Tuesday, September 18

Burger Bakar abang burn


Asalamualaikum,

MUKA EXCITED NAK G TENGOK BUDDY 1st year


Semalam kitaorang (budak tahun 4) rancang nak pergi melawat junior-junior tahun 1 yang baru masuk. Seperti tradisi yang dilakukan oleh senior-senior sebelum ini saban tahun sebagai mukadimah kepada legasi medic dekat ukm nie.


Kalau diimbas balik masa wanblur 1st year, Baru saja masuk medic. Ada ramai jugak abang-abang senior (30org gitu approx) yang datang jumpa kitaorang. Masa tue, wanblur ingat lagi, sekor-sekor budak 1st year kena tanya soalan macam-macam, soalan lawak gila pun ada. Lama jugak la dalam 2 jam gitu. Tapi, first contact dgn senior atas, medic pulak. Masa tue rasa best sangat-sangat walaupu  kena tanya banyak soalan. Tapi, setakat tue ja. Lepas habis sesi ramah-mesra tue, semua balik ke ktdi balik. Kitaorang pun kadang2 lepas tue contact2 buddy atas kalau ada apa-apa. hurm... Segan gila kot pfff ~~

Orang yang berkuasa sedang berbincang, kitaorang sedang berborak-borak. Stress-reliever!!


Tapi, semalam. Tradisi tahunan budak lelaki terpaksa dibatalkan. kitaorang turun ke kolej kckl (kolej lain yg menempatkan buda preclinical) dalam 20orang lebih. Ada yang naik moto, keta. Excited gila nak g jenguk buddy 1st year. Walaupun tengah study week, excited gila kot. Senior kot. haha Tapi, bila dah sampai kitaorang semua tak dibenarkan masuk. Pengawal cakap budak2 tue ada program, budak senior (kolej yg menempatkan budak clinical) tak boleh masuk. Lepas tue, dah negotiate dengan tuan pengetua bagai, diorang cakap kami tak boleh masuk ke kolej tapi budak tahun 1 boleh keluar jumpa kami di luar pintu asrama.


Jumpa kawan lama.. Sedap badan skunk.. haha


Okeyh la kan. Lepasdalam 30minit tunggu budak2 tue nak keluar. sampai2 kan gate. pak guard tutup pintu. Tak bagi diorang keluar. wtf. Apa nie?? Dah macam jahat sangat ker kitaorang nie. Aiyaa... lepas tue, guard cakap sebab dah malam dan etc, diorang tak bagi junior kuar. Kitaorang frust gila. lama gak negotiate bagai, kitaorang blah. Malas nak layan benda-benda nie.. dari pukul 930malam kitaorang tunggu untuk jumpa junior, sampai 1120mlm gitu baru kitaorang balik. Itu pun tak dapat jumpa. susah jugak kalau nak masuk malam2 nie. haha


Disebabkan frust menongeng dengan hal-hal itu... kitaorang balik dan singgah ke kedai BURGER BAKAR ABANG BURN dekat Ampang. 

 
Depan kedai Abang Burn

Beef Supremo yang sedap!! Sesuai untuk perut macam wanblur, XL. hehe RM10.50

Air Laici gelas bapaknyer-besar RM4.50

First time kot. Sesat macam haram. Nasib baik keta budak nie ada gps. gps pun boleh pening dengan highway kL.  aku order burger Beef Supremo dan Laici gelas besar. Sedap. Mengenyangkan. Daging dia memang meleto. Pejal dan tebal. nyam nyamm Terubat kesedihan malam tadi tue. haha

Dihadapan kedai burger bakar abang burn. (curi dr fb diorang)


apa-apapun, sekarang ada lagi 5 hari sebelum study week. Gementar gila.


p/s : Refleksi diri dalam setiap tindakan.


Opinions for perspectives :

Seniors : Masing-masing excited nak jumpa junior. Tak tahu pulak benda nie terjadi. Kami tak buat apa-apa makluman formal sebab sebelum nie tak pernah berlaku seperti ini.Kalau nak kata kami orang luar, kami pun budak UKM jugak. Ada kad matrik lagi, keta pun ada pas kenderaan. Kedatangan kami ada kaitan dengan Pilihanraya Kampus (PRK) ?? Elo.. ada budak kitaorang GM, ada jugak yg Aspirasi. Lol. Medic nie lain dari kampus bangi tue..

Kolej & Keselamatan : Diorang tidak benarkan sebab tiada sebarang makluman awal dan rasmi kepada pihak pengurusan tentang perjumpaan ini.Tambahan pulak dah malam dan jumpa studen yang ramai. selain tiu, dah dekat nak Pilihan Raya Kampus nie Diorang tak nak orang luar especially dari bangi yang very fanatik datang dan buat kecoh kat KCKL. Diorang lebih pentingkan keselamatan penghuni KTSN dari segala yang lain. Dulu pernah terjadi benda nie sb budak kolej dr bangi dtg buat kecoh bagai. So, diorang mengambil tindakan yang tepat untuk memastikan anasir-anasir luar seperti di kolej bangi

Junior : Muka sedih gila lepas pak guard tutup pintu (depan mata) semasa nak keluar. nangis peluk-peluk bantal


Wanblur : Aku suka aspirasi. Bukan sebab parti tapi sebab ada beberapa orang wakilnya yang jujur.Tapi, lepas kes nie. Macam akan bertukar parti jer. Nie la akibatnya kalau auku dimansuhkan. Politik negara memberi kesan yang besar kepada percaturan politik dalam universiti.. aishh... rindu uitm pulak. Kat uitm kitaorang undi berdasarkan wakil fakulti. Itu lebih baik dan aman dari undi parti-parti politikus... Nak undi apa?  Biarlah rahsia... Muka aspirasi pun boleh undi GM okeyh, vice versa.

btw, ada ke ahli politik yang jujur?? fikir-fikirkan...


bye


aku rasa sebab diorang tengok badan aku macam bouncer kelab malam kot. Itu sebab diorang tak bagi aku masuk. hahaha








haha... sila muntah skunk!!! haha


bye.





2 comments:

Faiz Nasron said...

sabar2....

Masmira Masri said...

bhahahaha ape ker teruk benar UKM ni..tp guard tu msti takot jugak kalau org report kn...cian senior n junior.... ohh done follow...hit me back ok