Saturday, October 15

movie review : real steel



Pelakon utama Filem ini ialah Charlie Kenton (Huge Jackman), Max ( Dakato) dan Bailey (Evangeline). Filem arahan Shawn Levy ini memberi impak dan identiti yang berbeza berbanding Transformers, mahupun ironman.

Secara ringkasnya,
Filem ini memaparkan Charlie Kenton yang merupakan bekas peninju menjadi Robot Fighter (Dia ada robot untuk berlawan). Segala-galanya bagaikan tidak memberi tuah / kejayaan selepas kerap mengalami kekalahan dan robotnya rosak teruk aka mampus. Tiba-tiba, dia dapat tahu tentang anaknya, Max selepas isterinya meninggal dunia. Berlaku beberapa konflik sebelum jalan cerita filem ini mencapai puncaknya seperti pengunaan untuk mendapatkan hak penjagaan Max, robot Noisy Boy yang rosak teruk akibat sikap Kenton sehinggalah babak Max menjumpai ATOM di Steel Valley (macam tempat sampah). Bermula dari situ, Max dapat rasa ATOM nie aneh dan berkualiti walaupun atom dibina beberapa tahun lebih awal (kuno). Max melatih ATOM sehingga memenangi beberapa perlawanan. ATOM dan MAX menjadi terkenal. Sehiinggalah mereka memasuki pertandingan robot peringkat Nasional (lawan dengan Zeus). Untuk penghabisan cerita dan klimaks, sila beli tiket okey.


Pendapat Wanblur:
Filem nie kalau korunk tengok trailer dier, memang gempak. Sebab sebelum nie wanblur tengok, macam best. Cuma jalan permulaan / opening dier agak landai dan santai. Nak capai klimaks dan konflik lambat sangat. Mood diawal filem down. Tapi, bila jer babak robot ATOM lawan, tumbuk, gulinng-guling, dan menari-nari, korunk akan rasa macam nak tumbuk sama, nak mengelak sama-sama dan bila part sedih (MAX), mesti korang yang hati layu, konfirm meleleh air mata. Adegan cium-cium sikit so, tak memudaratkan korunk kot. Adegan seksi-seksi pun kurang. Cuma, tak puas hati ending dier macam tue jer. Maybe pengarah nak buat Real Steel 2 kot, maybe..

Wanblur suka filem nie.

Bila atom tumbuk, korang akan rasa macam nak tumbuk,
bila atom mengelak, korang akan mengelak
bila atom menari, korang akan gelak
bila Max merayu, korang akan sedih
Bila Atom menang, korang akan gembira
Bila adegan cium, korang terbeliak biji mata! ehhe

ok lah, wanblur rasa. better g tengok sementara masih panaz di pawagfam. Tak rugi kot.

Jom layan beberapa gambar dr En Google:

Part dimana Max membersihkan Atom yang baru dijumpai. Stailo brader
Time Max suruh ATOM masuk Pertandingan.
Bailey dan Max. Seksi siot Bailey nie.
Adegan yang menarik. ATOM meniru dan berlatih bertinju dengan Kenton
"You look at me, Look at me" - Time adegan yang klinaks time berlawan dengan robot Zeus (yg plg brutal)

apa apa pun, Korang g la tengok.






1 comment:

Orked Desa said...

dah tgk smlm..yeayyy...setuju dgn pendpt wan...citer ni mmg best..seat full..mmg x rugi gi tgk..