diorang boleh jadi orang ygberjaya dan normal macam orang lain. Antara tokoh yang menghidap dyslexia ini yang berjaya  ialah Alexander Graham Bell, Tom Cruise, Leonardo De Vinci, Steven Speilberg dan Russel White.

Harap-harap kerajaan Malaysia dapat memberi bantuan kewangan untuk pergerakan persatuan ini. Kalau asyik pihak luar negara jer yg bagi dana, sayanglah... Kerajaan sendiri pandang sebelah mata.. aishh..

"DI Malaysia, pelajar yang diberi bantuan ialah Gifted student, OKU students. Yang gifted dah konfirm2 boleh survive, yang Oku kira okeyh lah. Kalau yang Dyslexic nie, memang nampak normal. Tapi, kalau tak dibantu, rugi lah masa depan mereka "
(Anonymous 2012)

kbai


p/s : CWU oh CWU


1 comment:

Unknown said...

menarik entry wanblur. sesuatu yang baru atim tahu :)