Sunday, June 24

Kisah di Tasik Chini


Assalamualaikum,

Cuti minggu yang lepas (15 - 17 Jun 2012) wanblur dikehendaki menghadiri Kem Kepimpinan untuk Persatuan Mahasiswa.i Perubatan atau PERSIAP dekat universiti wanblur. Jumlah keseluruhan yang hadir adalah 17 orang, dan kem kali nie  dilangsungkan di Tasik Chini, Pahang.

Wanblur dan kawan-kawan bertolak selepas solat jumaat. Hampir 3/4 masa travelling, wanblur habiskan untuk menqada masa tidur yang tak cukup. Dari pukul 3ptg bertolak,sampai dalam pukul 10mlm. Puffff.. Dah macam balik kedah ja nie. aiyooo..


Waktu sampai kat Tasik Chine Resort tue, memang kelam ya amat. Nampak kaunter reception jer. Selepas letak beg pakaian  dalam bilik yang menyerupai "dorm". Kitaorang pergi melantak dekat kafeteria resorttue. Pergh, telan air liur jugak bila tengok harga menu la carte dier. Wanblur makan Nasi Goreng Kampung dan telur mata (gambar atas). Total harga adalah RM13. Termasuk teh o ais tawar!! damn.
Malam tue memang tidur dengan amannya. Sejuk macam aircond pulak. Korunk tengok la gambar kat atas nie, kabus penuh kat belakang rumah. Sejuk-gediii.  Dalam rumah (dorm) yang kitaorang sewa nie, boleh menempatkan dalam 10orang. Ada katil double-decker dan dua toilets. Sebuah rumah untuk lelaki, dan sebuah untuk perempuan. Damn. Ingat tinggal sekali. hehehe **otak kuning**

Suasana jeti resort semasa wanblur dan member-member turun breakfast. Yang paling best time nie, bila dapat makan breakfast ala layan diri. haha.. Makan breakfast macam tak makan dua hari. Makanan free. haha damn. Diamlah budak gemok! Menu breakfast adalah bihun singapore yang tasteless, hotdog yang panas-panas,ngget, sandwich jam strawbelly dan teh o panas. Yummy ^___^

Pagi sabtu tue mainly adalah perbincangan aktiviti-aktiviti serta perjalanan persatuan untuk sesi nie. Wanblur lah budak yang paling serabut time tue. Banyak gila aktiviti. Ya Allah, terasa macam nak quit jer sebab rasa diri sendiri pun tak sehebat mana, untuk menyandang jawatan nie. Akademik Klinikal okeyh!! Overall, meeting kali nie simple, dan ada orang tertido... heheee


Sebelah petang ada aktiviti naik bot mengelilingi tasik chini dan Jakun. First time naik bot memang pengalaman yang mendebarkan. Dengan badan seberat 90kg kapas putih, korunk banyangkan macamana. Aiyooo. Selepas bot gerak, baru rasa lega. fuhh... Kitaorang pilih pakej kelilingi 12lake. dalam sejam keliling tasik chini. Besttt !!

 Diakhir pengelilingan tasik chini,kitaorang ada aktiviti Jakun. Aktiviti nie adalah melawat satu perkampungan orang asli berdekatan tasik chini nie. First time datang ke perkampungan orang asli memang memilukan. Memandangkan keadaan daif mereka, memang tak tercapai dasar RTC nie. Janji mungkin belum ditepati. Korunk bayangkan, rumah papan, dengan sistem air yang so-so, dan kanak-kanak kat situ memang malnutrition lah. Kurus keding. Sadis...

Untuk aktiviti Jakun nie, kitaorang diajar untuk menyumpit. Pergh... memang berbau lah sumpit tue. Penuh dengan air liur yang melekat.Damn. Nasib baik target mengenai. Bangga sekejap. Jangan jeless... Hampir setengah jam meninjau perkampungan orang asli, kitaorang balik resort dalam pukul 4petang. Dehydrated dan sunburn. erk.


Suasana senja hari tue memang satu suasana yang menyenangkan. Dengan matahari yang berwarna jingga, air tasik yang bergelora ditiup angin tasik, dan ikan-ikan yang berenang dibawah jeti. Gambar nie adalah untuk korunk semua. Senja di Tasik Chini.
















 Malam tue, kitaorang ada barbiQue. Bahan-bahan BBQ dan peralatan dibekalkan oleh pihak resort. Memang makan sampai nak kembung. Terus terbonjol-bonjol perut aku yang fluffy nie. demn. Macamana nak habiskan hotdogs nie?? Lepas makan, kitaorang main beberapa games seperti Mafia, Regu peribahasa dan .... (aku lupa main apa). Riuh rendah kitaorang main dekat plaground tue. Mesti orang yg sewa chalet berdekatan taman mainan tue bengkek gila. RIuh rendah malam-malam. hahaha. peace yaww

Pagi ahad, hari terakhir di Tasik Chini. Aktiviti pagi tue mainly adalah berkayak di Tasik Chini. Kali kedua nie aku berkayak. Dah lama tinggal. Bila berkayak pagi tu, memang berpeluh lah.Lemak terurai banyakYesss. Dah "kurus" aku. Aku kayak pagi tue tiga kali. Jauh benor nyer megelilingi tasik. Best sangat. Nasib baik x terbalik. Sebab aku tak reti berenang. haha Kalau tak, kering lah air tasik.
Kem Kepimpinan PERSIAP di Tasik Chini tamat dengan makan tengahari yang so-so. Bertolak balik dalam pukul 3petang, sampai PPUKM dalam pukul 10mlm. Very tiring journey.

Apa-apa pun, first time datang ke Tasik Chini. Walaupun makanan yang agak mahal, dan aktiviti yang sedikit, atleast wanblur dah pernah datang ke tasik nie. Lepas nie boleh la beriak dengan member-member . hahaha *gelak jahat*

Bye


2 comments:

chokeLy said...

wohoo.. menarik. best lak tgk

farrah hayati said...

xde jumpa naga tasik chini ke? :P