Assalamualaikum,
Semalam, selepas dua hari Si Hamster Kembung (SHK) merajuk dengan wanblur sebab wanblur tak layan dia. Kitaorang plan nak pergi ke Tasik Titiwangsa. Dah agak lama sejak kali terakhir pergi dating kat sana. Sedang elok-elok keluar dari HUKM, terus hujan. Dugaan. Perjalanan yang suppose to be 30-40minutes takes about 1hour 13minutes to arrived. Nasib baik, sampai je sana. Hujan dah renyai. Boleh la berjalan-jalan keliling tasik.
Kitaorang makan dekat Sani Char Kueh Teow. Kedai makan yg paling sedap dekat area-area sini terutamanya char kueh teow. Yang lain suam-suam ja. Sesampai kat sana, si hamster cakap nak makan dua pinggan. Ngidam katanya. Wanblur pun order lah 4 pinggan. Seorang dua. Terkejut dan tergamam adik yg ambik order tue. Siap nak gelak. Nasib baik dia tahan. aiyoo.. Kitaorang pulak yg tergelak lepas dia blah. adeiss.. Bahananya, si hamster makan sampai nak termuntah. Tamak dan konfident sangat order 4 pinggan.
On the way balik,
Kitaorang singgah KLCC jap. Pertama kali pergi tengok dekat-dekat time malam. Selama nie, asyik termenung dari jauh jer. Cantik cahaya KLCC. Waktu kitaorang sampai dalam pukul 8.30mlm, masih ramai pengunjung yang datang, lepaking-lepak. Nak shopping?? *tangan ke bahu, mata ke atas*
Jom layan beberapa gambar. Kamera hanset cokia lawan DSLR disekeliling. sobsob T___T
Bahagian dalam, Tower 1 KLCC |
K lah. Hujung minggu yang berpoya-poya sudah selesai. Minggu kedua dalam posting Paeds bakal mengambil alih majoriti diari wanblur lepas nie. Minggu nie, akan ke Wad Kanak-kanak di Hospital Kuala Lumpur. Berdoa dan berharap agar segala-galanya berjalan dengan lancar. Semoga wanblur dapat tingkatkan kemahiran yg lemah nie.
WIth Si Hamster Kembung yg sudah merajuk |
Bye.
4 comments:
Huuu si hamster kembung pun boleh... haha. jaga kakak kita elok2 :) :) :)
Haha saya pun selalu je pergi klcc pastu tangkap gambar bagai nak rak. Tetiap minggu gitu =P
KLCC waktu mlm mmg cantik, org zaman skrg bukan amik gmbar klcc sgt amik gmbar cermin toilet klcc haha
untung laaaa dapat kak syairah yg comel ;P
Post a Comment