Thursday, October 25

Tuah di Diabetes Day 2012 peringkat PPUKM



Assalamualaikum,


Hari nie (24 Okt 2012) merupakan sambutan Diabetes Day peringkat PPUKM. Wanblur rasa macam semalam kot dah start benda alah nie. Cuma selepas sesi klinik pagi tadi, baru sempat turun mencemar duli ke program nie. Diaorang buat kat Lobi Utama hospital.


Antara gerai/booth/meja/papan pameran yang terlibat adalah physiotherapist, wellness aware, food calories, BMI, Waist circumferences, and counselling tentang obesiti. Ada jugak la beberapa syarikat barang perubatan yang terut serba seperti Abott, and aeiouuuu (lupa nama sebenar).


Setelah mencuba nasib meneka kandungan kalorie 142gram twisties (730kcal). Wanblur dapat beberapa hadiah. Yeayy... rasa sangat heaven bila dapat hadiah. Nak tunggu Majlis Anugerah Cemerlang? memang tak larh... Jom selongkar benda apa dalam hadiah yg wanblur dapat!! (mood: Epy Yeppi)


 Nie hah. Bungkus hadiah teka kalori. Masa dapat nie rasa macam "Yeay, sama memang moto!!". setiap number wanblur sebut sampai lah dia cakap betol. haha.. sengal. Kaedah jijik untuk menang hadiah!! haha




 Okeyh, fine. Wanblur dapat sebijik epal hijau dan Air Mineral. So, (fikir positif) wanblur rasa diorang nak bagi mesej bahawa epal hijau dan air kosong baik untuk kesihatan terutamanya menangani Diabetes. Ye tak?? Kalau tak, tak kan ler sesaje diorang letak dalam hadiah teka calori.

Antara kebaikan air kosong (dr Sheikh Ibnu Google) ialah menguruskan badan, meningkatkan kesuburan, melancarkan sistem pencernaan, perawatan kecantikan, menyihatkan jantung dan bagai-bagai lagi kebaikannya (kredit : eyfaa )

Lepas tue, berdasarkan jurucakap MaryKay ( Siti Nurul Google Batrisya), epal hijau penting untuk mencegah pembentukan cholestrol di dinding salur darah, cegah sakit jantung, bantu mengekalkan berat badan, membantu kesihatan tulang dan mengurangkan risiko barah. (Kredit : miszsheyla)


 Tapi, kedukaan serta ngilu dalam hati wanblur nie terubat selepas ternampak PeDOMETER !! Untuk pengetahuan serta ilmu korang, pedometer  nie adalah sejenis alat untuk mengira setiap langkah kaki si pengguna. Tadi selepas roset-roset (check-check) benda alah nie, kita boleh tetapkan setting dia sama ada kalori-berat badan atau distance walking. So, daripada membeli mahal2 di kedai sukan. Baik tepi kuiz dan dapat benda nie. Harap2 wanblur bermotivasi untuk menguruskan badan. Erk. ok fine. Berat badan wanblur dah naik, 85-93kg in 2 months. (nanges teresak-esak)



Berkat kerajinan menjawab questionaire (sebenarnya nk main mata dgn OT yg jaga kaunter tue), wanblur dapat si Bola Kuning nie. (below). Bola kuning nie bukan untuk buat sebagai bola sepak, bola tampar or bola pingpong. Untuk main rugby? Memang sah korunk gila kalau guna boleh nie. haha... Nie untuk hand physiotherapy, sesuai untuk post-CTS release or triger fingger ke.. Exercise kat umah!!



Wahh... harap2 esok ada makan free pulak. Haha... realiti budak medic. Miskin kemain. Benda free sangat-sangat diharapkan. haha


kbai.





P/s: Puasa Arafah. be ready guys!!


1 comment:

Sarah Mnasir said...

hamboii.. kemain seronok dpt hadiah kan.. nk jugak :P