Monday, October 31

Kanser Pangkal Rahim ( Cervical cancer) dan Vaksin HPV percuma.

Assalamualaikum

Sebelum nak bertolak ke Tanjung Karang dalam 30 minit lagi nie, Just terbaca kisah HPV dan kanser pangkal rahim yang hebih diperkatakan di UTUSAN MAlaysia hari nie. huhu..Wanblur just nak share la beberapa info-informasi untuk korang semua. Selamat membaca (*_*)






"suntikan pelalian HPV buat masa ini hanya disediakan secara percuma di sekolah dan klinik kerajaan untuk remaja perempuan berusia 13 tahun sebagai langkah utama mencegah penularan barah tersebut" - Dr Harmy, Utusan Malaysia





to someone


i happy with your honesty
i fell damnly wake up
i will try my best


esok dah nak ke tempat baru
posting JKM
Di Tanjung karang,
Im one of the Kuala Selangor's team 

so,
no blog update
no shout-shout mengila dekat facebook
demmm.. habis populariti wanblur!! 

 

Sunday, October 30

For Another New Episode of life


Saturday, October 22

2 Blog Pilihan Wanblur Bulan Oktober : The Journey of Emperor dan Dunia Sarah




2 Blog yang menarik wanblur pilih untuk bulan nie. Walaupun ada salah satu dari blog nie, memang hebat bangat-bangat, kedua-dua blog nie menarik wanblur untuk men"stalk" blog mereka bulan nie. So, wanblur sudah. Giliran korang plak ar, cube baca tengok. (^_*)


Ini link ke Blog mereka yg membawa anda ke entri mereka yg menarik perhatian wanblur:

  1. merajuk-merajuk sayang By SarahShukor
  2. we-won-war By The Emperor

Tq.
(^_^)

kata kunci terbaru


Assalamualaikum

Im Going Back this evening. Yeaahhh. This Saturday's wonderland evening.
Dont Be Jealoussss.. 


Rasul-rasul mereka bertanya: “Patutkah berlakunya sebarang keraguan tentang wujudnya Allah, yang menciptakan langit dan bumi? Ia menyeru kamu beriman kerana hendak membersih dan melepaskan kamu dari dosa-dosa kamu, dan memberi tempoh kepada kamu hingga ke suatu masa yang tertentu. Mereka menjawab: “Kamu tidak lain hanyalah manusia seperti kami. Kamu bertujuan hendak menyekat kami daripada menyembah apa yang telah disembah oleh datuk nenek kami. Oleh itu, bawalah kepada kami satu bukti yang jelas nyata”.
[11]
Rasul-rasul mereka berkata kepada mereka: “Kami ini tidak lain hanyalah manusia seperti kamu juga, tetapi Allah melimpahkan kurniaNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kami tiadalah berkuasa membawa kepada kamu sebarang bukti (mukjizat) melainkan dengan izin Allah. Dan dengan yang demikian maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman berserah diri





- bubye -




Friday, October 21

Thursday, October 20

See-Lap A-Ja laaa...

Gambar time my Eldest Brother reception. My Gemok Time!!

Hari nie tak banyak pun yang berlaku. Mungkin sama jer kot macam hari-hari yang berlalu. Tapi, hari nie bangun pagi, try la call seseorang. Hurm.. tak dapat pun. Frust..

Tadi dah pergi hantar surat untuk memohon pelepasan selama 4 hari untuk pembedahan yang bakal berlaku nanti bulan 11 nanti. Hurm. Dr Fazilah sudah pergi Mekkah. So, Surat tue just pass kepada Dr Datin. Macamana status surta tue pun tak ketahuan. Lepas nie la plak g tgk macamana. Td Dr datin tak der kat bilik. Dr Rohaizat pun x der. hope everything will solve soon.

Petang tadi ingat nak g joging. half maraton. Tapi, hujan la plak. Dugaan hebat nie. Sampai malam hujan. Punah hajat dan harapan.SO, aktiviti feveret time ujan2 nie, T.I.DU.R.  haha. naik balik ar badan aku macam nie...

ok ar,. x der pape yg sepesel pun arini. just nak tunjuk aku yg dulu. Tue yg kat atas tue.. debab tak?? hehe..


p/s : naik 10kg ley je dapat 3 hari, turun 1 kg seminggu pun sakit!!

Wednesday, October 19

Wordless : John R. hampton

aku keliru tanpa aku rindu...


Aku keliru, 
aku keliru dengan perasaan aku
aku keliru dengan perasaan dia
sungguh, aku betui-betui keliru
aku suka dia
aku sayang dia
mungkinkah aku keliru tentang diri sendiri?

Aku rindu
rindu yang datang setiap malam
kadang-kadang waktu makan pun ley rindu
rindu dia
everything about her
dari atas hingga bawah
dari luar hingga dalam
semuanya aku rindu.
ye aku memang rakus,
aku rakus dgn apa yg aku sayang.
so what??

aku keliru tapi aku rindu
korang jgn memandai nak rindu aku. erk.. *perasan**

nyte semua

Time aku gemok dulu, 90kg. skunk dah okeyh. hehe..

p/s : Its Tuesday, my bored day. really!!

Tuesday, October 18

Semalam yg indah


Hey,

Semalam wanblur kuar bersuka-ria dengan seseorang. DIA cakap dier nak belanja wanblur sebab bufday wanblur kan yg dah lepas. So, orang cakap (bukan dia cakap), "Makan dihulur jgn dipaling dr muka, tambah2 yg free.. " hehe

Semalam dalam pukul 1 kot, around that la, bergerak ke Mid Valley. First time naik teksi p sana. Selama 3 tahun wanblur kt sini as Orang KL?, naik KTM LRT jer. first time, Nasib baik jalan tak jem. Dan, "DIA cakap ada jalan lg dekat, teksi saje jer bawak jalan jauh. Wanblur pulak, blur-nlur ar. x tahu pape. hheee

Operasi bermula dengan mencari tempat makan, Naik eskelator, trun eskelator, jalan kiri, usha kanan, cuci mata jap. Last-last makan Secret Recipe. Ground floor. hehe.. nyam nyamm.. perut buaya wanblur dah lapar sangat nie. heee
 


Sedapnyer.. Thanks Kepada DIA yang membelanjai aku. hee.. hari2 belanja pun x kisah. haha. Lepas usik-megusik dengan makanan seperti Meatball spahgetti, Tomyam mee hoon kot dan air kat atas nie. Bergerak tengok The Musketeer. Free lgi! hehe.


Overall, The Musketeer macam movie biasa-biasa saja. tak bosan tp tak pulak menarik. sedap2. Tertiba, time wayang, Seekor angle dtg! toink toink.. Senyum kemain. (^_________^). Kena jaga elok2 okeyh. Twu!! huhu

Lepas wayang, bergerak ke HUKM ar, balik kolej. Tapi guna KTM dan LRT. fuhh.. lama siot. tambah2 hujan. Nak naik teksi takot mahal plok. jalan2 time office kuar balik rumah nie, hujan.. mesti ligat meter teksi kan, hurm..

That's all for our day, DIA and Me. Nice (^_^)

Inilah DIA itu, Siapa? cari ar sapa tangan cam ni. hehe
Lepas balik,
wanblur g jog. Ingat nak g dekat2 jer. tengok2 dah buat rekod untuk diri sendiri. huhu.. Nice. tido dgn jantung berdebar-debar semalam. heheeee. first time kot. my own best time. Okey ar untuk perut buncit mcm aku nie, hhehe. tgk ar bawah. route yg dilalui dan masa. (ada jugak masa untuk ditewaskan, masa standard)

15KM : HUKM - Tun Sambathan,- Times Square- Pudu - Maluri - HUKM

ini ar, masa yg wanblur idam2 kan. atleast kan untuk beginner.



lepas nie nak carik route 20km. Route semalam berbahaya sebb keta banyak. nak cri route yg keta bawak slow2 time malam.


I'M DEMOK NIGHT RUNNER

bubye


P/s : I have given a Wanblur during secondary school, and Demok since a month ago. bengong (@_*)

Monday, October 17

Monday Blues : My Dream Motorbike


MY dreams come true?
Lets break Monday's blues (^_^)





Happy bufday Blogger Idati Malek

SPECIALDEDICATION
TO
BLOGGER IDATI MALEK
 
HAPPY BIRTHDAY
KE
20-an
semoga kawen dipercepatkan,
aku lapar nasik minyak oit.
KLIK UNTUK JENGUK DIA
BYE.

BANYAK JASA KO KAT AKU. hehe

Sunday, October 16

Ahad : KL itu Bosan okey [fullstop]


 Hari nie wanblur dah tahap ultraman 4  kebosanan. SO, bangun punya la awal, pukul 8pg okeyh. Lepas tue, buka facebook, tutup facebook, off laptop, then buka laptop balik. huh! Macam sengal pagi tadi! Kebosanan yang melampau.

Then, decide nak g beli tiket balik kampung sabtu nie, Yeayy.. dah beli! (^_^) . Mahal nak mampuih, 40 hengget. dulu 35 jew. Inilah pengangkutan awam yang terbaik!! haha. Lepas pergi Plaza Rakyat beli tiket, terus direct ke Times squre. Matlamat arini just nak main 2 game dan wayang sa"movie".

Last-last main banyak pulok! nasib baik member yg kerja sana bayor. ahaha. yeay.. hari hari aku main pun nak. hahha. thanks for ajar aku spin woi emy. huhu. Mantap. Baru stail sikit kan. asyik straight jer. huhu Dah imun dgn strike! huh, ayat Bangang tahap dewa. Tapi, main macam haram jadah. Mungkin petanda beli Ball kot. hehe. usha2 500. hehe ada sapa nak bg hadiah ker huh?? ley jer.

Then, tengok movie The Thing. Tgk trailer mcm best, seram. Tapi, bukan seram tp macam haram! shitt. oppsss. terlepas plak kecarutan disini. srry yer. Tak best langsung. Macam nak blah jer dr panggung. Sudah la intro panjag nak mampos, slow plak tue, klimaks macam x der, ending macam Bull*&^%. huh! dengan ada couple india sebelah bt projek cium2 plak. bising tol, Buat diam2 sude.. Bising2 g bilik ar woi! bodo, huh!! emo sikit tp bukan emo dgn kapel tue, tp dgn cerita tue. Bintang?? x der bintang dr wanblur. haha. jahat**



Semua housmate dha balik kampung, Dr zhafir ke ikhwan semalam, dan petang tadi shawal. Huh! sunyi gila rumah aku nie. X der sape-sape nak but bising dah. makanan pun x bg. ahaha.. bengong. Baju penuh ampaina sebab hujan ptg td. X sempat nak ambik. **busukkk **

okeyh ar. Nak layan dora plak.

P/s: Esok ada org Konvo, aku plak? x pernah merasa Konvokesyen. 2014 insyallah. my first.Lambat lag siot..  Harap2 konvo dgn isteri disisi. haha.. chewaaahh. mcm la dah kawen time tue!

Plan esok :
Ada sorunk Talent nak belanja aku makan esok. Makan + wayang + sukasuki..  huhu.. Senyum sorunk2 jap. ahah. sengal!!!

Plan Lusa :
Anta surat dan kertas kerja ke Bangi. huh!!

Plan Rabu, Khamis:
Rutin rutin Untuk Jumaat.

Plan Jumaat:
bt yg terbaik utnuk sukem.

Sabtu :
balik Kampung, tiket 5.30ptg dr Plaza Rakyat.


bye

Ce teka sapa nie. haha (^___^)

kepada Kapel / Couple

 


Anda dan dia
Boleh menjadi seorang yang sangat rapat dengannya
Boleh juga menjadi rengang tanpa sebab
tapi,
Pasti tidak akan terlerai berpisah.
Macam jari atas,
ada masa close
ada masa jarak
tapi, ada ke pernah terlerai terus??
lain lah kalau jari kena potong!!

Tapi,
Sama ada jari tangan kanan ke kiri,
itu tiada sapa yg tahu
andai jari kiri, pasti perpisahan mungkin terjadi
anda jari kanan, kasih tercipta abadi.
Who's know.




- peace -

p/s : fisrt time dapat komen dr medical student. hehehe. Im glad for your kindness, (^_^)


Saturday, October 15

The End of Semester 5 out of 10.

SEMESTER 5 


1. THE PRECIOUS THINGS

Semasa Kem Profesional Personal Development.
Memasuki Tahun Klinikal merupakan saat-saat yang mencemaskan dan berharga bagi wanblur. Nak tahu kenapa? Wanblur bukan seperti pelajar-pelajar lain yang score-score gitu. Wanblur malas, bebal, dan ntah la. Korang cari la kata-kata yang seerti dengannya. Jadi, selepas peristiwa resite paper yang 5 itu, akhirnya, alhamdulillah, berjaya juga masuk ke tahun 3. Selepas tahu kata lulus semua modul dan masuk, rasa macam .... hmmm, tak tahu macamana nak gambarkan, Gembira, sedih, humble ke tanah dan macam-macam lagik. Pada masa tue, wanblur tau yang betapa manisnya sebuah kejayaan. Walaupun sekadar lulus resite paper. Im not like you all semua, Its difficult for me.


2. ME IN SURGERY DEPARTMENT

Bersama Pensyarah Preklinikal di Surgery Ward
 Ini merupakan posting pertama wanblur. Surgeri. I Like (my first impression to thing posting). Walaupun jadual sepanjang posting nie macam relax, ye lah. Third year macam anak tiri jer. Tak diperlukan sangat untuk ward round or others. So, untuk tue, kena cari masa la untuk memenuhi log book. Masa mencari log book ini lah, wanblur belajar banyak. Kalau harapkan group or kumpulan kecik2, mesti kureang la sikit ilmu-ilmu untuk praktikal nie. Macam-macam dah cuba, ambik darah, pasang cannula, masuk IV drip, pasang catheter, cuci luka yg dalam dan busuk, dan buka benang jahitan (suture). banyak sebenarnya. Tapi, Mood relax itu mungkin dah sebati dengan surgeri kot. tengok semua specialist coool jer. hahak.. Kalau ikutkan, memang sangat-sangat banyak perkara / topik yang perlu di fahami dan ingati. Time nak exam baru nak kalot-kalut. Semua tak habis baca lagi walaupun exam dah dekat. Long case jangan panik! nasihat penting untuk diri sendir. Kalau tak, semua step punah ranah. Its true. its happened to me okeyh. Log book pun kena siapkan awal, Kalau tak, dekat akhir-akhir posting, serabut lorh. Buku log book, long caee dan case write uop. fuhhh.. stress beb.  Anyway, its fun and cool to discover in surgery. Tapi, basic kena ada baru fun. kalau macam wanblur, fun tp rasa bodo la. x study. huhu.. so, study + praktikal need in parallel line gituw..


3. MY WONDERLAND IN O&G (OBSTETRIC & gYNAECOLOGY) DEPARTMENT

The Best Coolest Team i have!
First time wanblur masuk posting nie, dah risau dah. Sebab member-member yang dah lalui posting nie cakap, posting nie susah dan lecturer dier garang-garang dan suka bertanya. Nasib baik wanblur kena wad Oren yang cool dan lepak. Lecture yang jadi supervisor wanblur pulak, first time ambik pelajar. New Specialist kata kan. Best dan menarik sangat-sangat berada di bawah Dr Kadir. Untuk pengetahuan korang, kalau nak cakap sibuk, for sure la o&G nie sibuk berbanding dengan surgery yg cool. Ambik darah, buat TPR, check perut mak-mak yang nak bersalin, lukis partogram, oncall malam yg boleh meloyakan anda keesokan harinya dan macam2 lagi la. Wanblur macam sedih sikit, bila time dah dekat nak habis psoting, rasa macam tak belajar apa-apa. praktikal okeyh, cuma basic knowledge x der. Frust. So, nasihat kepada diri sendiri sekali lagi, x der maknanya duk ward seharian tiap hari tapi x belajar pape yg basic dr buku. Last-last, dekat study week dah pening2 dan riso. hurmm... T_T . My fault. Others were smooth and sweet. Sebenarnya banyak yang perlu diperbaiki seperti time management, study skills, and interpersonal skills. all need to be imporoved. 


4. MY SEMESTER FINAL EXAMINATION
Sticky note depan meja study time final exam
Like my previous words, it's was my fault for not study hard since beginning. Its truly hard. Nasib baik ada nota-nota minda dari kumpulan study group time surgeyr yg banyak membantu. Thansk yer korunk. dan Group batch yg very informative. huhu. Terbaik Medic Itu Cool. Teori untuk surgery dan O&G macam senang tp susah. erk.. susah sb x study kot. KFQ susoh bebebnornya. Untuk OSCE okeyh la. PPD seroius blur! Nak nangis jer sekali dengan SP tue. pergh.. penghayatan yang serius. Overall, Final exam just bertawakl jer la skunk nie, mintak2 lulus semuanya. dah x larat pegang title resiter untuk kali ke tiga. hurm.


5. FOR COMING POSTING
  • Time management
  • Study & Study
  • Interpersonal skills dan relationship
  • try study dari awal 
  • try bangun awal kot
  • Try tak buat benda2 x faedah
  • try reduce lg 5kg berat badan.. (hehe)
  • try untuk buat yg terbaik !!


- the End. Thanks for reading -

p/s : Untuk junior yg akan ke klinikal, Study & time management. DUa benda yang penting. SUka ke x suka, itu lain kira. Kadang-kadang rasa berdosa pulok jadi budak medic nie. Berdosa sebab tak cukup ilmu untuk medic ini. Berdosa kepada semua org dan Dia.

bye






The Musketeers





_ peace _ No Big Deal_

wordless untuk sabtu yang panaz membakor


Daulat Tunku



Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-14 oleh Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya di Istana Negara di sini hari ini. Pemilihan itu berkuatkuasa 13 Disember depan untuk tempoh lima tahun. Sementara Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama


Ini kali kedua Sultan Abdul Halim dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong. Kali pertama pada 21 September 1970 untuk tempoh lima tahun, berakhir 20 September 1975. 

Sultan Abdul Halim, 83, yang kini Timbalan Yang di-Pertuan Agong akan menggantikan Tuanku Mizan Zainal Abidin yang akan tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13

Sultan Abdul Halim, diputerakan pada 28 November 1927 di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.
Baginda menaiki takhta pada 14 Julai, 1958 selepas kemangkatan ayahanda baginda Sultan Badlishah. 

Lulusan Wadham College Oxford United Kingdom dengan ijazah Sains Sosial dan Pentadbiran Awam, baginda pernah menyertai Perkhidmatan Awam Negeri Kedah dalam tahun 1950an


Rakyat Kedah di perantaun mendoakan kesejahteraan dan kemakmuran Malaysia selaras dengan Kemakmuran Negeri Kedah yng tercinta. Daulat Tuanku

movie review : real steel



Pelakon utama Filem ini ialah Charlie Kenton (Huge Jackman), Max ( Dakato) dan Bailey (Evangeline). Filem arahan Shawn Levy ini memberi impak dan identiti yang berbeza berbanding Transformers, mahupun ironman.

Secara ringkasnya,
Filem ini memaparkan Charlie Kenton yang merupakan bekas peninju menjadi Robot Fighter (Dia ada robot untuk berlawan). Segala-galanya bagaikan tidak memberi tuah / kejayaan selepas kerap mengalami kekalahan dan robotnya rosak teruk aka mampus. Tiba-tiba, dia dapat tahu tentang anaknya, Max selepas isterinya meninggal dunia. Berlaku beberapa konflik sebelum jalan cerita filem ini mencapai puncaknya seperti pengunaan untuk mendapatkan hak penjagaan Max, robot Noisy Boy yang rosak teruk akibat sikap Kenton sehinggalah babak Max menjumpai ATOM di Steel Valley (macam tempat sampah). Bermula dari situ, Max dapat rasa ATOM nie aneh dan berkualiti walaupun atom dibina beberapa tahun lebih awal (kuno). Max melatih ATOM sehingga memenangi beberapa perlawanan. ATOM dan MAX menjadi terkenal. Sehiinggalah mereka memasuki pertandingan robot peringkat Nasional (lawan dengan Zeus). Untuk penghabisan cerita dan klimaks, sila beli tiket okey.


Pendapat Wanblur:
Filem nie kalau korunk tengok trailer dier, memang gempak. Sebab sebelum nie wanblur tengok, macam best. Cuma jalan permulaan / opening dier agak landai dan santai. Nak capai klimaks dan konflik lambat sangat. Mood diawal filem down. Tapi, bila jer babak robot ATOM lawan, tumbuk, gulinng-guling, dan menari-nari, korunk akan rasa macam nak tumbuk sama, nak mengelak sama-sama dan bila part sedih (MAX), mesti korang yang hati layu, konfirm meleleh air mata. Adegan cium-cium sikit so, tak memudaratkan korunk kot. Adegan seksi-seksi pun kurang. Cuma, tak puas hati ending dier macam tue jer. Maybe pengarah nak buat Real Steel 2 kot, maybe..

Wanblur suka filem nie.

Bila atom tumbuk, korang akan rasa macam nak tumbuk,
bila atom mengelak, korang akan mengelak
bila atom menari, korang akan gelak
bila Max merayu, korang akan sedih
Bila Atom menang, korang akan gembira
Bila adegan cium, korang terbeliak biji mata! ehhe

ok lah, wanblur rasa. better g tengok sementara masih panaz di pawagfam. Tak rugi kot.

Jom layan beberapa gambar dr En Google:

Part dimana Max membersihkan Atom yang baru dijumpai. Stailo brader
Time Max suruh ATOM masuk Pertandingan.
Bailey dan Max. Seksi siot Bailey nie.
Adegan yang menarik. ATOM meniru dan berlatih bertinju dengan Kenton
"You look at me, Look at me" - Time adegan yang klinaks time berlawan dengan robot Zeus (yg plg brutal)

apa apa pun, Korang g la tengok.






Friday, October 14

Surprise Party Dari Katering Mama Zazzy

kek sedap :)

Hye semua,

Semalam hari last wanblur habis exam. Fuhh.. penat nak mampos walaupun dekat akhir-akhir paper nie, mood dan motivasi sudah down menurun mengikut masa. Chewaaahhh.. Semuanya gara-gara paper yang susoh. HUH! Untuk gosip-gosip mengenai exam dan postmortem Semester 5, Wanblur buat dalam entri lain yer.

Semalam selepas jer exam OSCE untuk O&G, wanblur terus join member-member pergi main boling. Dalam pukul 6ptg baru sampai TS. Tapi, budak-budak nie ada hal dulu, ada yg nak g beli tiket la, beli broadband la. So, diorang g jejalan dulu, wanblur lepak dekat archery main memanah. hehe.. Mantop. Target?? Biasa la, kata musketer kan. SO, semuanya diluar bulatan tengah hehehe.. Well. tak der orang tengok, apa nak kesah!


Lepas tue, berjoli-joli main boling dgn diorang. Fuhh.. best la pulok main semalam kan. Mungkin semua dah sewel time exam. Happy kemain. Kalau strike jer, riuh rendah macam JAKUN main boling., haha.. Yang pastinya awek japan dan mamat arab dekat sebelah tepi tue mesti stress. hehe *seksi siot awek japan, ketat kemain.. nampak garisan-garisan yg tersembunyi**

Geng Katering Mama Zazzy
Lepas tue, balik terus masuk bilik. Penat nak mampos. Busuk kemain macam Diego. Huh, baru jer nak start Chat Dengan Dora, tertiba ada orang ketuk pintu bilik. Aish.. rasa malas nak buka. Tapi, pelik ar plak, ketuk banyak kali. HUH! buka-buka jer pintu, BOOOMM!! hehe. surprise party.

Wanblur, Ikhwan, Nazrin, Gmiey, Shawal dan azrol (Zhafir as photographer)

itu je nak cakap. Happy semalam. Thanx korunk. (^___^) + (^_^) = (^____________^)



the end.