Wanblur ingat lagi, masa kejadian nie terjadi. wanblur masih belajar Tingkatan 2. Nak masuk tingkatan 3. Semuanya berlaku tanpa diduga dan tanpa sebarang tanda. Orang kata, malang tidak berbau. Tetapi, Semuanya kekuasaaNya.
Semasa pagi kejadian gempa nie, wanblur dengan member-member tengah buat kolaj or lukisan dinding dekat sekolah. Ada la dalam beberapa orang. Semua dalam bilik pendidikan seni. Msa tue, wanblur ingatkan wanblur pening-pening. Ada gak kawan wanblur cakap benda yang sama. Tapi, semua tak ambik port la. Ingat ada construction dekat area-area tue. sekejap jer. Lepas dah balik dari sekolah (time cuti okeyh), baru tahu ada kejadian gempar. Tsunami, Ombak Besar dekat Kuala Kedah. dan bebrapa tempat lagi. Gempar satu negara. Jadi kelam kelibut semuanya. Masa nie la, semua pihak bergading bahu tolong mangsa-mangsa yang terlihat. Menyelamatkan apa yang dapat diselamatkan. Tapi, Takdir Allah siapa yang tahu. ryte?
Nie la, brief history about this phenoimena. (taken from : penerangan)
- 8.58 pagi : Satu gegaran gempa bumi telah dikesan di utara Sumatera, Indonesia berukuran 9.0 mengikut skala richter.
- 1.15 tengahari : Gelombang pertama melanda pantai Kuala Muda dengan ketinggian mencecah 2.5m
- 1.45 petang : Gelombang kedua dengan ketinggian melebihi 8 meter telah menghempas pantai sejauh 300 meter ke daratan mengakibatkan banyak rumah, kenderaan dan harta benda lain musnah
Selepas 5 tahun. Adakah kita bersedia untuk menghadapi peristiwa yang sama pada masa akan datang?
Semoga keluarga mangsa tidak diabaikan. Mereka memerlukan sokongan kita. kita kan satu keluarga. Keluarga Malaysia. Semoga semua keluarga tersebut kekal tabah menjalani kehidupan ini. Semoga semua mangsa ditempatkan bersama-sama para mukmin di syurga kelak. amin.
p/s : Kagum dengan semangat kental keluarga yang terlibat. Terus Melangkah tanpa menoleh.
2 comments:
jadikan sesuatu perkara sbg peringatan~ same2 mengingati
Al-Fatihah buat mereka
Post a Comment