Sunday, September 16

Nak exam




Kalau nak dihitungkan, paper pertama wanblur iaitu orthopaedic adalah pada hari Isnin minggu depan. Tempoh kurang dari seminggu lagi utnuk berusaha cover tajuk dalam 2 posting (ortho dan paeds). Terasa macam tak belajar apa-apa. Buka buku macam baca buku budak tadika. Merangkak mengeja. Macam baru jumpa jer benda-benda nie.. adoyai.. risua la risau


Hati Takut

Dekat-dekat nak exam nie, tambahan pulak banyak benda yang perlu dicover dan discoverkan, timbul rasa risau, takut dalam hati nie. Teringat semasa sekolah menengah dulu,ada ustaz yang ajar PAI (Pendidikan Agama Islam) wanblur pernah cakap:


" Lebih baik hati menjadi risau dari tidak risau. Hati yang risau akan berusaha lebih dari hati yang tidak risau. Hati yang tidak risau akan merasa senang dengan dirinya, walhal semuanya bayangan syaitan semata-mata"




Baru-baru nie, wanblur ada cari. 

 "Kenapa manusia, student atau diri wanblur nie selalu takut. Risau dengan pelbagai benda. Kadang-kadang duduk sorang dalam gelap pun risau. Takot ada lipass. Ada ketika dengar guruh pun risau jugak. Takot kena sambar kilat walau duduk dalam rumah. "



firman Allah di dalam Surah al-Baqarah (156-158):

  Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:] (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.



Harap kekuatan dan pendirian diri diteguhkan oleh si Dia. Amin.

p/s : Nak exam tapi lemau. Macamana??





1 comment:

Unknown said...

gud luck... Semoga mendapat kekuatan untuk study dan menghafal.. Sis dah lepas dunia belajar ni... Skg mengajar lak...hehehe